Showing posts with label leisure. Show all posts
Showing posts with label leisure. Show all posts

Monday, February 13, 2012

I missed...

Surely la I missed my beloved husband kan..
Bukan,bukan.. Ni bukan entry pasal dia. Tp pasal life aku. 0ne thing that I missed the most while being a mom n0wadays is reading. Seri0sly like, missing it. Dulu bef0re kawen, bef0re pregnant and dibawak ke sebelum bersalin, membaca tu memang h0bi aku. Pantang ada masa lapang, memang ngadap buku ler..kdg2 rasa bazir je beli n0vel tebal2 sebab bru setengah hari dah separuh buku habis dibaca. Agak terkilan gak la bila sekarang xde masa nak diluangkan utk membaca. Busy being a m0m I guess... And owh, being a wife too.
Sebelum suami p kursus ritu, well, life in johor I must say; sgt hectic ok. By the end of the day, felt exhausted tahap cipan lah. Xdela sampai xsempat nak sikat rambut and mandi ke hape tp memang xduduk diam. Kadang2 suami tgk,dia kata muka kita dh nampak penat,disuruh rehat tapi aku xbleh nak rehat sebab s0oner or later aku kena buat jugak keje2 rumah tu. Dari bertangguh baik buat and habiskan terus.
Masa kat johor, jadual harian aku sama je tiap2 hari. Pagi2 bangun tido, bukak kelambu (oh yes, kitorang tido pakai kelambu sbb byk sgt nyamuk kat situ. Nyamuk hutan jenis komando kot sbb xmati lalu sebelah m0squito coil, xmati kena sembur shelltox. Hazim yg jd mangsa, hbs berbekas2 bdn dia kena gigit nyamuk tp alhamdulillah kat muka hilang. Kat bdn,masih ada bekas lg), jerang air panas, aku p mandi, siapkan air mandian hazim, mandikan hazim, kemas besen mandi hazim, basuh baju, menyusukan hazim, sidai kain, layankan hazim main dulu, tidokan hazim, masak, kalo ada kain bju semalamnye yg xsempat lipat atau bru kering aku akan lipat time lepas masak tu,mandi lg sblum suami balik rht tgahari, makan tengahari ngan suami, main ngan hazim lg, tidokan hazim semula, angkat kain and kalo ada yg kering trus lipat sementelah hazim tdo petang sambil tgk tv, kemas bju2 lipatan, suami balik, main2 ngan hazim, mandikan hazim, makan malam, diri sendiri mandi, okeyyy..time ni trus bdn dah penat letih lesu segala.. Time ni la tugas suami plak layan hazim main. Aku kadang2 terZzZzz awal.
Padat kan? Sape kata jd h0usewife x penat? Silap la...lainla ada orang gaji They can take over half of our workload tp bl sendirian berhad, i tell y0u, bleh patah pinggang kalo sape xbiasa.. Aku pun take time nak dapatkan rentak tu. Org kata tido la time anak tido.. I've tried but my mind w0n't shut d0wn even for a minute. Mula la otak pikir, 'owh,bju dah kering kat ampaian, kena angkat dh kalo x hujan nanti hbs basah semula', 'baju2 byk xlipat lg' etc. So memang aku xdapat nak tido petang.
Kalo dah itu gayanye, mane nak selit tang membaca tu? Xde slot kos0ng haihh.. Sume sl0t dah fully b0oked xtaula sampai bila. Sampai hazim besar la k0t... Even aku rajin beli majalah Pa&Ma tp it takes 2-3months atau lebih nak khatamkan satu keluaran. Yg penting beli. Haha ;D ada masa membaca tu pun kdg2 curi2 cth macam time hujan, bju sidai dalam rumah k0npem xkeringkan? And xde bju yg nak dilipat masa buai hazim tido petang; time tu la sempat belek2 n baca majalah. Tp xselalu pn ada peluang tu...
P/s: kan best bleh beli masa.. Or trade in masa kan? Rasa xcukup, beli masa, nk cepat jual masa.. Bestnyeee lah!

Thursday, March 31, 2011

projek kecil2an untuk baby

Dah dua hari berturut lepak kat rumah Ibu sebab nak siapkan projek kecil2an untuk baby kesayangan. Ngee~~ Projek ape, nanti aku update lagi kat sini ok :) Yang penting, save banyak duit and janji puas hati dapat buat demi anak sendiri. Lagipon tengah tak keje ni, baiklah cari keje kan... ade gak pekdahnya.


p/s: Nanti I tepek gambar kat sini. Setakat ni tahap bangga makin menggebu. Dan aku pon tau, encik hubby mesti bangga jugak dapat isteri macam aku ni. Ecehhhh.. PERAHSAN!! ;D

Saturday, March 19, 2011

meeting up!

Khamis lepas jumpa si cekgu Ana yang mengajar kat kota tinggi nun sana. Rasanya dah lama sangat tak jumpa dia dari bulan Dec lepas. Cikgu kan...time cuti sekolah je la dapat jumpa dia pon. Chinese new year ritu tak sempat, masing2 busy.

