Tuesday, June 30, 2009

pening

Ye, aku tau aku telah melanggar janji untuk tidak menulis entry selepas entry yang konon-kononnya entry terakhir aku bagi bulan Jun pagi tadi (entry yang tetibe emosional len macam tu). Tapi tak boleh tahan la. Heee~

Lepas entry pagi tadi, aku rasa tak sedap badan. Dah pulak memang sepanjang malam tadi aku tak boleh tido. Padahal aku sempat terlelap depan lappy lebih kurang sejam je. Pukul 1pg terbangun, off lappy, off lampu, ingatkan nak sambung tido tapi langsung tak boleh. Sampai la ke pagi mata ni konon-konon je tutup rapat-rapat tapi otak fikir macam-macam. Tau la nak naik sem baru dah, kerja-kerja tesis menunggu. Tapi...haish...sabar je la.

Maybe jugak sebab semalam perut aku hanya berisikan dua biji popiah masa breakfast (popiah dipanggil biji ke? ahhh...tibai), dua keping roti (sebelum pergi UKM) dan selain dari itu, air kosong. Petang semalam je la makan seketul ayam KFC. Perut masuk angin kot sampaikan malam tadi tak boleh tido.

So, pagi tadi kepala pening-pening lalat. Rasa nak menangis pon ada sebab lepas amek Ellie, try nak cover balik tido malam tadi yang macam tak tido tu, tapi tak boleh; tak berjaya. Kepala makin pening. Mata ni pon rasa bengkak cam orang lepas nangis tu, tak boleh nak bukak besar-besar. Hari ni rasa takde semangat sangat. Rasa nak demam pon ada sebab bila kepala aku ni dah pening, nanti secara otomatiknya akan effect aku jadi demam dan selsema. Aduhhhh~

Kesian Encik Asam Boi saya ajak jumpa petang tadi saya terpaksa menolak (saya tau dia rindu kat saya la tuh...haha). Kalo saya kuar pon tapi saya tak berapa nak sehat dan tak berapa nak happy pon, mesti tak best kuar kan? Takpe, esok-esok masih ada. Jangan risau ;)

p/s: Aku tak nak makan!!!! Tetibe takde selera nak makan sekarang ni. Nak mogok dengan diri sendiri lah macam ni gayanya :(

what I am (part II)

Ok, ni entry terakhir untuk bulan Jun (harap-harapnye lah. Mana tau tetibe petang sikit nanti datang idea baru nak membebel kat blog ni lagikan).

Takde title yg sesuai nak menggambarkan apa yang aku rasa sekarang. I'm having what Zuhaini's had said before this: mental blocked! Yep, betulla tu kot. Lebih dari satu benda aku tengah pikir sekarang ni dan aku tak tau nak mulakan dari mana.

Aku cukup kenal siapa diri aku. Well, statement tu macam pelik dan tergantung je sebab semua orang memang akan cakap dia kenal diri dia sendiri. But, somehow ada jugak orang lain yang lebih mengenali diri kita. But likewise, aku lebih kenal diri aku berbanding orang lain yang try nak kenal diri aku ni.

Selain Kak Aina dan Ain, ada sorang lagi yang kenal aku ni macamana orangnya; Ibu aku. Ain dan Kak Aina tu jenis pemerhati. Perhati setiap mimik muka aku. Sebab, apa yang aku rasa masa tu, memang akan terlukis kat muka aku ni. Kalo aku happy, senyum sampai naik pipi ni (ayat Encik Asam Boi), sampai nampak deretan gigi atas aku tu; kalo aku buat-buat happy (aku senyum nampak gigi sikit je atau senyum sekejap dan lepas tu aku buat muka serius balik); kalo aku tengah marah, moody, tersentap, sedih (aku senyap, takde gaya aku nak senyum atau buat-buat senyum).

Siapa tak kenal aku, tak dapat tangkap tu semua. Sebab tu aku cukup berhati-hati dengan setiap keadaan disekeliling aku atau dengan siapa aku hangout masa tu. Aku tak suka orang dapat tangkap keadaan aku masa tengah sedih, tengah rasa down. Aku tak suka orang tau kelemahan aku. That's why Kak Aina akan cepat-cepat tanya kalo tetiba aku senyap. Kadang-kadang memang ada something yang aku tengah pikir tapi kadang-kadang memang aku tengah tak tau nak cakap apa. Itu yang dia cukup risau. Nasihatnya, jangan buat cubaan bertanya soalan tak berapa nak pandai masa aku tengah senyap. Sebab, kalo aku tetibe senyap bermakna memang ada something yang aku pikir tapi aku tak suka ditanya bukan-bukan. Cukup pantang. Tak tau kenapa. Bagi aku, kalo aku betul-betul nak share, aku akan share benda tu.

Kak Aina tau aku ni perahsia. Rahsia yang sangat banyak dan sesetengahnya aku akan putar belit supaya orang takkan tau apa yang aku rasa. Dan lately ni dia perasan aku banyak bercerita ngan dia, pasal banyak benda. Jadinya, I won't bother you again, Kak Aina. I promise, I'll keep it to myself. Do not be angry, but please understand me. I'm in the middle of settling my own problem and I don't need anybody to affects any of my decisions.

Macam Ibu pulak; dia kenal siapa aku sebab dia yang besarkan aku. Dia yang suap aku makan dulu. Dia jugak yang selalu membebel ke aku pasal itu, ini. Dan dia tau aku ni jenis takkan cepat putus asa, takkan cepat mengalah, takkan cepat kata 'ya' atau 'tidak'. Sebab aku berfikiran realistik. Semua benda yang aku dengar atau diberitahu oleh Ibu aku, semuanya akan diselangi dengan pertanyaan 'KENAPA'. Tak ada soalan lain. Dan setiap kali aku tanya KENAPA, Ibu akan suruh aku tanya soalan lain macam BAGAIMANA, DIMANAKAH, BILAKAH; sebabnya, untuk setiap soalan tu takkan ada jawapan yang sama seperti KENAPA. Kenapa jadi macam tu, kenapa tak boleh macam tu, kenapa tak boleh macam ni, kenapa dia buat macam tu. Semua soalan KENAPA dari aku berbentuk soalan yang provokasi dan yang akan mencetuskan soalan-soalan protes yang lain, menyebabkan Ibu tak mau jawab soalan-soalan aku. Huh, ok. Nevermind, then. So, takpe bu, Nanie akan senyap jugak. I won't burden you with my extra questions anymore. I'll wait for the right time to ask you all this. I'm sorry i made you worried sick. I won't do it anymore and I'm sorry (in advance) if I ever keep a secret from you starting from now onwards. I just need a time or two for myself without any fuss from anyone. Bukan Nanie nak membelakangkan Ibu, tapi, bagi Nanie peluang berfikir dulu ye? Kalo dah ada jawapannya, InsyaAllah Ibu orang pertama Nanie akan bagitau. Please and please put your worries aside.


p/s: So, sila jangan tanya apa-apa pada aku. And no, I am not ok.

Monday, June 29, 2009

sepetang bersama...

Owh, petang tadi saya jumpa dengan...jeng, jeng, jeng...

orang yang tolong carikan bunga Flip Flap (Qiqi) saya tu...

saya panggil dia 'Encik Asam Boi'.

Dah, dah...nama sebenar adalah rahsia. Sila jangan tanya soalan banyak-banyak. Dan entry ni bukan saja-saja nak bagi gempak blog ni ok?

Heee~

Saya sangat seronok sebab dapat jumpa dia :D

Kesian dia kena turunkan tahap ke'macho'an dia sekejap sebab saya mintak dia men buaian ngan saya (buang tebiat pon ada gak. Tapi sebab takde budak-budak yang nak men, layan je lah buaian tu). Hahaha ;D

Tu lah, bila dah datang perangai tak senonoh saya, camtu la jadiknye. hihi...Sabar je la ye, awak... Bukan selalu pon nak buat perangai macam tu ;)

p/s: Nanti bila-bila nak jumpa saya, cakap je. Saya ni belum keje lagi. Komitmen saya hanya pada family dan lappy saya je. Jadinya, bila-bila pon boleh ;)

Sunday, June 28, 2009

Rosnita + Hariff 280609

Ita atau Rosnita ni kawan sekelas aku masa kat Sekolah Menengah Puteri Ampang, KL (ARGS) dulu. Pernah sekelas dengan dia start dari Form 4 kalo tak silap la. Dengan dia ni aku ok-ok je la. Tak rapat sangat ngan dia sebab masing-masing ada geng masing-masing. Tapi boleh la berborak ngan dia kalo terjumpa kat mana-mana tu. Nama pon classmate kan. Dan dia classmate aku kat ARGS yang pertama berkahwin.

Serba sedikit pasal mempelai berdua ni:

Dorang bertunang nak dekat setahun. Sama-sama kenal masa belajar kat UKM; satu fakulti (FSKB). Cinta pandang pertama masa time induksi (bak kata abang Deejay tadi...hehe). Bila abang Deejay tu tanya pada mempelai, 'apa keistimewaan pasangan anda?'. Ini jawapan mempelai:

Ita : Kesabaran dia semasa berkawan dengan saya dulu (ayat lebih kurang camtu la. Yang penting point utama tak tukar)

Hariff : Semua nya.

Awww...sweet sangat jawapan dari suami Ita tu. Ada betulnya jugak. Takde sebab utama kita menyukai, menyintai dan menyayangi seseorang tu. Yang penting kesefahaman. Pada aku, keistimewaan seseorang itu terletak pada setiap sifat buruk dan sifat terbaik dalam diri pasangan kita. Takde siapa yang perfect tik tok, sampaikan takde sedikit pon cacat cela dalam perbuatan dan sikap kita. Lagipon, bila dah bersedia untuk sehidup semati, bermakna kita dah bersedia menerima pasangan kita seadanya; samada baik dan buruk dia. Dan bagi aku dalam setiap perhubungan, selalunya dalam perkahwinan, setiap suami isteri itu saling melengkapi diri masing-masing.

Macam sorang kawan aku ni tanya aku (masa tu aku baru awal 20-an). Dia tanya samada aku nak seseorang yang sama macam aku atau seseorang yang melengkapi aku. Aku jawab aku nak seseorang yang melengkapi aku (you complete me). Yang mana aku tidak, dia adalah jawapan baginya. Yang mana aku kureng sket, dia lebih. Dan sebaliknya juga. Heeee~

Ok, ok, sambung balik. Masa majlis tadi, kitorang dah macam buat small reunion jugak la antara budak-budak ARGS. Ada yang dah lama tak jumpa. Ada yang jumpa setahun sekali. Ada yang jumpa time-time kawan kawen je...Hish...tapi siyes rindu zaman hingusan sekolah-sekolah dulu. hehe ;) Kitorang la paling bising kat majllis tu. Lagi-lagi ada Bond. Mak aiii...bising dia sama macam kat sekolah dulu. Dia ni agaknya senyap time tido je kot..ekekeke ;D

Tapi, ape-ape pon, majllis Ita simple tapi meriah dan tak berserabut. Simple-simple pon masih vogue the vast gitu~ heee~ Seronok dapat jumpa kawan lama jugak!

p/s: gambar kat PicasaWeb dah letak tapi masih menunggu gambar dari kamera kawan-kawan yang len plak. Tungguuuu~

Round satu KL

Tajuk entry dah menceritakan segalanya. Huh~

Semalam 270609 aku, aTiQue dgn LiyanaRoxx memang dah plan nak pi IKEA cari hadiah kawen Ita, which was today lah. Last minute, Ana tak dapat join sebab dia kena siapkan tiga report yang dah menanti dia lepas je balik outstation dua minggu berturut-turut. Tinggal aku ngan aTiQue je la meronggeng.

Semalam aku la yang drive. Ingatkan aTiQue ni biasa lalu jalan MRR2 tu. Rupanye dia biasa lalu jalan dari UM. Hampeh. So, aku dengan terror nyer cakap, 'takpela,boleh gak lalu jalan ni'. Muka konfiden tak boleh tahan. Hahaha ;D So, bermula la episod kitorang TERlepas exit la, TERlepas junction la, TERsalah masuk area Damansara la (Damansara kan banyak; Sri Damansara, Damansara Utama, Damansara Heights...ape lagi?), TERfree-free pusing satu Sri Damansara tu (eh, macam aku pnah nampak signboard tu. Weh Tiqah, kita ni dah pusing satu Sri Damansara ni. Ape kes? wakakakaka), semua 'TER' ada. Dengan jammed yang amat panjang sebabnya ada kereta benti tepi nak tukar tayar dan ada satu kepala lori rosak tengah-tengah jalan. Ceh~ Dan yang paling best;

N : Tiqah, IKEA kat Damansara yang mana? Kan Damansara ada banyak.

T : Entah, aku pon tak tau. Hehe...aku tau pergi je.

N : Hampeh btul ko ni. Aku ingat ko tau. Kalo tau, tau la tuju.

T : Ekekeke


Sempat lagi budak sorang ni buat lawak ngan aku time-time stucked dalam jammed tu. Nasib baik kaki aku ni dah lama dilatih untuk keadaan jalan jammed. So, takde la tetibe nak cramp kaki ke...Ye la, sebab bawak manual kan. Ish, mantap, mantap kaki aku nih. Hehe ;D

Nasib la aTiQue ni ada sorang makcik dia dok kat Damansara. Mintak tolong Cik Kiah bagi kan direction dari sekian, sekian arah. Fuh, lepas tu kitorang terus tuju la ke situ. Senang je rupanya.

Sampai-sampai je perut dah mintak diisi. Makan la kat foodcourt IKEA tu sambil merasa Meatballs popular yang orang dok sebut-sebut tu (tapi bagi aku, biasa-biasa je. Best lagi meatballs dalam Spaghetti Meatballs kat Secret Recipe tu...hihi...lidah orang lain-lain kan).

Lepas makan ikut aTiQue pi surau (aku cuti-cuti Malaysia), dan lepas tu terus bershopping. Sempat jugak la beli barang untuk diri sendiri. Aku bli noticeboard (nak ganti noticeboard dalam bilik aku yang aku buat sendiri tu) dengan hanger serbaguna yang sangat comel. Kat tempat lain takde tau. Syok plak tengok Tiqah bli barang nak hias bilek dia. 'Abah, cepatlah cari rumah baru dan pindah. Nak hias bilik sendiri jugak'. Almaklumlah, rumah sekarang ni umah sewa. Nak hias beriya pon, umah orang.

Dalam kul 4ptg kitorang pon balik la. Kali ni lalu ikut jalan yang aTiQue selalu lalu. Ikut pintu belakang UM dan lalu Bangsar. Membebel budak tu kat aku sebab bawak slow. 'Weh, lek ar...ni first time aku lalu jalan ni. Kalo jalan yang biasa-biasa aku lalu, takde gaya aku bawak se'slow' ini'. Adeh~

Lepas hantar aTiQue balik, sampai umah dalam pukul 5ptg. Belum sempat nak duduk pon, kul 530ptg kuar umah lagi. Kali ni kuar ngan famili. Ibu nak buat spec baru. Aku pon mengendeng ke abah nak buat satu jugak. Kebetulan aku takde spec back-up kalo jadi apa-apa pada spec yang aku pakai sekarang.

Tapi biasalah aku. Cerewet btul. Yang itu tak kena, yang ini tak kena. Yang itu full frame la, yang itu frame empat segi sangat la, yang ini kecik sangat, warna tak sesuai plak. Macam-macam. Saje je buat abah pening kepala. Last-last minute baru aku terjumpa satu frame ni dari Levi's warna merah darah. Ok la berbanding yang lain-lain tu. Tapi mintak tukar shape cermin plak. Hehe... 'Sori amoi. Saya ni cerewet sket. Tapi sebab saya tau hak saya sebagai customer, saya nak gak susahkan amoi. Heee~' (sambil buat muka manis depan amoi tu. Amek hati dia).

Masa tunggu amoi kedai tu lukis shape spec aku, sempat gak aku try 2-3 spec yang ada kat displayer tu. Yang aku try tu semua yang jenis alternatif. Macam budak nerd pon ader. Yang macam cikgu zaman dolu-dolu pon ader. Haha ;)

Lepas je siap bayar segala, kitorang pi Jusco Taman Maluri plak sebab semua dah lapar. Makan kat Nando's. Balik umah pon dah pukul 830mlm cmtu. Kemas-kemas barang yang sempat beli kat Jusco tu, naik atas nak mandi dah pukul 10mlm dah. Huhu...penat satu badan.

Tapi, semalam memang berjalan tak ingat jugak la...Lama dah tak berjalan selama macam tu.

Friday, June 26, 2009

buah hati, pengarang jantung (part II)

Eh, jangan salah faham plak siapa sebenarnya 'buah hati, pengarang jantung' aku tu.

Bukan orang, bukan benda hidup pon. Tapi...ni ha:

Ader satu rumah ni dekat-dekat ngan rumah aku, orang tu ada kereta faveret aku. Volkswagen Golf GTi warna silver. Fuhlamak...Aku suka lalu depan rumah dia time nak pi mana-mana. Tiap-tiap hari pi amek Ellie wajib lalu depan rumah dia, bagi lepas rindu ;)

Aku salu cakap kat adik aku yang aku nak tengok 'boyfriend' aku. Dia tau la, 'boyfriend' yang aku maksudkan Mr. Golf aku nih. Bukan sesape pon. Aku tak kenal pon siapa tinggal kat umah tu, dan siapa yang bawak kereta tu. Dan tak ambik peduli.

Cuma dah beberapa hari ni, Golf aku tak kemana-mana. Rosak ke? Tak tau la kalo dia gerak waktu aku tak lalu situ ke. Tapi, memang dalam minggu lepas kereta tu asyik kat tempat letak kereta rumah tu, dan tak berganjak. Kalo rosak, ish...nak betulkan ingat murah ke?

Tapi pelikla, awat aku yang sedih kalo Golf tu rosak pon? Bukan aku yang kena betulkan, ye tak? hahaha...

baju aku!

Huhuu...sedang dok melayan Myra main whiteboard marker tu, tetibe...zup! Dia dah pandai bukak penutup marker tu. Dan, mangsa pertama mata marker tu, baju kegemaran aku yang aku tengah pakai masa tu. Baju warna putih yang ada gambar angel - cupid pegang anak panah - tu.


huhu... Dah tak boleh nak marah dah. Tetibe, zup! lagi...Kena seluar aku plak. Ni naseb bukan seluar yang aku suka, bukan jeans yang aku suka pakai tu. Ye la, dok umah je, pakai seluar biasa-biasa je. Yang itu selamat. Dah aku buat muka nak menangis ke Myra, dia yang tersedu-sedan dulu. Hehe...terus aku gelakkan dia baru nak benti nangis.

Terus aku ngadu kat Ibu (hampeh, dah besar pon nak ngadu ke Ibu lagi). Huhu...camane nak hilangkan ink marker nih? Ada sesape tau tak? Tadi baru lepas basuh, sental dan rendam. Tapi masih ada kesan sket.

Hari ni sampai kul 2ptg je, dah 2 kali aku tukar baju tau. Mandi pagi tadi tu tak kira la. Masa angkat Myra dari kereta tu, kan diapers dia dah penuh, habis baju aku basah kena ayor kencing dia. Mandi lagi sekali. Tukar baju lagi. La ni tadi bila baju kena marker pen tu, aku tak mandi lagi sekali, tapi bila dah basuh, dan-dan la kena tukar baju lagi sekali, kan? Haish, banyak btul baju yang aku bazirkan hari ni. Esok mesti aunty belakang umah aku tu tanya lagi, awat basuh baju banyak sangat.

p/s: Aunty, shhhh...saya tak guna air umah aunty nak buat basuh baju okeh?

Dibo the Gift Dinasour

Myra si anak buah kesayanganku datang hari ni (well, anak sendiri belum ada). Dia tak sehat sangat hari ini. Semalam abang bawak dia pi klinik, ingatkan dia kena chicken pox. Rupanya doc cakap yang dia kena ruam-ruam sebab panas. Kebetulan Myra memang demam 2-3 hari lepas, dan agaknya kat Taman Melawati tak hujan kot; panas plak tu cuaca dengan dia-dia pon badan panas, so tu yang kena ruam tu.

Tadi abang tak tukar diapers dulu before bawak datang rumah. Masa aku angkat dari seat kereta, mak aiii...awat basah ni? Rupanya diapers Myra sudah penuh, dan dah melimpah-limpah ayor kencing dia. Dan masa tu aku dah dukung dia...Myra nih, makngah sudah mandi, sudah wangi-wangi pon. Terus bawak dia naik atas, mandi.

Bila dah siapkan dia, lepas tu aku plak yang mandi untuk kali kedua. Huhu...Dan lepas tu, aku layan dia tengok satu rancangan kanak-kanak kat Channel 613 Playhouse Disney -- Dibo the Gift Dragon. Yang comelnye sebab dragon tu menari-nari. Myra pon terikut-ikut. Bukan dia je, dengan aku-aku sekali...hahaha ;D

Di...DiboDi? heee~
video

Marilah kita sama-sama menari!!! ooo lalala...

Thursday, June 25, 2009

...soal hati...

