Monday, January 24, 2011

hangin je...

Thaipusam baru2 ni balik Bidor. Lepak kat kampung encik hubby for 4 days.

Ahad plak ada kenduri kawen kat kampung sebelah. Masa makan tu ada la orang kampung ancik hubby jugak kot tegur encik hubby. Aku memang tak pandang la sebab tengah makan, lagipon kalo tengok muka konpem aku tak kenal sebab encik hubby ni semua orang dia kenal.

Orang Kampung: Eh, Qhohar!! Uihhh... berisi betul sekarang ni...

Encik Hubby: (sambil salam and gelak je bila orang tegur dia makin berisi)

OK: Lama balik?

EH: Petang ni balik KL dah. Dari hari Khamis kat sini.

OK: Tak nampak pon... ke kena IKAT? (sambil gelak2)

EH + mak: Eh, tak la...

EH: Ada keje sket...


Hangin je satu badan ni bila dengar orang tu sesedap rasa kata encik hubby aku ni kena IKAT tau! Nasib baik aku duduk makan membelakangkan orang tu, kalau tidak, konpem aku jeling habis2an punya. Amboi3... sumbat tempoyak ni karang!!

Bukan ape, jaga la sikit mulut tu cik abang oiii... Encik hubby kata 'biasala, orang kampung memang macam tu caranya'... Pedulik ape aku ko dok kampung ke, dok bandar ke... Yang penting, mulut jangan la cakap sesedap rasa. Jaga la hati orang yang mendengar. Kalo orang pikir positif, takde la nak pikir ape kalo terdengar orang kampung tu kata ape kat encik hubby aku. Kalo yang keliling tu mendengar, kenal hubby aku, suka bawak mulut plak tu; kan dah ada gosip yang tak best sampai kat telinga orang kampung lain walaupon bukan begitu keadaan sebenarnya. Ni yang aku tak gemar ni!

Aku kenal encik hubby aku. Dia bukan jenis yang suka keluar rumah merewang tak tentu pasal. Selalunya kalo balik kampung dia tu, kejenya kalo tak mengemas kebun kat belakang rumah tu memang tak sah. Kebun tu luas, dia sorang je yang kemas, sapu sampah, bakar sampah, tebas semak, trim pokok; you named it, semua dia yang buat. Kalo 3 hari kat kampung, 2 hari tu konpem memang kat situ la dia ada. Bukan nya kami ni salu balik Bidor, jadinya sekali balik tu kebun tu memang la dah semak habis. Itu je la keje dia. Takkan nak mengharapkan mak yang buat semua tu. Mak pun banyak benda lagi nak buat dalam rumah lagipon mak bukannya larat.

Encik hubby aku ni jenis, nak pegi mana2 dia akan ajak aku. Pi pasar ke, pi kedai ke... kalo boleh memang dia akan heret aku sekali. Waaupon dengan kondisi aku yang tak berapa nak mengizinkan sekarang ni dengan sakit2 pinggang kalo diri and jalan lama2...tetap dia nak angkut aku. Akan dipujuknya aku ni sampai aku kata, 'ye la, sayang ikut'... Itu ke dikatakan kena IKAT?

Amboi, tak sayang mulut habis orang tu! Rasa macam nak cili2 kan je... Pastu sumbat tempoyak sekali!

Aku cakap kat encik hubby yang aku rasa geram ngan orang tu. Tapi dia kata, rilek je lagipon mulut orang kampung, biasala... Dia pon bukan jenis suka keluar rumah tak tentu pasal, lepak sana lepak sini...


p/s: Takpe2, kali ni aku ok lagi... next time kalo terjumpa lagi, and dia tanya benda yang sama, konpem aku fire habis2an! Bukan pe, tak seronok la time preggy2 macam ni nak geram2 or benci2 kat orang... sabar nanie, sabar...

No comments: