Monday, December 21, 2009

10 mata

yeay!!!!

Hari ni dapat jumpa semula adik beradik!

Salu nye susah nak dapat jumpa Along, Alang ngan Bong dalam satu-satu masa bila masuk semester ni. Ye la, sorang sibuk balik kampung kat Johor, sorang sibuk kat Pahang, sorang lagi nama je duk kat KL ni dekat je ngan aku tapi busy dia mengalahkan PM!

So, tadi reunion 10 pasang mata (aku je dah ada 4! hahah) syok jugak la dapat berborak. Kongsi cerita-ceriti hot lagi panas dari Along, Alang ngan Bong.

Hehe... selain dari bergosip, sambut early birthday celebration Bong, birthday dia 231209 ni. Jadinya memandangkan susah nak berkumpul empat-empat sekali ada, buatlah plan hari ni. Setakat makan biasa-biasa je kat Rimba, PKNS Bangi. Nak makan yang meriah-meriah, masing-masing baru je mempokaikan diri kena print 4 salinan tesis termasuk ngan page warna. Huhu... tak boleh jadi nih!

Duk berborak, makan-makan tanpa kek birthday tapi masih meriah. Hehe... rindu zaman semester dua masa masing-masing duk kat kolej. Makan sama-sama tu jadi rutin harian tolak rutin hujung minggu je sebab masing-masing kaki balik rumah. Hehe ;D

p/s: Pas masing-masing dah settle pembentangan viva nanti, bila ntah ada lagi masa duduk berborak macam ni? *sigh*

Sunday, December 20, 2009

bangga!

Alhamdulillah, selesai dah majlis kawen kakak buah hati aku.

Cuk bangga ngan Sayang tau.
Cuk tau Sayang banyak berkorban masa demi nak menjayakan majlis kawen Lang.

...tak cukup tido, tak cukup rehat...

Pasni Sayang dah boleh tarik nafas lega dah. Dah boleh berkemas slow-slow. Dah boleh kembali menjalankan tugas Sayang macam biasa.

Cuk pun dah boleh dengar suara Sayang, kalo tak tiap-tiap hari pon, sekurang-kurangnya lepas juga rindu Cuk pada Sayang dapat msg dengan Sayang tiap-tiap hari, macam selalu.

p/s: Tahniah Sayang! *MuaxxX*

longlai

Waa... semalam yang longlai!

Semalam kan aku pi Bidor, jemputan kawen kakak buah hati aku. Sampai Bidor around kul 1230tghari. Tunggu abang ngan kakak ipar aku datang dari Sabak Bernam dah kul 120ptg. Masa tu Sayang aku tepon tanya aku katne (ye la, nak masuk area Sungkai aku inform dia. Masa tu kul 12tghari dah. Mesti dia terpikir awat la lama sangat dari Sungkai nak ke tempat dia. hehe) Pas je abang sampai, terus kami gerak ke rumah pengantin. Kami ni datang masa pengantin dah siap bersanding. hehe ;p

Duk kat umah pengantin dalam sejam. Sian tengok Cik Abang aku tuh, penat dan sebuk dia nak menjayakan majlis kakak dia sampaikan lupa nak cukur janggut dia. Hehe... first time tengok dia ada janggut sebab keje Navy kan, kena kemas, mana ada masa nak simpan-simpan janggut atau rambut panjang sket pun. Agak chomel juga ;)

Balik dari Bidor, besan Ibu ajak pi Sabak Bernam. Ok, Sabak Bernam, here we go!!!

Sampai Sabak dalam kul 4ptg. Siap makan malam segala, balik dah kul 7mlm. Sampai umah kul 9pmlm! Penat weh, badan longlai! Satu hari dalam kereta dengan driver F1 macam tu, pengsan aku! Aku drive pon tak macam tu okeh??

Pas mandi je, terus tido! Ngantuk dan penat yang amat. Hmm...

p/s: Ape yang penting? Dapat tengok muka buah hati!!! yeay!!!

Saturday, December 19, 2009

edited

Tesis aku?

Ok, lepas je dapat semula berserta komen-komen (yang agak banyak) dari penyelia aku Isnin lepas, esoknya Selasa tu aku terus bertungkus lumus siapkan ape yang diperlukan.

Beb, aku nak pi kenduri kawen kakak Cik Abang aku hari ni (Sabtu) ok?? Bukan nak jumpa pengantin, tapi nak tengok muka buah hati (aci tak alasan macam tu?)

Aku bajet hari Khamis siap. Alhamdulillah Khamis tu dengan ditemani Along kat PTSL, siap jugak keje aku. Malam tu aku siapkan segala lampiran yang ada, dan betulkan isi kandungan yang dah berubah itu ini.

Alhamdulillah, siap jugak despite all the mounting comments from the supervisor. Aku rasa boleh kuar air mata jugak lah kalo sampai semalam aku tak siap lagi benda tu sume. Alhamdulillah siap jugak ikut timing yang dah aku sendiri tetapkan. Aku pun memang bajet nak rileks kan kepala otak aku dari hari Jumaat, dan bajet aku berjaya!!! Hehe ;D

Yippiee!!! (Sambil tepuk tangan tanda suka).

p/s: Bukan senang nak jadi senang. Perlu lalui halangan yang pelbagai untuk samapi ke garisan penamat. InsyaAllah semuanya akan ok lepas ni.

kenduri

Biasalah kalo dalam bulan Disember ni memang penuh weekend dengan undangan majlis kawen.