Back to the story. Masa jumpa Ana ritu, encik hubby dah cakap awal2 swuh pakai dress panjang yang dia dah belikan awal2 masa tau aku preggy dulu. Nak pakai malu, so terperap je la baju tu dalam almari. Memandangkan baju tu lagi lawa kalo pakai ngan inner tapi sebab lengan aku ni bagai diternak, buruk ok ghupenya kalo pakai inner! haha ;D

Nak taknak pakai jugak dress tu ngan cardigan. Ni first time pakai dress2 bagai ni tau. Seriusly aku ni tak minat nak pakai skirt2 ni. Flowy2 gitu, geli aiii macam tak pakai ape2 plak kat bawah tu. Ni percubaan pertama pakai dan alhamdulillah nasib baik la ok. Pedulik la kan, asalkan tak tersenak perut ke ape ke. Before pi amek Ana kat rumah dia, singgah umah Ibu sat (umah Ibu ngan umah cekgu Ana tu dekat je) sebab janji ngan Ana nak kuar kul 10 and masa tu belum kul 930 lagi. Ibu ngan Ellie pon terkejut tengok aku pakai dress. Macam nak pegi pantai kata Ibu. hehe ;P Siap pakai seluar tight kat dalam sebab aku tak mau pakai kain dalam.

Khamis ritu memang bantai makan banyak gak ar sebab jumpa kawan plus lama tak makan benda2 best ni. Memula makan kat Mee Taiwan, layankan cekgu Ana yang dah kempunan nak makan situ. After that merewang tengok cincin kat PohKong. Eh, bukan aku yang nak beli, tapi si cekgu ni nak survey2 ;)) Masa kami kat Mee Taiwan tu, Tqah sms aku, rupenya makcik tu tak pi keje hari tu. Ajak dia pi SR plak sebab aku teringin nak makan Gourmet Pie. Ye ar, alang2 dia cuti, jom ar join kan :)

Jumpa la kami kat SR bandar Baru Ampang, jenuh cari parking sampai pusing 3-4 kali tawaf area situ. Tqah pnah jumpa aku masa aku preggy 4bulan. Masa jumpa aku pakai baju kurung nak pi kenduri kawen. Dia kata tak nampak sangat perut aku. La ni sebulan kemudian jumpa, pakai dress (malu aku), dia kata perut aku dah nampak and dia geli nak pegang perut aku ;P lawak je makcik ni. Aku pon macam pelik kot nak bagi orang lain pegang perut aku selain encik hubby kot??! Hahaha ;D

Bergosip bagai kami kat SR tu. Ada satu couple ni rasanya husband and wife kot; Si husband tu asyik dok pandang aku je. Agaknya dok memikirkan perangai tak semenggah aku dengan perut memboyot bawak baby ni bila jumpa kawan, mak aiii bising benau mulut pot pet2. haha ;D Last2 dorang blah. And ye, gourmet pie aku dah takde stok ok masa aku order tu. Tsk, tsk...sedih... the one time aku teringin nak makan, time tu la habis ;'( Encik hubby plak tak suka makan makanan2 macam tu. Tekak dia tekak Melayu Asli ;] So, takde maknenya dia nak teman aku makan kat SR ni.


p/s: All in all, petang tu rasa happy sangat dapat jumpa BFF. Cuma tak cukup korum la seperti biasa. Takde si Liyana sebab dia keje. Malam tu aku dah tak makan dah sebab dah dok membayangkan nak kena timbang berat next week. Lagipun perut rasa sangat ketat ok bila makan banyak..Fuhh~

Tuesday, March 1, 2011

Ticker III

Ticker kat bawah tu setakat ni masih menjalankan tanggungjawabnya dengan baik + betul.

Ngeee~~ Kena ugut baru nak jadi baik ye? Geget karang! ;))

So, hari ni dah masuk 18 minggu 5 hari aku preggy. Selalunya every Thursday masuk minggu baru. Hari ni nak pi scan tak tau la scan yang gaya mana ntah oleh Puan Dr. Klinik AU2 tu. Sebelum pi scan kul 2 nanti, nak pi jalan2 sat kat JJ Au2. Heee~~

Suka nau berjalan sekarang ni walaupun balik nanti sakit segalanya, lenguh sana sini, tapi seronok :)) And my baby pon jenis baik, takde nak tendang2 setakat ni macam mummy dia ;P Wakakaka ;D jadinya aktiviti berjalan2 tak mengganggu aku :)

p/s: Ahh, sudah, mengarut2 dah ni. Ciao ye~

Monday, January 10, 2011

Girls Day's Out

Wah, pengsan! Ni citer bulan 12 tahun lepas, to be exact on 19th Dec, bertempat kat Mid Valley since they said Christmas deco kat sana sangat cantek! :D Kuasa veto mom-to-be ni request nak kesana sebab dah lama tak Mid sebenarnya :)) Heee...

This time around, Tj join hangout ngan kami. Salunya Tj missed hangout ni sebab time hangout kitorang kadang2 men boh je, bila2 masing2 free, kuar la kami beronggeng.

Plan asal memang sekadar dine-in and movie je. Sebab aku takleh nak balik lewat; orang dah ada suami, kena pandai jaga masa sendiri. heee~~ Dahtu, plan konon2 nak pi karaoke tak kesampaian.

Time makan plak, aku ni jenis tengah picky habis nak makan. Memula swuh Tj pilih tempat makan sebab orang jauh duk kat ceruk Johor sana. Bila Tj tak kesah makan memana, aku plak disuruh pilih sebab tengah preggy. Tengok SR, geli tekak. Foodcourt dah awal2 no-no sebab ada bau2an yang tak berapa enak..Errr... Last2 Ana pilih Mr.Tepanyaki. Duduk plak belakang tukang masak tu; muka sampai merah2 menahan bau masakan..euw~~ Last2 order mee apentah, makan tak sampai suku, rasa nak terkeluar balik and menyibuk tolong Tiqah habiskan makanan dia. Tengah makan tu, tetibe aku teringat kat Chicken Mayo Dunkin Donut! Nyum2! Dah lama benau tak makan Chicken Mayo ni. Dulu masa zaman form 5, ni la makanan ruji balik dari sekolah. ngee~~ Lepas semua orang dah habis melantak kat Mr.Tepanyaki, bergerak ke Dunkin Donut untuk aku plak yang melantak. Muahahaha ;D

Ok, let the pictures do the talking ya:

Rasa macam kat Lalaland je :) Bear tu comel2 je~

Sempat posing2 sebarang dua.

Punyala ramai manusia bergambar kat North Court ni, siap ada entiti lain dalam gambar dorang ni. haha ;D

Ahhhh...dapat pon bergambar ngan teddy!

Di Dunkin sedang menunggu Encik Chicken Mayo. ngee~~

Lepas kenyang melantak di Dunkin, tengok movie citer Narnia. After that pi Starbuck's terasa nak minum ice-blended bila Ana sebut2 depan aku :P


Masa kat Starbuck tu, sempat bergosip hot topic. Hanya kami berempat je tau pasal ape. Ni bila dah gather berempat, macam ni la gayanya. Gelak tak hengat! Kalo ada YesO time tu, konpem YesO banyak blur and sentap dengar lawak sengal dorang ni ;D Owh, how I wish YesO ada time hangout tu...


p/s: All in all, I love having them in my life ♥ Lagi la fun bila dapat hangout ngan dorang, chatting non-stop macam zaman single mingle dulu...Hmmm...

Tuesday, December 14, 2010

MAHA 2010

Korang pi tak pameran MAHA kat MARDI tahun ni? MAHA stands for Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism. Segala produk Malaysia yang berasakan 3 komponen tu dorang pasarkan kat situ.

Ecehhh, bunyi macam aku pergi tiap2 kali pameran ni ada je kan? hehe :) Taklah. This is my first time ngan encik hubby. Kitorang pegi 4hb, one day after bukak buku merah. Esoknya 5hb tu last day and kebetulan encik hubby duty, so, we're decided pegi hari Sabtu tu sebab encik hubby free.

MARDI ni saje dah besar and luas, so, memang dorang gunakan keseluruhan kawasan untuk pameran tu. And they don't call it MAHA for fun. For me, it was:

  • MAHA besar dan luas kawasan pamerannya;
  • MAHA penat berjalan;
  • MAHA sakit pinggang bila encik hubby kalo boleh nak round satu MARDI tu

Pagi tu hujan renyai2 kat area MARDI and kebetulan kitorang sampai awal seawal kul 9pg padahal pameran mula kul 10pg (semangat haaaa...). Disebabkan tapak pameran semua belum bukak and hujan plak tu, kami masuk dulu dewan pameran tempat aku exam PTD bulan 4 yang lepas. Kat dewan utama tu ada pameran makanan2 popular Malaysia. Dorang bahagikan mengikut negeri. Nama makanan pelik2 sungguh tapi kami tak benti pon sebab sebelum datang situ kami dah breakfast dulu. Plus, bau macam2 sampai rasa nak termuntah. Maafla ye, pregnant lady macam saya ni memang terkenal ngan benda2 camtu; tak bleh salah bau sket, mula la nak uwekkk tapi belum uwekk, hanya rasa nak uwekk and it wasn't the best feeling at all, i tell you! :( Penat tau!

Naik ke atas untuk ke dewan pamera yang sebenar. Kat atas tu ada 3 dewan; A,B,C. ketiga-tiga dewan tu memang besar ok. So, encik hubby saya ni kalo boleh nak masuk ketiga-tiga dewan and nak berjalan keempat2 bucu dewan. Aku ni dah la memang jenis tak larat nak jalan lama2 camtu bila time macam ni. Masuk dewan ketiga, rasa nak moody pon ada :( Pastu encik hubby bawak ke dataran tapak pameran plak. Memula dia nak jugak naik tram pi tempat pameran haiwan liar. Kat situ ada rodeo la, kuda la etc. Tapi, mak aiii... barisan nak naik tram punya la panjang bebenor!! Muka aku dah kelat macam coklat dah sebab penat. At last, round2 kat tapak pameran je baru aku ok sket walaupun badan dah sakit2 :( And then kul 1.30 ptg camtu kitorang balik la... Lapar satu hal, penat satu hal..hmmm... But, having fun halfway through ngan encik hubby :) Itu yang penting :D walaupun separuh jalan je sebab penat ;P

Tengok kat lantai tu, basah; masa ni tengah hujan gerimis lagi and dewan pameran belum bukak.

Map untuk kawasan MAHA.

Kat dalam dewan pameran. Blok A, untuk pameran dari agensi kerajaan.

Belakang tu semua fresh flowers! Wangi2 bau bunga2 tu tau :)

Hydroponik. Rasanya la kot. Tak tanya but looks like it; in an advance way better than 10 years ago punya teknologi hidroponik.

Sudah nampak berisi kan? Ishhh...

Encik hubby tekun tengok makcik2 tu buat sulam riben

Penternak berjaya- 'iye, inilah hasil penternakkan kambing kami :D'

Aku plak ternak lembu ;P ahahaha ;D

Kat dataran tapak pameran. Banyak kedai jual orkid je. And encik hubby saya memang suka orkid :D



p/s: Nak muntah!

Monday, November 8, 2010

Raja Lawak

Semalam pepagi lepas sarapan, encik hubby bawak aku pi The Mall, ada audition Raja Lawak musim ke-5.