Ya Allah...banyaknye persoalan bermain kat dalam kepala otak aku ni!!! Aku nak tanya soalan nih. Dan aku nak ada orang tolong jawabkan. Tapi sekarang tak boleh. Haaaa...now you know what I mean or not? Nak tanya, tapi belum sampai masa. Yang pening kepalanya, akuuu jugak!

I have some serious questions and I need some serious answers. Jawab dengan jujur dan ikhlas dari hati. Bukan sebab nak jaga hati aku. Ni untuk mengurangkan beban hati aku la nih. Soalnya hati...bla, bla, bla...Walaupun pada hakikatnya, kebenaran itu memang menyakitkan.

Nak tak nak pun, aku kena terima :((

buah hati, pengarang jantung

Dah dua tiga hari ni aku lalu depan umah dia, dia ada. Selamat~ Eh, tak pi mana-mana ke dia? Sakit ke? Selalunya kalo tengahari je bila aku keluar, tak nampak dia. Ni dah berapa hari tengahari dah, tiap kali nak pi amek Ellie kat sekolah, nampak dia.

Erm, kena tanya nih. Kesian dia kalo sakit. Huhu...Aku sedih jugak. Yelah, buah hati pengarang jantung. Takkan tak sayang kot?

cerewet

Ish, aku cerewet rupanya. Sangat cerewet. Itu tak kena, ini tak kena; yang itu tak sesuai, yang ini tak sesuai. Macam-macam. Ni mesti dah terikut Ibu. hihi...Ibu borek anak rintik ;D

Tengah tengok tudung cantik-cantik dalam blog orang len. Erm, cantik memang cantik. Tapi aku nak simple-simple je. Sulam sket, ada diamond-diamond sket sudah laa (walaupon sifat diamond tu bila dah 2-3 kali basuh, berterabur dalam mesin basuh..hihi) Ini siap ada batu bentuk air mata la, tudung bawal sulam tali kasut (mak aii, tali kasut pon dah nak jadi perhiasan tudung..hihi), bentuk mata ikan la, macam-macam...Kalo dah tahap kecerewetan aku macam ni; itu tak boleh, ini tak boleh; erm...nak kena pi cari sendiri, depan-depan mata, takleh tengok dalam online je. huhu...

Tapi...nak pi Jalan TAR kena ada member temankan. Kat situ sebab ramai orang, tak suka nak berserabutkan kepala ngan orang yang aku tak kenal. Kat situ je aku suka cari tudung, sebab boleh dapat murah (yang tak berapa nak murah pon sebenarnya).

Jadinya, anyone nak temankan?

penantian

Hari Selasa ritu aku order Kebaya Online. Supposedly sampai hari ni. Nak pakai time majlis Ita Ahad nih. Tak sabarnyer ;)

Beli kebaya warna putih dengan kerawang pink. Kain dan selendang pon pink. Hehee...For someone yang tak berapa nak minat dengan warna pink, ini dianggap sebagai satu langkah drastik. Tetiba pink itu, pink ini. Ladylike sangat dah. Tapi, nak buek camno? Nasib eden lah.heeee~

Dari tak pernah ada pink dalam almari aku, sekarang ni; t-shirt pink, tudung pink, kebaya pink, semua nak pink. Gambar-gambar aku pon banyak dah pakai baju pink. Kalo dulu, aku menyampah sangat tengok orang pakai pink. Sekarang ni tunggu orang naik menyampah tengok aku plak yang pakai pink. Hehe. Btul jugak kot kita ni selalunya dipengaruhi oleh kawan sekeliling kita. Bukan terpengaruh benda negatif, tapi aku terpengaruh dengan warna pink. Kawan rapat aku dari sekolah rendah dan menengah masing-masing giler pink. Tu ha, si aTiQue, LiyanaRoxx, Along, Tj... Kaki pakai pink. So, yang selalunya hangout dengan dorang ni, akulah. Aura pink tu kuat jugak eh? hehe...

So, ni dalam proses penantian; menunggu van PosLaju datang hantar baju kebaya ku~ Penantian memang satu penyiksaan (owh, tak seksa, dah biasa jadi penanti dan penunggu...ekeke...ada benda yang lagi lama aku tunggu baru dapat baru-baru ni. InsyaAllah berkekalan. Amin~)

Singapore owh Singapore

Waaa...nape la tetibe penyakit H1N1 ni makin berleluasa? Ish, kalo tak hujung bulan ni atau awal bulan 7 nanti plan nak pi meronda kat Singapore ngan Wafi dan Kak Iza dah jadi kenyataan dah. Hehe...Aku ni salah seorang rakyat Malaysia yang tak pernah jejak lagi kaki ke Singapore tu. Tengok dari jauh pernah la, tapi tu pun tengok pagar dawai elektrik kem NS dorang dari Tebing Runtuh, Wilayah Iskandar, Johor Bahru (masa trip kelas Audit bulan Februari 2009).

Plan kitorang tu weekend je. Setakat untuk bergambar, percaya tak? hehe. Plan asal, petang Jumaat Wafi balik dari kerja terus naik bas ke JB, tidor kat JB (kan ada rumah tumpangan yang murah- murah tu. Tapi of courselah Wafi bilik asing dari aku ngan Kak Iza. Hish...). Bermalam memang di JB, siang hari je kitorang masuk Singapore. Ahad pagi balik la KL semula. Memandangkan kitorang bertiga memang tak pernah pi Singapore, trip tu sebenarnya hanya sebagai trip untuk bergambar, takde niat untuk bershopping pon sebab barang kat Singapore mahal dan sama je jenisnya dengan kat Malaysia (baik shopping kat Malaysia je).

Dengar trip nak bergambar macam gaya professional photographer je kan? Hahaha...Blum, blum lagi. Aku bukan budak fotografi pon, cuma fotografi memang minat aku dari dulu lagi. Tapi setakat pakai point+shoot camera je la (digital camera). Takde sampai bli DSLR yang besar bagak macam abang aku punya atau mana-mana photographer amatur. Duit takdelah. Lagipun aku tak minat nak mengangkut benda besar-besar ni berjalan. Beg kamera je dah berat dan besar, silap-silap aku tinggal tepi jalan kang. Hehehe ;)

H1N1, kacao la hang ni. Ish! Kan dah lebur harapan nak pi bergambar ngan Singa paling besar dalam dunia tuh. Huhu :(


p/s: Nanti aku nak kawen, photographer sudah ada. Abang sendiri. Untung sebenarnya jadi aku ni ;D

Wednesday, June 24, 2009

basah kuyup!

wahlaweiii...hujan lebat btul kat area umah aku tadi. Sekarang ni dah ok sket. Tadi dan-dan la masa aku nak keluar rumah amek Ellie kat sekolah agama, tetiba hujan turun selebat-lebatnya! Kalo turun menegak takpe gak. Ini hujan tu siap condong 45darjah tau tak! So, bayangkanlah aku yang pakai payung tadi, rasa macam tak pakai payung. Lenjun habis atas bawah! Angin plak kuat. Ish, ish, ish... macam nak ribut pon ada.

Memandangkan hari ni hari Rabu, depan sekolah agama Ellie tu ada pasar malam. So, terpaksa parking kereta belakang sekolah. Tertanya-tanya gak dah bunyi loceng ke belum. So, aku pon keluar je lah dari kereta. Rupanya, budak-budak belum keluar, gate pon tutup lagi. Alamak, macam mana ni? Aku dengan dah kuyup tu, terpaksa tunggu dekat koridor rumah kedai depan sekolah Ellie. Huuuu...sejuk giler! Bila budak-budak dah keluar, satu masalah lagi. Mana plak adik aku ni? Dah sama pattern je ngan dak-dak len bila dah beremba-remba duk depan koridor kelas dorang tu. Adeh~

Last-last aku redah jelah masuk compound sekolah, nasib nampak adik aku. Nak ke kereta pulak, dengan angin yang kuat, nasib payung aku tu tak patah. Ish, baru beli payung ni tau! Nasib kereta Kelisa aku tu seat kulit, so tak kuyup la bila yang masuk ni semua dah kekuyupan dek dimandikan free-free dengan air hujan.

Itu je nak citer. haha~ Lama tak hujan lebat time ambik Ellie kat sekolah agama petang-petang cam tadi.

what I am

Orang yang kenal aku pertama kali akan kata aku ni seorang yang sombong. Tapi aku tak boleh salahkan dorang sebab aku memang susah nak mesra ngan orang yang aku baru kenal. Bukan sombong, cuma susah nak relate dengan sebarang perbualan orang.

Orang yang dah lama kenal aku plak kata aku ni mesra bukan main. Tapi aku tak boleh salahkan dorang jugak sebab aku kalo dah lama kenal dengan orang tu lagi-lagi yang aku memang rapat, kamcing; alahaiii, macam adik beradik jadinya. But this is strictly for those yang memang aku rapat. Boleh minum kongsi straw (eh, tapi bukan ngan member rapat yang lelaki ye. Hanya yang perempuan je), boleh berkongsi makan, boleh membelanja - dibelanja - dan terbelanja, boleh cerita apa sahaja (meluahkan perasaan segala la sebab memang kawan yang sangat- sangat boleh dipercayai), boleh godek hp aku (sebab bukan ada apa pun dalam hp aku tu), boleh tido atas katil aku (aku ni cerewet sket), dan boleh macam-macam lagi sebab kawan yang rapat je boleh dapat semua kelebihan tu.

Dan untuk orang yang sangat kenal aku, dia tahu yang aku suka senyum (senyum bukan setakat senyum biasa. Mesti nampak gigi). Selain dari tu, hobi aku bercakap. Kalo biarkan, kadang-kadang non-stop! Haha...Kak Aina risau kalo aku tak senyum dan senyap sebab bagi dia kalo aku senyap tu, mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Ye la, untuk orang yang mempunyai hobi bercakap, senyap itu bukan satu pilihan sebenarnya ;D Tapi bercakap je pon penat tau!

Selain tu, aku ni kuat sakat orang. Tapi aku kalah ngan Ain, kalah dengan AtiQuE (budak dua orang ni kalo sakat aku, muka aku ni dah bukan naik warna merah dah, tapi semua warna keluar!). Tapi takpe, aku masih ada mangsa sakat yang lain. Mangsa sakat aku kalo tak lain tak bukan Kak Aina, Alang, Bong dan yang paling terbaru -- Encik Asam Boi --. Welcome to the club Encik! Eh, Tuan! haha ;D

Owh, ape-ape pon, kenali lah aku dulu, nanti korang baru tau aku macam mana. Mula-mula memang susah nak dengar suara aku. Lama-lama, aku rasa suara aku je yang kedengaran kot. Wahahahaha ;D

no nothing

Hari ni takde ape aku nak membebel dalam blog ni. Malam tadi tak boleh nak tido (lagi), tak selesa. Ntah kenapa dan biarkanlah ianya jadi rahsia. Tersedar pukul 5pg dan tunggu masa ibu ketuk pintu bilik.

