Tuesday, September 29, 2009

Dia datang!

Hari Jumaat baru-baru ni (250909) Cik Abang aku datang rumah beraya! Rumah kat Ampang. Erm, alkisahnya dia datang berdua, ngan kawan rapat dia. I've no comment about this matter. Biarlah rahsia. Shhh~ (rahsia kat dalam blog je).

Highlights of the day, abah boleh buat lawak yang dia ingat kawan Cik Abang tu yang boyfriend aku. 'Haish abah ni...macamana boleh silap orang ni?' Abah tak banyak bercakap pon, sebabnya pagi-pagi Jumaat tu lagi abah dah kena pi ofis. Ada keje. Balik-balik solat Jumaat dia trus tido. Bila Cik Abang aku datang pon, dia sempat berborak sikit, pastu dia pi sambung tido. The same old abah. haha ;D Ikut dan dia je nak tido mana. heheh ;P 'Sayang, jangan amek hati eh, Abah memang tak banyak cakap pon ngan orang yang dia baru kenal'.

p/s: At least, lepas ni, takde la aku perlu risau seludup-seludup nak kuar ngan buah hati sendiri :)) Dah boleh bercakap dan mintak izin secara terbuka kat Ibu :))

raya owh raya~

Raya kali ni biasa je. Yang lainnya bila ada dan dapat ucapan raya untuk/dari insan tersayang (selain famili sendiri la). Lepas je orang balik dari sembahyang sunat raya tu, Cik Abang call, Ibu nampak; trus Ibu kata 'haish, tak habis-habis', tapi Ibu senyum masa kata tu. Hehhe... 'Ibu, anakanda mu ini dah besar panjang. Dah tiba masa nak bercinta ngan orang lain plak selain famili sendiri' :))

Tapi, sepanjang hari pertama raya tu sangat tak best sebabnya tetibe je resdung aku nak datang! Tak mau pulak la resdung ni datang masa hari terakhir puasa tu. Ini kena masa 1st day raya, habis longlai badan aku ni, trus tak larat nak pegi beraya. Minum soluble 2-3 biji, pekena tido 3 jam baru ok sikit. Tapi masih sok sek sikit2 la.

p/s: SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca blog aku ni.

lepas rindu~ [part II]

Hehe... Tajuk entry yang poyo je :))

Pagi Jumaat (180909) tu, jumpa ngan buah hati jap kat tempat biasa. Kejap-kejap pon ada la dalam sejam jumpa. Takpe, yang penting dapat jumpa dia sebelum balik kampung. Dah tu dia balik lagi lama dari aku plak tu.

Abah kata nak balik KL hari Khamis. Dia plak cuti sampai Ahad tu. Lama wehhh~ Aku tau aku akan rindu ke dia. Dah tahap teruk angau aku ni tau. 'Cuk tau sayang pon lebih kurang je kan ;P' hehe :D

Jumpa jap, bagi dia kad raya ngan kueh raya dan sempat round Titiwangsa tu sekali. Okeh, puas hati :))

p/s: Salam Lebaran, Salam Mesra dan Salam Rindu~ (ceh! sempat lagi!)

Pembentangan Proposal

Plan hari Isnin (140909) ngan hari Selasa (150909) tu berjalan macam yang dirancang. Untuk hari Rabu (160909), punyala kami dok aturkan sape yang nak buat pembentangan dulu, sape yang kemudian, tup tup, Prof R panggil aku bentang dulu. Aishhh... nak tak nak, bentang je la. Nak lambat-lambat pon nanti kesudahannya kena bentang jugak kan? Jadinya, zasss je lah.

Bila dah jadi orang pertama yang bentang, dengan Prof R pon tengah fresh lagi, maka dengan itu aku pon dikomen dengan panjang lebar nye. Lama plak tuh. Tapi seperti biasa la aku dengan muka blur aku, just angguk-angguk, senyum sket dan amek nota ape yang dikomen Prof R. Sebab nak baiki ape yang patut dalam tesis aku jugak.

