Thursday, April 23, 2009

Tag Wallpaper Desktop

Jalan-jalan kat blog LiyanaRoxx tu sambil makan Choki-Choki, rasa cm nak buat tag ni gak.

Wallpaperku:



Kenapa aku suka wallpaper tu?
Menunjukkan aktiviti kegemaran dua adik beradik (aku+abg aku). Sorang camwhore, sorang lagi mmg suka mengambil gambar (photographer sambilan la katakan) dan si camwhore mengambil gambar orang yang mengambil gambar skali. ehehe. Aku teman abang aku snap view Istana Budaya waktu malam. So, time ni aku ader peluang guna camera baru + menunjukkan ke'power'an camera baru aku tu : Canon IXUS 980 IS -- ISO 3200 (berlagak nih.muahaha). Takde lagi kamera se'best' itu. ekekeke...Abang aku pon kagum tau!


Ahh.....habis dah! ;)

I need KIT-KAT

aahhhhh.....

1 paper down, another 3 to go...Sem ni berserabut sikit otak aku la. Dengan hujung-hujung exam kena present EIA plak, report lagi. Dahla sebuk ngan subjek-subjek yang boleh dikatakan mantap la mcm EIA, Sistem Keselamatan + Prinsip Keselamatan tu. Tension aku tak kurang sangat pon lepas tengok movie ngan Nad kat Alamanda semalam. Rasa macam nak pi buat movie marathon sampai kejang urat dalam dewan sejuk tu...Tapi apakan daya, ongkos takde beb...hehe

So, jadilah alkisahnya aku ke'blur'an dalam bilik kolej ni sorang-sorang (Ain terpaksa berada di rumah minggu ni). Well, aku dah biasa sorang-sorang ni walaupon kadang-kadang tu seram sendiri (hehe) tapi berseorangan membantu otak aku berpikir lebih sikit la. Dengan subjek berat menanti aku minggu depan ni di tambah pulak dengan Bengkel Case-Mix kat PPUKM pada hari Isnin (blok pendidikan tu....wahhh...tak tahan boleh cuci mata! bak kata Nad -- jodoh --). Harap-harap aku sempat khatamkan baca nota EIA dengan Sistem Keselamatan tu. Insyaallah.

Ish, I really need a break la, I need a KIT-KAT. Bagi aku seminggu ke untuk me'rilek'kan otak aku sat boleh? Can all the exam's paper wait? and can the bengkel been postponed after the exam? Jawapannya memang tak boleh la cik Nanie...huhu :(

Next Mission : Kena pi cari benda manis nih!

Sunday, April 19, 2009

...disakiti dan menyakiti...

One of the thing that I don't like being myself was when somebody hurt my feelings and I will do the honour to do the same thing to them. Despite of trying to stay sane and being a good person, this one thing I will never tolerate.

Have you read my past entry on 'March = Pisces = Me'? One of the description on it stated that people whom are born in the month of March are famous with repaying the debt on revenge. Yeah, I have proved it right, then.

In reality, sometimes it come out worst. Some people might think that revenge is shweettt, and so do I; sometimes. But when it comes to hurting the people you love, care and spend most of the time with; it's like giving a psychological impact on them or even you.

I don't know, I do feels like I shouldn't be continuing the act-of-pleasure like that anymore; hurting other people's feelings just to get equal -- but where's the fun part? I mean, the whole idea of being revengeful was when the people feels exactly like we do. That's the whole point of it. It's an irrevocable act; a major one. But by doing it, hopefully that one day they will feel the pain that once they imprinted on me.

So, go blame yourself if I hurt your feelings as I try harder not to hurt anyone's. I never meant it that way. Who told you to messing around with me? Well, it's irreversible and a BIG NO, NO.period.

Saturday, April 18, 2009

Obsessive Compulsive Disorder (O.C.D)

Korang pernah dengar tak pasal OCD? Kalo tak tau, then here are some of the info that I got from the internet.


"Obsessive-compulsive disorder (OCD), a type of anxiety disorder, is a potentially disabling illness that traps people in endless cycles of repetitive thoughts and behaviors. People with OCD are plagued by recurring and distressing thoughts, fears, or images (obsessions) that they cannot control. The anxiety (nervousness) produced by these thoughts leads to an urgent need to perform certain rituals or routines (compulsions). The compulsive rituals are performed in an attempt to prevent the obsessive thoughts or make them go away."

What Are the Symptoms of OCD?

The symptoms of OCD, which are the obsessions and compulsions, may vary. Common obsessions include:

  • Fear of dirt or contamination by germs.
  • Fear of causing harm to another.
  • Fear of making a mistake.
  • Fear of being embarrassed or behaving in a socially unacceptable manner.
  • Fear of thinking evil or sinful thoughts.
  • Need for order, symmetry, or exactness.
  • Excessive doubt and the need for constant reassurance.