Hari ni kakak Cik Abang aku plak yang buat kenduri kawen kat Bidor. Kami sekeluarga dijemput datang oleh Cik Abang.

Nak tengok muka buah hati aku. Lama tak jumpa dia. Minggu ni pon dapat dengar suara dia sekali je sebab aku tau dia sebuk tolong ape yang patut. Itupun dia tepon kul 3pg sebab baru selesai tolong touch up semula inai kat jari kakak dia.

Tak sabar!!!

p/s: hmmm... nak pakai baju warna ape ye hari ni? hihi...

Wednesday, December 16, 2009

rindu~ [part IV]

Sedihnya hari ni.

Aku rindu kat Cik Abang...

Rindu...

Rindu...

Rindu...

(belum sampai 44x lagi kan?)

Rindunyer...

Rindu lagi...

*sigh*

(ok, I promise it would be the last)

RINDU SANGAT!!!

p/s: Sila maafkan saya. Entry ntahapehape. Tapi nak letak gak (mula nak nyanyi lagu kumpulan Spoon, 'Rindu Serindu Rindunya')

Tuesday, December 15, 2009

words of wisdom

Pagi tadi masa duk bersarapan pagi ngan Ibu, borak panjang kami berdua. And then tetibe Ibu bukak cerita pasal relationship.

Ye, Ibu yang bukak cerita ok? Agak pelik. But, there are truth behind her every words.

Ibu kata, tak payah la nak lebih-lebih sangat dalam perhubungan (sebagai couple atau suami isteri), yang penting kita ada rasa HORMAT-MENGHORMATI PADA PASANGAN KITA.

Betulkan?

p/s: Bila Ibu dah bersuara... kena amek tau jugak. Jangan amek ringan pendapat orang yang lebih tua dari kita, orang yang dah makan garam dulu dari kita ni.

rindu~ [part III]

Tadi aku saja bukak folder saved item aku dalam hp ni. Dalam tu sume msg yang penting-penting je aku simpan. Mostly dari Cik Abang aku. Ada satu msg ni dia bagi masa tu aku kat kampung, dia pon kat kampung (masa Hari Raya Haji). Bila aku baca msg tu, ada sket-sket macam petikan dari novel The Notebook tuh. Sebab tu bila aku baca buku tu, aku teringat ke dia. Macam dia pernah baca je novel tuh.

"... walaupun kita banyak perbezaan, keikhlasan diri kita berdua buat perhubungan kita bersinar. Abang harap perhubungan yang kita dirikan ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah, Amin~...'

InsyaAllah perhubungan kami ni hingga ke akhirnya. Ahaaa... aku sedih tetiba.

p/s: RINDUNYA pada dia (padahal baru 2 hari tak jumpa)... hukhuk :'(

the notebook

Korang pernah tengok movie The Notebook tak?

Teraju utama citer tu Ryan Gosling ngan Rachel McAdams.

Pernah? ke tak pernah? Movie ni best tau. Maybe sebab ada actress yang aku suka kot. Tapi jalan citer ni sangat indah. Movie dan jugak novel dia.

Citer ni aku baca siap meleleh air mata. Cerita pasal cinta sejati. Tulus. Ikhlas.

Part yang sedih tu bila perempuan tu dipisahkan dari lelaki tu sebab lelaki tu orang miskin, tak boleh masuk ngan family perempuan tu yang kaya raya, golongan orang atasan (owh, untuk orang yang faham maksud aku, mungkin paham kenapa aku sedih baca buku ni).

"Poets often describe love as an emotion that we can't control, one that overwhelms logic and common sense. That's what it was like for me. I didn't plan on falling in love with you, and I doubt if you planned on falling in love with me. But once we met, it was clear that neither of us could control what was happening to us. WE FELL IN LOVE, DESPITE OUR DIFFERENCES, and once we did, SOMETHING RARE AND BEAUTIFUL WAS CREATED. For me, love like that has happened only once, and that's why every minute we spent together has been seared in my memory. I'll never forget a single moment of it." (Noah Calhoun)

p/s: ok, aku tetibe rindu kat Cik Abang aku ye...

Isnin

Hari yang mendebarkan!!!! (lagi berdebar dari hari nak jumpa bakal mak mertua)

Semalam memang takde mood nak keluar rumah awal. Ingatkan nak turun UKM awal sket sebab boleh jumpa Alang. Tapi sebab aku period, mood pon takde, berdebar je lebih. Dari aku bangun pagi sampai ler aku nak jumpa penyelia aku kul 2ptg tu, dada ni rasa macam nak meletup je. Risau yang amat!

Bila dah jumpa penyelia aku, seperti biasa lah, memang banyak, diulangi lagi sekali, MEMANG BANYAKKKK yang kena dibetulkan padahal dah ikut seperti ape yang disuruh sebelum ni.

