Showing posts with label resolution. Show all posts
Showing posts with label resolution. Show all posts

Monday, January 10, 2011

LATE WISHES!

** Sorry for the long silent treatment from me**

Wahh, sedar tak sedar, dah masuk tahun baru 2011 dah. Sekejap je rasanya kan?
2010 been a very busy year indeed. Macam-macam ada! Dari hal study, bercinta, jadi tunangan orang-wedding's preps-kawen-preggy etc...

Owh, part preggy tu masih belum settle, to be continued sampai ke summer time negara Eropah ;D Wah...gedik sungguh, padahal duduk kat Malaysia je; dua musim -- musim panas dan musim hujan tak benti -- Ngeee :))

So, tahun ni, nothing much to expect except from the baby bum to be seen, soon :) And, ramai kawan2 nak melangkah ke alam baru especially my BFF Atiqah dis coming May :) *Happy for her* Lagi, lagi?? Belum tahu lagi what's been waiting ahead of me this whole year, just praying for the best, InsyaAllah :D

Jadinya, masih belum terlambat untuk nak wish 'Happy New Year Twenty-Eleven' untuk semua. Semoga apa yang dihajati sepanjang tahun ni (if you have any new year's resolution), diperolehi dengan jayanya dan diberkati selamanya :)


p/s: Ada new year's resolution ke? I don't need any because for me, everyday is to be better than yesterday and that's that :)

Thursday, February 25, 2010

itu dulu...

I used to wear cynicism alright.

But I want to put it aside and start looking at the world positively. Come what may, I'll cherish it and accept it openhearted :)

InsyaAllah :))


p/s: "For a pessimist, I'm pretty optimistic!" Tapi itu dulu la... sekarang kalo boleh, nak jadi optimist je :D

Tuesday, January 5, 2010

2010: New Year's Resolutions

Ok, jom kita tengok balik azam aku tahun lepas? Dah tercapai atau tidak?

  1. kalo boleh, nak siapkan tesis dalam 1 semester ni..so, i can grad on time (August 2009)
  2. nak maintain PNG+PNGK atas dari 3 jugak
  3. nak mudah untuk memaafkan orang lain (aku suka mintak maaf kalo aku buat silap..but dat doesnt mean i dun MEANT each forgiveness i seek from people around me..cume, aku dah dibiasakan sejak dari kecil..JANGAN EGO..) so, dis year, aku nak kedua2nya sekali.. senang memaafkan+meminta maaf...
  4. aku nak jadi anak yang mendengar kata (tak nak dah asyik cari pasal je ngan mak aku..huhu..kepala batu la katakan)
  5. nak cari jodoh...(ahaha..siyes ni..i'm not getting any younger everyday, am i? so, it's time to find my prince charming, Mr. Right, or whatever u call it)
  6. nak turunkan lagi berat badan sebanyak 10kg...(i can do it!!!)
Last year's resolution agak banyak. But obviously lah yang azam no.1 tu aku tak dapat nak realisasikan ye tak? Sebab lepas je aku buat azam tu, selang beberapa minggu, aku buat keputusan drop subject thesis dan hanya settlekan semua subject kelas je. Aku baru mula buat tesis semester 1, tahun 2 kat UKM. So, InsyaAllah aku grad tahun ni, Ogos 2010. Lewat setahun dari yang aku jangkakan. Takpe, at least, aku akan grad jugak :)

Dan azam no.6 tu pon hanya dapat turun 3kg je tahun lepas. Ermm... tahun ni kena berlipat kali ganda usaha sebelum bulan Mei. Bulan Mei? Betul ke bulan Mei? InsyaAllah bulan Mei. Shhh...rahsia besaq ni ;p

Tahun ni punya resolution plak?
  1. Bring forward dua azam tahun lepas --> grad + turunkan berat badan lagi.
  2. Azam yang berterusan untuk no.4 (azam 2009).
  3. Nak e~ dan w~ (dan jadi yang terbaik, solehah dan mendengar kata).
p/s: Itu je, sekian terima kasih. InsyaAllah semuanya akan tercapai, termakbul lah hendaknya untuk tahun ni.

