Showing posts with label baby-bum. Show all posts
Showing posts with label baby-bum. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

38w 4d check up

Isnin lepas check up ANC biasa kat KK Au2. Biasalah, selagi belum bersalin, selagi tu kena datang sini (owh, selain sebab BP kan, kan...)

Alhamdulillah, BP ok 120/80. Berat toksah cakap, asyik naik je...padahal makannya takde banyak nau pon. Tapi bila scan, setelah 3 minggu last scan berat baby hanya naik 0.3 kg saje, konpem ni mummy dia yang naik berat. Cehh~ Bak kata encik hubby, semua yang ada atas meja aku makan. haha ;D (Pasni banyak benda la mengidam sebab time pantang, jadinya, bantai saje ape yang ada depan mata, alasannn...)

Jumpa Doc pagi tu. Nothing much. Tapi masa Doc scan heartbeat baby, Doc kata 'anak you ni main henpon ke kat dalam?' sambil gelak2... Maybe sebab heartbeat laju kot? Or sebab baby tak selesa perut aku masuk angin pagi tu. Tak bleh nak kentut (opppsss...sorry hehe). Aku nak jalan pon rasa sakit sangat kat area perut eh, area bawah baby dekat2 ngan...em, area ape tu ye? Senang citer, bila baby bergerak, macam menolak2 area yang masuk angin tu. Encik hubby kata maybe dari ape yang aku makan the day before. Ye ar, the day before ikut parents aku pi 2 kenduri kawen. Tapi lauk biasa2 je takde yang ada dalam list not-to-eat aku. Contoh makanan yang angen kan badan aku macam nangka or pulut.

And it takes more than 1 hour untuk menghangenkan aku.. So, it's not about wedding's food la kot. Sebab selalunya kalo aku makan benda yang berangen ni, konpem tak sampai sejam perut aku memang akan terus berangen. Even nak burp pon tak bleh.

Eh, enuf, enuf citer pasal angen plak.

Pendek citer, check up lepas ok je. Tapi sebab review Doc dari Hosp. Ampang pon masih swuh buat biweekly Bp monitoring, so, still kena buat jugak 2nd monitoring this coming Friday morning kul 9pg. And if still undelivered, 25hb pagi kul 9pg ada ANC lagi sekali kat KK AU2.


p/s: Doc kata baby memang dah masuk laluan, and she sounded so confident that I'll be delivering soon, tak payah tunggu 27hb untuk induce. Owh, hopefully Doc, hopefully...

Thursday, June 23, 2011

35 weeks :)

Alhamdulillah...kejap je dah masuk 35 minggu kan? Pejam celik, pejam celik pastu terus sampai ke sudah celikkkk je takmau pejam2...

Hari ni dah nak masuk hari ke-4 berpuasa :)

Alhamdulillah, takde komplikasi sejak dari hari pertama ganti puasa. Aku ganti berderet ni dari hari Isnin minggu ni sampaila hari ni. Dan dari Isnin sampai hari ni jugakla aku tak duk diam je kat umah. Dari Isnin jugakla aku asyik kuar berjalan shopping untuk diri sendiri dan untuk baby. Shopping untuk diri sendiri sebab nak lengkapkan barang nak letak dalam grab bag mummy. Untuk baby plak, sesaje je tambah padahal dah ada semua pon :D Hehe.. tangan je menggatal.

Alhamdulillah jugakla walaupun kehulu kehilir, tapi aku tak la penat sebab puasa. I am more tired sebab aku preggy. Ye ar, nak berjalan pon amek masa sekarang ni. Dah berat la katakan...Kalo dulu, even encik hubby pon kata aku jalan laju time berdating ;P Ntah nak kejar ape ntah kan...

Owh, ye... malam tadi aku siap mimpi, Doktor kata baby aku songsang!

Ya Allah... risau giler ok sampaikan aku decide nak pi scan baby kat klinik. Nope, bukan kat KK Au2 tu. Last aku scan baby masa 7 bulan ritu la. Scan 2D kat KK ngan scan 4D kat klinik swasta. After that, sampai la check up 34th weeks yang lepas kat KK takde scan dah. Memang la nurse dok check perut, godek2 kata baby dah dikedudukan Cephalic (means, head down towards birth canal), tapi aku dok teringat citer SIL aku yang check up kat KK sampai 7 bulan takde langsung scan by doctor, nurse je check perut kata kedudukan baby dah normal untuk delivery. Bila urut, tukang urut tu kata baby songsang mengadap kebelakang. Pi scan 4D, the sonographer confirmed it.

That's why la, aku pi jugak scan hari ni. Just to make sure my baby tak songsang.

Sambil2 scan, Dr. tu bagitau yang baby aku dah 2.6kg. I asked her samada tu berat sangat ke untuk baby yang dah 35minggu. She said, berat tu dah ok. Weyh, mana taknye... mummy nye dah naik sampai 15kg, kalo berat baby still sekilo lebih jenuh aku mkn sebelum2 ni bukan untuk baby tp untuk diri sendiri je kan..hehe...