Pepagi kul 1030, ingatkan belum ada orang sebab dari luar nampak sunyi je. Ghupenyerr... punya ramai la manusia yang mengkategorikan diri mereka lawak. Ok fine lah. Menyelit la kami nak berdiri dekat ngan pentas utama. Teramatlah ramai lelaki, nasib bek la encik hubby aku seorang yang protector :D Alhamdulillah :))

Tapi semalam masa pi audition tu aku terlupa yang amat nak bawak miss cammy aku. Ceh!! Tang nak buat bukti la tak bawak cammy la kan??? Hadoiii...

Jadinya semalam hanya dapat meng'capture' artis Malaysia pakai mata aku je la gamaknya. Kalo la boleh print straight dari mata, dah lama aku buat ;D

Semalam ada Afdlin Shauki, Sathiya (a.k.a Baby Face - panggilan dari pagi sampai 1230 tghari/ Antonio Banderas - selepas 1230 tghari... Gile lawak Sathiya ni rupenye), peserta Raja Lawak musim pertama (tak ingat nama) yang sekarang ni co-host program Warung Kita Astro Prima ngan Farouk Hussein (dia ni as a pengacara untuk audition hari semalam), Zizan datang lewat skit (kurus yang amat mamat ni tau!) and Adira AF8.

*tak bawak miss cammy, menyesal!*

Adira tu aku terjumpa masa aku nak balik dari The Mall. Ok, dak2 AF ni memang stok2 rendah la. Adira tu sangat rendah! Rendah sket dari Liyanaroxx tapi putih melepak! Memang dia lawa arr :) Dah la memang minat dia masa AF8 dulu :)

Ok, back to the story. Dari 30 peserta pertama yang aku tengok (the rest malas nak tengok dah sebab nak balik), hanya sorang je yang bagi aku boleh buat lawak. Thumbs up! Dia buat slanga Chinese citer pasal kongsi gelap. Ada satu part dalam lawak dia tu... 'You tak payah mau pinjam itu Along, Along... Kat lumah itu ada Angah, Achik, Acu... apa pasal mau pinjam sama itu Along juga??' Sengal mamat ni tapi konpem lawak! ;D Terkekek-kekek encik hubby aku. And Afdlin bagi 'YES' kat dia! hip hip hoorey!!

But who says it is easy to make people laugh? Susah sebenarnya. Macam aku bagitau tadi; dari 30 orang peserta yang sempat aku tengok, hanya sorang je yang bagi aku cukup lawak. Yang lain tu langsung! Yang macam strory telling ada, yang mengarut pon ada dan yang ntahapehapentah pon ada. Mamat yang dapat YES tu pon dah 5 kali datang audition, kali ke-5 datang baru ada rezeki. Hmmm... And yang dapat menyelamatkan keadaan tak lain tak bukan dari pengacara sendiri. Selamat...

Aku ni... nak kata minat sangat ngan program Raja Lawak ni; tak la tapi layan je kalo terbukak saluran Astro Prima. And mostly the contestant dari program ni takde la lawak sangat. Kalo yang lawak pon hanya 2-3 orang dan yang pasti, Johan ngan Zizan still the best; kumpulan Sepah dan... sape lagi?? Eheh, lupa plak yang lain. See, dah ramai sangat sampaikan yang the rest tu tak kenal sebab lawak tak melekat kat otak.


p/s: Hari ni takde ape yang nak di p/s kan. Nak kena baca buku untuk exam minggu ni ;(

Wednesday, November 3, 2010

EAT. PRAY. ♥. SLEEP.


HOyehhhh!!! Another book on the shelf!

Been meaning to buy this a looonggg time ago tapi tak jumpa. Best-selling macam pisang panas kan... So, last Sunday pi hangout kat Popular Bookstore ngan adik, jumpa pon haaaa...

Tapi, tak sempat baca lagi. Now, tengah buat marathon novel2 by Meg Cabot dulu, after that baru tadah mata untuk novel ni pulak. Movie tak sempat nak pi tengok, dapat baca buku pon dah ok. Baca review dari kawan2, dorang kata buku better than the movie. But, perlu dimengerti, movie hanya sekadar kependekan buku. Kalo nak buat setiap satu scene based on the novel, mau berjela panjang movie.


p/s: Heh, kadang2 semput jugak nak ngabeskan baca sebab keje2 di rumah ni banyak.

Thursday, August 26, 2010

mind boggling therapy!

Semalam hubby ada jamuan berbuka puasa kat tempat kerja dia. Staf sahaja. Aku ni orang luar, takde la join sebab x dijemput kan... jadinya permintaan aku kat si hubby, nak berbuka kat rumah Ibu sebab majlis dia dari kul 630ptg sampai 1030mlm. Malasnye nak berbuka sorang-sorang, dahtu sorang2 jugak sampai la ke malam. Petang dalam kul 330ptg kami ke Ampang dan dia bersiap ke majlis tu around 530pm.