Sunday, May 17, 2009

my Mr. Right II

eheheh...siap ader part II plak untuk entry pasal Mr. Right aku ni. Ye la, aku baru teringat balik ape syarat-syarat yang aku terlupa tu (kan aku dah janji nak update sekiranya terdapat sebarang penambahan syarat dalam entry lepas).

*update

Syarat (wajib) ketujuh; tolong fahami aku yang susah nak keluar malam ni. Aku ade curfew time yang dibuat oleh parents aku dari dulu lagi dan kebetulan pulak memang aku ni jenis yang kurang suka dan malas nak kuar malam. And truth to be told, adelah dalam 7-8 kali kot (banyak jugak tu sebenarnya) sepanjang umur hidup aku ni aku kuar malam. Kalo sekiranya aku keluar pon, selalunya dengan niat nak lepas tension (mcm last day kat kolej ritu kuar ngan Nad + Shidah tapi kul 1030pm dah sampai kolej dah -- habis exam dan habis seksa siapkan report EIA --), time kuar ngan member lama yang sgt kurindui (mcm LiyanaRoxx + Akitek awal tahun ni; lama giler tak jumpa dorang), atau atas sebab-sebab tertentu yang aku tak boleh buat atau tak sempat buat waktu siang hari.

Jadinya kalo boleh, biarlah dia faham aku tang ni. Kebanyakan aku kuar malam tu pun, tak pernah sekalipon dengan guys. Semuanya dengan girlfriend rapat aku. Aku rasa kalo kuar malam tu macam dah jahat sangat (saya tidak menghakimi sesiapa pon -- sekadar perasaan saya bagi diri saya sendiri. Tetapi maaf andai ada sesiapa terasa hati). Aku kalo boleh nak elak kuar malam ni lagi2 ngan lelaki. Zaman sekarang ni bukan semua orang boleh percaya; kawan pon boleh makan kawan. Tengok dalam akhbar yang bermuka-muka surat tu...Hish, Nauzubillah! Takut nak baca akhbar sekarang ni. Takde yang berita baik-baik. Semuanya pasal bunuh, rogol, samun segala.

Kalo boleh, kalo si dia nak ajak aku kuar, pilihlah masa yang sesuai ok. Janganlah keluar malam dan tolong hormati keputusan aku yang satu ni. Lagipun, tak manis perempuan keluar malam dan bagi aku, waktu malam itu sangat mengerikan. huhu...

Syarat (harus) kelapan; kalo boleh janganlah merokok...
'Awak tak sayang saya ke? Awak tau tak, kalo awak merokok, orang sekeliling awak yang merana tau; yang cepat dapat penyakit kanser peparu tu. Awak nak saya cepat2 mati ke supaya awak boleh cari yang lain?' (emo plak. hihi)

Bukan senang nak cari guy yang tak merokok sekarang ni. Orang kata kalo merokok ni dapat kurangkan sikit rasa tension. Ye ke? Maybe orang sekarang ni ramai yang tension, ada alasan untuk merokok kot. Atau sekadar suka-suka, nak tiru orang atau trend. Tapi kalo boleh, janganlah...Demi orang tersayang. Tapi kalo dah dapat yang merokok? Errr...entahlah. Kena terima jugak kot sebab aku dah mintak dia terima aku seadanya jugak. huhu...(Sadis jugak buat syarat macam ni, balik-balik akan kena batang hidung aku sendiri).