Ada aku terbaca2 yang time pregnant tak bleh minum ais sebab takut anak besar? Apekah itu realitinye? Yang aku tau, perempuan secara amnya memang tak elok sangat minum sejuk2 ni sebab nanti dah tua banyak sakitnya. Tapi untuk perempuan mengandung, tak tau ape relevannya antara ais dan berat baby. Aku time2 puasa ganti ni teringat time puasa Ramadhan...perghh..dapat minum ais, best giler ok... So, for the past few days ni memang berbuka minum air sejuk. Ni sebab encik hubby takde depan mata. Cuba kalo dia ade? Konpem la dia bagi TENGOK JE AIS tu. Nak minum? Konpem dia akan pujuk sampai cakap, 'Syg isteri yang baik, kan? Mendengar kata suami kan?' Adeh...kalo dah sampai dia cakap macam tu, surrender awal2...lemah kepala lutut den..hehe


p/s: And Alhamdulillah, my baby dah memang dikedudukan Ceph :D And moga2 aku dapat bersalin normal dan diermudahkan semuanya :) Amin~~

Monday, June 20, 2011

Grab bag baby + mummy

Pagi2 tadi lepas sahur nak tunggu azan Subuh teringat nak update sket barang2 untuk letak dalam grab bag ke hospital.

List aku macam tak cukup je lagi bila baca blog Kak Qiesh yang ni.


Hari tu redah je aku letak sume campur barang baby ngan barang2 aku. And then, rasa cam berserabut je. Tu yang pagi tadi jadikan dua beg, one for me and another one for my baby.

Setakat ni, ni la antara benda yang ada dalam grab bag baby + aku:




Grab bag baby:





  1. Baju lengan panjang + seluar panjang - 4 set (front openings) *nurse tak bagi bawakkan rompers, lagi2 yang untuk 1st pakaian after delivery*


  2. mittens and booties - 3 set


  3. receiving blankets - 1 helai je


  4. towel - 1 helai jugak


  5. sapu tangan - 2 helai


  6. newborn diapers - 6 helai *ni aku bawak semua yang dapat free dari Diapers, PetPet, Pureen..ade gak guna*


  7. barut baby - 3 helai


  8. minyak telon


  9. diaper rash cream (perlu ke??)



  • toilettries ngan baby wipes tu belum masukkan lagi plak...






Grab bag for mummy (setakat ni):




  1. Tshirt2 besar - 2 helai


  2. Kain batik - 1 helai *ya, ya I know, tak cukup ni... kena beli lagi sebab aku sendiri tak pernah ade kain batik! tak semenggah kan? haha*


  3. Nursing pad - 2 set


  4. Maternity pad - 1 pek terus...


  5. Beg plastik - 2


  6. Sweater - 1 helai


  7. Towel - 1 helai


  8. Stokin - 2 pasang



  • Banyak lagi yang tak complete macam buku merah (kena tunggu check up 36 minggu ni untuk dapatkan buku merah pendua dari KK), bra + panties, slipper, tudung (1 tu konpem yang memang aku pakai selalu, yang len tunggu encik hubby bawak dari Johor), toilettries, body care, air selusuh/ air zam-zam, makanan + minuman, buku doa2 amalan.






p/s: Bila tengok2 list ni, rasanya grab bag mummy yang lebih besar kan? Hmm... ni yang malas nak prepare nih :( Owh ye, kalo tengok entry ni wordings ngan segala susunan mak datoknye berterabur, please blame my dad's computer. Mine kat encik hubby di Johor. This lappy macam hampeh problem je...

Friday, June 17, 2011

Check up 34th weeks

Alhamdulillah, lega dah lepas pon minum air gula buat sekian kalinya. Ye, kali ke-3 ok.

Ade ke orang kena minum air gula sampai 3 kali? Salu baca2, palling2 pon 2 kali pastu kalo saspek diabetes lagi, trus buat BSP. Oh, never mind. Yang penting, sudah lulus! Dengan jayanya! Yippee!! ;D

Semalam, check up 34th weeks disekalikan ngan MGTT yang ke-3. Alhamdulillah, everything went well despite the 'naik angin pasal nurse tu tak tulis nama aku kat dalam buku appointment MGTT, 2 days earlier'.. Haha ;D Takpe2, tu angin lalu je. The next day after kes booking mcm tak booking tu, Ibu ajak teman dia ke k4 Wangsa Maju; alang2 dah ke area situ, singgah lagi sekali kat KK Au2, nak tanya pasal app MGTT tu. Alhamdulillah, aku pi petang, da tak ramai orang dan bukan nurse yang sama attend aku pagi Isnin tu. Sebab nurse yang attend aku pagi Isnin tu tak bagi pon tarikh untuk check up antenatal (sebab dah masuk 8 bulan, kan kena check up 2 kali sebulan). Nurse yang attend aku petang Selasa tu trus tulis nama aku dalam buku app. MGTT and letak sekali nama dalam buku app. antenatal. Alhamdulillah :)

So, semalam, datang pagi2... memula check bacaan gula dalam darah --> minum air gula --> urine test, check BP + timbang berat --> jumpa nurse, check heartbeat baby -->amek darah untuk check hb + bacaan gula after minum air gula tu.