Bila settle semua dah bentang, kitorang berlima pon buat la sesi bergambar dalam billik mesyuarat tu. Saje suka-suka. Aku kalo dah bawak kamera takde gaya tak berposing kan... hehe :) WAJIB! Balik je dari ukm, aku teman Along pi SYA*** kat Kerinchi. Kebetulan masa kami tengah bentang proposal tu, orang SYA*** ada call Along nak bagitau yang Along dah boleh amek data kat SYA***. Aku ni jenis tak kesah je nak meneman orang. Kebetulan tengah free plak tu. Jadinya pi la teman Along. Bila sampai kat SYA*** tu, baru kitorang rasa macam permohonan Along di pass kan ke unit yang salah. Hangin Along. Ngan aku,aku skali hangin. Sebab orang yang keje bahagian pemprosesan permohonan data tu salah faham permintaan Along. Bila dah sama-sama bengang, tension; Along plak ikut aku pi ronda kat Mid Valley. hehe... Aku ni senang je nak lepaskan tension. Kalo tak makan, pi window shopping. Tak beli takpe, asal dapat jalan.

Balik dah petang. Malam tu aku malas nak pikir pasal tesis, serabut otak ni. Bila tak pikir pasal tesis, pikir pasal Cik Abang plak. Sebab plan asal, petang khamis tu nak jumpa Cik Abang. Memandangkan plan nak buat kueh raya balik dari pembentangan proposal telah tertunda sebab takde mood, jadinya aku tukar plan ngan Cik Abang.

170909: Buat kueh raya (the whole day)
180909: Jumpa buah hati. Malam --> balik kampung!

Kebetulan hari Jumaat (180909) tu tempat keje Cik Abang dah mula cuti, tapi Cik Abang keje shif malam, jadinya dia ajak jumpa pagi Jumaat tu. Memula nak jumpa Khamis + Jumaat. Tapi aku pikir bila plak masa aku nak buat kueh raya, tu yang tukar jumpa hari Jumaat je. Huhu... Jumpa sehari je pon tak kesah asalkan dalam seminggu tu dapat jumpa dia. Haru rindu ke dia tau. Huhu :P

p/s: Esoknya satu hari bergelumang ngan butter dan tepung dan gula dan... lagi?

hangout with BFF

Jadual aku untuk minggu terakhir Ramadhan tu memang super busy.

130909: Kuar ngan BFF
140909: Kena settlekan ppoint untuk pembentangan proposal Rabu 160909
150909: Kena pergi MMD dan ukm.
160909: Pembentangan proposal kul 8am. Petang --> Buat kueh raya
170909: Nak jumpa buah hati.
180909: Buat kueh raya. Malam --> balik kampung!

Memandangkan jadual aku untuk minggu tu sangat2 hectic, dengan kuih raya tak sempat buat lagi masa tu (nasib baik memang nak buat 2 jenis je), jadinya pagi sebelum plan nak kuar hangout ngan aTiQue dan LiyanaRoxx petang tu (dan terus pi berbuka sama), aku dah mengadap butter, gula, dan barangan buat kuih yang lain la.

I mean, really pagi buta, you know! Malam tu kan aku sempat YM ngan LiyanaRoxx sampai kul 230pg. Aku sempat tido 2jam ++ je sebelum Cik Abang kejut sahur kul 445pg tu. Pas je sahur, aku mandi, tunggu subuh, pastu trus mula buat kuih raya. Dari ngantuks yang amat, trus tak ngantuk tau. Siap je kuih raya, trus buat cupcake untuk aTiQue+LiyanaRoxx sebab dorang dari hari tu nak rasa Black Bottom Cupcake tuh. Janji ngan dorang kul 230ptg, tapi aku mintak aTiQue ambik aku kat umah paling tidak pon kul 245ptg. Huhu...Mana taknye, kul 2ptg baru aku siap buat cupcake tu, dengan badan dah berlengas semula, tak solat Zuhur lagi, cupcake tak packing lagi. Waa... tepat kul 245ptg aTiQue sampai depan umah, aku pon baru siap.

Jadinya, kami beronggeng la sebentar kat KLCC sementara nak tunggu waktu nak gerak ke Bora Ombak. Nasib la dekat je. Masa kat KLCC tu, pusing punya pusing, last-last lepak kat Foodcourt (kami tak makan ye, cuma tumpang duduk kat situ sebab nak berborak). Yang lawaknya, yang tido hanya 2jam ++ je yang hyper lain macam. Yang dak dua orang lagi tu siap terlentok-lentok atas meja makan foodcourt tu. hahaha :D

Kul 545ptg kitorang pun gerak dari KLCC ke Bora Ombak. Sampai-sampai je Bora Ombak, tengok seating kat mana trus solat Asar plak. Yang tak boleh tahannya, seating btul2 bawah pokok.Tak boleh bayang yang malam nanti gelap mana la duk bawah pokok tu.

Masuk waktu berbuka, makan-makanla kami bawah pokok tu. Pas je maghrib, mak aii gelap sungguh area meja kami tuh. Haha...dengan bertemankan cahaya lampu dari kejauhan, dan cahaya malap dari lampu minyak tanah (ala, yang orang salu letak kat keliling umah time raya tu. Ape panggil tu? aishhh...), baru aku tau ape rasa makan kat 'candle light dinner' tau. Tak romantik sungguh sebab makanan pon nampak sipi-sipi je. Orang yang makan ngan kita pon nampak gelap je, balam-balam. hahaha ;D (uish, tak romantik sungguh aku ni)... Pas makan, masing-masing kekenyangan, dah terlepek kat situ sambil sambung berborak.

Gambar dah upload kat [PicasaWeb]. Malas nak upload kat blog ni :P

p/s: Bermulalah aktiviti mingguan yang berserabut minggu depannya tu. Huhu :'(

Sunday, September 27, 2009

stop!

Ok, aku nak stop kejap meng'update' blog nih. Nak pi makan dan gosok baju nak pi majlis tunang kakak sepupu petang ni sekali ngan open house!

Daaaa~ :))

Seharian ngan...

... buah hati pengarang jantung aku! ;))

Pagi kul 11 lebih camtu, aku jumpa ngan Cik Abang kat stesen LRT Cempaka, naik LRT ke Jalan TAR. Ramai btul manusia kat Sogo masa kami sampai tu. Lintas jalan je, masuk satu kedai ni, tetiba aku dengar nama aku dipanggil. Toleh belakang, Ya Allah!!! Aku jumpa si LiyanaRoxx! Hati aku memang dah rasa nak terjumpa seseorang, cuma tak expect nak jumpa Ana kat Jalan TAR tu. Btul la apa yang Ana kata, dalam banyak-banyak tempat, kat Jalan TAR jugak kami terserempak. Sebab dari awal dulu dia memang ada kata nak sangat tengok Cik Abang aku tu. Yang bestnya, aku dah malu tahap gaban sebab mak Ana ada! Huhu...

Balik dari Jalan TAR, Cik Abang aku ajak berbuka ngan dia. So, masa kat parking lot tu, aku sempat lagi lukiskan map untuk Cik Abang (dia datang amek aku kat umah), tetiba Ana lalu, siap hon lagi. Adeh~

Plan 110909 tu pun sebenarnya lain tau. Plan asal sepatutnya aku ada kuar ngan Cik Abang waktu malam. Tapi last minit masa kat Jalan TAR tu aku cakap aku tak jadi nak kuar malam ngan dia. Tu yang dia ajak berbuka sama. Ye la, bila lagi kan? Sebab itu pon dah minggu terakhir Ramadhan.

Balik dari Jalan TAR, mandi, lelap kejap, siap lipat kain, kul 630 Cik Abang amek depan rumah, trus ke Kampung Baru, berbuka kat sana. Masa berbuka tu, Cik Abang ajak teman dia cari baju Melayu dia kat Chowkit. Alang-alang dah kuar ngan dia, aku pun iya kan je lah. Lagipun sian ke dia, tak sempat cari baju raya dia masa kami pegi Jalan TAR pagi tu. Campur ngan panas, ngan jalan sesak sebab ramai sangat orang berjalan kat jalan yang sempit antara gerai-gerai tepi jalan kat Jalan TAR tu (aku sampai sesak nafas), dan Cik Abang yang cerewet mengalahkan aku! Percaya tak kalo aku cakap Cik Abang aku ni lagi cerewet berbanding aku? 'Ye sayang, sayang ni cerewet tahap gaban ok?'

Jadinya, pas berbuka tu, jalan-jalan kat Chowkit, dah seberang jalan nak balik, baru jumpa baju dia. Aduh~ Bagus jugak bawak dia ni pi tawaf Mid tuh. Nanti boleh dapat 10,000 steps. Ekekee ;p

Kul 930mlm Cik Abang dah perambat aku balik, dah lewat, itupun nak berjalan balik ke kereta dia lagi. Sampai2 umah dah kul 1030mlm! Huhu... takpe, puas dapat kuar ngan Cik Abang. Ni pon first time kuar ngan dia SEHARIAN. Selalunya paling lama kuar ngan dia 3 jam. Itu pon adalah 2-3 kali je.