Memula penyelia aku mintak kitorang hantar hari Jumaat ni. Memandangkan hari Jumaat cuti, takkan UKM tak cuti, dan dia rajin nak datang keje kan? So, aku bagi alasan Jumaat cuti. Ok lagi. Dah tu dia nak kitorang hantar kat dia hari Sabtu! No, no, no... Sabtu kan aku nak ke Bidor, kakak buah hati aku kawen. Mana bleh aku nak datang pi UKM.

Penyelia: Ok, u hantar kat i hari Sabtu, then i ada masa nak check lagi sekali kan...

Aku: Err... Dr. ... (sambil nak gelak pon ada, tak tau nak describe cara aku sebut nama penyelia aku masa tu) saya tak boleh la kalo Sabtu ni, Dr.

P: Eh, nape? u kawen ke?

Alang: (secara spontannya)... dia nak bertunang la Dr.

P: Ye ke? This Saturday ah?

Aku: (aku pon layan kan je la Alang sebab dok pikir kalo aku tak buat camtu nanti dia mintak aku hantar Sabtu jugak, naya aku tak boleh siap) ...yep, Dr., I'm getting engage.

P: Buat ape u tunang? kawen je lah.

Aku: Owh, tak boleh Dr. Kena keje dulu. Duit takdek.

P: u nak tunang bukan nak ajak kitorang pon...

Aku + Alang: Tunang memang tak buat besar-besaran Dr., selalunya family je yang datang.

Alang: Kawen nanti baru dia ajak semua, Dr. Jangan risau Dr.

Aku: Ye, Dr., nanti saya kawen saya ajak Dr. punya lah...

Adoiyaii... pernah je buat plan ritu ngan Alang macam tu kalo penyelia kitorang ni nak kitorang hantar cepat-cepat ni. Tapi tak sangka plak Alang cakap betul-betul. Fuh, naseb baik aku pon takla buat muka terkejut, kalo tak, lakonan tak menjadi tau. Layankan je la. Alang pon berlakon baekkk punya semalam.

[Ni kalo Cik Abang aku baca ni, konpem dia tersedak. Sorry Sayang... hehe]

p/s: So, nak taknak, Sabtu ni aku 'BERTUNANG' ye kawan-kawan. Muahaha... InsyaAllah, ada jodoh tak kemana :)

Ahad

Okey, malam balik dari rumah Cik Abang tu, aku tido awal. Pas je Isyak aku trus gedebum tido. Tapi sebelum tido tu terngiang-ngiang bunyi ekzos kereta Cik Abang... adeh...

Tido dari kul 9mlm dan tersedar kul 3pg ngan kul 5pg. Aduhh... Tak dapat tido betul. Mungkin sebab pas aku Zuhur kat umah Cik Abang tu, penyelia aku msg aku, dia inform lagi sekali yang dia nak jumpa aku ngan Alang hari Isnin ni, urgent; berkaitan ngan tesis kitorang. Aku tak berdebar langsung masa nak jumpa (bakal) mak mertua, tapi bila dapat msg macam tu dari penyelia aku, terus hati aku tak keruan! Bikin hilang mood je Dr. aku ni tau!!! Agaknye sebab tu jugak aku tido macam tido-tido ayam je. Huhu ;(

Dah la Ahad tu aku nak pi kenduri kawen classmates UiTM aku kat Kluang plak tuh. Rehat tak cukup nih!

Kul 815pg aku sampai kat Bdr Tasik Selatan, park kete depan umah makcik Kak Iza. Naik sebuah kete je ngan dia. Amek Azida kat LRT BTS, trus ke Shah Alam amek Shasha ngan Am plak. Kul 9pg masuk Highway, singgah sarap kat RnR Dengkil and trus kan perjalanan ke Kluang plak. Nasib baik pergi tu Kak Iza yang bawak. Aku memang tak larat la ngan tak cukup tidonye, badan penat lagi segala.

Sampai umah pengantin dalam kul 1ptg. Hangout dalam sejam je kat umah pengantin sebab nak tunggu pengantin naik pelamin lewat plak dalam 230ptg kot. Kul 2ptg trus kitorang blah lepak kat Kluang Railway Station ngan sorang abang senior kitorang kat UiTM dulu sampai kul 3ptg. Sempat gak masa balik tu singgah kat gerai yang bukak tepi jalan sebelah ngan Tol Ayer Hitam. Borong beli batang keladi, nenas la, buah naga la... macam-macam. Dalam kul 4ptg gerak balik KL.

Dengan jem kat area Seremban sampai Senawang, adeh... nasib bawak auto je. Singgah Shah Alam kul 640ptg, sampai BTS kul 730mlm. Sampai umah dalam kul 8mlm.

Penat weh, dua hari travel macam tuh. Aku dengan 'cuti-cuti malaysia', lagi la badan lenguh-lenguh. Ahad tu pun aku tido awal, dalam kul 9mlm. Pun masih terjaga kul 3pg ngan kul 5pg. Sebab esoknya tu (Isnin) aku kan kena jumpa penyelia tesis aku. Risau, berserabut otak aku macam-macam dok pikirkan ape lagi aku kena tambah dalam tesis nih.

p/s: To be continued...