*Syarat (sunat) kesembilan; orang tu kalo boleh biarlah orang yang mampu menegur aku. Tegur bukan tegur ape. Tapi tegur aku dengan erti kata sekiranya aku ade buat silap. Ye la, humans are not perfect. I am human; so, I'm not perfect either. Terkadang ada ketika yang kita ader buat silap, bahasa tak sesuai ke, terkasar ke, ape ke; kita tak perasan. Lagi-lagi kalo bab solat ni; kita terleka bila buat keje. Ini kalo dah dia pon 2x5 bengong mcm aku, alamatnya hanyuutttttttt sama-sama. Teguran tu pon sebagai satu keperluan supaya aku (kitorang) boleh jadi umat yang lebih baik di mata-Nya. Aku mengaku, aku ni takdelah baik sangat dan perfect sangat. Kadang-kadang terbuka jugak aurat (berlengan pendek bila keluar rumah, pi kedai yang dekat tu nak beli telur aku malas nak bertudung), terkasar bahasa yang digunakan, terlewat solat; dan aku perlukan seseorang yang boleh tegur aku dan tak takut untuk berbuat demikian kerana nak menjaga hati aku sangat. Tapi aku takut kalo dapat ustaz. hehe...Sebabnya, takut aku bukan jadi diri aku sendiri bila dengan dia dan aku takut aku hanya berpura-pura.

Tak banyak yang aku mintak dari Mr. Right aku (wpun list tu ada *9). Tapi yang betul-betul aku mintak ader *6 je (dapat terima aku seadanya; boleh jadi macam kawan baik aku sendiri dan bukan sekadar bf-gf relationship biasa je yang tak habis-habis cakap 'saya sayang awak, saya cintakan awak' dan tiada yang selain dari ayat tersebut; memahami aku yang jenis tak kuar malam; janganlah merokok; penyabar ngan karenah aku yang sengal ni dan orang yang boleh menegur aku sekiranya aku berbuat silap).

Aku tak mintak yang kaya-raya macam Sultan Brunei atau yang sehensem dan sesasa Fahrin Ahmad. Aku tak mintak yang romantik tahap leleh punya (sampai geli ketiak aku dengar dia berpuitis depan aku. 'Owh, dinda owh, kanda'). Aku tak mintak orang yang suka memberi, dalam erti kata jenis yang suka menghadiahi aku dengan macam-macam hadiah. Cukup kalo dia ingat dan celebrate tarikh2 istimewa macam besday aku, anniversary ke etc. Tak usahla sikit-sikit nak bagi hadiah, sampaikan dah takde surprise dah (korang ni dah kira beruntung aku bukan jenis yang macam tu. Kalo tak, sian korang nak kena berpoket tebal setiap masa).

Oleh yang demikian, sekianlah list-list syarat yang aku nak ader dalam seorang Mr. Right aku. Mungkin dah takde lagi kot nak tambah...hehe ;)

Saturday, May 16, 2009

my Mr. Right

Ceh. Ni bukan entry pasal Mr. Right aku, tapi entry pasal calon-calon yg bakal aku pilih (ekekeke...mcm dh beratur panjang je barisan tuh. Nanie, jgn berangan ok? Stop it!!!)

Alaarrhhh... for once, ape salahnye aku berangan sat. Selalunya bila kita mengimpikan Mr. Right ni, tak semua orang akan dapat apa yang dia nak. Allah itu Maha Adil. Kalau ikutkan, semua orang nak kan yang hensem-hensem belaka, poket tebal - kalo ditembak tu, peluru tak tembus punya (kaya nye bang oii? takde kad kredit ke siap kuarkan duit segumpal tu?ahahah), ape lagi? Ermm...yang romantik, yang pandai memujuk, suka memberi dan banyak lagi lah. Sebabnya bukan semua orang ada list yang sama dalam nak memillih buah hati, Mr. Right, boyfriend, balak, pakwe (or watever u called them) ni.

Kalo aku...erm (mula berangan lagi..hehe..sorry, can't help it), aku nak orang yang boleh terima aku seadanya. Aku makan banyak ke, aku makan sikit ke...Sebabnya berat badan aku ni senang nak naik. So, aku tak nak si dia tinggalkan aku sekiranya masa bercinta badan dah turun 20kg ni, tetiba happy, makan banyak, alkisahnya berat badan aku naik balik 20kg dan dia tinggalkan aku sebab aku lagi besar banding dia. Aku tak nak dia terima aku sebab aku dah kurus je, bukan terima aku dari masa aku gemuk-gemuk dulu. Ader sekali tu, aku jalan2 pi dinner ngan Nad, Ain + Shidah kat Alamanda. Terserempak dgn satu couple ni, awek dia boleh tahan lawa, sopan je berbaju kurung, tapi pakai penopang sebab kaki kiri dia kudung. Boyfriend dia sangat baik hati tolong dia nak naik ke walkelator tu. Shweet sgt~