Bacaan before test = 4.4

Bacaan after 2 hours = 5.3 (makin turun dari dua test sebelum ni, alhamdulillah, lega sangat despite the weight gain craziness tuh)


BP = 120/70 (lega sangat!)

urine test = - (means that urine ok, takde tanda2 kencing kotor or ada protein traces dalam urine)

Berat = naik 1kg je after 2 weeks :))

Hb = 11.6

Heartbeat baby = 151/ minute (baby nyer heartbeat laju sket dari orang dewasa. Range dalam 120 - 160 perminit)



p/s: That's all for yesterday's check up :)

Friday, June 10, 2011

update mak buyung :P

Heyp, heyp~~

Assalamualaikum semua :)

Ya Allah, sorrylah lama bebenor nak amek masa update blog ni. Nak masuk 2 minggu bulan Jun ni baru hari ni ada masa nak update tau. Almaklumlah kat Johor tu problem ngan line internet. Suka2 hati je line nak ok ke tak. Hangin satu badan. Time2 line ok, time aku nak masak la, time nak sidai baju la... Karang bila syok line ok, tak reti nak benti plak. Sedar2 la diri Puan Nanie oiii ;P

By the way, ni dah nak masuk seminggu aku kat umah Ibu di KL. Last week masa awal2 cuti sekolah, Ibu Abah ngan adik aku tu turun Tjg Pengelih nak jenguk2 aku. Aku nak dorang lepak kat kuarters je sebab ye lah, dah datang jauh2, takkan dorang nak duduk kat hotel ye tak? Tujuan datang nak jenguk anak dorang yang membuyung ni, tapi duk hotel, aku pon tak seronok pikir dorang datang jauh2 duk kat hotel. Ape daaa aku ngarut ni. Hah, paham2 je la ye? hehe :)

Ibu datang 3 hari. Hari nak balik tu, sedih nye Allah je tau :(( Sangat2... aku tak hantar Ibu ke gate pangkalan pon, encik hubby je yang hantar. Bukan pe, silap2 karang berjurai air mata kalo hantar sampai gate. Memandangkan umah aku mengadap jalan besar, aku hantar dari jauh je... Bila tengok kereta Abah lalu siap hon, ha kan...menangis tak benti aku tau...Haha ;D Nak kata anak manje, tak jugak, cuma tak biasa duk jauh ngan family. Gedik jugakla... 2 weeks jauh ngan dorang ok lagi, ni bila dorang datang dan nak balik tinggalkan aku, sedih bukan main!

Petang lepas parents aku balik KL, encik hubby duty pangkalan. Esok paginya dia balik rumah, aku da bangun dah. Dia bagitau aku yang masa dia duty kerani pagi buta tu, ada shoot message ke pangkalan dan nama dia naik untuk pegi kursus kat PD on 5th till 10th June ni (hari ni la last day kursus dia kat PD tu). Ngeee... Parents aku datang Johor on 31st May sampai 1 Jun, 4 Jun aku plak turun KL :D Berkat nangis kot? Wahahahaa ;D

Supposedly, 18hb encik hubby nak amek cuti sampai 23hb bawak aku balik KL. On that time dah masuk 34th week. Sedang2 elok la kot nak balik KL sebab nak bersalin sini kan... Tetibe dia plak kena pi kursus kat PD 5 hari, takkan aku nak tinggal kat Johor sensorang kot?? Jadinya aku ikut sekali tapi aku dok umah Ibu la since penginapan ngan makan disediakan untuk orang2 pi kursus tu. Bila plan dah berubah, dia teringat semula yang 18hb - 21hb tu Tengku Mahkota Johor nak turun Tjg Pengelih. Dia sebagai PR konpem2 tak dapat cuti sebab kena jadi fotografer. Nak weekend 25hb dia plak duty pangkalan. Dia nak mintak cuti selalu, risau plak sebab 5hb yang dia start kursus tu patutnya dia duty, tapi dia takde sebab kursus. Nanti asyik takde je, orang2 lama kat pangkalan bising plak sedangkan dia orang baru. Keputusan tak berapa nak akhir before kitorang balik KL 4hb tu, encik hubby kata dia cuba cuti awal Julai (masa tu aku dah masuk 36 minggu = 9 bulan). Memula aku macam... "errr..tak lewat sangat ke nak balik? Kalo sakit nak TERberanak masa atas jalan ondaway balik KL tu, nak singgah hospital mana kan? Dahla perjalanan 6 jam beb!" Tapi ku buat2 tak kisah je sebab masa tu pikir, huhu...ritu dahla kesian encik hubby kena tinggal 2 minggu, la ni takkan nak tinggal lelama jugak kan?

Bila balik je KL, borak2 ngan Ibu, Ibu bising sebab takkan nak balik masa baby dah masuk 9 bulan. Perjalanan jauh, bukannye dekat. Ape2 berlaku atas jalan, kita tak tau. Bila pikir2 balik, memang betul pon... awal2 masa encik hubby bagitau dia tak bleh nak amek cuti 18hb tu and terpaksa lewatkan balik KL pon aku da terpikir macam Ibu pikir tapi aku asyik menafikan je... And then masa baca entry Yun pasal Doktor Zarul tak bagi dia travel jauh2 bila dah masuk 8 bulan ni, aku dah mula tak sedap hati.

Last2 aku buat keputusan nak stay je terus kat KL sampai bersalin. It means, aku terpaksa berjauhan ngan encik hubby lagi sekali, untuk satu jangka masa yang sangat2 lama~~ Bincang punya bincang ngan encik hubby pasal benda yang sama, dia pon terpikir jugak akhirnya... Dia pon dok tanya orang2 senior yang ada pengalaman handle isteri mengandung ni (orang2 senior yang sama2 kursus ngan dia kat PD tu ye kawan2), dorang tak sarankan untuk perjalanan jauh ni. Pasrah la encik hubby terpaksa meninggalkan aku kat KL sampai aku bersalin. Tu baru nak tunggu bersalin. Belum lagi time pantang. Haishhh... lama bebenor weyh~~ Decision aku ni pon belum final lagi. Hari2 pikir benda yang sama. Kalo encik hubby dapat cuti weekend 25hb tu, konpem aku balik Johor ikut dia. Tapi sebab dia pon tak konpem dapat cuti ke tak... tu yang buat aku pon 50-50% sekarang ni :((