Monday, December 14, 2009

Sabtu

Hm... hari yang ditunggu dah tiba!

Tapi agak pelik gak, aku masih tak berdebar. Is it a good sign?

Cik Abang amek aku kat umah dalam kul 8pg, siap mintak izin kat Abah ngan Ibu nak bawak aku balik Bidor. Pi sarapan kat Jalan Semarak, then terus berangkat ke Perak. Cik Abang lalu jalan dalam, lalu pekan Rawang, lalu pekan koboi kat dengan area Tanjung Malim semua tuh. Bila dah sampai kat Sungkai, benti singgah kat Petronas. Sempat lagi dia inform yang lagi 15 minit sampai la kat umah dia.

Erm, ada lah kot berdebar sket, tapi aku buat tak kesah je.

Sampai-sampai, salam mak dia segala, aku layan je la. Buat macam bese. Tapi siyes, aku tak berdebar gak jumpa mak dia. Is it a good sign? Agak pelik la jugakkan... Nak kata konfiden sangat pon tak, nak kata tak konfiden pon tak. Sebab aku jadi diri aku sendiri. Mak dia pon tak banyak borak, macam Ibu aku jugak. So, layankan jugak ler... Naseb la satu benda ni mak dia tak swuh aku buat --> masak! ALHAMDULILLAH!! hehe... kalo tidak, mau aku masak telur rebus, masak spageti, buat popiah je kot? ;D haha...

Masa balik ke KL, mak dia ikut turun KL sekali. Aku duk depan, mak dia duk belakang. Masa balik aku sempat msg ke Ibu, inform yang aku dah ondaway balik KL and aku inform sekali kat Ibu yang mak Cik Abang aku ni ada sekali. Know what my mom said?

'ha, sopan sket perangai tuh'

Aku pon sepoyo mungkin la mereply msg Ibu...'ish, anak Ibu ni kan memang sopan. Nak buat ape je pon yang tak sopan nyer?' hahhahaa... lawak btul Ibu aku nih. Boleh plak otak pikir merewang ke mana. Ingat anak dia ni perangai tak senonoh ke?? Aku plak yang geleng kepala bila Ibu aku kata camtu.

Sampai umah aku dalam kul 7mlm. Masa Cik Abang hantar aku depan pintu umah, ayat yang dia cakap kat Ibu memang tak boleh blah ;P

Q: Makcik, saya pulangkan semula anak makcik ni...

I: Ye lah...

Q: Lain kali saya pinjam lagi ye makcik?? (sambil gelak)

I: Haa... boleh... (Ibu boleh senyum-senyum)


p/s: Ok, setakat ni je. Aku penat la. hehe. Nanti aku update lagi. Myra nak datang umah sat nih. Yippee~

Jumaat

Erm... ape yang best pasal hari Jumaat lepas?

Owh, i remember it. Clearly. Uhuh~

Sabtu (121209), aku ikut Cik Abang pi balik kampung dia kat Bidor, Perak. Jadinya hari Jumaat tu pagi-pagi bangun tidor dah berserabut otak pikir nak pakai baju ape jumpa (bakal) mak mertua nih. Pas mandi je, aku try la ada satu baju punjabi warna hitam dengan seluar jeans. Bila tunjuk kat Ibu, boleh bayang ape yang Ibu kata?

'Tukar baju sana. Pi pakai baju kurung, Nanie. Sopan sket. Pakai macam ni konpem kena reject!'

Owh, no. Aku tak mau jadi hipokrit semata-mata nak sedapkan hati sume orang.

Bila tanya Cik Abang, dia kata dia tak kesah aku nak pakai baju ape sekalipun bila jumpa mak dia sebab... dia kata aku tetap lawa di mata dia walau ape pon yang aku pakai... hmm ;p Ni jawapan selamat ke ape?

Last-last msg sume kawan-kawan tanya pendapat. Orang pertama yang reply Alang. Alang ni memang suka pakai baju kurung. So, of course la jawapan dia pasti berat sebelah kan? hehe (sorry Alang. hehe... I know u want the best for me!). Bila LiyanaRoxx reply pon dia bagi pendapat if nak lagi sopan, pakai baju kurung sebab ni pon jadi first meeting antara aku ngan mak Cik Abang. Ok, boleh diterima. Bong reply cakap kalo aku nak pakai punjabi tu ok je tapi... hitam? Agak tak sesuai plak katanya. So, bila aku kata Alang swuh aku pakai baju kurung, trus Bong SETUJU SANGAT. Siap swuh pakai baju kurung cotton yang warna jingga, the one yang Bong kata aku nampak sopan dan ayu bila pakai tuh. Along plak kata ikut aku. Mana-mana yang aku pakai, dia On je lagipun ikut selesa aku. Tj plak siap tanya aku semula dan bagi dia ikut selesa aku pakai ape. Yang penting, aku jadi diri sendiri.