Arakian sekian kalinya aku berbuka kat umah Ampang. Rindu giler kat umah Ampang ok???? Oh, silap, RINDU GILER kat Ibu, Abah, Ellie kat em, em...kat bilik, kat katil sendiri, kat Mr.Blacky...kat em,em... kat semua benda yang ada kat umah Ampang tuh. Complete set! ;D

Tapi bila dah ada umah sendiri, life sendiri, jarang dapat balik Ampang. Hubby no.1 sekarang ni. Duk kat sini, memandangkan belum keje lagi, so, duk umah je la. Keluar pon bila ada hubby whether merempit atau naik kereta, semua nak dia yang bawak. Ye la, of course la aku tak boleh nak bawak motor kan...yang itu konpem dia yang kena bawak aku :D haha

Selain tu, pi kedai pon dia yang offer diri. Gila malas nak kuar rumah. One thing, nak kuar rumah kena mintak izin dia. Pastu nanti dia swuh bawak kereta dia yang bila aku bawak, dah rasa macam masuk litar Sepang tuh. Sungguh tak minat ok? (Hehe...maaf ye Ayg :) Tapi betul ni, Syg pening kepala bunyi bising sangat tau)

So, semalam masa hubby pi majlis berbuka tu, aku mintak izin nak pi Ampang Point ngan Ellie. Nak ke Popular. One of my favourite plae on earth. Yipee! Akhirnya!

Sebenarnya takde benda nak beli pon, nothing on my list. Tapi... alkisahnya, I love bookstores. Any bookstores. Bila aku masuk kedai buku (tolak kedai buku sekolah je), rasa semua stress hilang, semua masalah terbang. Not that I have any of those, cuma dah lama sangat rasanya tak menjejakkan kaki ke kedai buku ni. Even before kahwin haritu lagi sebab tak sempat.

Malam tadi pegi Popular tu tujuan nak jalan-jalan je, bawak Ellie sebab aku tau memang aku sorang je suka layan Ellie ke situ. Ni bila aku dah kahwin, tang satu aktiviti tu yang dia mesti rindu nak buat. And bukan dia je, even aku pun rindu nak melayan adik aku yang sorang tu.

At last, kitorang lepak kat Popular nak dekat 45 minit. Tak boleh lama-lama sebab parking kat dalam AP rm2.50 untuk sejam. Kejarkan masa rm2.50 tu jugak la selain dari balik sebelum hubby balik dari majlis dia. Heee ;))

In the end, dari takde benda nak beli, beli jugakla novel sebuah, adik aku pon sebuah jugak :)

p/s: Takde motif pon membebel hari ni. hehe ;) Cuma taknak update ape2 pasal W-day aku hari tu...

Friday, April 16, 2010

ME time!

Yes, FINALLY!!!

Hari ni dapat pon ME time. Kalo dah nama ME time tu, sudah pastilah masa aku untuk berseorangan. Yippeeee~~

Aku ni bukannya jenis suka menyendiri macam sesetengah orang. Life aku memang sentiasa dikelilingi orang yang aku sayang; dan aku suka keadaan tu. Family, buah hati, kawan-kawan; semua lah. But lately ni, aku rindukan masa berseorangan aku; aku rindukan keadaan tu. Untuk beberapa jam pon jadi la. Salu dulu-dulu aku ada masa macam ni. Tengok wayang and buat movie marathon sensorang, window shopping sorang-sorang... Bukan takde kawan ke ape, tapi nak lepas tension. Sekarang ni aku kekurangan masa menyendiri aku tuh. Bukan kekurangan tapi TAKDE. hehe ;P

Lagi-lagi ngan abah dah pencen ni, everywhere pon aku ikut abah. Kan takde masa untuk menyendiri tuh. Tolak abah masuk toilet je aku tak ikut. Hahaha ;D Jadi escort abah. Pi bank, pi KWSP, pi ikut abah jadi mandur tengok umah baru yang direnovate, escort Ibu pi pasar, pi shopping ngan Ibu dan abah and all... Bukan salah dorang pon swuh aku ikut sebab aku yang memang suka mengendeng, mengekorrrr je dorang. Tapi bila dah salu sangat mengekor, la ni aku sendiri yang dah takde masa untuk diri sendiri.

--> Nak kuar je, teringat kain baju dalam mesen basuh tak sidai lagi; kalo nak kuar je, terpikir yang aku tak tolong Ibu masak plak untuk hari tu; nak kuar je, terpikir plak sian kat abah kena amek Ellie kat sekolah; nak kuar je, teringat kain baju nanti Ibu plak yang lipat.

So, got the point?? Aku kalo boleh tak nak susahkan Ibu dan Abah, tak bagi dorang buat keje umah sensorang. But I really, really need MY TIME alone. 5 jam pon jadi la.

Boleh ye, Bu?

Ok eh, Bah?



p/s: Yes, akhirnya, dapat pon keluar nak menyendiri untuk 5jam hari ni. Hehe ;)) Terima kasih Ibu, Abah! :))

Monday, April 5, 2010

budak-budak! [part III]

OK, here are the updates for the last part. Gambar je :)
Sorry la gambar tak mengikut susunan. Penat melayan laptop abah ni ;P


Tu Cik Abang aku. Suka betul dia ngan penguin tuh!

Ni Ungka Tangan Putih. Cik Abang gelak sakan tengok ungka ni berjalan. Siap diajuk-ajuk lagi cara jalan ungka tu. See what have I told u guys before? Siyesly dia memang macam budak-budak! ;)

Ni kat bahagian kanak-kanak. Ada anak kawan aku kat sini - Rusa - Pernah dengar lagu zaman kanak-kanak 'anak rusa Nanie baru kembang ekor...' hehe ;) Tapi tak amek gambar plak. Cuma amek gambar ngan pony sudaaa...

Ni pon kat area kanak-kanak. Belakang tu kurungan Ungka Tangan Putih kalo tak silap. Masa ni Cik Abang aku tak pasan lagi ungka tuh.