Itu ini, bila online jap malam tu, YM ngan LiyanaRoxx sampai kul 230pg! Ish3... pagi tu kul 445 nak bangun sahur plak...

p/s: See u in the next entry :))

Rombakan besar-besaran

Memandangkan 110909, seharian aku free, aku ngadap lappy, online dan baca lagi bahan yang boleh digunakan untuk masukkan dalam proposal dan bab 1 tesis aku.

Halfway baca jurnal, aku baru teringat yang aku nak kena fax surat permohonan mintak data (data hujan, data suhu dan data kelembapan relatif) kat JPS ngan kat MMD. Dari baca jurnal, trus aku kena isi borang data online, kena email pada abang aku (nasib ofis dia dekat je ngan umah), mintak dia tolong print out kan borang dan kena fax trus. Sebab MMD kena hantar by fax, takde pakai emel (kalo ada, takdela aku susah macam tu).

Tapi, dari keje patutnya boleh siap awal, tetiba abang aku kata dia nak kena pi Lowyat, pas Solat Jumaat baru dia balik ofis semula. Kul 3 ptg baru surat permohonan tu abang tolong fax kan ke JPS dan MMD (Tq abang!!! Appreciate it!).

Petang tu Kak Lin datang bawak Myra, sebab weekend tu Kak Lin ngan abang busy ada keje, jadinya si kecik tu Ibu offer ikut Ibu balik kampung. Bila Kak Lin tanya samada aku ikut balik kampung ke tak, aku jawab simple je, 'nak gi dating' ;))

So, jadual aku untuk weekend tu berubah jugak. Sebab kalau ikutkan plan aku ngan Cik Abang nak kuar pi Jalan TAR tu tak confirm pun lagi.

120909: Teman Cik Abang pi Jalan TAR
130909: Hangout ngan BFF (Best Friend Forever) sebelum buka puasa sama-sama kat Bora Ombak, Ampang

p/s: biasalah, kita merancang tapi Tuhan yang tentukan, bukan cenggitu? So, tengok la, plan pon tunggang terbalik tapi aku suka~ ;D

where do I start?

Ok, kat mana aku nak mula nih? Huhu... ni la gayanya bila dah hujung bulan baru nak update segala cerita yang dah basi, jadi tengah-tengah bulan ritu. UP-TO-DATE la sangat~

Ish, aku nak start dari mana ni? OOO...aku tau... kena buat kronologi pendek ini macam.

Alkisah pagi 080909 hari tu, Cik Abang aku tepon la seperti biasa sebelum dia pi keje. Tanya punya tanya, dia kata weekend tu dia tak balik kampung dan dia nak pi shopping baju raya untuk mak dia kat Jalan TAR. So, aku yang suka menyebuk (hehe), saja meng'offer' diri nak ikut dia, padahal masa tu aku baru teringat yang hari Sabtu tu aku ada Seminar kat KL, tapi half day je. Dah dia kata dia nak tunggu, so aku ngan hepi nye dah buat plan untuk petang Sabtu nak spend masa ngan Cik Abang.

Petang 090909, aku tengok tentatif Seminar terbaru, hari Sabtu tu hanya 1 jam je perbincangan pendek kat Hotel Legend, KL. Bila di confirmkan semula ngan RA lecturer aku, dia kata takyah datang pon takpe. Wehooo~ Aku sudah free untuk hari Sabtu, boleh la kuar ngan Cik Abang aku tu dengan hati yang senang.

Petang yang sama, aku nak confirmkan semula ngan Prof R, tarikh nak buat pembentangan proposal kami berlima (Aku, Along, Alang, Bong dan Sal). Tarikh awal kami pilih 150909 (Selasa) tetiba Prof R kata dia busy seharian 150909 tu dan nak ganti 160909 (Rabu). Nak tak nak terima je la. Lagipon dia kena ada masa pembentangan proposal kami, jadinya kena ikut tarikh dia. Masa ni plan aku untuk minggu depannya tu (14-18 September) dah berubah 180 darjah. huhu :P

Pagi 100909, masa Seminar dah bermula, aku jenguk-jenguk lagi buku tentatif, nak buat plan ngan Alang untuk pi Seminar kat KL esoknya (110909) tu. Tetibe, aku baru perasan yang tentatif tu berubah lagi untuk kesekian kalinya untuk Seminar 110909 tu dan petang masa Seminar dah berakhir tu, tanya punya tanya kat lecturer aku, dia kata aku ngan Alang tak datang pon takpe untuk Seminar kat KL tuh! Heee~

Kronologi benti setakat ini sahaja.