So, aku ni senang je. Ikut majoriti. Walaupun memula tu rasa macam BUKAN diri aku je nak pakai baju kurung ni, tapi bila diikutkan balik, tak luak pun pakai baju kurung. Macam la aku ni tak pernah pakai baju kurung kan? Bila pikir sopan, sopan jugak berbaju kurung ni. Secara otomatiknya boleh kawal diri (bukan bermaksud bila aku pakai t-shirt tu aku jadi liar)... Cuma pembawakan diri tu terikut jadi sesopan berbaju kurung.

p/s: Jadi, endingnya aku berbaju kurung la masa jumpa (bakal) mak mertua Sabtu lepas. Bila dah sarung baju kurung kat badan ni, rasa ikhlas terus nak pakai baju tuh. Alhamdulillah, aku masih tetap aku bila berbaju kurung. Heee~

Wednesday, December 9, 2009

the gift of friends

There are days when
bubbling from us comes
the innocent child within,
who giggles at the little things
and wears a silly grin.

There are days when
melancholy comes to
visit for a while;
the mind feels tired, the body weak;
we have no strength to smile.

There are days when
joy abundant
grabs a hold of you and me;
wraps us up in all it's splendor,
lifts us up and sets us free.

There are days when
sorrow wraps us
in its cloak of grief and fear,
'till our hearts ache to the breaking,
'till our eyes can't shed a tear.

There are days when
love bestows us
with its wonderment and light;
with its beauty and its mystery,
its power and its might.

And there are days when
life rewards us
and seems to make amends
by granting us a marvelous gift,
the precious gift of Friends.

by: Karin Schaefer

Bukan takde benda nak citer, tapi post ni sepatutnya aku letak kat sini dari hari tu lagi. Kalo perasan, banyak entry pasal dedikasi, pasal thank-you buat kawan-kawan aku kat blog ni. Mesti korang bosan baca kan?

But, believe me... sometimes thank-you's seems not enough. Like what I said in my previous entry; the things we won't say, people won't know. Things like this bukannya benda yang kita perlu ucap atau kongsi untuk seketika. For me, for as long as I am live, aku akan sentiasa buat, akan sentiasa ucap. Biar kawan-kawan aku tau, aku sayang kat dorang, aku hargai dorang dalam hidup aku.

Bagi aku, friendship adalah satu perhubungan yang sangat indah dalam hidup setiap orang, selain daripada perhubungan kita ngan buah hati kita dan paling penting, ngan family kita sendiri. Tanpa sahabat, we're nothing.

Ada 'seseorang' pernah cakap kat aku dulu, dalam persahabatan takde istilah 'terima kasih' dan 'sorry'. Owh, patutla 'seseorang' tu tak ramai kawan yang lekat ngan dia sebab dia tak pernah cuba untuk menghargai kawan-kawan dia. Aku tak nak jadi macam that particular person.

Aku bersyukur sebab selama aku hidup ni, aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang sanggup berada di samping aku ketika susah dan senang; masa aku banyak problem dorang sanggup luang masa dengar aku membebel non-stop; dan bila happy pon sama-sama happy... For those yang membaca entry aku ni, you know who you are. I owe you big time~ Thanks! MuaxxX!!!

fuhh~

Petang semalam, meeting kedua antara Cik Abang aku ngan parents aku.

Semalam aku kuar seharian ngan Tj, round Mid; tengok wayang, round cari hadiah kawen untuk kawan aku (sekali ngan hadiah kawen kakak buah hati aku. hee~) sekali ngan join Tj shopping sakan beli itu ini (layankan je la Cikgu yang duduk jauh mengajar kat Kota Tinggi nih).

Sampai umah dah kul 5.30ptg. Janji ngan Sayang kul 6ptg dia nak sampai. Kelam kabut ngan nak mandi nya, ngan nak Asar nye.

So, Cik Abang sampai je, ajak makan sekali. Dia datang nak hantar kad jemputan kawen kakak dia, 19hb ni. Dia jemput satu famili datang.

Malas nak cerita panjang lebar. Ape yang aku boleh cakap, kesimpulannya: Alhamdulillah, it went well. Selamba je dia buat dah macam umah dia dah. Dan Cik Abang pon dah mintak izin kat Ibu+Abah nak bawak aku jumpa mak dia Sabtu ni kat Bidor, Perak. Part yang itu pun Ibu+Abah dah izinkan. Alhamdulillah. Fuhh, lega~~

Yang tak lega lagi--> aku plak nak jumpa mak dia. Dis coming Saturday. Yes, Sabtu nih... Mak aii... 'Ya Allah, kuatkan semangat aku'... Ni kena baca Bismillah 21x nih. Hehe ;)) InsyaAllah sume berjalan ngan lancar. Bak kata Sayang; kalo niat kita baik, InsyaAllah sumenye akan berjalan ngan lancar. Puh kiri, puh kanan ler aku jawabnyerr...

p/s: Doakan aku semoga berjaya jadi selamba macam Cik Abang. Jangan ditanya lain, dijawab lain sudah...hehe ;P

kamera

Yup, lately ni aku tengok ramai sangat orang pakai kamera DSLR. Tau tak kamera ape tuh? DSLR tu bermaksud Digital Single-Lense Reflex. Ala, kamera besar warna hitam, besar bagak yang selalunya photographer pro pakai, erm, contoh macam wedding photo tuh.