Hmmm... poyo je gambar ni ;P

Nampak unta tak? Unta kat sini tak tahan panas. Ape daaa~

Ngan segala burung. Ntah burung ape ntah...kehkehkeh ;D

Gajah!

p/s: Banyak gambar kami berdua je. The pictures are soooo not going inside here la of course ;P

budak-budak! [part II]

Ok, semalam aku pi wat lawatan sambil belajar ngan buah hati aku kat ZOO NEGARA!!


Hehe... plan awal sebenarnya nak jalan-jalan kat Bukit Belacan je (a.k.a Taman Rimba Ampang) tapi buah hati aku tak mau. Tukar semula plan nak ke Sungai Congkak pon batal jugak. Aku rasa dua venue tu ok je dari plan buah hati aku nak pi Muzium Negara tengok pameran keranda. Apekah??? Aku dok risau kata kat dia, 'tak risau ke kena badi mayat kalo tengok keranda tuh?'


Gila kan otak buah hati aku ni? Sekali dia keluarkan idea, mak aiii... macam dah takde idea lain je ;P


Pas sarapan ngan buah hati kat Datuk Keramat tu, kami pon ke Zoo. Masuk dari kul 11pg sampai kul 4ptg kat dalam Zoo. Macam-macam bau ada. Hamis bau kencing primate, busuk bau najis binatang la... nasib baik la hidung aku ni agak imun ngan bau-bauan yang menusuk kalbu tuh sebab aku pnah praktikal kat Zoo Melaka selama 2 bulan masa tahun 2007. Kalo tak, boleh muntah tau bau macam tu selama 4jam kat dalam Zoo.


Semalam melayankan si buah hati, keluarlah segala childish behaviour kitorang berdua. Melayankan dia, penat tau ke sana ke mari. Kalo suruh aku ke Zoo Melaka, aku pon dah naik hafal jalan kat dalam Zoo tu. Nak swuh aku tunjuk jalan shortcut pon boleh. Tapi ini Zoo Negara beb, besar dan luas. Rasa macam dah habis ronda, tapi Cik Abang aku ingat la plak yang kitorang takde lagi lalu route yang lain tu. Hish... penat tau. Bergambar pon sakan... hehe ;D

p/s: Gambar nanti ye...laptop abah ni poyos la... dah boleh copy tapi takleh paste. hmmm...

Sunday, April 4, 2010

budak-budak!

Hari ni seharian aku pi riadah ngan buah hati aku.

Nak tau kami pi riadah kat mana?



ZOO NEGARA!!!

Hehe :D

Gila macam budak-budak, kan??

p/s: Well, kami mengaku, memang cara kami berdua ni spend time tak macam couple lain. Kami cari outdoor activities :)) Tapi sekadar jalan-jalan je... Update nanti ye. penat!

Monday, March 29, 2010

aktiviti kat rumah


Okeh girls... dua baju kurung kat atas ni hasil kerja tangan aku tau! Hehe ;D Aku jahit sendiri. Bangga sat. Memandangkan aku tak de rezeki bekerja lagi, jadinya Ibu aku menurunkan ilmu-ilmu menjahit nih. Mungkin bagi orang lain tengok cam senang... cuba buat?! Baru korang tau senang ke tak senang. Semuanya bergantung kepada seni. Nak potong je Ibu belum ajar aku. Kalo menjahit baju tuh, aku dah ok. First baju aku yang warna biru belah kanan tu. Aku jahit awal tahun ritu. And yang belah kiri warna pink tu kain sutera Thai baru siap minggu lepas. Aku dapat siapkan dalam masa 2 hari setengah sebabnya aku dah dok umah bukan goyang kaki je. Baru syok buat dah nak kena keluar amek Ellie kat sekolah kebangsaan; tengah syok nak buat, kena sidai kain la plak; tengah syok buat benang habis la plak... Ada-ada sajeeee~ Ni sekarang tengah gian nak menjahit. Seronok tau. Pasni boleh jahit sendiri takyah mintak tolong Ibu lagi. Dah kawen nanti, boleh jahitkan baju Melayu untuk suami sendiri... Hmm... mesti best kan? (hoh, berangan sudahhh~)
p/s: Nak beli kain lagi nak buat baju kurung sendiri...lalalalala~

bloggers + b2b gath

Sabtu lepas (270310) aku ngan my dearest BFF Liyanaroxx and aTiQue join 'Bloggers and Bride2Be Gathering' anjuran sorang blogger ni ngan kawan-kawan dia (Diahlicious.blogspot) kat Daisy Hall, The Zon All Suites Residences, KL.

Tapi kitorang tak hangout lama kat gathering tu. Hehe... kepala otak masing-masing fikir nak masuk KLCC. Ana nak cari handbag katanya. Kuar je dari The Zon, kitorang singgah sat kat kat parking lot KLCC berdepan ngan The Zon tuh. Ada pameran F1 kat situ. Sempat gak bergambar ngan kete-kete eksotik yang ada.

Petang tu, siyes weh, panas berdeting kat area KL. Nak sampaikan kat KLCC dari parking lot pameran F1 tu rasa punyala jauh, siap berpeluh ketiak nih. Hhahahaha ;D Bila sampai kat satu pokok Ara yang besar kat Taman KLCC tu, kitorang benti sat. Tetibe Ana buat permintaan -- jom amek gambar lompat-lompat -- Tak pernah merasa amek gambar lompat rupenye Cik sorang nih. Melayankan Ana punya pasal, lompat jugaklah. Tapi aku nak lompat lebih-lebih, bahaya sket sebab baju blouse aku agak pendek gak la. Nasib baik dalam 5-6 keping gambar lompat aku tu takde gambar yang tersingkap badan. Fuhh~ Syok jugak bila bergambar camtu, bantai gelak setiap kali dah snap gambar. Konpem aksi macam ni akan masuk dalam album pre-wed aku.