Tapi, kalo dia dapat cuti weekend sekalipon on 25th tu, kesian kat encik hubby kena drive jauh lagi sekali, kan?


p/s: Bencinya nak berjauhan ngan encik hubby!! tak suka, tak suka!!!!! :(

Wednesday, May 25, 2011

Braxton Hicks Contractions

Hooo yeahh... Morning y'all! :D

Eh kejap, assalamualaikum~ hikhik :)


Dalam entry Yun yang sama pasal CGB tu, ada gak Yun citer pasal perut mengeras tu kan? Yes, aku pon dah start gak rasa sket2 since last week kalo tak silap. Tapi masa pi RSAT, takde plak aku terpikir nak tanya kat nurse2 yang attend aku sebabnya masa tu appointment aku kat RSAT hanya untuk check BP. And bila bacaan BP pon cam hampeh, lagi la rasa down malas nak pikir ape2. Semalam tetibe mood nak reread semula entry Yun tu and baca semua komen, barula aku tau ape kebendanya perut 'mengeras' tu.

Kebetulan plak, semalam tengahari, nurse kat RSAT tepon aku, dorang nak datang buat lawatan rumah. LAWATAN ke RUMAH ok?? hehe :)) Part yang ni nanti aku citer later ye. Masa nurse2 tu datang, time tu aku tanya dorang pasal perut 'mengeras' ni sebab curious jugak bila baca entry Yun, Dr. Zarul siap nak bagi ubat jangan bagi mengeras tuh.

They said, it is a Braxton Hicks Contraction. Contraction dengan cara perut mengeras tapi bukan disekalikan dengan sakit. Sekadar mengeras for a few seconds pastu hilang trus. Time pregnant nak masuk 8bulan ni memang biasa keadaan ni berlaku. Kata nurse tu lagi, bukan baby yang mengeras tapi rahim kita yang tengah prektis2 mengecut untuk real contraction for labour. Tengah prektis je ok. Tapi, bila dah datang sekali ngan sakit tu, itu yang bahaya sebab kalo baru masuk 8 bulan dah kena macam tu, it means tanda2 awal bersalin. Ye ar, kalo 8 bulan dah sakit2, kan baby tengah tak cukup bulan nak bersalin pon... mintak dijauhkan dari kita2 ni ye. Semoga baby aku + baby m2b yang len cukup term. Amin~~

Sakit yang dimaksudkan tu ialah sakit yang bermula daripada atas rahim (near your chest), turun ke bawah dibawa ke sakit2 bahagian belakang (pinggang) dan seterusnya sakit kat ari-ari. Orang kata macam sakit senggugut.

I've been reading this books by Dr. Miriam Stoppard free by FRISO Mum Gold masa awal2 aku minum FRISO dulu. She said;

"Braxton Hicks contraction is happened when your uterus practises for the strong contractions needed in labour with weak, irregular contractions. Most women feel these during the last few months. If you place your hand on your abdomen, you may feel a hardening and tightening of your uterus which lasts for approximately 25seconds. Unlike real labour contractions, these usually painless, although some women find it uncomfortable. If you do feel any discomfort, sit down quietly until the feeling eases. You may find you get more and stronger Braxton Hicks contractions as real labour approaches. This is your body's way of preparing the cervix to dilate and increasing the circulation of blood to the placenta.

When you feel a run of Braxton Hicks, practice the relaxation techniques you're going to use during labour; the tightening and relaxing of your uterus will give you a good idea of how a contraction feels as is waxes, and then wanes."


Jadinya, kalo rasa mengeras kat perut tu, bukan baby yang mengeras ye kawan2... hehe :) Minded kita memang akan pikir yang baby tu mengeras, but noooo... Itu rahim yang mengecut. Sebab bila rahim mengecut, rahim tu menolak baby keluar (when the real labour is happening).

As in my case plak, nurse tu kata kalo la aku kena Braxton Hicks yang kuat, datang je RSAT, dia akan check urin aku. Sebab my possibility to have darah tinggi kan quite big, so, nurse kata, if kencing kotor pon boleh menyebabkan berlaku pengerasan yang kerap jugak. Same macam kita mengalami keluarnya keputihan yang sampai gatal2 tu. Alhamdulillah, setakat ni urin aku normal, keputihan pon takde.


p/s: Selesai! Jom kita kongsi2 lagi yeahhh~~

Tuesday, May 24, 2011

carta gerak bayi (update sket je)

Owh yee... dari haritu nak citer pasal carta gerak bayi ni tapi asyik lupa. Tadi blogwalking ke blog m2b yun, reread entry dia yang ni tu yang teringat nak buat satu entry pasal CGB.

CGB or carta gerak bayi ni supposedly masa dah masuk 7 bulan/ 28 weeks dah kena tick everyday sampailah kita nak bersalin nanti. Tapi tu kalo kat KK kerajaan la. Kalo di klinik swasta, aku pon tak sure dorang ada swuh buat ke tak benda alah ni.

Alah tak alah pon, nurse cakap penting supaya kita tau anak kita ni sihat ke tak, bagi respon pada kita ke tak. Ye la, sebab kita tak nampak baby kita dalam perut ni. Dari cara dia kicking tu yang buatkan kita alert ngan keadaan dia dalam perut ni.