Yang lawaknya sebab orang pakai kamera tu, sanggup berhabisan duit beribu-ribu hanya semata-mata nak ambil gambar sendiri. What a pathetic life la. Kalo macam tu, boleh je beli kamera digital, melambak kat pasaran sekarang. Kalo nak jugak perabis duit sampai beribu, ada je kamera digital yang nipis-nipis, sampai nipis letak dalam poket pon tak rasa. Ape lagi kriteria? Cakap je-yang nipis, yang view screen besar lebar, yang touch screen, wide lense segala, sume ader kat pasaran. Ada ongkos, jalan jeee...

Sorry to say la kan, kepada sesape yang pnah baca blog aku ni dan ada serta pnah ada kamera DSLR, mungkin akan rasa yang post ni agak mengjengkelkan. If, and only if anda menggunakan kamera besar bagak tu dengan tujuan untuk mencari makan, macam jurugambar perkahwinan tu, then, u are most welcome to use it. Ini, beli mahal-mahal tapi takde pulangan pon.

I'm not saying this just because my big brother pakai kamera DSLR dan dengan kamera DSLR tu jugak dia cari pendapatan sampingan jadi wedding photographer. Cuma aku rasa kelakar bila yang pakai cammy tu sume dok asyik tangkap gambar sendiri. Ala, macam style bergambar dalam MySp**e tuh. Geli geleman je. Kalo setakat bergambar macam tuh, pakai camera phone pon dah boleh =P

Tapi, lain orang lain ragam kan? Mungkin orang tu lagi rasa puas ngan bawak kamera besar bagak tu kat leher, tergantung-gantung kat dada; berjalan-jalan sambil menunggu masa peragut meragut kamera anda... then, teruskanlah. Hehe ;) I won't mind a bit. Ataupun, pencinta gambar ni lebih rasa puas bergambar dan mengambil gambar menggunakan kamera DSLR ni. Well, i dun mind too :)

p/s: Aku masih prefer bergambar pakai kamera digital biasa je. Yang penting kalo pandai posing, pandai cari angle, pencahayaan; then sume gambar tu lawa-lawa belaka. No need to use DSLR pon.

Friday, December 4, 2009

jatuh

Tadi masa kat aku nak turun tangga tinggi kat parking lot tepi fakulti aku tuh, aku jatuh! Jatuh terduduk macam nangka busuk tuh! Huhu~

Sakit weh punggung aku ni tau tak!

Bukan tak berhati-hati atau berangan ke ape masa turun tangga tu. Tapi kan hujan, tangga tu licin. Lebih licin daripada hari-hari hujan yang biasa plak tuh. Bukan aku tak biasa turun tangga tinggi tu time-time hujan. Tapi dah nak dijadikan cerita, terjatuh, terduduk!

Masa aku terjatuh tu, ada la sorang pensyarah lelaki tengah nak park kete dia, terberhenti kejap dari nak masuk parking tu sebab tengok aku jatuh. Malu btul aku tapi aku ni kan pandai cover line kalo bab-bab memalukan ni, so, buat muka kerut sket, pastu bangunlah.

Masa tu aku terpikir, Ya Allah, nasib baik aku hanya tersungkur 2 anak tangga. Kalo jatuh trus terguling-guling, mau mati aku. MasyaAllah... Alhamdulillah aku takde pape. Cuma lebam kat punggung sket.

Dan masa tu pun aku dok terpikir, ape kesan kalo dah terjatuh macam tu. Uishh... takut jadi slip disc macam pakcik aku yang sorang tuh, takut tulang pinggul retak ke. Macam-macam la. Sebab perempuan ni kalo jatuh, nanti macam-macam kesannya. Risau jugak. Aku tak kawen lagi weh. Hukhuk~ Baru je plan-plan... Itu pon belum pasti lagi macamana.

p/s: Risau~ tapi InsyaAllah takde ape kot. Setakat ni ok lagi.

flash!

Masa aku drive ke Bangi hari ni, aku telah di flash oleh Bas Persiaran!

Hello, mana bleh pemandu F1 kena flash nih??

Nak kata salah aku, bukan. Ok la tu aku bawak 80km/j kat lane tengah. Lagipon bukan banyak kete kat highway masa tu. Dan hujan. Dan aku takde mood nak speeding, lagipun takde ape nak kejar kat UKM tu; bukannya penyelia aku tunggu aku pon.

Yang poyonyer, bas tuh bawak laju giler ok? Rasa macam nak tepon je hotline bas tu, aku komplen kang, ha, ha... Dah la hujan, bawak laju lagi. Tak pikir penumpang btul! Ish, geram btol la.

Dan, geram plak aku sebab bas persiaran lagi bawak laju dari pemandu F1! Ceh~

p/s: nasib mood baik hari ni, kalo tak, dengan aku sekali speeding selepas di flash oleh bas persiaran tuh. hehe ;p

update

hah, sehari tanpa update adalah sangat membosankan.

Haha...macamlah sebelum ni tak pnah aku tak update blog sampai berminggu-minggu.