Pukul 945pg lepas sidai kain, kuar pi Taman Melawati nak bayar yuran kat Bank Islam. Kejap je turn aku. Weheee~ Lepas tu balik; singgah Spectrum, Ibu mintak tolong belikan syampu, beli barang sket. Trus pi sekolah Ellie.

Ni sekarang dalam bilik. Hohohohho...perutku memulas dari tadi. Ntah kenapa jugak.

Petang ni rasa tak best. Nak tido petang malas.

Ape ni? Nak tido pon malas! Masalah betul aku ni sekarang. Hish!

My mood comes and go. I wonder why? hurrmmm...

Tuesday, June 23, 2009

props bergambar

Erm, tiap kali bergambar aku kena bawak props. Haaa...baru rasa gambar tu dah memenuhi syarat. Selain tu, benda-benda wajib yang perlu aku bawak contohnya subjek fotografi. Kalo tak, aku nak ambik gambar ape, dan dengan siapa? Jadinya, ni list props untuk aktiviti bergambar akan datang:
*update
  • Kamera (mestilah!)
  • Tripod (penting ni. Silap kalo tak bawak)
  • Gula-gula lolipop yang bentuk bulat besar tu
  • Bebuih (kena cari kat kedai yang betul, kalo tak, buat penat tiup je tapi buih takde macam hari tu)
  • Kipas tangan
  • Encik 'asam boi' saya! (awak tau sape awak ok? hehe)
  • * belon!
  • * Along, Alang dan Bong tershayang! (lama benor nak masuk sem baru. Rindu kat dorang bertiga nih)
  • * AtiQuE + LiyanaRoxx (tak sabar nak keluar ngan dearest dua orang ni Sabtu 27-06-09)
  • * Kak Aina kesayangan saya!
  • * eh, jangan lupa, BUNGA!

Setakat ni, itu sahaja. Mental note nih!

gambar

Ha, gambar yang baru aku dengan Kak Aina pi outing ritu aku dah upload kat Picasa Web. Tapi tak sempat tambah caption je lagi. Nanti-nanti lah.

Gambar baru-baru ni kurang 200 keping dari masa kitorang jalan-jalan kat TTSA tu. Sebab panas terik dan badan aku dah rasa tak best dan lesu masa tu. Tapi, banyak tak banyak pun sempat capture 269 keping gak! But of course la dalam Picasa Web tu aku letak sket je. Gambar len banyak repetitive sebab amik secara continuously.


p/s: Nak panggil Flip Flap aku tu 'Qiqi' la (sebutan 'chichi') ;D Pening asyik cakap 'bunga Flip Flap' je.

bujang terlajak

[Sambil tengok Flip Flap aku tergedik-gedik melambai-lambai]

Awak, aci tak kalo saya tak letak Flip Flap tu dalam kereta? Nak letak dalam bilik je sebab sayang la.


Tadi kebetulan Ibu aku tengok Wanita Hari Ini kul 12tghari. Aku pon layan je la sebab dia yang pegang remote control tu. Tajuk hari ni: BUJANG TERLAJAK. Erk...lately ni banyak sangat citer pasal kawin-kawin dalam tv yang aku TERtengok. Dah nama pon TERtengok, aku pon terus tengok je la. Selebriti yang dijemput tak lain tak bukan Adibah Noor dengan Harith Iskandar berserta seorang pakar motivasi, Dr. Izzy.

Dr. Izzy ni bagi statistik kat Malaysia ni, umur purata bagi lelaki berkahwin sekitar 29 tahun, manakala umur wanita berkahwin ialah 28 tahun.

Erm, Aku tak nak kawin umur lingkungan tu. Bagi aku umur nak masuk 25 ni pun dah agak 'tua' jugak. Errrr... bukan tua, tapi dah lewat sangat (sori AtiQue, ni pendapat aku je. Aku tau ko ada alasan ko tersendiri dan alasan tu memang kukuh). Dan aku jarang dengar lelaki kata umur 25 tu agak lambat untuk berkahwin. Selalu yang aku dengar, lelaki ni nak kahwin lambat sebab tak puas enjoy lagi hidup bujang. Tolak abang aku kot, sebab dia kawin umur 25 and masa tu kakak ipar aku umur 23 (haa...aku dah 24 weh!). Ada sorang je lelaki yang setakat ni (selain abang aku) cakap dia nak kahwin cepat dengan alasan dia tak mau bila dia dah tua, anak-anak dia masih kecik-kecik (satu jawapan yang sangat comel pernah aku dengar dari mulut seorang lelaki... hihi...betul awak!).

So, kembali kepada ahli panel yang suka buat lawak (Adibah + Harith tu). Aku tertarik pada jawapan Harith Iskandar bila Norish Karman tanya pada dia, apa kriteria yang dia letak untuk mencari seorang isteri. Harith ni memula jawab tak siyes sebab dia kata, of course la dia nak isteri dia tu mestilah perempuan (hehe). Jawapan siyes dia plak, dia kata dia tak mau letak sebarang 'kriteria' untuk mencari calon isteri. Alasannya: sebab kalo dia letak kriteria tertentu, sudah semestinya lah calon isteri dia tu akan letak kriteria jugak dalam mencari calon suami. Jadi, bilanya dorang nak berkahwin kalo masing-masing akan membuat bandingan antara kita, dia dengan orang lain? 'kenapa u tak macam ni, kenapa dia macam tu'...Erm, betul jugak kan?

Dan kawan baik aku pernah tulis dalam blog dia -- SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI ANDA..DAN BERSABARLAH JIKA DIA BUKAN SEPERTI ANDA MAHUKAN..NESCAYA SATU HARI NANTI ANDA PASTI BAHAGIA -- (AtiQue la tu. Dan dia tujukan madah pujangga tu buat aku. Ceh~ Tapi aku berterima kasih pada ko AtiQue sebab ko ada di waktu aku perlukan ko selain Along dan Killeroses). Ada betulnya jugak. Jadinya, sekarang ni aku tak boleh guna lagi kriteria-kriteria Mr. Right aku yang pernah aku tulis dalam blog ni pada 16-05-09 dan 18-05-09 tu.

Kesimpulannya, semuanya akan kembali kepada perkara asas dalam sesebuah perhubungan dan persahabatan iaitu menerima si dia seadanya. InsyaAllah~

been there, done that

Hari ni sekolah kebangsaan Ellie buat hari terbuka untuk ambik kad kemajuan (hari ni hari yang menakutkan untuk semua budak-budak sekolah yang dapat result tak berapa nak best). Pagi-pagi lagi tadi Ellie dah buat muka masam.

Ibu balik lambat jugak, time aku tengah sidai kain around pukul 930pg. Dari belakang aku dah dengar ibu membebel. Hish...apa lagi yang tak kena tu?


Ibu masuk dapur, aku sempat tanya ibu:

N: Ellie dapat nombor berapa bu?

I: Banyak!

N: (Aku sengih je. Tak mampu nak kata apa).


Masa aku tengah sidai kain tu, dengar lagi ibu bebel kat Ellie. Konpem result teruk nih. Aku dok terpikir macam mana nak bagi ibu cool down. Dulu, masa Ellie darjah 1 sampai darjah 3, dia selalu dapat nombor 1, 2 atau 3. Well, she's better than me of course. Aku time-time tu paling teruk dapat nombor 23 masa darjah 3. Sekali dalam seumur hidup dapat nombor yang sangat 'banyak'. The rest of my school year (dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku masih dapat kekalkan nombor kurang dari 10 tapi tak pernah dapat nombor 1 sampai nombor 3 tu; terror gak aku ni banding ngan budak2 lain). Larhhh, bukan salah aku pun, sebabnya kebetulan ada budak lagi terror dari aku, aku dengan baik hati, bagilah laluan pada dorang... hehe ;D

Owh, kembali pada cerita asal. Aku teringat dulu ada sekali tu masa hari ambik kad kemajuan jugak la; Ibu boleh cakap pada guru kelas Ellie:


I: Cikgu, lainkali janganlah bagi anak saya ni nombor 1. Saya takut dia tertekan sebab takut bila-bila nanti dia tak dapat maintain result dia ni.


Well Ibu, now you got your wish. So, nape nak bising-bising? Hehe...Aku cakap camtu sebab aku pon puas kena bebel ngan Ibu dulu. Nasib baik bawah aku ada adik kecik. So, dengan itu Ibu aku sket-sket dia lepaskan aku (bab-bab membebel pasal study untuk exam, bla, bla, bla... Bab lain, jangan harap dia terlepas pandang. Aku uruskan sendiri cara belajar aku lepas je dari zaman matriks. Ye la, sendiri nak berjaya, sendiri la usaha, kan?). Ish, tapi takkan aku nak cakap camtu kat Ibu plak. Last-last sampai aku habis menyidai, dah masuk umah, aku senyap je. That thoughts pasal apa yang pernah Ibu cakap pada guru kelas Ellie dulu aku simpan kemas-kemas dalam otak aku. Senyap lagi baik dari aku bukak mulut. Tapi aku peluk Ibu dari belakang, aku cium pipi dia banyak kali. Huhu... benda paling senang nak bagi dia cool down. Sudah-sudah la ye bu... Tapi puas jugak la Ellie kena fire pagi-pagi tadi. Ekekeke...

Tapi kiranya Ellie tu untung. Dia tak kena macam yang aku kena. Dia tu kira tahap manja tau. Kiranya Ibu sekarang ni dah banyak berlembut ngan dia, tapi, ye lah...budak-budak kan. Lagi disuruh, lagi tu dia buat tak tau.

Erm, korang pernah dengar tak pasal 'anak tengah'? Anak tengah ni selalunya lain sket perangai dia dari anak sulung atau anak bongsu. Lain dalam erti kata...'menjadi' atau 'tak menjadi'. Aku ni 'anak tengah'. Dalam tiga orang adik beradik aku ni, akulah yang paling degil, paling keras kepala, paling kasar, paling suka melawan kata, paling menyakitkan hati Ibu aku, paling...semua jenis 'paling' lah, tu la aku (Alhamdulillah, dah besar ni je semua 'paling' tu dah takde, sebab banyak pikir nak jaga hati Ibu dan hati semua orang yang aku sayang). Abang aku jenis senyap bila ditegur kalo buat silap. Ibu paling senang uruskan dia. Memang sifat anak sulung macam tu kot.

