Semalam pepagi lepas sarapan, encik hubby bawak aku pi The Mall, ada audition Raja Lawak musim ke-5.
Pepagi kul 1030, ingatkan belum ada orang sebab dari luar nampak sunyi je. Ghupenyerr... punya ramai la manusia yang mengkategorikan diri mereka lawak. Ok fine lah. Menyelit la kami nak berdiri dekat ngan pentas utama. Teramatlah ramai lelaki, nasib bek la encik hubby aku seorang yang protector :D Alhamdulillah :))
Tapi semalam masa pi audition tu aku terlupa yang amat nak bawak miss cammy aku. Ceh!! Tang nak buat bukti la tak bawak cammy la kan??? Hadoiii...
Jadinya semalam hanya dapat meng'capture' artis Malaysia pakai mata aku je la gamaknya. Kalo la boleh print straight dari mata, dah lama aku buat ;D
Semalam ada Afdlin Shauki, Sathiya (a.k.a Baby Face - panggilan dari pagi sampai 1230 tghari/ Antonio Banderas - selepas 1230 tghari... Gile lawak Sathiya ni rupenye), peserta Raja Lawak musim pertama (tak ingat nama) yang sekarang ni co-host program Warung Kita Astro Prima ngan Farouk Hussein (dia ni as a pengacara untuk audition hari semalam), Zizan datang lewat skit (kurus yang amat mamat ni tau!) and Adira AF8.
*tak bawak miss cammy, menyesal!*
Adira tu aku terjumpa masa aku nak balik dari The Mall. Ok, dak2 AF ni memang stok2 rendah la. Adira tu sangat rendah! Rendah sket dari Liyanaroxx tapi putih melepak! Memang dia lawa arr :) Dah la memang minat dia masa AF8 dulu :)
Ok, back to the story. Dari 30 peserta pertama yang aku tengok (the rest malas nak tengok dah sebab nak balik), hanya sorang je yang bagi aku boleh buat lawak. Thumbs up! Dia buat slanga Chinese citer pasal kongsi gelap. Ada satu part dalam lawak dia tu... 'You tak payah mau pinjam itu Along, Along... Kat lumah itu ada Angah, Achik, Acu... apa pasal mau pinjam sama itu Along juga??' Sengal mamat ni tapi konpem lawak! ;D Terkekek-kekek encik hubby aku. And Afdlin bagi 'YES' kat dia! hip hip hoorey!!
But who says it is easy to make people laugh? Susah sebenarnya. Macam aku bagitau tadi; dari 30 orang peserta yang sempat aku tengok, hanya sorang je yang bagi aku cukup lawak. Yang lain tu langsung! Yang macam strory telling ada, yang mengarut pon ada dan yang ntahapehapentah pon ada. Mamat yang dapat YES tu pon dah 5 kali datang audition, kali ke-5 datang baru ada rezeki. Hmmm... And yang dapat menyelamatkan keadaan tak lain tak bukan dari pengacara sendiri. Selamat...
Aku ni... nak kata minat sangat ngan program Raja Lawak ni; tak la tapi layan je kalo terbukak saluran Astro Prima. And mostly the contestant dari program ni takde la lawak sangat. Kalo yang lawak pon hanya 2-3 orang dan yang pasti, Johan ngan Zizan still the best; kumpulan Sepah dan... sape lagi?? Eheh, lupa plak yang lain. See, dah ramai sangat sampaikan yang the rest tu tak kenal sebab lawak tak melekat kat otak.
p/s: Hari ni takde ape yang nak di p/s kan. Nak kena baca buku untuk exam minggu ni ;(
No comments:
Post a Comment