Masa kat Seminar tu, tugas aku kena jadi jurugambar (tak profesional), bukannya dengar sangat pon Seminar tu. Lebih kepada berborak ngan Alang. Pastu, sesi petang tu aku ngan Alang ditugaskan untuk jaga meja pendaftaran. Rasa-rasa macam dah cukup je participant, tapi kitorang dok lama sket kat luar dewan, berposing bagai tak ingat dunia. Muahahaha ;D

p/s: Nanti tengok jadual aku packed macamana untuk minggu terakhir Ramadhan kali ni.

...sorry...

Uhuh~

Sorry la ye sebab untuk bulan September ni aku sempat buat entry tak sampai 20 pon. Been busy ngan nak siapkan bab 1 tesis yang sehabis sempurna, mana nak cari masa buat kueh raya, ngan ada seminar lagi, ngan nak spend time untuk famili, kawan-kawan dan buah hati. Ye la, by the end of each day, badan ni dah penat dah, tak sempat nak ngadap lappy dan online lelama.

Kalo tetibe aku online tuh, bukan sepenuhnya masa aku ngadap FB, blog atau layan YM. Online sebab aku bertukar-tukar pendapat ngan Along, Alang ngan Bong untuk siapkan bab 1 tuh. Sikit-sikit attach file pada emel (sebab tak dapat send file melalui YM -- ye, kadang-kadang send file FAILED! tu yang menambah ketak'sabar'an nih).

So, i'll try to be brief in my next few entries ok (yang lepas-lepas punya citer)? Bare with me for a while ya? hehe ;)

Wednesday, September 9, 2009

ayu?

Malam tadi Cik Abang cakap yang dia kata aku makin hari makin ayu. Ayu kah aku ni? Sebab aku ni bukan senang nak terima orang cakap bulat-bulat. Nanti aku tanya lagi. Ye lah, tengok orang kot bila mendefinisikan perkataan 'ayu' tu.

Mungkin bagi sesetengah orang mendefinisikan 'ayu' tu--> orang yang sopan, pakai mekap, lawa berbaju kurung, cakap pon slow je sampai tak boleh dengar butir bicara.

Sebab aku bukan yang jenis macam tu. Aku keluar ngan Abang pon selamba pakai selipar crocs rm15 tu (hehe), selalu pon baju biru (kebetulan plak time nak jumpa dia aku terambil baju biru), tudung pun selempang takdenye nak pin-pin atau lilit-lilit tudung ni.

Last-last, Cik Abang swuh aku tengok makna dalam kamus. Kebetulan plak kamus elektronik Ellie ni ada depan mata, trus aku cari maksud 'ayu' tu:

Ayu: [A.yu] --> Cantik dan lemah lembut

Err... tang cantik tu, jauh panggang dari api la kan. Aku ni biasa-biasa je. Tapi bila tang 'lemah-lembut' tu, lagi aku nak gelak. Abang kata aku main lemah lembut sekarang ni. Hehehe ;)) Sebab dia kata berbanding dulu ngan sekarang, ada beza sket. Dulu dia kata aku kasar. 'Ye, btul tu. Memang Cuk kasar pon. Sebab dah biasa huha-huha dengan kawan-kawan yang bising jugak'. Mana taknye, ada pnah sekali tu berjalan sambil berborak ngan dia, tak ingat pasal ape aku tergelakkan dia sampai tersembur air liur. Haha ;D Yang itu memang teruk sangat, tapi kes-kes lain aku sendiri tak ingat aku ni kasar. Mungkin tak pnah ade orang tegur kekasaran aku. Abang pon tak pnah tegur. Cuma aku sendiri yang berubah secara luar kawal, jadi 'lemah lembut' macam yang dikata. Ataupun berkawan ngan Alang yang lemah lembut tu secara otomatiknya aku jadi lemah lembut jugak? Erm, maybe kot.

Tapi, ayukah aku? hehe. Lagi mau tanya ;p Orang yang tengok kot nampak aku makin ayu. Tapi, mudah-mudahan aku berubah ni bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri :)

p/s: ni kena tanya Along nih.

random Tag

LiyanaRoxx tag aku untuk buat tag ni. Hehe... pastu dia tak bagi cut+paste plak tu. Hish budak nih...