Korang yang pernah kenal aku sekarang ni, pernah terpikir tak aku ni pernah kena heret naik tangga umah aku sebabnya bila Ibu swuh aku hafal sifir, aku tak mau? Pernah terpikir tak aku ni pernah kena sebat ngan abah pakai ranting pokok yang baru lepas kena hujan, yang basah tu; sebabnya pergi rumah jiran aku, aku tak bagitau abah? Dia ingat aku hilang. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Well, itu semua aku. Abang dengan adik aku tak pernah kena tu semua. Tapi pengalaman tu semua jadikan aku lebih matang, jadikan aku lebih berjaya berbanding abang aku. Aku nak kata aku lebih berjaya berbanding adik aku tak boleh, sebab dia masih sekolah rendah. Tahap dia tak sama macam aku. Nak kata sebab dulu aku tak mendapat perhatian sepenuhnya, tak jugak, sebab puas aku jadi anak bongsu selama 13 tahun. Lepas dari tu Ellie lahir.

Tapi aku tak pernah dendam ngan Ibu atau Abah aku. Bila terpikir balik kenangan lama, aku gelakkan diri aku sendiri. Baru terpikir yang aku ni sebenarnya nakal sangat, degil tahap gaban! Tak boleh ditegur. But that what makes me today. Seorang bekas pelajar Degree UiTM yang dapat Second Class Upper (result akhir dapat 3 ke atas) masa grad 2007 dulu; pelajar Master UKM yang Insyaallah habis study akhir tahun ni (Insyaallah dengan pointer 3 ke atas jugak). Dan selepas tu Insyaallah nak cari kerja yang bagus-bagus. TERIMA KASIH IBU, ABAH!

Mungkin berkat jadi 'anak tengah' kot? Ntah, tapi apa yang boleh aku cakap pada adik kesayangan aku yang sorang tu; 'I've been there, done that'. Sama je. So, dia tak boleh marahkan aku kalo tetiba aku pon sama-sama membebel ke dia benda yang sama macam Ibu membebel ke dia. Huhu... Maknanya, aku sayangkan dia. Membebel bukan membebel kosong, tapi berisi.

Monday, June 22, 2009

moody --> happy

heeeee~ someone made my day today. Wait, wait, someone made HALF of my day. Dah petang baru nak senyum lebar ;) Satu hari ni moody sebab...(dah nak hujung bulan)...

Saya dah dapat bunga Flip Flap saya!!!

Weheeee~ Ada orang tolong belikan (Abang, nanti saya bayar balik eh? Terima kasih daun keladi sebab tolong belikan wpun saya tak mintak abang belikan pon ;) Awww...terharu sangat. Sayang abang! Muaxx!! hihi)...



Saya sangat hepi~ lalalala (sambil berlagu riang)...

Pak Li Kopitiam

Jap, nak sambung rancangan JJCM ngan Kak Aina. Tapi malas nak citer panjang-panjang.

Semalam masa kat Pak Li Kopitiam, Seksyen 7 baru Shah Alam, aku order Snow Ice: Durian Belanda. Kak Aina order Snow Ice: Durian Cendol.

Aku punya tu bahagian tengah Snow Ice tu dia letak susu cair kot. Kak Aina punya plak dia letak gula melaka. Ok la, not bad. Durian Belanda ni aku pernah makan sekali je kot. Tapi masa kecik dulu. So, ni baru masuk kali kedua cuba. Banyak betul dia letak. Memula tu ok lagi. Bila dah setengah mangkuk, aku dah naik mabuk makan durian belanda tu. Masam boleh tahan! Hehe. Last-last aku punya tak habis.

Dan kitorang order 2 set roti bakar ngan kaya dan mentega. Not bad jugak. Tak beli yang berat-berat pon sebab aku tak lalu nak makan sebenarnya. Badan aku dah rasa sangat lesu masa tu (pastu pandai plak pi order benda ber'ais' lagi. Memang cari pasal). Yang aku tau masa tu, aku nak cepat-cepat dapat order and nak balik Ampang. huhu...

Tapi enjoy gambar nih.

Snow Ice: Durian Belanda

Snow Ice: Durian Cendol

Depan sekali tu Roti Bakar yang kitorang order.

Discover Secret of Birthdate

You were born on 7th of March 1985.

:: Romantic (adakah? Cuba tanya orang len)
:: Idealistic and need a reason to be happy (saya tak memerlukan sebab untuk jadi happy. Ikut suka saya sendiri nak happy bila, nak sedih bila. Suka-suki sendiri)
:: Strong Family bond are important to them (yep)
:: Their decisions are driven by their emotion (erm, tak jugak. Kalo tengah emosi tapi time tu ada orang lagi emosi dari saya, saya jadi optimistik. Saya seorang yang realistik)
:: Like to help and take care others (Ye...hari tu hari dia, bila-bila pulak hari saya, saya pon tak tau bila)
:: Loyal and a good teacher (saya memang seorang yang setia. Tapi kalo seorang guru yang bagus? Erm, tak berapa nak bagus sebenarnya)
:: Love musics (owh, saya suka muzik. Dengar jela, main alat muzik pun tak tau. Kalo ada orang nak mainkan gitar depan saya, lagi saya suka. Cair gitu...)
:: Loyal to those who are serious in relationship (ye, sebab saya seorang yang setia. Saya akan setia pada siapa yang setia pada saya. Win-win situation)
:: Need to learn what can and can't change (erm, tak jugak. Redha je)


p/s: Ni pon saja-saja buat test kat FB. Seperti biasa macam semalam jugak, mood saya tak berapa nak bagus hari ni. So; blur-blur sket, ngantuk lagi walaupun dah tido selama 10 jam malam semalam, rasa nak makan coklat banyak-banyak, erm...ape lagi? Tu je kot.

Sunday, June 21, 2009

penatnyer...

Erm, pukul 530ptg baru balik dari outing ngan kak Aina tadi. Penat btul. Dari Mid tengok citer Night at the Museum: Battle of the Smithsonians. Best, best! Aku bagi 5 bintang! hehe...Ben Stiller tu one of the great actor la. Aku suka tengok mana-mana movie yang dia berlakon selain Adam Sandler.

Dari Mid Valley, trus ke Taman Tasik Perdana (tak jadi ke Taman Bunga, parking takde). Bergambar sket-sket kat Memorial Tuanku Abdul Rahman (tak masuk dalam pun, kat parking lot je cukup), dan kat area taman permainan dalam Taman Tasik Perdana. Tak larat la. Mana ada orang pi lepak-lepak kat taman time tengahari buta kul 230ptg? Kitorang je! Habis sunburn lagi aku. Baru nak mencerahkan kulit semula lepas balik dari Langkawi bulan April ritu. Cuti ni pon bukan keluar sangat bawah panas. Melepek dalam rumah, dalam kereta, dalam shopping mall. Huhu ;)

Balik dari taman, trus hantar Kak Aina balik Shah Alam. Dia nak sangat makan Ais Batu Campur. Lepak la jap kat Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 baru. Dah dia nak belanja, aku ok je ;D Agaknya sebab aku order Ice Snow (ala, macam ABC jugak cuma moden sket, ada menu yang ada durian, durian belanda la, mangga la etc.), balik tadi tetiba rasa badan lemah len macam. Ais kan? Aku ni sejak turunkan berat badan, jarang aku minum ais. Lagi-lagi ABC. Pastu panas plak tadi. Tekak rasa gatal, sakit-sakit dah.

La ni tengah mengantuk dan SANGAT PENAT. Adeh, malas la aku nak citer panjang-panjang. Oooo, lagi 3 hari...ok, ok...patutlah. So, gambar kat Picasa Web nanti la aku upload. Dah tak mampu nak duduk dan bukak mata lama-lama nih.

Huh~

outing!

Yey!!! Hari ni aku nak pi outing ngan kakak kesayangan aku tu. Cik Aina atau Killeroses. Nak pi tengok movie kat Mid Valley, makan-makan dan...nak pi Taman Bunga!

Mesti korang tertanya buat apa la nak pi Taman Bunga tu? Ye, saya nak pi ber'dating' ngan kakak saya. Salah ke? Hihi...Nak posing saja-saja. Dah kakak aku sorang tu giler nak bergambar jugak pulak. Habis virus aku ni berjangkit kat dia lepas sesi bergambar secara poyo-berterusan dua minggu lepas kat halaman umah aku tu je. Haha...

Ok, aku nak siapkan air sat, jap lagi nak breakfast ngan family. Lepas tu, ciao lah.

Saturday, June 20, 2009

Ali Hussein Jr.

Ya Allah...Aku dari hari tu nak post entry ni. Tapi asyik lupa. Patutlah aku rasa macam ada benda yang aku tak buat.

Aku nak post gambar baru 'anak buah' angkat aku, Along, Alang and Bong. Mama kitorang (Puan Sal) dah selamat melahirkan bayi lelaki dia kat hospital di Kelantan (nama hospital tak tanya plak).

Nama: Ali Hussein (Jr.) Bin Ahmad Musyiri
Tarikh Lahir: 16-06-09 (0458 am)
Berat: 3.3 kg

'Jr.' tu Sal saja2 je tambah (tapi takde dalam surat beranak la) sebab kalo ikutkan nama 'Ali Hussein' tu kepunyaan arwah anak Sal yang pertama dulu. Meninggal sebab lemas dalam kandungan; Januari 2008, tahun lepas. Masa tu kesian jugak tengok kawan aku ni (kenal dia dari UiTM dulu -- classmate PAMs), tapi Sal ni memang tabah lah. Dia kuatkan semangat dia jugak nak sambung Master ngan aku Julai tahun yang sama. Deep down aku tau dia masih sedih, tapi dia redha dengan apa yang dah tertulis.

Sepatutnya 14-06-09 due bersalin. Aku dah teringat dari 11hb lagi, dok tengok kalendar, 'ish, belum lagi la'...tetibe bila pagi 15hb tu Along mesej aku tanya pasal Mama; hoh, baru aku teringat! Alamak...terlewat sehari! Terus aku call Sal kul 1150am. Rupa-rupanya dia dah dalam labour room tengah tunggu masa. Masa aku call tu dia tengah menahan sakit sebab baru 3cm bukak 'jalan' (faham-faham je la eh? hihi. Censored sket nih). Memula aku tak nak kaco dia, dah dia rancak bercerita, aku layan je la. Sempat lagi dia buat lawak yang dia tak rasa sakit sangat bila bercakap ngan aku...hish, Mama Sal ni...hehe ;) Aku plak risau dan seriau dengar dia kata tengah tahan sakit. Weheee~ Sakit! (erk, Sal kata sakit, sakit la kot?).