Common compulsions include:

  • Repeatedly bathing, showering, or washing hands.
  • Refusing to shake hands or touch doorknobs.
  • Repeatedly checking things, such as locks or stoves.
  • Constant counting, mentally or aloud, while performing routine tasks.
  • Constantly arranging things in a certain way.
  • Eating foods in a specific order.
  • Being stuck on words, images or thoughts, usually disturbing, that won't go away and can interfere with sleep.
  • Repeating specific words, phrases, or prayers.
  • Needing to perform tasks a certain number of times.
  • Collecting or hoarding items with no apparent value."
Aku tau aku ader OCD ni since last year, oopps, I thinked it happened since 2 years back kot. Kalo korang baca atas tu, OCD ni banyak. Macam aku ni lebih kepada apa-apa yang berkaitan dengan air dan jugak kunci kereta.

Hah! Tang mana yang aku OCD tu? Aku perasan aku ni kalo TERpegang something yang basah, aku cenderung untuk basuh tangan aku. Lap, dan kalo masa tu tangan aku masih basah dan aku terpegang something lagi, aku akan basuh tangan lagi sekali. Aku rasa sangat tak selesa dan benda ni lead pada 'fear of dirt or contamination by germs' tu. Kat dapur rumah aku tu ader hand soap tau, dan kalo aku dok lama sket kat umah, cepat la hand soap tu habis sebabnya aku ni suka masuk dapur (sometimes purposedly and sometimes suka-suka je).

Benda ni sangat-sangat annoying bila aku duduk kat dapur, masak. Since aku dah semakin suka memasak dan baking, jadinya this action might slow down my duty in kitchen. Well, you surely don't want to let your growling stomach waits until it stops abruptly due to 'angin' kan? It is not the best feeling; bloated stomach. It's hurt like hell!

Dulu aku tak rasa sangat OCD aku ni pada air sebab aku kurang gemar masuk dapur untuk masak dan tolong menyebuk ngan ibu kat dapur. But lately, yes, aku dapat rasa OCD ni. Orang lain boleh masak Spaghetti kejap je kat dapur tu (weh, tolak mana-mana yang masak guna sos ready made arr. Mana aci!), tapi aku perlu masuk dapur seawal 9.30 pagi kalo nak makan kul 12.30 ptg. Tapi itu masakan yang superb la, bukan sekadar spaghetti bese-bese tu, tapi Spaghetti Meatballs dengan meatballs buat sendiri. Haaaa......itu aje. Wahh, banyak masa aku habis kat dapur je kalo macam nih.

Dan aku paling perasan OCD aku ni bila aku berada kat tempat yang basah dan berair. Erk~ Memang tak senang duduk. Korang bayangkan jela; kalo aku masuk tandas kat fakulti tu, lepas je melepaskan hajat, keluar pintu jamban, aku basuh tangan. Tapi nak keluar dari tandas tu, aku kena bukak pintu utama plak. Masa tu la aku rasa macam nak langgar je pintu utama tu sebab punyala tak nak kotorkan balik tangan aku yang aku dah basuh tu; 'refusing to touch doorknobs'. Even kat rumah aku walaupon aku tau tandas ataupun tombol pintu tandas kat umah aku tu 100% lagi bersih berbanding tandas kat fakulti, tapi....ish, tak boleh la. Keadaan nya masih sama; tempat yang basah!

Time masak tak payah cakaplah. Pegang daging sket, basuh tangan; pegang ayam sket, basuh tangan; pegang itu basuh tangan. Memangla hygienic, tapi tahap keproaktifan aku kat dapur low la jadinya. Walaupon aku takde bercadang nak bukak bisnes kedai makan dengan aku menjadi chefnya; tapi, perut aku masih perlu diisi, kan kalo mak aku takde dirumah? Perlu menjadi chef untuk perut dan diri sendiri jugak kan? Takkan tiap kali nak beli makan kat luar je? Habis la duitku yang tak seberapa nih.

Selain tu, untuk kereta plak; tiap kali aku dah lock kereta, jalan sket, nanti tekan lagi sekali, just to make sure yang kereta aku tu dah ber'lock'. Kadang-kadang dah jauh berjalan, tetibe baru terpikir, 'eh, aku dah lock kereta belum?', so, menapak lagi la aku ke kereta untuk check balik. Tapi bagus jugak sebenarnya tau untuk tang kereta ni, yelah, just to make sure. Sebab ader sekali tu, aku rasa aku dah tekan lock dah tapi lepas 2 jam aku pi shopping, balik ke kereta, rupanya aku langsung tak locked kereta, tau tak?! Alhamdulillah tak jadi ape-ape kat kereta aku. Hish...


**information of OCD from WebMD.com**

Friday, April 17, 2009

Behind Enemy Lines II

oohh....
Aku dah beli DVD Behind Enemy Lines II dah. Ritu aku jumpa and beli yang B.E.L I + III je. Tapi seperti beselah, aku ni macam tak paham bahasa je nak exam Selasa minggu depan tau tak...hahaha...