1. Apa perasaan anda sekarang?
Takde perasaan. Haha :( sebabnya supposedly kena present proposal 15hb minggu depan, tapi bila nak konpem semula ngan prof tu dia kata dia busy 15hb and kena tukar ke 16hb dengan Alang tak beli tiket balik raya lagi, itu ini... last-last dah takde rasa nak present trus. Boleh tak cenggitu?

2. Saya nak makan?
Popiah yang saya buat sendiri tapi malas nak buat. Haish~

3. Impian saya?
Jawapan cliche - nak jadi anak yang solehah. Selain tu, nak bukak kedai kek/ pastri cam cik f@nna (jom f@nna, kita join venture?), nak ada family sendiri, anak-anak yang comel :)) InsyaAllah~

4. Haiwan yang saya tak suka?
LIPAS, CICAK, semut yang beremba-remba (geli!)

5. Saya harapkan...
Saya sentiasa sihat, berjaya dalam hidup dan ada masa yang secukupnya untuk luangkan dengan family, ngan kawan-kawan baik saya (LiyanaRoxx, aTiQue, Along, Alang+Bong), dan sudah semestinya dengan Cik Abang saya :))

6. Jika boleh putarkan masa?
Bak kata Cik Abang saya, hidup kena pandang kedepan. Saya cakap perlu gak toleh kebelakang untuk buat perubahan yang positif pada masa akan datang. Jadinya, kalo untuk putarkan masa... erm... toleh je tak boleh? Tak nak 'sejarah mungkin berulang' dah. hehe

7. Saya pada 10 tahun akan datang?
InsyaAllah ada family yang sendiri, ada anak-anak yang comel, berjaya ngan bisnes buat kek (sangat tak relevan ngan benda yang aku belajar sekarang -- Pengurusan Persekitaran -- tapi better buat benda yang kita suka, kan?)

8. Handphone saya adalah sebuah?
Alat penghubung yang sangat penting. Seriously saya tak boleh hidup tanpa handphone. Penghubung saya pada family, pada kawan-kawan dan juga... pada buah hati saya~ ;)

9. Saya pernah bercinta sebanyak...
Ntah. Semua tak serius pon. Yang ni sorang je betul-betul serius. InsyaAllah kekal :)

10. Saya suka pada...
Benda yang comel-comel (sebab tu saya suka cupcake), Bear froggy yang warna hijau tu (kalo dapat nih bestnye!), dan for the time being saya suka warna pink - merah - biru.

11. kawan-kawan saya...
Semuanya sporting habis dan gila bergambar macam saya jugak! Hee~

12. Pernah dikhianati?
Tak pernah kot. Kalo ada pun, saya tak amek peduli kalo benda-benda macam ni. Yang penting saya boleh teruskan life saya macam biasa.

13. Apa yang anda hendak lakukan terhadap dia?
Tak terpikir pon nak balas balik. Well, sekarang ni takde tunggu akhirat nanti baru dapat balasan, la ni jugak dapat... tunggu je la. Sebab tu aku tak amek kesah. Lagi satu, nak aniaya orang tu apesal? Awat la hasad sangat...

14. Kalo orang kentut, awak buat ape?
Orang tu kentut sebelah saya ke? Kalo ya, saya blah je dari situ. Jaga maruah dia kot. Takkan nak tanya 'weh, ko kentut eh?' ...

15. Awak suka kopi atau teh?
Teh tarik! Teh hijau. Kopi bukan faveret, tapi kalo dah duduk berborak kat Oldtown ke, Kopitiam ke, order je kopi tuh.

16. Awak berkawan tak dengan girlfriend/ boyfriend kepada ex awak?
Erm... tak amek tahu pasal dorang. hehe~

p/s: Nak tag f@nna + aTiQue je. hehe...

Tuesday, September 8, 2009

M.T.A.T

Alkisah berkait ngan tajuk berbuka dua hari lepas, bila mana famili mertua abang aku datang umah dia berbuka. Kami sefamili tak join berbuka rumah abang sebab dok membayangkan macam rumah abang tu tak mampu menampung kami yang ramai tu. Ye lah, belah besan Ibu tu ada 5 orang anak termasuklah kakak ipar aku. 3 darinya dah kawin (termasuklah kakak ipar aku), Along Kak Lin ada 2 orang anak. Total yang datang rumah abang untuk berbuka tu dalam 10 orang. Tambah plak abang sefamili dah 3 orang. Kalo tambah kami yang 4 orang nih, aku rasa mau runtuh umah abang dari tingkat 3 tuh. Haha :D So, untuk mengelakkan sebarang keadaan yang lebih rumit berlaku (contoh macam berlaga punggung kat dapur, atau takde ruang nak lalu - dengan Myra yang konpem, sure, pastinya akan kehulu-kehilir) jadinya kami sefamili tunggu len kali je la.