So, semalam plan ingat nak bawak Ellie tengok wayang. Tapi disebabkan penyelia aku nak aku hantar final draf hari ni (huh, dari hari tu final, tapi tak final-final lagi pon, asyik la dok edit. Naik bernanah dah kepala otak aku, lenguh jari dok tekan keyboard lappy ni, kematu punggung asyik buat keje duduk), so aku pon seharian menyiapkan senarai rujukan tesis aku. Dah buat separuh, tinggal lagi separuh, tapi memandangkan yang tinggal tu semuanya dari sumber internet, aku kena make sure address websitenya betul, segala la. Pastu kena tulis rujukan pon ikut Gaya UKM. Antara yang final touch up aku buat seharian semalam:
  • rujukan
  • english's abstract
  • betulkan isi kandungan (sebab bila bahan perlu ditambah, semua page dah lari, kena ubah lagi)
  • betulkan senarai rajah dan jadual
  • betulkan muka surat kat setiap page yang ada
Ok, cukup satu hari!

Hari ni dah hantar salinan tesis pada RA penyelia aku. Yang bestnya, penyelia aku cuti hari ni, Ahad ni dia kena pi Terengganu ada mesyuarat sampai Selasa. Now, bilanya dia nak baca tesis aku tuh?? Tell me, tell me please? Nak swuh hantar cepat tapi dia yang busy. Haishhh~~

p/s: Tapi lega jugak dah kepala otak ni walaupun masih belum boleh lega sepenuhnya sebab masih belum viva. Huhu~

Thursday, December 3, 2009

terkejut

Semalam masa teman Cik Abang makan malam kat Kg. Baru, tetibe dia tanya satu soalan cepu cemas.

Soalan yang... how to say ahh??

...agak sukar untuk aku jawab.
...boleh buat aku tersedak kalo tengah makan.
...boleh buat aku ketawa kalo ditanya oleh orang yang salah.
...boleh buat aku terkedu dan tersentap serta...
...boleh buat aku terkulat-kulat nak jawab!

okeh, itu sahaja. Aku sekarang pon masih rasa di awangan lagi. Masih terpikir pasal soalan tu lagi.

p/s: Dah masuk bulan Disember. Pastu bulan Januari, Februari, Mac, April lepas tu...

Wednesday, December 2, 2009

the old life

Kalo ditanya 'Adakah aku rindu pada life lama aku yang single-mingle, bebas macam burung dan suka berpoya-poya ngan kawan rapat?'

Jawapan aku adalah : TIDAK sama sekali.

Sebab bila aku dah ada buah hati ni pon, life aku masih macam dulu. Cuma lebih kasih sayang. Lebih diambil berat selain daripada mak bapak sendiri.

Life aku masa single-mingle dulu pon takdelah sebebas mana. Takde la aku boleh balik lewat malam macam tak ingat jalan balik umah. Dulu pon kalo aku balik lambat sket je pasti Ibu aku dah tepon tanya kat mana. Sekarang pon bila kuar ngan buah hati, benda yang sama jugak berlaku. So, takde perbezaan pon (aku tau Ibu risau). Dah biasa.

Bila dah ada buah hati ni life berpoya-poya aku ngan kawan-kawan rapat macam ngan aTiQue, LiyanaRoxx, Along, Alang, Bong pon masih tetap sama macam dulu-dulu jugak. Masih jugak kuar hangout ngan dorang seperti biasa, seperti zaman single-mingle dulu jugak. Huha huha tak ingat bila ngan dorang ni.

Itu sebabnya --> buah hati aku ni jenis tak ganggu aku kalo aku kuar ngan kawan-kawan.

Dia takde kongkong hidup aku. Dan segala rutin yang biasa aku buat dulu masih aku buat sekarang. Cuma ada masa atau tidak je. Contoh macam tengok movie sorang-sorang, jalan-jalan window shopping sorang-sorang kat Mid... Tu semua aku masih buat sampai la ni. Ye la... memang la dah ada buah hati tapi bagi aku takkan la nak berkepit ngan dia 24/7 kan? Dia pon agak-agaknya rimas kalo aku dok melepek je kat dia. Sabar, sabar la... nanti dah kawen puaslah aku dok melepek je ikut kemana je suami aku pegi masa tu. Tapi sebelum kawen ni, buah hati aku ada life dia sendiri dan macam tu jugak aku. Yang penting masa tu sama-sama setia... InsyaAllah dia tak kemana pon. hehe :)

p/s: Kalo dah kawen, kena mintak izin suami untuk buat segala benda. Erm, izin secara pakej laku tak?? hehe ;D

sepetang bersama...

Tj dan Yeso!!!

Yes, agak pelik ok bila bulan Disember ada cerita pasal Cik Yeso kita yang sorang ni. Dia balik Malaysia sebab universiti tempat dia belajar Medic kat Ukraine tu diberi cuti sebulan (dari awal bulan November ritu dia ada kat Malaysia). Sebab cuti free?? Wabak H1N1 dah sampai sana. Walaupun uni dia tak kena tapi sebagai langkah berjaga-jaga student diberi cuti.

Terkejut aku tau bila one day masa awal November ritu aku tengok Yeso berdiri depan gate umah aku. Masa tu aku nak pi makan malam ngan famili aku.