Nak buat camne, otak tengah tak boleh berfungsi ni sbb nya pergi kelas ganti EIA tadi, Encik Zaini bagi list assignment yang kitorang kena buat berdasarkan pergi trip ke Langkawi last week. And...guess what? Ada PRESENTATION, diulangi lagi sekali, ada PRESENTATION!!!

What the...?

Kamon la, kene present 7 Mei, kul 2.30ptg. Awat lagu tu???? Tau la, dah habis exam 5 Mei tu, tapi saja nak bagi otak orang lagi serabot tau lecturer2 'kesayangan' kitorang ni. Dah la ritu kata water quality buat in-situ je, la ni Encik Zaini kata kene buat labwork sket...

Grrr......geram nih!

Ahhh!! Aku tak kesah! Aku tau, aku dah beli DVD baru, aku nak rembat tengok dulu. Bagi kasi can hati ni cool dulu....Erm, sambil makan KFC...waa...sudah lama woo tak makan KFC. Kepingin.

Thursday, April 16, 2009

How I Wish...

How I Wish...

*update*
  1. ...I can be slimmer like LiyanaRoxx (hehe).
  2. ...I can open up my own art/ craft/ paper store. Not working with children like Get Crafty, but selling the real art stuff like the one in Central Market and in The Garden Mid Valley. ooh, I hope so...
  3. ...I get a better job after finishing my Master course.
  4. ...I have money to buy a new handphone (eventhough I love my 2-years Samsung D820 just fine).
  5. ...I have a boyfriend/ husband that I never get bored with (because I am a girl that can get bored with something with the blink of eye).
  6. ...I have a handsome husband who happens to be wearing a uniform like Navy ke, Army ke (hish! I can only dream..haha)
  7. ...I have a husband that understand me inside and out because sometimes I can be quite complicated (I am a simple girl but once I get stuck in complications, I do complicate things, and the things just got complicated by itself.hahaha).
  8. ...I own my dream car --> VW Golf GTi/ VW Golf R32 (fuh, aku nak merempit kat highway) or BMW 1.30i.
  9. ...I have my own bookshop -- selling my all-time-favorite books and get stuck inside it for all day long. (ahhh....HEAVEN).
  10. ...I have a big bedroom. (I have a lot of stuff to put into my room).
  11. ...I have a private gym for myself, so that I'm not shyed away by some handsome gym instructor..ekekeke
  12. ...I have a powerful electronic mixer (Electrolux electronic mixer is about rm2k), so that I can happily making my favorite Chocolate Moist Cake.
  13. ...I have a good oven that I can use to bake my cake, biscuits and etc.
  14. ...I had a fair time to watch all my favorite/ best movies in cinema. (THX+Dolby Digital).
  15. ...I had my own popcorn poppers in my house.
  16. ...I can make a tasty popcorn just like GSC's popcorn.
  17. ...I have lots of Swatch's watch. I fancied their watches!
  18. ...I can play an instrument especially guitar...
  19. ...I can have a date with Fahrin Ahmad (one day date pon jadila~)
  20. ...I can have a flawless skin like my mom.
  21. ...I can cooked better like my mom + dun want to use some readymade sauce.
  22. ...I have an awful lot of time to spend with my closest friends (Akitek, LiyanaRoxx, Tj, YesO) coz spending a time with them usually not enough for me. Catch up things, gossiping etc.
  23. ...I am brave enough to pour out my feelings towards people that I care/ love in life.
  24. ...I can easily said --I love u ibu+abah--
  25. ...There are more than 24 hours per day.
  26. ...I have all the money in the world to buy things that I want in life. Needs over wants. Both. Couldn't argue more.
  27. ...I have all the time in the world so that I can spend it more with my loved ones. Family, friends etc. And...to learn how to be good in cooking like Chef Wan or Nigella Lawson; and also to learn to play a guitar.
  28. ...I can have it all!!!
;)

Wednesday, April 15, 2009

suka, suka + suka

MALAS-MALAS pon, sempat lagi edit gambar, tapi photo collages kat Picasa je, sebab MALAS nak edit guna Photoshop tu..hihi.. Suka sangat gambar ni, thanx to photographer hari itu --> Cek Ain yang telah men'snap'kan 15 keping gambar Nanie dan Peggy kat beranda D'Teratak Village tu. Gambar sengal mengira menggunakan jari tangan..hahaha...


gambar lain nanti2 la. Kan tengah MALAS ni...huhu...

Langkawi --> Ampang --> Exam?

adush...

Dah settle segala trip untuk semester ni, nak kena peningkan kepala buat report EIA plak dalam minggu depan.

Hish, dah tau pon yang balik bukan dengan tangan kosong, tapi...

SANGAT MALAS OK?

