Yeay, yeay!!!
Aku dah siap jahit langsir rumah baru dah!
Double yeay for me sebab all alone jahit langsir. Bukan setakat jahit langsir tingkap, tapi langsir sliding door yang sangat panjang berjela dan lebar! And not to forget, BERAT!
Hello, for people yang tak tau menjahit, that will take longer than you thought. Aku ni sebab dah ada asas, pon agak amek masa sebabnya aku ni bergantung kepada mood menjahit masa tuh. Sume benda yang aku buat memang akan bergantung kepada mood. Hari tu aku amek masa 3 minggu jahit langsir tingkap bilik baru aku. Nak tau sebab ape lama benar? Sebabnya first langsir tu aku pilih nak buat yang ada guna kain jenis organza yang licin, payah nak jahit, degil dan materialnya kaku. Berangan nak buat dua lapis la konon... Lapis pertama yang kain berat and lapis kedua yang jenis organza, konon-konon for day curtain la...ceh... Tapi, alhamdulillah lega bila minggu ke-3 tu aku push diri sendiri siapkan. Siap yang langsir bilik, terus sambung untuk langsir tingkat bawah. Yang itu zup zap siap dah sebab selapis je.
Ape-ape pon, aku tak dapat nak siapkan awal jugak sebab keje aku bukan setakat jahiit langsir je tapi macam aku panh cakap sebelum ni, sume jenis keje bibik aku buat sekali ngan amek Ellie kat sekolah, pagi petang. So, baru nak syok tekan pedal mesen jahit, kena benti sebab nak sidai kain. Baru nak naik syeikh tekan pedal mesen jahit, kena kuar amek Ellie kat sekolah plak. Adehhh~ Masa banyak habis kat keluar masuk rumah, turun naik kereta.
Ok people, ini adalah rutin for homemaker. Ada gaya tak? Kehkeh ;))
p/s: Weh, ingat jadi surirumah dok goyang kaki je ke? Like, HELLO!!! Mak aku takde bibik nak tolong buat keje rumah, jadinya, kena pandai-pandai bawak diri tolong ape yang patut kat umah ni. Kalo tidak... kesian tengok Ibu buat semua benda. Aku dah boleh rasa penat yang Ibu rasa beberapa tahun dok membesarkan anak-anak dia yang nakal ni sorang-sorang bila Abah kat office. Cumanya, bila jadi homemaker ni, tak dapat gaji beribu-ribu. Itu je.
No comments:
Post a Comment