Last before kitorang matikan talian, dia cakap nanti dia inform pada aku apa-apa berita. So, I'm crossing my fingers at that moment. Mudah-mudahan kawan aku dan bayi dia selamat. Insyaallah~ Aku tak sanggup tengok lagi dia breakdown macam dulu wpun dia tunjuk muka 'kuat' dia tu. Tunggu punya tunggu, tak dengar berita jugak; sampailah malam 16-06-09 tu around pukul 1220am lepas aku letak phone borak ngan 'kawan' aku (anggap 17-06-09 je la terus eh?) ada mesej MMS sampai ke aku. Jarang orang hantar MMS ke aku. Curious punya pasal, dari dah ngantuks, aku trus on lappy aku, masuk Maxis MMS, laaaa...rupanya Sal yang hantar MMS tu guna nombor husband dia. Gambar si kecik yang di atas tu. Putih macam mama dia jugak. Pagi tu before breakfast trus aku mesej dia tanya segala.

Ceasarean. Tak dapat bersalin secara normal sebab bila 'jalan' dah buka sampai 7cm, trus tak mau bukak lagi (ish...). Korang bayangkan dari aku call Sal pukul 1150am 15-06-09 tu, dia menahan sakit sampai kul 0458am, 16-06-09. Seharian dalam labour room! Sakit yang hanya dia tanggung dan tahu. Yang penting, bayi dia selamat dan kawan aku ni pun selamat. Alhamdulillah~

p/s: Kepada bakal-bakal husband ataupon yang dah jadi husband tu, beringatlah bahawa isteri kalian sanggup bertarung nyawa untuk mengandungkan dan melahirkan zuriat untuk kalian. Kalian tak rasa apa yang isteri kalian rasakan. Kalian cuma perlu berada di samping mereka di waktu susah dan senang, itu sudah cukup buat mereka (Errr...aku plak yang emosional...huhu).

macam takde keje

hahahah...at last, entry ni entry yang ke-36 untuk bulan Jun ni. Macam takde keje dah aku bulan ni bila tengah cuti. Kalo ikutkan, aku tengok member bloggers aku sumer jenis yang rajin meng'update' blog dorang. Tapi bulan ni bulan aku, yey!!! Sebabnya aku belum start kelas lagi. Jadinya, extra rajin la. Tapi tunggu aku start semester baru awal bulan 7 ni, silap-silap nak update pon aku malas. Tunggu kena bebel ngan cik LiyanaRoxx baru terhegeh-hegeh update. Padahal semester baru ni aku hanya amek tesis je.

Ntah, tengok keutamaan jugak kot. Semester baru ni aku dok umah je. Ulang-alik dari rumah ke UKM. Banyak masa atas jalan pon membuatkan aku penat dan malas. Tengoklah. You'll be lucky now if not later. That's why keje aku asyik dok meng'update' blog je skrg nih.

Love Personality Test

Lawak btul. Tadi pi buat test kat Facebook (well, bukan bleh percaya test-test kat FB. Temberang je lebih). Tapi tengah bosan tahap gaban sebab Myra tengah tidor, so, ni la result aku:

"Long Term Lover"

Are you the perfect girl or what? Maybe you're a little shy or lack the dazzling appeal of the Alpha Woman, but when boys get to know you they'll discover the gold deep down. Your love personality is the most likely to find true love and romance, and when you're a little older you'll be much in demand because men will want to hang on to you. Expect a long-term marriage with an adoring husband (awww...sweet sangat..hihi...). Did I mention that you're a great mate too? And an old-round fabulous person to know.


Uuu...how I wish it's true? (sempat gelak tergolek-golek atas katil ni ;D )

Friday, June 19, 2009

Flip Flap Flower






Korang, korang pnah jumpa tak benda ni? Benda alah ni dipanggil Flip Flap. Bunga tu boleh bergerak, daun dia pon boleh bergerak macam jongkang-jongkit (atas-bawah-atas-bawah). Tak memerlukan bateri, guna solar je. Kan bagus tuh? Save energy ape. Lagi-lagi environmentalist-wannabe macam aku ;D

Puas aku dok google benda ni kat internet. Huhuu..Comel tak? Comel kan? Tu baru tengok gambar dah comel. Wait till you see it yourself. SANGAT COMEL!!! Sebab bunga dan daunnya bergerak-gerak bila kena cahaya yang secukupnya. Macam tergedik-gedik...hihi ;D

Korang tau tak kat mana ada jual benda ni? Aku nak. Ader dulu aku jumpa tapi masa tu tak berkenan sangat sebab dalam bentuk kartun yang kepala besar badan kecik tu. Tak pnah jumpa yang dalam bentuk bunga nih. Puas aku round kat JJ tadi tak jumpa jugak. Huhu...harunya~

p/s: Ada sesape boleh tolong belikan tak? Nanti aku bayar balik la...Pleaasseeeeee (nada mengharap).

Eczema

Pernah dengar pasal 'eczema' tak? Cara sebutan: ek-zeh-ma.

Tadi masa Ellie pi jumpa doktor tu, doktor tu cakap yang dia kena eczema nih. So, I've googled it. So, here's what I got.

'Eczema (pronounced: ek-zeh-ma) is a group of skin conditions that cause skin to become red, irritated, itchy, and sometimes develop small, fluid-filled bumps that become moist and ooze. People with eczema also may have asthma and certain allergies, such as hay fever (demam yang berkaitan dengan pernafasan). For some, food allergies (such as allergies to cow's milk, soy, eggs, fish, or wheat) may bring on or worsen eczema. Allergies to animal dander, rough fabrics, and dust may also trigger the condition in some people.'


Adik aku tu rasanya alergik pada makanan. Dia suka seafood plak tu lagi-lagi udang. So, after this, no more udang la jawabnya. Ikan pon ada certain ikan yang sebabkan gatal macam ikan kembung, ikan bawal hitam (bawal putih ok -- ceh, nak makan yang mahal-mahal je). Yes, yes, ibu boleh buat sambal udang lepas nih (adik aku tak makan sambal udang, fobia tengok warna merah sambal tu). Pada bulu binatang dia ok je. Kebal jugak budak sorang tu. Cuma dia senang dapat selsema secara tiba-tiba.

Aku rasa aku ni ader eczema jugak kot. Cuma simptom-simptom aku tak macam adik aku kena. Aku tak alergik pada sebarang makanan macam adik aku; kecuali real belacan dan budu. Tapi...jeng jeng jeng... aku kalah sangat dengan bulu kucing. Atau sebarang bulu haiwan. Haish...dah la aku ni suka main kucing. Huhu...Dah ada orang tegur aku, jangan main ngan kucing lagi lepas ni; tapi... (Awak, saya jamin, saya akan mandikan kucing tu bagi bersih -- Bagi alasan ke dia yang sebenarnya kucing tu kotor, tak mandi; tu yang jadi selsema tu). Dan salah satu sebab aku kurang gemar balik kampung sebab kadang-kadang kalo abang sefamily join balik kampung, aku kena tido bilik belakang. Bilik tu ada musuh aku; habuk yang sangat ganas!!! Tak sah kalo aku tak bersin-bersin kalo dah duduk kat bilik tu. Kalah habuk kat KL nih. Bersin macam dah takde hari esok, macam nak tercabut hidung nih. Makan lah banyak mana Panadol Soluble, tetap maintain macam tu jugak. Kalo time aku kena bersin-bersin ni, konpem aku tido seharian dan asyik nak makan sebab badan dah longlai asyik bersin je (guna tenaga bersin ala-ala resdung ni). Teruk jugak aku kalo kena.

Pastu kalo kat umah pon, aku rimas nak kemas bilik. Bukan sebab malas; tapi sebab aku tau ada habuk. Kalo nak kemas, kena ready towel kecik untuk tutup hidung (kalo ada jual topeng muka macam time jerebu tu lagi bagus. Praktikal sket). Kalo habuk kena mana-mana bahagian badan, siaplah gatal-gatal. Menggaru je kejenya. So, bila time kemas bilik, aku tak boleh mandi dulu; aku kena bukak tingkap dan pintu bilik luas-luas, bagi habuk keluar. After kemas, laju-laju pi mandi. Huish, sapa nak tanggung kalo aku dah dok menggaru dan bersin-bersin tu? Akuuuuu jugak tau...

Nasib badan...


Source: http://kidshealth.org/

i looked blue today

Pagi-pagi lagi pi jalan-jalan kat Ampang Puteri. Eh, bukan jalan-jalan, tapi teman ibu ngan Ellie jumpa doktor pakar. Kulit Ellie tu sensetif sangat.

Alkisahnya, pagi tadi aku dok godek almari aku tu. Nak pakai baju tu, alamak... tudung tak boleh nak selempang je (leher baju tu lebar sangat), nak pakai yang tu, pendek sangat plak. Nak pakai yang tu, meriah sangat plak kalernya. Ingat aku nak pi berjalan ke? Itu la, inilah...

Paling teruk; nak pakai yang itu, warna biru lagi! Asyik-asyik biru, biru dan biru lagi. Aku plak naik lemah dok tengok banyak sangat baju warna biru dalam almari aku tuh. Takde warna lain ke?

Tapi betul jugak la before this aku pnah baca satu buku horoskop kat POPULAR Bookstore (perhatian: Sila jangan percaya dengan horoskop atau sebarang ramalan macam tu ok? Solat anda boleh tidak diterima selama 44 hari. And so I've read somewhere). Dalam horoskop tu cakap, aku ni sesuai ngan warna pink (owh, jadinya aku tidak di'curse' oleh cik LiyanaRoxx sebab kutuk dia dulu pakai pink head-to-toe. Bagus, bagus...); purple (warna keibuan. Owh, nak kena kawen dah ni..haha). Selain dua tu, warna BIRU dan HIJAU adalah warna penyelamat aku. Yang ni bukan nak percaya ke apa. Tapi memang betul!

Sebabnya, kalo emergency ape-ape nak kena cepat dan aku dah terlambat, baju warna biru yang aku capai dulu. Errmmm (sambil pegang dagu dan meraba jerawat yang tengah nak kering tu), ye la kot... Aku baru je perasan rupanya memang baju warna biru aku sangat banyak! Dan setiap kali aku tengah bosan-bosan nak keluar rumah, baju biru menjadi mangsa.

All in all, baju biru ni selain jadi baju penyelamat aku, boleh jugak sebab aku ni tengah malas nak pikir nak pakai baju ape time nak keluar. I don't need elaboration in defining myself. Kalo itu, itulah. Dan warna biru menyebabkan aku tidak mahu jadi lebih daripada yang sepatutnya.

Jadinya, kalo lepas ni korang nampak aku pakai baju biru, faham-faham je lah eh. Aku tengah malas dan takde mood nak jadik comel (ahhh...perasan!).

p/s: Erm, keputusan pagi tadi masa pergi hospital: berbaju biru dan bertudung putih. Hoh~ Sesuai sangat dahhhh...Kombinasi yang sangat sesuai time aku tengah rasa down.