Sebabnya, exam dah start minggu depan. Ni jadual exam aku:

210409 : Audit Alam Sekitar
280409 : Prinsip dan Teknik Penilaian Impak (EIA)
300409 : Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
050509 : Prinsip Keselamatan dan Kesihatan dalam Persekitaran Pekerjaan


So, tang mana aku nak menyelitkan report tu? Boleh je, tapi aku nak concentrate exam...Ala, bosan la cenggini...(hish, nanie, sabar2...boleh la, gediks semacam plak bila dah balik dari Langkawi ni)

Erm, gambar kat Langkawi nantilah ye, pon sangat malas nak upload dalam FB dan kat dalam blog ni pon malas jugak. Wakakaka ;D

Ntah, maybe sebab dah tau nak exam ni, takde mood untuk segala-galanya. Dah tau nak exam pon, boleh plak tersangkut baca nota dan buat nota ringkas..hehe..Tapi, sangat malas... (erm, rasa dah 3 kali dah aku sebut aku SANGAT MALAS ni; jdnya mmg aku SANGAT MALAS sekarang ni..huhu)

Thursday, April 9, 2009

Langkawi oh Langkawi

Baru je hilang penat siapkan OHSAS tu, malam ni nak kena pergi trip kelas ke Langkawi. Baru je settle packing ni. Bertolak pukul 10 malam dekat Bus stop FSSK (naseb cek Bong ader nak tolong hantarkan kitorang ke fakulti malam ni, kalo tak tau la mcm mana, dengan beg camping lagi, dengan laptop lagi...ish3....).

Tadi dapat tentatif program kitorang kat Langkawi nanti. Erm, sangat packed! Start tengahari Jumaat tu, dah kena briefing, pastu pi site visit sampai petang + lepas pukul 6 baru dapat rehat balik dan buat aktiviti bebas. Tapi kedai-kedai yang jual souvenir, kain batik ngan coklat tu dah tutup time2 macam tu...huhu...

Sabtu plak d whole day kitorang akan ke site. Kilang Simen la, kilang itu la, ini la. Banyak ke kilang dan kawasan yang memberi impak pada alam sekitar.Adush~

Kali ni bawak baju lengan pendek je, malas nak beratkan beg ngan baju tebal2. Lagipun nak bawak sweater sbb travel malam, kan...hehe (alasan sangat tidak kuat untuk tidak memakai tshirt lengan panjang).

Malam memang acara bebas, tapi nak bebas apenyer sbb malam nak shopping pon tak bleh, lebih kepada buat report untuk trip kali ni. Hurm.....pagi Ahad plak acara bebas sampai la nak check out kul 11 pagi tu. Akan ku gunakan masa yang sependek itu untuk bershopping...yey!!!!!

Tak nak pi trip, nak pi shopping; tak nak pi trip, nak pi shopping....wohooo~

OHSAS 18000 @ MASkargo

haa...

Lega giler bila dah habis presentation OHSAS pagi tadi, report pon dah hantar...Report pon main boh je sbb aku tak ikut GAYA UKM (satu je la, UKM ni suka mengarut ngan GAYA UKM tu, ntah ape-ape. Yang penting patutnya isi dalam report tu, ye tak?)

Tadi sepatutnya aku group ke-4, tapi disebabkan kebetulan aku dah awal-awal dekat meja lecturer tu nak masukkan powerpoint aku, Dr. K**** ingat group aku yang start dulu. So, memandangkan bukan semua yang ader dalam kelas masa tu (besela, dorang ni ske masuk kelas lambat), aku dan Sal proceed je la.

Aku sebenarnya risau nak present awal-awal sebabnya takut tak menepati keperluan Dr. K**** yang nak tengok proses, masalah dan faedah OHSAS dalam satu-satu organisasi tu. Ingat nak tengok group lain present dulu, tapi bila dah dipaksa Dr. K****, aku ngan Sal men redah jela.

Aku mula dulu ngan pengenalan etc dan Sal sambung bila masuk part OHSAS (sorry Sal, aku takut aku tergagap bila nak cerita pasal OHSAS ni, lagi-lagi Dr. K**** tu expert bab ni).

In the end, aku rasa syukur sangat sebab group kitorang group pertama (sebab group2 selepas kitorang Dr. K**** dah buat muka, menguap la, dan mengira masa yang tinggal untuk group tu present), dan group aku jugak yang ader letak slide-slide gambar (dan sedikit penerangan), dan ader gambar ngan Puan Norazlina, Safety Executive MASkargo dengan berlatarbelakangkan replika kapal terbang MASkargo 9M-MHJ (obviously la nak tunjuk bukti pada Dr. K**** yang kitorang memang pergi MASkargo).

dengan Pn. Norazlina Amlan, Safety Executive MASkargo

ngan replika kapal kargo 9M-MHJ

Posing dekat entrance Core 1

Depan Core 1

Kapal tu, kapal tu...