Owh, aku memang ada plan nak shoot pre-wed photo. Tengokla around a month or 3 weeks before my big day; nak tunggu YesO balik Malaysia dulu. Tapi bukan ngan Cik Abang; tapi ngan kawan-kawan sekolah yang aku dah lama kenal macam Ana, Tiqah, YesO ngan Tj. 10 years worth of gathering. Ngan Tiqah and Ana ni more than 10 years but sekalikan trus...

Last but not least, kitorang lepak kat foodcourt KLCC sebab masing-masing kehausan dan nak makan something. Balik je umah, masing-masing kepenatan...

p/s: Kaki penat weh bila da buat aksi lompatan tuh. Fuh, lenguh btul! But, it was fun!

Monday, March 22, 2010

aktiviti famili

Dari minggu lepas Ibu ajak pegi IKEA nak survey barang sebelum pindah umah baru nanti. Tapi sebab minggu lepas aku agak busy kesana kemari, last-last bawak Ibu pi semalam. Bukan setakat pi ngan Ibu je, Abah ngan Ellie pon ikut.

IKEA tu kan besar; korang boleh bayang tak aku bawak parents aku berjalan kat dalam tu. Hehe ;P Nak sangat pi, semput Abah ngan Ibu berjalan kat tempat yang luas macam tu.

Tak beli ape pon sebenarnya; hanya nak survey barang-barang. Barang pon bukan nak beli banyak setakat cermin yang comel-comel, barang untuk dapur and maybe ngan meja makan. Yang lain dah ada dan tak perlu nak membazir beli yang lain; umah baru, barang-barang baru... amboiii, banyak duit?? Hee~

Pening kepala Ibu bila dia dok pikir anak dia ni yang jenis suka kuar ngan kawan-kawan, kuar tengahari balik lewat petang atau kuar pagi balik lewat petang. Katanya dia baru berjalan tak sampai 2jam pon dah keletihan, penat berjalan. Hehe ;) Ntah, aku suka berjalan. Sebab aku dah biasa berjalan lama kot, tu yang tak kesah je. Janji masa tu aku selesa (dari segi berpakaian dan kasut) then aku boleh berjalan the whole day!

p/s: Ibu kata nanti masa datang IKEA lagi untuk beli barang tu, dia swuh trus pi bahagian gudang. Punyalah surrender nak berjalan jauh...

Monday, March 15, 2010

over the rainbow~

Kat PWTC ada Pameran Pengantin dari 13 hingga 15 Mac.

Memandangkan weekend Ibu nak balik kampung, jadinya aku bawak Ibu ngan Ellie pi pameran tu. Ye lah, aku nak melibatkan parents aku dalam persiapan hari bahagia aku, lagi-lagi Ibu aku. WAJIB! What matters more is whether my mom likes it or not. Kalo dia tak berkenan ngan idea aku, aku cuba jugak dengar pendapat dia. Pastu nanti aku try la tukar sana sikit, sini sikit sampai dia puas hati; dan janji aku pon puas hati.

Janji kena pandai amek hati Ibu. Weehee~ ;D

Pi PWTC Jumaat ritu naik LRT je sebab aku kureng sket jalan-jalan area PWTC tu. And biasalah kalo Jumaat mesti Jalan KL jammed kan. Jalan kat pameran tak sampai 2 jam pon, sampai umah je Ibu kata dia penat. Hehe ;D Sumpah mesti Ibu dah takmau ikut aku jalan-jalan ngan aku pasni, lagi-lagi melibatkan naik kenderaan awam. 'Sabar ye, Bu~'

Sabtu plak aku pi pameran ngan Liyanaroxx. Tengahari kami pi wedding kawan sekolah rendah, Aida Zamri kat Kampung Melayu Ampang. Memandangkan kami nak ke pameran lepas majlis tu, selamba je aku ngan Ana pakai blouse and jeans. Hahaa ;D Jangan diikutkan perangai kami ni tau ;P Sebabnya aku malas nak redah pameran yang ramai-ramai orang ni dengan baju kurung, rasa macam berserabut. Mesti berpeluh lagi sebabnya nak naik LRT jugak tuh. Tqah plak join kami pi wedding Aida tapi pegi pameran ngan mak dia. Jumpa kat sana je.

Aku kuar umah dari kul 1230tghari, sampai umah dah kul 930mlm. Heheh ;) 630ptg kami sampai kat LRT Cempaka, terus ke Wangsa Walk. Ana belanja makan Ayam Penyet untuk belated birthday aku. Weeeheeee~~ 'TQ Ana! ;)'

Pastu round-round kat mall tu and baru balik. Hmmm... Balik je siap sambung mesej ngan Cik Abang, mandi pon dah lewat malam, siapn sambung YM ngan Tqah and Ana. Ish, ishh... ye arr, salu hangout bertiga, kali ni bertiga pon masa majlis tu pun kejap je. And the rest of the day hangout ngan Ana je. Tak puas. Tak cukup korum.