Thursday, June 18, 2009

satu, satu lagi.

Ianya tak dapat dinafikan,
yang kita perlu bersama,
Ianya tak dapat dipercayai,
yang mana dulu aku pernah kata aku takkan jatuh cinta,
tapi pada dasarnya aku perlu tahu;
jika kau tak tau apa yang kurasa,
jadinya biarkan aku tunjuk yang aku serius sebenarnya nih.
Jika semuanya benar,
Masa akan menentukannya,
Owh...

Satu - ko ni macam mimpi jadi kenyataan je,
Dua - aku perlu bersamamu,
Tiga - dah jelas ni, yang ko adalah satu-satunya millikku,
Empat - satu, dua, tiga, tiga lagi (macam senamrobik tu),
Lima - aku akan buat ko jatuh cinta padaku,
Jika semua kerjaku dah selesai (nak buatkan ko jatuh hati padaku la),
jadinya aku akan bermula dari awal semula.

Ianya sukar dipercayai,
Bagaimana keadaan terjadi dengan sendirinya;
dengan segala emosi,
sebaik sahaja ko tau apa sebenarnya terjadi.
Dan ianya sesuatu yang tidak diigini,
jika kita perlu berjauhan,
Aku takkan dapat bertahan lama,
Kerana ko tau, ko ada kunci ke hatiku...

Ucapkan selamat tinggal kepada kegelapan,
Ku lihat ada sinar mentari,
Aku rasa dah macam budak-budak dah (muahahaha),
Seperti hidupku baru saja bermula,
Ko datang dan memberikan nafas baru kepadaku,
Ke dalam hatiku yang kesepian ini.
Ko datang tepat pada masanya,
Dikala aku memerlukanmu~


video


p/s: Dah lama tak dengar lagu Brian McKnight - Back At One nih. Sweet sangat bila dengar balik. So, aku buatlah direct translation untuk korang baca. Buat lawak btul, ayat BM tak boleh blah~ Heeheheeee ;D

Wednesday, June 17, 2009

mengidam

Hurmmm, tajuk entry macam orang tengah pregnant je. Ekeke...Tak lah. Aku tak pregnant okeh. Blum kawen lagi pon.

Seminggu sebelum nak hujung bulan ni camni la rasa.
Aku nak coklat, aku nak makan benda pedas-pedas...

Tapi yang paling penting, aku nakkkkk sangat RAMBUTAN.

Kadang-kadang ada je aku nampak tepi jalan, tapi malas nak benti. Nak beli kat Carrefour, adeh~ tak berbaloi la...Kejap je habis nanti.

Huhu...ada sesape nak tolong aku belikan rambutan tak? Aku nak banyak-banyak. Sampai overdose, sampai muak, sampai dah takde upaya nak kupas, sampai tak boleh keluar suara.

Can I?

.moody.

erm, hari ni tetibe rasa cam nak moody.

Sebab jerawat dah naik, tandanya ada satu je kalo jerawat tu.

Malas nak elaborate lebih-lebih.

Abah cuti hari ni.

Dia ajak pi shopping barang dapur kat Carrefour.

Tetibe tak jadi nak moody lebih-lebih ;D Nak senyum lebar-lebar ;D

(Baru sedar yang nak hilangkan moody aku ni, senang je. Ajak pi shopping/ window shopping/ shopping barang dapur pon dah cukup).

Ok, nak solat dulu. Pastu zzzuuupppp~

Daaa...

jerawat wajib

Ish, nyampah betullah.

Tetibe je ader jerawat dok hinggap kat muka ni.

Kat dagu plak tu.

Saborrr je ler...

xpe,xpe, sebulan sekali je.

Lepas tu ko hilang la ye cik jerawat.

Tuesday, June 16, 2009

Result Semester II

wehooooo~

Result semester II sudah keluar!

Best, best dan SAAAAANGATTTT best result ku~

Alhamdulillah.

Berkat ada rumate (Along) yang best, jadi pembakar semangat throughout semester lepas (Mana taknya, dia study, aku plak tido. Dia tido, aku tido jugak...hehe).

Berkat study sama-sama ngan Bong dan Alang kat bilik Bong (sambil aku tolong halau ulat hitam yang masuk bilik Bong. Ceh~ hehe).

Berkat bangun pagi-pagi, pergi breakfast kat McD Bangi dengan Bong dan Mama before exam Dr. K dan Prof Z (malam tu tak boleh tido sebab asid dah memenuhi perut aku. Perut masuk angin daaa...).

Terima kasih kawan-kawan sekalian~

Give yourself a big round applause.

Aku pasti result korang pon se'best' result aku ;)

Anda semua rakan dan sahabat susah senang serta pembakar semangat aku sepanjang semester lepas.

Syukur Alhamdulillah;)

Recently BM addict!

Whoa~

Kenapa tetiba aku rasa aku jadi pengutara BM yang sejati sekarang nih? Aku rasa dah beberapa entry aku fully in Bahasa Melayu. Berjaya jugak akhirnya. Alhamdulillah.

Terima kasih daun keladi kepada 'Hamba Allah' yang sorang tu (terima kasih, awak. hehe. Ikhlas nih). Dia suruh saya cakap Melayu sekarang. Walaupon berbelit kadang-kadang lidah ni nak buat ayat BM yang tahap A1 macam masa SPM dulu. Tapi akan saya gagahi jugak demi untuk awak, untuk penulisan tesis saya yang Nad pernah kutuk dulu (haha ;D Bayangkan jelah ayat BM teruk sangat) dan untuk...untuk...untuk ape yer? Lost lagi. Muahahaa...

Dan kenapa tetiba jadi sopan nih? Ermm...tapi bagus jugak. Jadik perempuan Melayu yang tak berapa nak akhir. Hihi...

Hish, dah mula nak mengarut. Ok, chow dulu. Nak siapkan proposal tesis yang dah delay dua minggu tu. Cari semangat~

Monday, June 15, 2009

Lepas habis belajar...

Pilih jawapan yang betul bagi soalan di atas:
  1. nak sambung belajar lagi (hurmmmm...)
  2. nak cari kerja.
  3. nak bukak bisnes
  4. nak kawen!
  5. 1 shj
  6. 2 dan 4 shj ;D
  7. 3 dan 4 shj ;D
  8. 4 shj! :)
Haha...

Alkisahnya, malam Sabtu hari tu Mak Ani datang umah. Dia tanya aku:

MA : Ha, Nanie...Dah habis blum study tu?

N : Dah...eh, tinggal lagi satu sem. InsyaAllah hujung tahun habis la.

MA : Lepas tu nak buat ape?

N : Cari keje. Lepas tu boleh kawen!!! (aku gelak-gelak lepas cakap aku nak kawen. Masa tu abah ada kat ruang tamu tempat Mak Ani duduk).


Tergamam aku tengok Mak Ani masa tu, tapi dia tumpang gelak sekali. Abah dengar jugak. Ibu je masa tu kat dapur. Ish, ibu ni...tak dengar pulak ;)

And then, tengahari semalam masa Mak Ani datang umah nak amek Yana balik (Yana tido umah kitorang Sabtu malam Ahad tu). Mak Ani parked kete dia dekat-dekat ngan tempat abah biasa bakar sampah. So, kebetulan masa dia nak balik tu, aku pi buang sampah buah manggis yang aku makan dekat tempat bakar sampah tu. Mak Ani siap cakap ke aku camni:

MA : Nanie, nanti kalo dah ader boyfriend jangan lupa cakap kat Mak Ani tau.

N : (aku pulak yang tergamam. Tapi menten senyum dan gelak jugak. Alamak, Mak Ani amek serius plak ape yang aku cakap malam tadi)

MA : Kalo betul-betul nak kawen pon, jangan lupa cakap ke Mak Ani eh...

N : (owh, senyum lagi...hehe...maintain weh, maintain...) Insyaallah Mak Ani. Konpem Nanie tak lupa inform ke Mak Ani punya. (Adeh~)


Mak aiii...btullah ape orang kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, naya... Tapi betullah jugak yang aku cakap tu. Lepas habis study baru nak kawen. Kalo nak kawen sekarang, mesti rasa sesak punya sebab study pon belum habis; mana family lagi, mana study lagi. Lagipon Insyaallah tinggal lagi satu sem. Aku dah kene pikir tu semua. Umur bukan makin muda. Ye tak?

Aku dah biasa sangat dah orang tanya aku bila turn aku pulak naik pelamin. Sejak abang kawen 2 tahun lepas. Semua orang nak tanya. Dari atok aku, makcik-makcik aku, kawan-kawan ibu, kawan-kawan aku dan adik sepupu aku pon tanya jugak. Tak padan ngan muda! Yang aku boleh jawab masa tu, Insyaallah ada jodoh tak kemana ataupun 'on the way...'. Haha ;D

Jodoh

[Alkisahnya aku teringat kat Along aku si Cek Ain nih. Rindu plak kat dia, lama tak jumpa. Cuti sem la katakan]

Aku ingat lagi sem lepas masa dok berborak-borak dengan Along aku. Cerita pasal jodoh (erk...that was soooo...lame). Ok, back to the story lah.

Cek Ain ngan aku ni lebih kurang je; 2x5, 5x2. Takut masuk dapur rumah kampung. Huhu...Alasan tak boleh pakai kitorang ni biar je menjadi rahsia kitorang berdua. But, alasan tu yang menyebabkan dia cakap kat aku; 'konpem aku dapat jodoh dengan orang kampung'.

Masa tu aku yang bukak rahsia aku dulu -- sebab apa aku takut masuk dapur rumah kampung. Lepas je dengar confession aku, tup-tup dia pon mengaku benda yang sama. Larh...then, aku pon cakap ke dia benda yang sama mcm yang dia ckp ke aku; 'konpem awak dapat jodoh orang kampung jugak'...Muahahaha...

Camane kalo betul-betul jodoh aku ngan orang kampung? Kalo dah tertulis macam tu, aku redha. Nama pon jodoh. Aku terima seadanya. Tapi, kena cuba sesuaikan diri dengan cara orang kampung. Kalo si dia boleh terima aku seadanya, takkan aku tak boleh buat benda yang sama kan? Tak fair la kalau tak boleh. Alah bisa tegal biasa. Dari tak biasa kepada biasa.

So, no more menjengket bila masuk dapur rumah kampung.

p/s: eh, kenduri hari tu aku ok je duk kat dapur rumah atok. Sepanjang kenduri plak tu dan aku tak menjengket bila jalan kat dapur atok. Weheeee~ Satu pencapaian yang bagus! Keep up the good work ;D

jiwang ke?

haha...title entry yg poyo...