Tu haa...ingat senang ke nak bergambar ngan kapal terbang dekat-dekat camni? teruja kejap...weheee~

Before balik sempat lagi, buktila katakan..hehe


Yang nak dijadikan ceritanya, Dr. K**** tu dari kenal NURUL (Tesco) je, dengan aku-aku sekali dia kenal dah. Yang aku dia letak nama Elyana..mak aii, tiba2 jadi penyanyi plak...gegege...Dahla dia tu suka aknowledge student dia sampai student pun naik malu ngan dia (yang ni kitorang-kitorang je tau tang mana)...hahhahaa...hish~

Monday, April 6, 2009

Bebelan Ibuku sayang :)

Hari ni hari Isnin.
Tapi aku ader kat umah lagi.

Pelik tak?

Hehe...hari ni kelas takde sbb Encik Zaini pegi Indonesia. Jadinya, cuti-cuti Malaysia lagi la aku jawabnya walaupun satu hari ni je. Petang ni aku balik kolej semula.

Tadi masa sarapan, saje borak-borak ngan ibu. Dia pon tengah blur tak tau nak masak ape untuk tengahari ni. Aku ni pon tengah berkira-kira nak masak ape untuk bawak balik kolej petang ni (kan aku dah cakap, aku semakin rajin..ehehehe)

So, bila dah dok borak-borak tu, terkeluar la cerita macam-macam. Pasal sedara mara, pasal bab kenduri (kan aku tak ikut balik kampung ritu), dan yang paling tak tahan ibu bukak citer pasal kawin -- bila nak cari jodoh, bila aku nak kawin nanti, bila dah jadi mak, bila dah ader anak...bla, bla, bla -- (ibu, boleh tak one step at a time? Nanie baru nak dapatkan yang syarat terpenting before nak pikir kawin ni; that is --my mr. Right-- belum jumpa lagi, bu..huhu)

Ini bukan kes menganyam ketupat, tapi ibu salu tekankan pada aku, yang ini sekadar untuk jadi teladan pada aku; supaya aku boleh berpikir sendiri mana yang baik, mana yang buruk, mana yang boleh diterima akal dan yang mana boleh masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Aku jarang borak benda-benda camni ngan ibu aku. Sebab aku yang kadang-kadang malu. Bab citer pasal boyfriend pon aku lagi la malu. Nasebla yang sebelum ni memang takde ape-ape pon, sekadar crush je (bak kata Puan Chin ARGS dulu; infatuation).

Maybe sebab ibu aku dah rasa anak dara dia yang sorang ni dah besar panjang, dah boleh fikir logik sendiri dan sebenarnya dah kena pikir pasal bab-bab jodoh ni (ibu, ritu Nanie mintak ibu tolong carikan calon untuk Nanie, ibu tak nak. huhu).

Banyak yang dia tekankan, antaranya:

  • Nak kawin nanti cari yang betul-betul untuk diri sendiri (sekarang ni, perjalanan hidup kawan aku A --bukan nama sebenar--, yang aku jadikan tauladan. Bukan semua orang akan dapat sesuatu dengan mudah. Pasti ader dugaan dan ujian datang bersamanya. Macam satu pakej la).
  • Sebelum ape-ape, buat Solat Istikharah dulu, mintak dapatkan petunjuk (ibu aku nasihatkan aku --dan hanya untuk aku--, tak payah lah asyik dok nak tayang bf kita pada dia, solat istikharah dulu, kalo dah memang sah lelaki tu untuk kita, bawak la datang umah. Kenalkan pada family.)

Sebabnya jangan jadi macam sedara mara kitorang + anak kawan ibu, ader yang dah bertunang, time tu baru rasa tak sesuai; jalan akhirnya, putus tunang. Aku pikir satu je, penat-penat keluar duit buat majlis, sekali tak jadi, kan buang duit tu? huhu..Tapi kalo dah ketentuan seseorang tu macam tu, macam mana? Ibu kata, banyakkan berdoa pada-Nya, InsyaAllah petunjuk dari-Nya akan datang juga walaupun lambat. Kat sini la ujian untuk diri kita sebenarnya.

Macam kawan aku sorang ni, N (bukan nama sebenar) pernah cakap ke aku yang dia jealous bila tgk A ni senang dapat kawan lelaki. Tapi aku cakap ngan N yang itu rezeki A, tapi cuba tengok disebaliknya, semua lelaki tu samada ada mental problem, masalah dalaman, kaki kencing, etc. Itu semua dugaan A. Kita ni tak tau lagi dugaan yang macam mana Allah nak bagi. Yang boleh kita buat, banyakkan berdoa. Itu lagi penting daripada mengenangkan nasib diri, tapi tak cuba untuk berbuat sesuatu tentangnya. Betul tak?

