yeay!!!!
Hari ni dapat jumpa semula adik beradik!
Salu nye susah nak dapat jumpa Along, Alang ngan Bong dalam satu-satu masa bila masuk semester ni. Ye la, sorang sibuk balik kampung kat Johor, sorang sibuk kat Pahang, sorang lagi nama je duk kat KL ni dekat je ngan aku tapi busy dia mengalahkan PM!
So, tadi reunion 10 pasang mata (aku je dah ada 4! hahah) syok jugak la dapat berborak. Kongsi cerita-ceriti hot lagi panas dari Along, Alang ngan Bong.
Hehe... selain dari bergosip, sambut early birthday celebration Bong, birthday dia 231209 ni. Jadinya memandangkan susah nak berkumpul empat-empat sekali ada, buatlah plan hari ni. Setakat makan biasa-biasa je kat Rimba, PKNS Bangi. Nak makan yang meriah-meriah, masing-masing baru je mempokaikan diri kena print 4 salinan tesis termasuk ngan page warna. Huhu... tak boleh jadi nih!
Duk berborak, makan-makan tanpa kek birthday tapi masih meriah. Hehe... rindu zaman semester dua masa masing-masing duk kat kolej. Makan sama-sama tu jadi rutin harian tolak rutin hujung minggu je sebab masing-masing kaki balik rumah. Hehe ;D
p/s: Pas masing-masing dah settle pembentangan viva nanti, bila ntah ada lagi masa duduk berborak macam ni? *sigh*
No comments:
Post a Comment