Kalo baca je dari buku merah tu, jika sampai pukul 5ptg, masih belum cukup 10x gerakan, kita kena rehat dan fokuskan pada gerakan baby kita sampai pukul 7mlm. And IF, sampai pukul 8mlm masih tak cukup jugak, dah kena pi hospital.

Nurse masa kat KK AU2 tu hanya cakap kat aku camtu.

Start kul 9pg setiap hari, dan catitkan masa terakhir bila dah cukup 10x gerakan pada column masa akhir tu macam contoh aku dah buat kat bawah ni:


But....



Bila aku bertukar ke RSAT KDSI ni, cara dorang ada lain sket. Dorang bukan setakat 'tick' je pada buku, tapi dorang siap ada carta. Macam carta kat bawah ni. Tiap2 hari, kita akan tanda waktu terakhir bila baby dah cukup 10x tendangan.

Carta

Info pasal carta tu kat belakang kertas

Carta tu sebenarnya lebih menampakkan pattern gerakan baby kita berbanding sekadar kita 'tick' pada buku merah tu. Dan carta tu memang akan menunjukkan turun naiknya pergerakan baby kita dari hari ke hari.

Masa awal2 aku tanda buku merah tu, ada yang nak cukup 10x kali amek masa sampai 8mlm. Nurse kat RSAT tu bagitau la kalo nak cukup sampai 10x tu, sebenarnya tak elok nak tunggu sampai pukul 8mlm. Selalunya dalam pukul 4ptg, 5 ptg tu dah cukup 10x. Jangan biarkan baby senyap je dalam perut. Kalo senyap tu baby tengah hipo. Jadinya, cuba tepuk2 or goyang2kan perut kita untuk rangsang baby kita untuk bergerak. Or cara paling berkesan nak rangsang baby kita, bagi baby kita dengar bunyi. Ape2 bunyi la. Lagu ke, surah2 quran ke, bunyi hon orang jual aiskrim ke etc. Tapi jangan biarkan je baby tu senyap tak menendang. *Update: Kalo misal kata kul 3ptg dah cukup 10x gerakan, it's good. And after that bolehla pantau je gerakan baby kita sampai kita nak tido tp bukan kira gerakan ye :) pantau je... jgn lepas dah cukup 10x terus buat tak kesah pasal baby bagi respon ke tak*

Nurse kat KK AU2 bagitau lagi, gerakan tu hanya kira gerakan yang kuat macam tendangan. Kalo setakat dia bergerak, stretching sana sini tu tak kira. And misal kata baby kita menendang continuously dalam satu tempoh (contoh macam dia menendang continuously 3x dup,dup,dup dalam masa 2 saat, tu di kira 1x gerakan, bukan 3x gerakan). Kalo baby tendang lagi selang beberapa minit, tu dikira tendangan ke-2 plak camtu.

Sekarang ni kalo dah nak masuk kul 2ptg tapi baby aku tak cukup lagi tendangan sampai 10x, konpem aku tepuk2 sket perut aku. Uihhh, jangan tepuk perut sampai tak hengat dunia ok? Sekadar kita nak kejutkan baby tu, nak merangsang dia je. Tepuk ala kadar.


p/s: Just nak share2 kat sini :)

Saturday, May 7, 2011

7th months check up

Khamis lepas checkup untuk 7 bulan. Masih di KK Au2, Keramat. That should be the last check up before aku pindah Johor (Eleh, maybe masa dah bulan ke 8 1/2 nanti aku akan ke situ semula since niat di hati nak bersalin kat KL).. Takpe2, last check up di situ untuk kali ni... InsyaAllah jumpa lagi ngan misi2 kat situ nanti :)

Owh, check up yang baru2 ni encik hubby kan takde. Di ganti oleh kak Aina. Boleh bayang tak ape yang jadi time check up kali ni bila encik hubby tak menemani?? Teka la, tekaaaaaa...


Masih belum ada jawapan?


BP aku naik lagi!!!!!


Owh, shoot!!


Check up 5th months yang naik sampai 130/80 tu kan dah ok reviewnyer masa minggu ke-4 + check up 6th months. This time naik balik! Haishhhh... ke sebab penat sebab before pi KK, aku siap ronda k4 ngan Tesco car barang yang nak dibawak ke Johor? Ye la, check up kali ni pukul 2ptg, jadinya tade ape nak buat pagi2 tu, ronda2 dulu pastu trus singgah KK. Hmmm...maybe, maybe not?

Kali ni BP aku naik 140/70. Atau jugak sebab berat aku naik 4.5kg! Kan kita timbang dulu baru check BP. So, mungkin sebab aku terkejut tengok scale naik mencanak sampai 4.5kg sekaligus. Hai la weyh... aku makan tak banyak tau masa preggy 6 bulan ritu. Sebab kan aku tak sihat, takde selera and aku makan berat pon waktu petang je. Nasi. Time2 lain, makan roti telur masa breakfast and kalo lapar aku snack kan biskut wholemeal. Jadinya, tang mana yang tambah berat aku melampau2 tu? Ini tak adil! ;P

Before jumpa Dr, kena amek darah dulu + hantar ke lab. Aku tengok2, White Blood Count (WBC) aku masih tinggi macam last check up tu. Risau la... nape WBC aku tinggi ye? Aku rasa sebab aku pon tak sihat2 lagi dari selesema ngan batuk. So, kemungkinan besar pasal tu (pandai la aku, 2 kali pi klinik before this, dapat antibiotik, tak reti nak habiskan. Pada muka!).