Masa kami tengah berbuka tu, Abah tetibe bukak topik pasal famili besan dia.

Abah: Tengok famili Cikgu (ayah Kak Lin keje cikgu, Abah memang panggil besan dia tu Cikgu) tu bagus kan? Ye la, rapat la hubungan ngan anak-anak dia. Tengok, kadang-kadang berkumpul ramai-ramai kat umah anak dia yang tu, kejap kat umah dia nih, pi bercuti sekali.

Ibu: Mana nak sama, Bang. Cikgu tu anak dia berapa ramai? Lepas tu, bukan kita tak nak berbuka rumah Arief, tapi tak sempat kita nak pi umah dia, dia yang datang sini dulu.

Nanie: Ntah Abah ni. Uncle tu ada 5 orang anak, 3 dah kawen. Along Kak Lin pun ada 2 orang anak. Abah ada berapa orang anak je, 3. Abang sorang je baru kawen, anak pun baru sorang.

Ibu: Ha, btul tu. Len la kalo Nanie dah kawen ke, ada anak baru la ramai sket.

(Tetibe masa aku tengah bukak ikatan getah untuk kuah roti bom, kuah terpercik sket kat muka aku. Masa aku tengah gelak-gelak sebab kuah terpercik kat muka, Abah terperasan baju yang aku pakai petang tu. Jeng, jeng, jeng...)


Abah: Tu logo ape tu Nanie? Yang kat baju tu? (Baju tu ada logo belah kiri dada, nama kat belah kanan)

Nanie: Ah?
(sambil tengok kat logo tu) Err... logo M.T.A.T. (Aku terus tunduk tak berani pandang muka Abah)

Abah: M.T.A.T? Ape tu?


Nanie: (telan air liur aku nak menjawab masa nih. huhu) Aaa... (telan air liur lagi), Maktab Turus Angkatan Tentera.

Abah: Yang belah kanan tu tulis ape?

Nanie: Nama Nanie.

Ellie: BOYFRIEND AKAK YANG BAGI. hehe (siap gelak-gelak)

(Uiii... rasa panas je muka ni. Yang Ellie ni plak, haish... nak kena gigit telinga nih! Ellie ni dia diam-diam ubi berisi. Nampak je senyap. Tapi... sekali dia bukak mulut... Ngan aku, aku kena fire!)

Ibu: Boyfriend? Ha... nanti Nanie dah kawen, ramai sikit masa berbuka. hehe

(Abah tersenyap sebab tersentap kot... lawak je muka Abah masa ni. Dan Ibu... 'Ibu dah bagi greenlight ye, Bu?' Heee~)


Bila aku citer kat Cik Abang, kena gelak ada lah. Hmmm...

p/s: Adeh~ bila Ibu tengok baju tu sebelum ni, takdenye dia nak tanya. Tu yang pakai selamba je. La ni bila dah ditanya, terkulat-kulat nak jawab =P

saya + muffin

Sabtu malam Ahad aku buat cupcake. Well, it turns out ada salah satu bahan tu aku salah masuk. Tak berapa nak jadi but still sedap. Hehe... beselah tuh first time cuba resepi baru, mesti ada tersilap itu ini. Jadinya, Ibu swuh try buat lagi sekali malam semalam. Heee~ This time around, tengok la nih. Nak kata step by step tak jugak sebab ni pon step masa sebelum nak bakar dalam oven dan bila dah jadi je. But, enjoy~

Ok, yang kiri tu adunan coklat, yang kanan adunan cream cheese
Sediakan 12 foil cup dan letak paper cup (hish, hajat nak bli 12" muffin pan tu masih tak tercapai) dan isi adunan coklat, 3/4 penuh
Kemudian isi adunan cream cheese betul-betul kat bahagian tengah adunan coklat tu
Masuk dalam oven, bakar dengan suhu 177 darjah Celcius (alahhh... approximately 180 ler) dalam masa 25-30 minit atau sampai serpihan cupcake tu tak terlekat pada lidi bila kita cucuk pada cupcake tu
Nampak cam bahagian cheese tu mendap kan? Well, sepatutnya memang jadi begitu, ni bukan silap bahan lagi dah. This is the real one. Looks like Kuih Bulan yang single-yolk tu. Hehe

p/s: Nama nya --> Black Bottom Cupcakes <-- Lepas ni nak try buat Portuguese Egg Tart macam kat King's Confectionery tuh. Nyum, nyum~

Friday, September 4, 2009

99 roses

Tadi bukak FB jap. Jom kita layan, surprise, surprise!!!