Aku ni bukanla ustazah ke, atau orang yang sangat penuh ilmu agama didada. Tapi, bila kita pikir logik, dan kita ingat kita ni ader tempat untuk mengadu -- padaNya --, guna kan sebaiknya. Allah pun suka umatnya meminta-minta daripadaNya kan? Cuma cepat atau lambat je sesuatu permintaan kita tu dimakbulkan. Dan yang paling penting, jangan putus asa. Ada orang takde dugaan sekarang, tapi mana tau, lepas-lepas ni, dugaan bertimbun datang.

Bagi aku, bila aku takde bf lagi, tak jumpa lagi lelaki yang sesuai, tak jumpa lagi jodoh tu; aku anggap itu semua dugaan aku. Mengajar erti kesabaran. Yang baik tak semestinya datang dengan mudah. Dan mungkin inilah ujian aku sekarang...(Ya-Allah, aku mohon padaMu, permudahkanlah jalan hidupku Ya-Allah)...

Mintaklah dijauhkan yang buruk-buruk daripada seluruh ahli keluarga ku, Ya Allah...

InsyaAllah...

Sunday, April 5, 2009

Things To Do

Week 15 (6 to 12 April 2009).

List of things need to be done within this week:

  1. MASkargo's report-- OHSAS 18001: 1999
  2. Slide presentation for OHSAS's
  3. Hands-in library's book
  4. Preparation for EIA's class presentation
  5. Packing my bag -- trip to Langkawi 9-12 April
  6. Read EIA's notes before going for the class's trip
  7. If can -- prepare self notes for audit + EIA's exam
I know I can finish it by this week, eventhough I know I only got two hands and one body...

ok, ok...Chillax!

March = Pisces = Me!

It was meant to be posted last March but of course la, I'm a girl with heaps of school work but unfortunately only got two hands to manage it all (sigh~).

It was just a description about March people's personalities. And, urm....it turns out to be ridiculously accurate (but only half of it)!!

Check this out :

(owh, CAUTION: you might throw up if you think the description does not reflect me at all..hahahha)

  • Attractive personality (yuks...how should I know?)
  • Sexy (my goodness!)
  • Affectionate (pengasih/ penyayang: erm, maybe; ke?. Mesra: yes!)
  • Shy and reserved (shy: definitely around boys. Reserved: yep...depends on when, where and who's i'm with at that time)
  • Secretive (I dun mind my friends come to me + pour their hearts out...but mine is actually mine's and I tend to keep it to myself; unless it really bugs me)
  • Naturally honest, generous and sympathetic (honest: most of the time + sometimes I know, I'd hurt other people's feelings; generous: erm....; sympathetic: sometimes and whether that person is worth my sympathy)
  • Loves peace and serenity (who loves war? unless you're H***** or B*** or even J***)
  • Sensitive to others (in what way?)
  • Loves to serve others (I think so)
  • Easily angered (yes, yes, I admit it. But easily calm too)
  • Trustworthy (I know I am. If you make me promised to keep it as a secret, then I'll try my best not to open my mouth)
  • Appreciative and returns kindness (I know I am too. Let's don't be hasty; not to make myself look good in other people's eyes, but this is me; i'll return the favor. I grew up with that kind of moral values)
  • Observant and assesses others (haha...yep. But now and then, my observations are not truly, purely accurate. Time goes by, we people do change.)
  • Revengeful (This one also correct. haha :) Somehow it's fun to get hold of other people's nerves)
  • Loves to dream and fantasize (yep, correct also. If you can't get what you want, then dream about it, is good enough. Trust me.)
  • Loves traveling (I don't have enough money to go travelling using aeroplane, so, car can do also. And...I dun mind shopping, still traveling back and fro, kan?hahaha)
  • Loves attention (erm, not really)
  • Hasty decisions in choosing partners (Think so, but I've no comment about this matter)
  • Loves home decors (Small scope: my bedroom. I like to decorate it and after that I like to left it unorganize again. The steps repeated again and again.)
  • Musically talented (hello, I have no idea how to play an instrument. So, what's this -musically talented?)
  • Loves special things (Definitely art + abstract thingy. I collect things that are cute and colourful. And sometimes it doesn't cost you much.)
  • Moody (.period.)

Come meet me at the adventureland?

woih...bila masa plak aku ni minah adventure?

Kalo setakat tengok movie adventure boleh la...hahaha...

Ala, tajuk entry kali ni saje2 je bagi gempak. Bukan ade ape pon. Alkisahnya, report untuk kelas EIA aku baru siap pagi tadi, tapi memandangkan tahap kemalasan aku untuk menyambung buat report untuk OHSAS 18000 tu mencapai tahap melampau, jadinya hari ni aku goyang kaki sket la. Malam tadi aku ngadap buat EIA tu sampai kul 2pg. Cukup-cukup la cik Nanie wehhh~ kikikiki...