Bila jumpa Dr, aku pon dah risau sebab tak mau kena bebel. Jumpa Dr kali ni memang sebab nak scan baby. So, ada 4 benda la kena review ngan dia. 1st review scan, 2nd review BP, 3rd review berat and 4th review WBC tu.


Bila aku masuk je bilik Dr -->

Dr: Ok, boleh baring ye.

Aku: (terus pi baring kat katil yang ada)

Dr: Baby sihat ye? Tendang2 tak?

Aku: Baby ok, selalu je tendang.

Dr: Ni WBC awak tinggi ni. Darah awak ni ada kuman. Awak kencing lawas tak?

Aku: Ermm...ok je Dr. Tapi sebelum ni saya ada jugak pi klinik pasal kencing tak lawas ni, Dr tu kata kencing saya ok, takde ape2.

Dr: Bila awak kencing ada sakit2 tak?

Aku: Takde plak Dr. Tapi saya memang dah 2 minggu batuk ngan selesema.

Dr: Saya kena bagi awak antibiotik ni.


And then Dr trus datang ke katil and alihkan scanner tu ke aku. Letak gel kat perut aku --->

Dr: Ok, ni kepala baby (sambil ukur besar kepala baby). Ni perut... Berat baby awak dah 1.3kg.

Aku: Ape Dr? 3.3kg?

Dr: Ish, kamu ni... 1.3kg la...


(suspen weyh...sebab berat aku naik mencanak kan..tu yang dok suspen baby naik sampai 3.3kg padahal baru nak masuk 7 bulan... Ya Allah, jangan la babyku ini besar sangat...)


Dr: Nak tau jantina anak kamu?

Aku: (dok berkira2 samada nak tau ke tak sebab encik hubby kalo boleh takmau tau)... Dah nampak ke Dr?

Dr: Dah.

Aku: (berfikir lagi) Erm, ape Dr?

Dr: Rasanya macam baby boy.

Aku: (Senyap lagi)...

Dr: (Pandang aku) Kenapa? Awak nak baby girl ke?

Aku: Eh, takde la Dr. Saya tak kisah je Dr... boy or girl...

Dr: Anak first kan...

Aku: (Senyum je).

Dr: Ok, siap dah.



Duduk kat kerusi patient tu... Dr takde komen ape. Tapi aku plak tak syok tengok dia tak komen ape2. Mood baik gamaknya nih ;P


Aku: Dr, Dr taknak komen ape2 ke pasal BP ngan berat saya tu?

Dr: Ha, BP awak naik lagi ye? Berat awak naik banyak ke? (Sambil selak2 helaian lepas) Uuu...naik banyak ni. Takpe, awak kena buat apointment minum air gula lagi.

Aku: Erk, lagi ke? Hmmm...

Dr: (Senyum je). So, awak akan buat check up BP lagi next week. This time, 2x seminggu plak untuk 2 minggu.

And aku pon cakap la yang aku dapat check up 2x je kat KK situ since the next check up tu au kena pindah ke Johor. Pot pet2 sket and aku pon keluar. Jumpa nurse yang ada kat situ, dia swuh aku pi amek ubat kat Klinik Pesakit Luar snce Dr ada prescribe ubat untuk aku (WBC tinggi la katakan). Dapat lagi ubat yag sama macam aku pegi check demam ritu. Ubat batuk, ubat selesema, panadol ngan antibiotik.

After that, jumpa nurse semula, dia terangkan pasal carta pergerakan baby and kena inject Tetanus untuk dos yang terakhir, dos kedua. Sakit weyh!!! Masa inject bulan lepas, nurse lain. Smooth je dia buat. Kali ni nurse lain lak...aduduhhh...sakit giler!! Ni ada lagi bengkak :(



p/s: Pas je check up, tepon encik hubby bagitau perkembangan. Aku citer la yang BP aku naik lagi. Reasonnya: sebab encik hubby takde :(

Thursday, April 21, 2011

Antenatal Class

Owh ye....nak tanya la, m2b yang len ni pegi tak antenatal class?

Setahu aku tak wajib tapi kebanyakan doktor akan nasihatkan kita pergi kan?

Setakat ni aku dah tanya kat 2 orang. Sorang my SIL and sorang lagi kawan masa kat UiTM yang dah ada pengalaman bersalin ni. Both of them tak pergi pon kelas ni, let alone kelas breastfeed.

Ingat2 nak pegi gak, nak bawak encik hubby. Tapi kami kesuntukan masa. Weeknd ni je ada masa ngan dia tapi weekend ni kami dah booked jadual untuk kemas rumah and packing barang untuk pindah ke Johor. Next Sabtu dia dah nak ke Johor naik lori askar. I'll be left in KL for two weeks without him by my side... ish, terpikir pasal kena tinggal 2 minggu pon dah rasa tak best, ok? :( Eventhough akan duduk kat rumah Ibu for the whole two weeks before join encik hubby kat Johor, tapi... tak syok wooo...

Eh, back to the story...suka kau merepek kan? Hish...

Ha...macam kawan aku si Intan Sue ni inbox pada aku kat fb bila aku tanya pada dia pasal antenatal class ni:

"Kelas tu tk wjib.ak tk g sbb tk de masa hjg minggu.ak bca tru internet je apa yg ptut.tp bgus klo g sbb dia ajar breathing,tnda2 apa sume tu n cara cmne nak jaga baby lps bsalin..tp klo nak breastfeed ko better gi la class ak syorkan.bleh g yg kt sarakids ttdi jaya shah alam (google je akan jumpa) or mum's little one area bangi or seri kembangan.ini dua lactation kaunselor.