A : Yes??? You buat ape kat Malaysia?

Y : Eh, dah setahun la. I balik la (sambil tahan gelak)

A : hah?? dah setahun?

Y : (terus gelakkan aku) Tak la. I dapat cuti sebulan sebab H1N1.

Ibu : Eh, Yes ni sihat tak??

Y : Sihat la aunty. Kat uni tak kena tapi langkah berjaga-jaga je, satu U dapat cuti.


I was like, 'what the...' sebab tetibe Yeso muncul. Bila dia kata 'dah setahun' tu aku duk blur lagi sebab, mak aiihhh, TESIS AKU TAK SIAP LAGI, LAMANYERRRRR!!!!

Tapi dia balik tak kena masa. Masa tu aku kan tengah busy ngan tesis aku. Seminggu berkampung kat UKM. So, semalam petang baru dapat jumpa dia, hangout sekali ngan Tj sebab dia pon dah cuti sekolah (cikgu la katakan. hehe).

Dok makan malam sekali ngan dak dua orang tu kat Secret Recipe. Plan awal nak jalan-jalan area kawasan rumah je macam dulu-dulu. Tapi sebab petang semalam hujan, so, plan berubah last minit.

Sejak dari dalam kereta asyik tergelak je. Bila dah duduk pon sambung gelak je. Habis aku jadi bahan gurauan. Pasal cincin (nampak saje), pasal kursus kawen, pasal plan kawen, pasal Cik Abang... pendek kata semalam ialah hari aku. Selit-selitkan jugak pasal Tj ngan Yeso tapi cerita akan berbalik pada aku semula. Aduhaii~~ Penat gelak!

So, balik je dari makan malam ngan dorang, solat Maghrib dan Isyak, aku pi mandi dah tu terus pi tido. Ingat nak bangun awal pagi sambung edit tesis tapi bangun-bangun dah kul 615pg. Siyes btul penat gelak. Hehe...

p/s: Happy dapat jumpa dua orang kawan rapat. Yang penting dapat jumpa Yeso sebelum dia balik Ukraine semula.

Tuesday, December 1, 2009

Dedikasi

Semua orang nak buat dedikasi. Aku pon nak buat jugak lah.

Abah ngan Ibu yang tak jemu bebel kat aku. Hihi... Ye, saya ni degil tau tak? Tak tau takpe, biar aku bagitau. Ibu yang tak jemu marah aku. Ingat lagi menangis sambil peluk Ibu bila aku dah sangat blur masa tu. Bukan kena pujuk, kena marah adelah ;D Untuk Abah yang selalu hulur duit kat aku untuk pi belajar. Jasamu akan dikenang :)

Kat Along, Alang dan Bong. Terima kasih kerana selalu bagi can kat aku menyibuk di masa aku pon sama-sama blur nak buat tesis. We're in this together ya! Alang la selalu dengar aku bebel, sama penyelia plak tuh. Sama-sama bengang kat orang yang sama. Haha... dahtu sama-sama la mendengar luahan hati masing-masing. Untuk Bong yang selalu bagi komen-komen yang bernas. Thanks peeps!

Untuk dua orang dearest aku, aTiQue ngan LiyanaRoxx. Sorang advisor aku untuk HealthPointe, sorang lagi pembakar semangat (sebab dia dah habis exam. Ceh~). Walau agak susah kawan baik jadi advisor sendiri tapi, why not kan?? hehe. Thanks sebab berkongsi tips-tips dikala aku mempunyai masalah otak berserabut akibat tesis. hihi :D


Dan... untuk insan yang tersayang, Encik Qhohar > Terima kasih sayang, sebab selalu bagi kata-kata semangat pada Cuk dimasa Cuk perlukan itu semua. Terima kasih kerana selalu mendengar bebelan Cuk pagi-pagi buta. Terima kasih kerana sudi luangkan sedikit masa sayang buat Cuk... Sayang awak, rindu awak~


p/s: I HEART U ALL!!! :))

busy bee

Ok, agak busy buat seketika.

Tapi aku try gak nak menyelitkan sikit la ape yang patut. Nanti kalo tak update ader orang bising. Hehe ;) Ataupun untuk puaskan hati sendiri.

Ni dah masuk bulan Disember. Owh, Disember??? Serius?

Aku kena hantar final tesis aku Jumaat ni (041209). Tapi sebelum 4hb tu kena gak bagi penyelia aku baca ape yang patut dulu. Payah dapat penyelia banyak songeh nih. huhu... Tapi aku tau, banyak songeh dia pon untuk kebaikan aku jugak (jangan banyak songeh ye Cik Elanie. Uhuh~).

Tapi korang boleh bayang tak, bila last week dah bersungguh buat siapkan, then bila jumpa penyelia dia kata kena betulkan lagi. So, minggu ni agak poyo je mengadap tesis ni. Baru buat tak sampai 10 minit, tetibe sambung YM je lebih. Bosan dah mengadap benda ni. Tesis ni. Eurgghhh~

Tapi Nanie, demi masa depan, kena kuatkan semangat okeh??

p/s: Sabor je la~