Tapi nak kata goyang kaki tak jugak la. Kena kemas umah..oppss...bukan umah, tapi dapur before ibu balik dari kampung. Rasa-rasanya dah bersih dah 'ofis' ibu tu. Ye la, tadi masak sendiri memandangkan ibu balik petang (lari dari plan awal nak balik pagi ni sebab sebenarnya kenduri cukur jambul anak buah sorang tu petang tadi).

Erm, today punya menu ialah......tadaaaa~ Spaghetti Tomyam. Ala-ala Secret Recipe gitu.huhuuu...teringin nak makan spageti tu dari hari tu lagi, tapi tiap kali datang Secret pun asyik tukar menu -- Spaghetti Meatballs, Spaghetti Tomyam, atau Japanese Soba -- Akhirnya, yang jadi juara mestilah Spaghetti Meatballs kuuu~ lalalalala~

Ok la, my Spaghetti Tomyam, boleh makan la, just need a little bit practice. Janji aku boleh makan, tak tersedak, tak termuntah, tak sakit perut kira berjaya la. I wonder, why am I too rajin now to cook my own meal? Kalo dulu, malas-malas pon siap kuar pi beli KFC ke, McD ke, Mihun TomYam kat sebelah Spectrum tu pon jadi..Sekarang ni rajin; kadang-kadang kalo ibu + abah baik kampung tu, siap masak beriya. Hari tu buat Spaghetti Meatballs sendiri (eh, hello, meatballs tu saya buat sendiri okeh, tak mainla pi beli kat Carrefour), pastu ader sekali tu Mee Halia (style mee sup la, ader kuah), kali ni buat Spaghetti Tomyam (style kering sebijik cam kat Secret Recipe)..weheeee~

Pastu, time makan tadi diselit sekali tengok cd...movie reruns...Hari ni hari adventure. Well, consider this: I am not an adventurous type, and I loathe adventure's movie but I love both of this movie -- Behind Enemy Lines I + Behind Enemy Lines III (yang part II aku tak jumpala..huhu) -- Apart from watching the handsome hero, the story line's quite good, actually.

Korang pernah tengok tak citer ni? Kalo tak pernah tengok, then I'm advising you guys to watch it. Memang tak senang duduk (the reason kenapa aku tak suke tgk citer adventure ni, sbb nanti asyik terkejut, jantung berdegup kencang sbb byk adegan yang melampau, keluar darah la, kena tembak secara kejam nye la....hish! part tu yang aku kurang berminat).

Tapi untuk kedua-dua cerita ni, aku layan sebabnya yang citer B.E.L I tu, Owen Wilson berlakon and first time dia berlakon bukan untuk cerita komedi. Dia smart la sebab rambut pon pendek (NAVY la katakan -- aku ni giler lelaki berambut pendek, kemas gitu..ahahaha). Aku ni bukannya kipas-susah-mati Owen Wilson ni, tapi citer ni buat aku minat dia.

alamak...bahasa ape tu? huhu...tapi aku tau ape maksudnye : Behind Enemy Lines (terer tak aku?)

Untuk citer kedua tu, aku minat mula-mula sebab kiranya macam part II citer yang 1st tu. One of the actor tu orang WWE. Aku ni bukannye minat WWE, tak pernah tengok pon; aku tak kenal pon actor yang mana satu yang dari WWE tu (aku peduli hape!). Mula-mula suka sebab hero dia (Joe Manganiello), muka...fuh~ tak tahannn handsome...badan ala sedap-sedap peluk gitu...ekekeke...tapi in the end, bila dah actor handsome + jalan citer yang best; the story goes perfectly lah! wheee~

ha...yg ni yg terbaru...best, best! Tu la muka penggusti WWE (Mr. Kennedy). But he's not my hero la. Hero aku, aku tak letak gambar dia:)

Saturday, April 4, 2009

Piala Za'aba in the making~

Petang yang kitorang balik dari berpoya-poya kat Putrajaya tu, kitorang sambung main badminton plak kat gelanggang badminton Kolej Za'aba. Memandangkan pagi tu, just bawak kehulu-kehilir badminton tu tanpa main, kiranya petang tu kitorang lepas gian ar...hehe

Dari hari tu Ain bawak raket tu, tapi bila nak main je, hujan pagi la (maka kami pon, tarik la selimut lagi...ekekeke), petang pun hujan jugak (erm, buat perut vibrate lagi...lapar, lapar...).

Kebetulan hari rabu tu, pagi + petang cuaca baik, lepas je balik makan kat Restoran Rimba, PKNS, tengok gelanggang free je, ape lagi, Ain trus amek raket, turun gelanggang la kitorang. Mula-mula Nanie lawan Ain (main pon bukan pakai attire yang betul pon; pakai selipar, sorang pakai jeans, sorang lagi pakai seluar slack), dah tu, main pon banyak gelak je. Peluh pon keluar bukan sebab main beriya, tapi keluar sebab dok kutip shuttlecock. Gelak tak payah cakap la...mak aiii...mentang-mentang la tak ada boys ader kat situ, gelak tak ingat punyaaa ;) muahahahaha...