Ak tak gi apa pun..hehe..sbb ssh nak cr kelas yg kena dgn masa aku.mana taknya,hjg minggu stil gi outstaion..hahha..tp bagusla klo ko bleh gi,expose sket pasal cara jga baby apa sume ni.takla tkejut kang."

My SIL plak cakap, dia banyak tanya pada mak dia kalo ada ape2 yang dia tak tau and dia banyak baca dari mag Pa+Ma. Memang la kalo pasal breathing tu tak bleh nak baca je dari mag and kalo bleh hadiri kelas macam kelas antenatal ni lagi bagus kan... tapi, tapi.... *Hah, orang banyak alasan memang camni kan? Adeh, nanie... nanie!* Even pasal senaman2 tu pon boleh baca byk kat internet. Buku2 jagaan sebelum, semasa + selepas bersalin pon ada banyak jual kat kedai tu ha...

Pendek kata si Intan Sue tu, dulu mak2 kita takde pon kelas2 macam tu. Semua pon ok je. Macam aku ni ha, sempat je fully breastfeed 2 tahun ngan Ibu aku dulu. Orang sekarang ni je yang ngada2 nak buat2 kelas walaupun memang agak penting sebab wanita sekarang ni bekerjaya, tak sempat nak belek2 buku, tak sempat nak google2 internet nak baca segala info yang penting. Maybe la kan? Tapi, aku ni full time housewife. Boleh je ada masa mengadap internet 8 hours perday time encik hubby pi keje tu. So, sepatutnya takde masalah buat aku.

Alkisahnya macam ni *sebab ape aku dah malas nak pikir ke antenatal class bagai ni*

Encik hubby dah nak pindah Johor next Saturday (30 April), which makes us left with only this weekend together (since aku akan pindah ke Johor tengah bulan Mei nanti). So, weekend ni memang dah peruntukkan masa untuk packing barang sebab weekdays memang tak sempat. And of course la kalo nak pegi kelas2 cmni aku mesti nak heret encik hubby sekali biar dia pon sama2 faham condition ibu mengandung ni and membantu ape yang patut dikala waktu2 yang genting gitu. Kalo aku je pegi...baik la aku baca buku je dari rumah. Sebab kalo nak pegi kat area Kota Tinggi tu, dari tempat aku Tg. Pengelih nak ke bandar Kota *yang ada segala kemudahan hospital, klinik2 swasta yang MAYBE ada provide kelas2 camtu* pon dah 2 jam... takde maknenya hendak seribu daya, taknak seribu dalik hokeyyy....

Itulah situasinya..Sekian.

So, ni ada aku sekalikan klip2 dari YouTube pasal teknik pernafasan and etc yang mungkin dorang ada ajar dalam kelas antenatal tu:

cth breathing techniques:



cth positions for delivery:



And... how to recognize the signs of labour?:



breastfeed the baby:




And antara BF kaunselor yang disarankan oleh kawan aku tu:

  • Sarakids - sarakids.com (website) and blog sarakids (one stop breastfeeding & natural parenting support centre)
  • mom's little one - ada forum BF, jual produk2 penyusuan mcm EBM etc
  • SusuIbu.com - forum panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Penyusuan Susu Ibu

So, kepada m2b diluar sana, cekidaut la website2 ni okeh?


p/s: Ape pendapat korang plak pasal antenatal class ni? If dah pi antenatal class, share2 la ye :)

Wednesday, April 20, 2011

sakit lagi

Oh ye...

Ritu aku ada tulis entry pasal yang aku sakit tang antara kaki ngan badan tu kan? Sekarang ni kalo duduk atas kerusi, bangun dah ok la. Yang masih tak boleh bila duduk bersila atas lantai and kena bangun. That one still hurts :(

Kalo dari baring pon lebih kurang je cuma ada kurang sket la sakitnya tak macam b4 pi KK tu.

But, mula dari semalam kot, kalo aku baring terlentang even sekejap, nak bangun....sudah mula sakit pinggang pulak! Memang dugaan kalo preggy ni kan? Tiap2 orang berlainan bahagiannya. Ada orang sampai ke bersalin tak banyak kerenah, tak banyak sakit2. Ada orang dari awal2 preggy sampai nak bersalin ada je problem nya. Ada yang bila dah dekat nak due baru sakit2. Aku ni kes bahagian tengah2 (sebab belum hujung lagi). Sakit kat bahagian kaki-abdomen tu pon start masa end of 5th months sampai la ni.


Ya Allah....permudahkanlah kehamilan hamba-Mu ini. Amin~


p/s: Semoga lebih banyak kesabaran buat aku sepanjang kehamilan ni. Sakit sikit2 takpe, demi baby jugak :)

Monday, April 11, 2011

confinement lady

Hmm...yang ni masih belum jumpa2 lagi.

Encik hubby ada gak la tolong2 carikan since aku kalo boleh nak berpantang kat umah Ibu di Ampang je. Memang la sedih kalo dipikirkan nak berjauhan ngan encik hubby selama 2 bulan tu yang konpem kurus dok kat johor sorang2 sape ntah yang nak jaga makan minum dia :( Anyhow, nak ke hospital paling dekat kat Kota Tinggi tu pon dah nak 2 jam, jauh giler ok?? So, insyaAllah mungkin akan bersalin di KL. Dekat pon dekat je hospital ngan rumah berbanding kalo duk kat Johor nun.