Pastu ader satu lagi kes, masa tu aku nak pi tgk movie ngan Ain kat Mid. Masa beratur nak beli tiket tu, kitorang sgt kagum ngan couple depan kitorang ni. Memula kitorang dah siap berbisik 'kalo dah jodoh~' tu sebab dat guy sangat kurus tinggi; awek dia sangat 'comel'. Lagi 'comel' dari aku time dulu2. Tetiba masa dah sampai turn dorang pi beli tiket, dat girl macam terpinga-pinga tak tau nak tgk movie ape; bf dia boleh buat tak tau siap baca newspaper lagi tau!!! Masa tu aku + Ain geram gak ar (kalo korang baca, memang xrasa ape). Tapi kitorang yang tengok ni rasa sangat sakit hati bila bf dia buat tak endah pada girl dia sampaikan dorg ke tepi dulu sebab tak tau nak beli tiket movie ape. Kalo aku, aku dah malu dah dengan penjual tiket tu. Bf dia boleh plak buat derk~ Kitorang dari pandang positif (sebab dat guy sanggup ber'couple' ngan girl yang saaaaangat 'comel') trus tukar jadi negatif. Itu bukan satu contoh yang sangat baik ye. Ok2...sensetif bab-bab berat badan nih (sebab aku+Ain pon 'comel' gak)...hehe :)

Syarat (sunat) yang kedua; seorang yang boleh sabar ngan karenah aku. Aku ni cepat moody. Kadang-kadang boleh tersentap tetiba, pastu senyap kejap. Tak lama pon. Selalunya kalo kawan-kawan aku tengok aku senyap, dorang pon turut jadi senyap. Padahal aku tak kesah je nak dorang nak bising-bising asalkan jangan kaco aku yang tengah ter'sentap' tu... hahaha...Dalam sejam la paling lama (rasanya la) aku ok balik tapi dengan syarat aku yang start bercerita semula. Ada orang tak faham; bila aku senyap, kata aku marah dia la, itu la ini la; banyak betul spekulasi. Dan harapnya si dia tu tak la cepat sangat buat keputusan melulu dan pikir bukan-bukan kalo tetiba aku senyap.

Syarat (sunat) ketiga; dia bukan seorang yang 24/7 serius. I mean, serius biar kena tempat la. Ini kalo setiap masa nak serius je macam Hitler, payah gak aku...Sebabnya bila datang angin kureng aku, mula aku nak buat lawak yang tak berapa nak pandai. Kang silap-silap kalo dia serius dan tak boleh menerima sebarang gurauan, ader aku plak yang kena luku ke, kena tengking tak pasal-pasal. Aku nak yang boleh bergurau, buat lawak ngan aku. Baru hepi dunia ni.

Syarat (sunat) keempat; aku nak dia jadi macam kawan baik aku sendiri. Ye la, bestfriend pempuan tetap ader (mana boleh takde. Wajib nih!); tapi bila masing-masing dah meningkat usia ni, mesti semua pun banyak nak hangout ngan bf/ husband/ pakwe masing-masing kan? So, tinggal la aku sendiri jugak. So, dia ni sebagai pengganti bestfriend aku. Boleh bercerita ape saje macam kita hangout ngan kwn2 pempuan kita, boleh bergosip macam-macam; dialah kawan kita, dialah bf/ husband kita. Aku suka tengok cara ibu ngan abah aku. Misal kata abah aku nak masuk meeting, sebelum masuk meeting tu, dia sempat tepon ibu aku dulu borak-borak. Kalo tak pon, saja-saja tengah takde benda nak buat kat ofis dia tepon ibu aku. Sedangkan before pi keje, jumpa jugak; bangun tido nampak muka ibu, nak pegi keje ibu aku tolong tutupkan pagar rumah etc. Balik keje pon nanti ibu aku jugak yang bukakkan pintu rumah. Tapi abah treat ibu aku macam kawan dia. Takde rahsia. Macam kita ngan kawan-kawan baik kita sendiri. Itulah yang sebaiknya.