Baru dua tiga kali servis, Ain dah tergolek dah (hehehe)..pastu tukar ngan Shidah (budak ni, main betul-betul weh..tak tahannnn...puas Nanie yang dok kejar + kutip shuttlecock tu)..Shidah maintain je..

Dalam kul 6.45pm camtu dah nampak sorang dua boys datang, turun gelanggang sebelah kitorang. Apelagi yang boleh kitorang buat selain mengalah? Ye la, kitorang nak keluarkan peluh. Diorang main macam real je. So, daripada main saje suka-sukabola sepak tu mencium kepala kitorang, baik surrender + blah awal-awal.

Tapi kitorang sambung main depan blok kolej kitorang. Kali ni lawan antara Ain dengan Shidah, lepas tu ganti Nanie ngan Shidah semula...Endingnya, Nanie lawan Ain juggle shuttlecock tu. Seperti biasalah, Ain menang.

Well, I am not a badminton's player, I am not an athlete, and I am no good at any sports...I admit that and I am not going to attempt doing anything that I'm not born for..haha...

In the end, it was just for the sake of our own health. Bila sesekali dapat keluarkan peluh, rasa sangat sihat! Jadinya, majulah sukan untuk DIRI SENDIRI...wheeee~

masa kat gelanggang lagi, Nanie vs. Ain

tengok tu, main tak seberapa tp gaya kena 10 markah

Shidah ngan aksi tersendiri

Ain striking..haha

siap kemam-kemam mulut lagi, nak fokus..heheh

aksi Shidah nak nak buat servis ke Ain

dah penat dah...tarik nafas dulu...fuh~

Tak sabar nak sambung main badminton lagi nexwik..dah minggu nak exam ni, kena cergaskan otak + badan..kalo tak, nak baca nota pon lembik je...jumpa lagi!

Wednesday, April 1, 2009

Jog ke? More to Posing je nihh~

hahaha...

Semalam aku ader postkan entry konon-konon nak pi joging + main badminton kat Putrajaya Pullman Lakeside tu kan?

Alkisahnya, plan yang semalam tu lain plak jadinya. Plan pi taman botani je yang on...huhu...

Ini pun sebab, tadi masa baru sampai kat Lakeside tu, tgh best2 main pasir, sekali ader anjing liar datang...kitorang pon jalan jauh sket, dengan bawak makanan lagi, konon2 nak picnic. Bila anjing tu datang (bukan setakat seekor, tapi 6 ekor!) siap datang dekat tepi pantai yang cetek tu, jilat air!!


Mak aii, terbantut plan nak duduk berpiknik kat situ, dengan anjing dah pijak pasir (who knows, sebelum ni ntah2 pernah anjing tu pancut mana2...erk!)..tak jadi, tak jadi..tukar plan plak. Kitorang pi kat empangan dekat2 ngan jambatan yang lawa tu (tak tau nama jambatan ape ntah, banyak sangat jambatan kat situ). Piknik pon sorok-sorok tepi tiang yang besar tu sebab tempat berehat mengadap matahari terik..



Lepas je makan, kitorang dengan sengalnya pi buat aksi lompat melompat + sambil snap gambar la..tengah dok amek posisi nak melompat ni, tetiba kereta polis peronda tu lalu..siap hon lagi tau..yang jd co-pilot tu buat muka cover gelak je..poyos! (walaupun muka anda boleh jual jugak, pedulik hape kitorang!)


Lepas je senak perut men lompat2 macam budak kecik tu (sambil berpeluh lebat...ngengenge) kitorang trus pi taman botani kat Precint 1. Masuk free, jadinya tak kesah la berapa lama pon nak dok dalam ni, sampai termuntah pon boleh.. pastu kitorang siap men lumba lari naik bukit la (tak tahannnnn~), tak de amek gambar bunga pon sbb tak banyak bunga yang kitorang jumpa selain masa tu semua dah muka selenga sbb penat, berpeluh sakan, badan pon dah masam dan yang sewaktu dengannya. Dah hujung2 nak sampai exit tu, baru jumpa Heliconia, Canna, Orkid semua...dan2 la masa tu bateri kamera plak dah dok kelip2, tanda dah nak kong (kebetulan malas nak cas malam tadi).

dan....akhirnya, sampai jugak kat exit...penat gak la, sampai kat parking lot tu, sempat jugak race, turun bukit kan, so, mmg tak tercontrol laju...wuuuuuu~ (bunyi sayup2 je...haha)

Balik dari Putrajaya pon dah kul 10am kot. Sampai UKM dalam kul 10.45am, masing-masing tak sabar nak keluar dari kereta sebab tau badan pon busuk..La ni dah penat, dah mandi plak tu...lagi la..ngantukkksss~