Tetibe nak jiwang sejak dua menjak ni. Kalo tak percaya, cuba dengar akunye playlist tu. Semua lagu pop. Tapi semua lagu tu bukan yang jiwang karat ala tangkap leleh. Cuma slow tempo je. Nak melayan perasaan japs.

Nothing in particular.

Owh, love is in the air~ weee~

Haish!

Sunday, June 14, 2009

Day 3: Projek Sental Lumut dan main air

Pagi-pagi lepas breakfast lagi abah dah mengerjakan tangki simpanan air kumbahan? Euw~ Tapi ni untuk tangki air kumbahan yang datang dari bilik mandi dan sinki (bukan tangki septik dari j****n). Semalam abah ingatkan salur dalam bilik mandi tu tersumbat; rupanya tangki tu dah penuh air. Kalo tangki septik yang dari Cik J tu, huhu… ‘abah, itu bagi pro yang sedut!’ hehe.


Settle je proses mengurangkan volume air dalam tangki tu, Ibu datang dengan bawak scrubber. Ape lagi, nak sental lumut yang ada atas simen kasar dekat-dekat dengan tangki tu la. Ibu panggil aku tolong dia sekali. Untuk keluarkan peluh. Yang abah plak tolong semburkan air. Dah siap tolong sental, abah bagi paip tu kat aku mintak tolong semburkan air. Muahaha… aku ni pantang dapat air! Tang ni bukan OCD lagi sebab sementelah kaki dah kene air, aku pon main la air. Abah bising sebab aku main air, bukan tolong sembur air. Huhu…


A : Ish, dia main air plak.

N : Sape swuh abah bagi paip ke Nanie. Hehe (sambil buat muka jahat)

A : Oooo…mentang-mentang abah yang bayar bil air. Agaknya Mak Lang tu tak main air ke?

N : Huh? Nape bah?

A : Ye lah, bil air dia 2 ringgit, 3 ringgit je.

N : Mak Lang ngan Pak Lang tak mandi kot. Bukannya dorang keluar rumah.

A : Ape tak keluar rumah plak? Habis tu tiap kali balik kampung dia ngerjakan kebun dia tu, bakar sampah semua. Takkan tak mandi kot lepas tu? Pelik abah.

N : Ermmm, lepas bakar sampah, dorang santai je dalam rumah. Bagi hilang peluh. Kita ni sikit-sikit nak basuh baju. Hehe (sambil pandang Ibu aku)

A : Dah, dah. Tak benti lagi men air dia ni.

N : Alaa… (tapi jari aku putarkan muncung kepala paip tu. Berat hati sebenarnya nak benti main air ni).


So, tadi kitorang balik Ampang dalam kul 330ptg. Naseb tak jammed. Cuma banyak kereta kat jalan je. Ok la tuh~

Day 2: Projek Cat Rumah dan upah berbayar!

Huish, malam tadi aku tak boleh tido. Aku rasa aku siap tergelak dalam tido tau. Hmmm…Apa yang aku mimpi aku pon tak ingat. Teringat kat *, *, * kot (fizik dan add math). Hehe ;)

So, lepas Solat Subuh tu, aku sambung tido balik sebab kepala aku berpusing-pusing (macam gasing daaaa…), sebab tak tido btul. Bangun je nak dekat kul 8pg, trus pi sidai baju, siap-siap nak sarapan. Ibu tak masak dan abah pon tak beli ape-ape. Mengadap Nasi Ambéng sejuk dengan kuih muih yang sejuk. Hehe…Malam tadi kitorang tak sempat jamah pon Nasi Ambéng tu masa kat umah atok, so bungkus bawak balik je. Dah tu bila aku tanya ibu, Nasi Ambéng dengan kuih-muih tu nak masuk peti ais ke tak, Ibu kata masuk je semua dalam peti ais. Aku ni pulak anak yang jujur dan mendengar kata. Hahaha…kan dah makan Nasi Ambéng dan kuih sejuk pagi-pagi ni. Weee~

Lepas je breakfast, abah ajak cat tiang umah. Nak cat seluruh umah, kalo aku dapat upah, takpe gak. Ini upah air liur je, tak mau aku. Ingat cat-cat ni tak penat ke? So, dari kul 930pg sampai 1230ptg aku dapat cat 4 batang tiang. Aku consider aku cat sorang sebab adik aku yang konon-kononnya nak tolong cat tu bukan cat pon, lebih kepada menyonteng tiang! Haish budak sorang ni…

Dalam kul 3ptg, kitorang turun Bandar Muar, nak pi Wetex (Kalo kat Ampang, Wetex tu macam Ampang Point la). Plan awal nak cari tudung, tapi takde tudung yang aku berkenan. Pastu memandangkan aku dah kecek nak hp baru kat abah dah lama, abah offer belikan hp baru. Yey!!! Kira macam upah aku cat tiang umah plak. Ekekee…Dapatlah Nokia yang simple je. Aku beli yang model 5130, kaler merah-hitam; XpressMusic; 2mp camera. Aku sebenarnya tak kesah sangat camera hp tu; asal ada mp3 player aku dah ok. Aku just nak yang simple2 je sebab malas nak berserabut banyak sangat hp yang aku guna. Satu untuk nombor yang tu, satu untuk nombor yang ni, satu untuk mp3 player. Sekarang ni ada 2 je! Hihi…Lagipon aku dah ada digital camera yang power. So, I’m content already! Dua-dua benda faveret aku sekarang ni warna merah! Kamera dan hp Nokia. Ahhh…red is the new black.

Balik dari Muar, singgah makan kat Serom 1. Kat Muar ni terkenal ngan Mee Bandung Muar tau. Tapi tak ramai sebenarnya yang tau buat Mee Bandung ni. So, kat Serom 1 ni, Mee Bandung dia boleh tahan la sedap dan boleh diterima lidah. Hehe…Sape-sape nak makan Mee Bandung sedap, cakap kat aku, Insyaallah aku bawak datang sini. Selain kat situ, Mee Bandung yang Ibu masak la best. Ish, kene masuk list kena-belajar-masak nih walaupun Mee Bandung bukan faveret food aku. Tapi nama pon orang Muar, kene Master la!

So, itu je lah citer hari nih. Aku jarang ikut parents aku balik kampung. Sekali sekala balik tu yang mintak nak makan yang len macam sket. Heee…misi balik kampung kali ni berjaya!

Day 1: Kenduri; bla, bla, bla…

Kebetulan abah balik awal dari ofis (after Solat Jumaat), dalam kul 330pm camtu kitorang gerak balik kampung. Around 515pm sampai Bukit Gambir, pi shopping sket kat Supermarket Homewin (barang dapur je).


Sempat Asar, siap mandi; lepas maghrib baru kitorang pi umah atok. Kenduri kat Johor ni selalunya akan buat dua trip. 1st trip kul 3ptg (kaum hawa) dan 2nd trip kul 9mlm (lelaki). Trip petang tu kitorang satu family dah burned sebab abah taknak amek cuti.


Well, aku seperti biasalah, buat keje belakang tabir, of course lah pakai t-shirt ngan jeans je (adik sedara aku lagi selamba, pakai baju tidor!). Ape yang aku tolong? Tolong isi dulang untuk Nasi Ambéng (nak sebut ni kena ada style JAWA sket, kasi pekat sket ye? Hehe). Silaplah…aku tak bawak camera aku…ceh~ Malas sebab aku ni suka letak merata dan suka tinggal-tinggal barang. So, dari aku meraung sebab camera baru tertinggal kat umah atok, baik aku tak bawak. Tapi, bila pikir balik aku nak kongsi ngan korang apa tu Nasi Ambéng yang sebenarnya, rasa menyesal plak tak bawak. Huhu…


Style Nasi Ambéng ni, nasi yang diletak dalam dulang besar, selalunya untuk 4 orang makan. Tapi, sebenarnya, bila ada keramaian yang dibuat, orang hanya makan kuih-muih je dan Nasi Ambéng ni dibungkus. Tak pernah lagi dalam sejarah, orang makan Nasi Ambéng ni on the spot kat kenduri tu jugak. Jadinya, sesape yang baru nak berjinak-jinak ngan Nasi Ambéng ni, pesanan aku, jangan buat malu kompeni! Hahaha ;D


Habis kenduri dalam kul 10mlm, kemas-kemas, aku buatla hal aku kat dapur. Ape lagi kalo bukan basuh pinggan. Keje amal yang paling best dalam dunia ni (kalo time kenduri la). Kalo tak percaya, tanya member basuh pinggan aku, tak lain tak bukan Kak Aina! Haha ;D


Tapi, ada plak sorang makcik ni dah amek tempat aku (basuh kat sinki. Kalo kat umah aku, basuh kat luar, atas lantai simen, open air gitu, so boleh menyelit sket). Dah aku plak tak ske buat keje ramai-ramai kat tempat yang sesak. Kalo basuh kat atas lantai macam kat umah aku, aku no hal je. Ini kat sinki kecik, asyik berlanggar bahu je ngan makcik tu. Tapi, kebetulan anak bongsu makcik tu meragam nak mak dia buat susu, aku dok merangka plan nih…


A: eh, takpela makcik, biar Nanie je sambung basuh dulang tu.


M: Ish, dah la tadi makcik tak tolong masak, dapat tolong basuh pinggan pun jadilah.


A: (ala makcik ni…aku dah bagi can rehat2 tak mau plak) Tapi tu kesian plak anak makcik tu nak susu. Karang menangis plak dia.


M: Takpe, abah dia ada.


A: (Adui…aku surrender lah macam ni. Nak sangat basuh pinggan kan, ha, basuhla…) Hemmm... (sambil tersenyum tak berapa nak ikhlas – nasib makcik tu tak nampak)


Tak lama lepas tu, bila anak makcik tu makin galak meragam, baru makcik tu lepaskan tugas dia ke tangan professional (aku la tuh). Dengan pantasnya aku merembat span basuh pinggan tu. Korang mesti pelik sebab aku pnah cakap aku ni OCD kan? Tapi men air plak. Basuh pinggan aku ok je. Sebab jari jemari aku kena air secara keseluruhannya, bukan sipi-sipi je. So, alang-alang dah basah, basahkan je la. But one thing, walaupun aku basuh pinggan cepat, I’ll make sure no minyak-minyak tertinggal atas pinggan atau bekas plastik yang aku basuh tu (I’m very particular. Selagi tak hilang, selagi tu aku sental. Maaf atok, habiskan Axion atok..hihi) Kata dah pakai Axion, mestilah sampai boleh buat bunyi menciut tu. Ekekeke ;)


So, nak balik je dari rumah atok, settle keje belakang tabir aku. Cayalah!