Syarat (sunat) kelima; he can talk about cars with my father, he has no interest towards sports (bestnya, takyah bertekak sape nak pegang remote control dan takyah bazir duit sewa decoder astro lagi satu). period.

Syarat (harus) keenam; dia seorang photographer (ececeh...banyak berangan woo ini minah...). Alasan yang kurang kuat aku nak bagi sebab bagi syarat ni ialah kerana supaya aku menjadi subjek utama dia semasa snap gmbr. ekekekee ;D Aku ni camwhore. Gila bergambar. sikit2 bergambar, tak hengat dunia la jugak. So, bagus jugak ader bf/ husband yang memang seorang photographer atau ader hobi snap gambar ni. Macam abang aku. Dia memang partime wedding/ event photographer. So, anak dia yang sorang tu dah ader berpuluh gambar (beratus pon boleh jadi jugak) yang abang aku dah snap. Dah boleh buat koleksi peribadi letak kat perpustakaan dah. Punyala banyak. Selain tu, alasan lain, bole jugak aku jadi model tak berapa nak professional dia. hahahahah (tak kukuh betul alasan).

Erm, setakat ni tu je syarat2 sunat+harus aku yang aku nak cari dalam Mr. Right aku...nanti kalo ader lagi yang aku lupa nak tulis sekarang ni, akan ku update!

Thursday, January 1, 2009

2009: New Year's Resolution

arrghhhhhhh!!!!! it's 2009 already? erm, but why am i shouting..owh, i should welcoming this new year with a great expectations ahead la..

my, my...new year resolution..yeah, i need to have it..just so i will have some guidance, plan, focus+ even target on what i want to do in life..

tp adakah resolution 2008 tercapai?

eh, tercapai tau..semuanya!! gladly i did finish it b4 time is up walaupun azam aku tahun lepas tak banyak..

2008:

  1. nak turunkan berat badan sebanyak 10kg (aku tak mau terburu2 nak turunkan berat sbb takut naik blk dengan senangnyer..so target aku last year nak turun 10kg je..tp berjaya turun 21kg!!! extra 11kg plak)..owh, i'm so proud of myself!
  2. nak sambung Master kat UKM..(dapat gak tawaran sambung Environmental Management)
  3. kalo dapat sambung Master, nak dapat PNG 3 keatas..(aku tak mau letak harapan tinggi sgt sbb takut tak tercapai+nanti aku tension walaupun kalo boleh semua org nak PNG 4..aku tau tahap aku sampai mana)
so, ketiga-tiga azam aku tercapai..yippeeee!!!!!

2009 plak:

  1. kalo boleh, nak siapkan tesis dalam 1 semester ni..so, i can grad on time (August 2009)
  2. nak maintain PNG+PNGK atas dari 3 jugak
  3. nak mudah untuk memaafkan orang lain (aku suka mintak maaf kalo aku buat silap..but dat doesnt mean i dun MEANT each forgiveness i seek from people around me..cume, aku dah dibiasakan sejak dari kecil..JANGAN EGO..) so, dis year, aku nak kedua2nya sekali.. senang memaafkan+meminta maaf...
  4. aku nak jadi anak yang mendengar kata (tak nak dah asyik cari pasal je ngan mak aku..huhu..kepala batu la katakan)
  5. nak cari jodoh...(ahaha..siyes ni..i'm not getting any younger everyday, am i? so, it's time to find my prince charming, Mr. Right, or whatever u call it)
  6. nak turunkan lagi berat badan sebanyak 10kg...(i can do it!!!)
all in all, aku ader 364 hari lagi untuk capai segala azam yang aku buat hari ni...insyaAllah tercapai..anda pula bagaimana?