Haaaa... jeles tak tengok? Kat sini ada 99 kuntum bunga ros!

Eh, ni bukan aku punya. Bukan, bukan tau... konpem bukan ok?

Ni, hadiah surprise dari abang aku ke kakak ipar aku, Kak Lin masa birthday Kak Lin 020909 ritu. Huiyoooo~

Bila tengok dia bagi bunga ni ke Kak Lin, terpikir plak -- 'Romantik jugak abang aku nih, padahal selalunya macam takde perasaan je. Muahahaha~' --

Just layan je la pic ni ok?

Florist tu hantar kat umah, dua orang lagi yg datang ngantor sebab dorang kata sangat berat!

Cuba tengok muka Myra. Muka jahat nak pedajal bunga yang banyak tuh! wahahaha ;D

p/s: Happy 26th Birthday Kak Lin! Semoga anak bertambah lagi ler hendaknye~ ;D

Thursday, September 3, 2009

ovEn baru! [part II]

Mentang-mentanglah dah ada ovEn baru, perasaan nak membakar makanan dalam oven tu rasa membuak-buak~ Wah~ Suka iii ;D

Memandangkan hari ni free dari segala keje, jadinya ingat nak buat pizza!

Tuesday, September 1, 2009

puasa ke-4

hehe... title: macam aku ni terlewat nak publish entry je. Bukan, bukan. Ni memang entry untuk petang 1 September ok?

Alkisahnya orang len dah sebuk berpuasa masuk hari ke-11, aku hari ni baru dapat 4 hari puasa. Almaklumlah, perempuan kan ;p So, hari ni lepas je mandi tadi saja-saja timbang berat, wohooo~ Aku sudah turun ke berat asal sebelum puasa ritu!!! woot, woot~

Seminggu sebelum puasa, aku stress sikit (dengan rindu kat cik Abang lagi, dengan kena siapkan poster dahla short notice, dengan nak 'cuti-cuti Malaysia'). Aku ni takleh stress, nanti aku banyak makan. So, sebelum Ramadhan ritu naik 3kg.

La ni, walaupun 7 hari lepas aku bleh bukak periuk time tengahari buta, dan aku baru je dapat 4 hari puasa, aku sudah turun 3kg balik! Hehe~ Alhamdulillah ;D

p/s: Hmmm... agak-agak brape kilo aku dapat turun Ramadhan kali ni? 4 hari pon dah 3kg.

...september owh september...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan September. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam masuk semester baru 09' ni, rasa macam baru semalam lepak-lepak ngan Along, Alang + Bong, rasa macam baru semalam time-time cenggini aku tengah makan Jacker atau meneguk air masak dalam bekas air aku sebesar 2.8 liter tuh, rasa macam semalam je aku makan nasi berlauk ikan asam pedas, rasa macam baru semalam aku kenal dan mengorat buah hati aku... hahaha ;D lawak je ;p

Tapi, ni dah masuk 2 bulan semester baru (dan kakak kat kedekanan tu tak daftarkan subjek kitorang lagi, hampeh!); padahal dah sebulan aku, Along, Alang ngan Bong buat sleepover kat umah kebun Along; ni pon dah masuk hari ke-11 bulan Ramadhan so, konpemla takleh nak teguk air time-time puasa dan mengunyah Jacker yang penuh lemak berkrim tu, kan? Itu ini, dah nak masuk 2 tahun aku tak makan nasi! Boleh bayang tak hidup seorang orang Asia yang tak sentuh makanan ruji negara sendiri? hehe; pejam celik, pejam celik dah nak masuk 3 bulan aku ngan buah hati aku tuh... Masa sangat singkat kan?

Dan... cepat je rasa macam nak masuk tahun 2010 --> bulan 5! tarik nafas dalam-dalam... Errr...

Masa makin berlalu, kerja aku dalam nak siapkan tesis ni makin hari makin pening kepala, makin banyak disebabkan tetibe aku jadi pereka poster untuk lecturer kesayangan aku tu, dan makin hari makin suntuk nak siapkan semuanya.

p/s: Itu je yang aku nak bebel dalam entry awal bulan September yang dingin nih. Bestnye kalo boleh tido~