Tapi, tak cukup korum pon, penat gelak tau tak ngan Ana ni. Asyik kena 'bahan' je pasal aku nak kawen nih. Hishhh! Hahahaha ;D Dari jumpa sampai la hantar Ana balik tu, asyik la kenakan aku. Adeh~~ Penat gelak tau! ;P

p/s: 'Abang body kental-kental'... phrase of the day! You guys made my day! TQ dearest! :D

Friday, February 26, 2010

Semalam...

Yeayy... selepas seminggu tak jumpa buah hati... tadaaaaa...

Semalam lepas pon rindu! Dok kat tepi tasik sambil disimbahi tempias air pancut kat tengah tasik... Uhhh... romantik habis! (romantik ke??) Angin plak best btul petang semalam, tu yang sampai kena tempias air pancut tuh. Habis basah cermin mata aku. Hihi :)

Pastu pi makan malam kat kedai biasa kitorang salu makan kat Kg. Baru tuh. Mak aiii, pedasssss sungguh sambal belacan kedai tuh! Dahtu pi order makanan pon mintak pedas. Dah double trouble pedas! Pasni nak makan situ aku kena kunci mulut dari sebut 'pedas' lah. Naya aku makan tak hadam sebab tak kunyah nasi pon, adalah dalam 2-3 kali je pastu terus telan sebab tak rasa lidah. Hahaha ;P Tak terikut dah cara Nabi S.A.W kunyah 44 kali. Mungkin zaman dulu-dulu takde sambal belacan la kot... Hihi :)

p/s: Syukur dah dapat buah hati aku semula :)) Missed him much!

Thursday, February 11, 2010

colours [part II]

Tadi aku baca entry [Ana] pasal hangout kat Jalan TAR dua minggu lepas.

Banyak Ana sentuh pasal kain kat Gulati's. Masa jalan-jalan tu, aku ngan aTiQue sekaligus survey harga kain and jenis kain yang kami nak beli untuk majlis kecil-kecilan tu. Oppsss... terbocor sedikit rahsia. hahaa ;D

Baru aku perasan tau, kitorang bertiga ni mempunyai satu taste warna yang sama. Ana suka turqoise, pink. Aku memang suka turqoise dari dulu, purple and pink. Tqah pon sama (betulkan Tqah?).

Ada satu kain kat area pakej rm680 kat Gulati's tu, aku MINAT sangat ngan warna turqoise tuh. But since aku nak memudahkan urusan-alas-dulang, jadinya aku pilih warna pink. Then kakak Gulati's tu tunjuk satu warna purple, Tqah berkenan sangat, and guessed what, me too! hahaha ;D Gila tamak! Tapi atas alasan yang sama, jadinya aku tetap pilih pink.

Bila turun tingkat bawah and kat area pakej rm500 tu, sekali dorang susun warna turqoise lawa btul lah! kalo tak percaya tgk kat page Ana. Ahhh... warna owh warna! Kalo ada duit banyak, konpem aku beli walaupun tak tau beli untuk tujuan ape.

p/s: There you go, the turqoise, pink and purple life of me~ haha ;D

Thursday, February 4, 2010

seharian bersama...

...buah hati pengarang jantung! :))

Isnin lepas kan hari wilayah, jadinya seharian keluar ngan buah hati aku.

Niat nak pi beli kain kat Gulati's Jalan TAR tempat aku survey kain ngan aTiQue and Liyanaroxx hari Sabtunya tuh. But end up beli kain satin putih je, inner untuk kain lace majlis besar nanti. Nak cari untuk kain majlis kecil-kecil, dapat untuk kain majlis besar nanti. Well, jauh kan perginya tuh?

Nak pergi je mood aku tak berapa nak best sebab ibu komen pasal kain yang aku booked tu mahal sangat. Ok, nasib baik la Cik Abang aku ni pandai amek hati aku. Tak reti nak moody lama-lama tau :) Tu yang end up beli benda lain tuh. Seharian ngan dia round-round kat Jalan TAR tu, Cik Abang cari baju untuk famili dia. Tapi, keyword untuk hari itu ialah S.U.R.V.E.Y sahaja ok?? Haishhh... tak habis Cik Abang perli aku pasal survey tuh. Heeee~ 'Cuk tarik hidung yang dah sedia macung tu karang~~'

Tapi satu perkara yang dah jelas, nyata dan terang pasal Cik Abang aku ni, dia sangat cerewet ok? Lagi cerewet dari aku yang cerewet ni. Tapi, bagus jugaklah tahu dari sekarang kan, at least bermula dari sekarang ni boleh belajar untuk berkompromi ngan dia dan dia berkompromi ngan aku. Hehe... 'Iye sayang, sayang ni, MasyaAllah cerewetnyer mengalahkan cuk ni tau...'

'...takpe Sayang, Cuk tak mintak Sayang berubah ape pon, sebab dari mula dulu Cuk sayangkan Sayang sebab Sayang sendiri...'

Petang tu lepas je makan, baru dia hantar aku balik. Itu pon dah kul 5ptg baru sampai rumah. Alhamdulillah Ibu ni makin sporting. Dan percaya atau tidak, Ibu lagi salu bising kalo aku kuar hangout lama ngan Tqah and Ana berbanding aku kuar ngan Cik Abang. Ok, what is wrong with this picture? hehe :P

p/s: Tqah kata sebab bila aku kuar ngan dia, masing-masing perempuan. Bila aku kuar ngan Cik Abang (of courselah dia lelaki kan) secure sikit. Lagipun kalo kami kuar makan malam naik kereta asing-asing pon, balik tu dia akan follow belakang kereta aku hantar sampai depan rumah. Hmm... relevan jugak alasan Tqah tu.