Tapi mesti pelik nape dah nak berpantang ngan Ibu kenapa tak Ibu je yang jadi CL nye kan? Sebab nya anak2 Ibu ni semuanya bersalin ikut tingkap. So... berpantang Ibu dulu pon orang jaga and dia sendiri tak strict bab2 berpantang ni. Yang paling aku ingat masa adik aku ritu, which was 13 years back. ye ar, masa tu dah besar, masih segar diingatan ;) Seingat aku la, masa berpantangkan adik aku dulu, Ibu pon tak pakai bengkung kalo tak silap sebab Ibu c-sect. Masa zaman tu takde bengkung moden untuk org c-sect ni. Berurut ada tapi bertungku aku tak ingat. So, kalo bab2 makanan masa berpantang tu, Ibu ok, cuma penjagaan dari segi berurut, bertungku or berbengkung tu Ibu tak tau sangat. Jadinya kena gak aku cari CL.

Ada baca kat blog Amalina pasal CL ni. Dia siap bagi link lagi kat blog dia. Selain tu, ada gak yang aku google2 sendiri and dah emel pd dorang. Tinggal tunggu dorang reply je. Kalo dorang dah reply nanti aku update kat sini k?

Setakat ni yang aku berkenan kat Shadira ni tapi kalo boleh taknak yg stay-in sebab nak berpantang kat rumah Ibu. And dari pakej2 yang dorang bagi ni, stay-in lagi murah berbanding yang datang hari2. Huishh...jenuh nak keluar duit banyak2 ni :( Stay-in susah sket sebab aku bukan nak berpantang kat umah sendiri tapi kat rumah Ibu. Dahtu abah pon dah retired, nanti CL tu tak selesa, bapak aku pon tak selesa ada orang luar duk ngan kitorang. Hmm.... Kalo kat Johor plak...satu hal lagi nak kena bertanya semua orang plak :(


p/s: Yang info + pakej2 lain tu nanti ye aku kongsi2 :)

Monday, April 4, 2011

6months check up

oh yeah, this is going 2 be my 2nd last check up kat kk au2 ni. Tsk,tsk.. Sedih plak rasa. Pasni mcm jd refugees pn ada tau:(

ok,enuf sedih2 ni. I have no time 4 dat actually. My weekend sgt full. Penat sgt ke sana ke mari mengendeng ke hubby. Nak p kedai pn aku sebuk nk ikot. Ngee.. Gedik lebeyh.. Memandangkn 2 hr bturut2 aku kuat bjalan, mlm td tetibe sakit kat bwh perut + pinggang belah kanan. Nak bgn, duduk + jalan pn payah. Sakit kat bhgn bwh perut tu mcm skt nk terberanak je (mcm ada pglaman plak. Poyo je describe mcm tu. Tp sgt sakit ok!)

tp alhmdulillah pg td bgn tdo dh ok sket. Wpun mlm td ms nk tdo mengiring ke kiri rs kaki mcm nk tertanggal je.

And pg ni ada monthly check up. Di awalkn 2 hri sbb esk aku nk travel ke JB smpai hr jumaat ikot encik hubby. Ape cter checkup pg td?

Alhamdulillah bp ok. Makin turun plak ke 100/70. Maybe td tggu giliran lama sgt smpai dh xrasa ape. Hb plak naik sket bnding yg lps which is 11.7. Hemanitic supplement dr kk msh aku amek cume xmkn jela, sbb aku ganti ngn iberet folic tu. Sbb kalo amek jugak, dos Ferromed, aku ttp kena mkn 2x sehari. Baik stay guna iberet je.

Tp yg pelik tetibe drh putih aku tinggi plak. Nurse siap ty smada aku x sihat, panas bdn or ape2 ajelah condition yg menunjukkn aku x sht. Mslhnye mmg aku sht.. Tu yg pelik tu. Nurse pn risau takot2 aku ada infection pd darah aku. Huish, dia risau,aku lg risau kot.. Yela darah putih kan untuk membunuh bakteria atau virus dlm bdn cth ms kt demam ke etc. Mudah2an xd pape yg xelok. Risau gak ni.

Hr ni pn ada review bp by doctor. Nasib bek doc kata bp aku memuaskn. kalo x,silap2 aku kna dtg lg check bp tiap2 mggu. Nggak mau dehhh!

Check up kali ni dpt suntikan dos pertama tetanus. Next month dos kedua yg juga dos terakhir. Kali ni asyik kena cucuk je. Amek darah kena cucuk, pastu kena inject plak. Dahla aku xsuka kna cucuk2 ni. Hmm..


P/s: check up plg lama dlm sejarah checkup aku. 3jam!

Wednesday, March 30, 2011

Iberet Folic 500

Yeyyy... dah start makan Iberet Folic! Lorh, lagi seminggu nak monthly checkup baru sebuk nak makan Iberet Folic tu. hehe..bukan ape, hari tu nak habiskan dulu Ferromed dari kk. Saje je menggedik.

One thing for sure, ya rabbi, bau Iberet Folic ni lagi busuk dari Ferromed tau! First time makan semalam, koyak je sampul supplement tu...ish... bau dah tahan dah. Dulu ingatkan la bau Ferromed tu je dah teruk, rupenya ada yang lagi teruk. Kadang2 mulut berbau Ferromed after telan supplement tu. Yang ni tak perasan plak ada bau kat mulut ke tak. Hadoiii... nasib baik la makan tu je sebijik tak perlu nak makan 2-3 jenis supplement len.


p/s: Ni nak pindah ni kena siap sedia kan stok2 supplement macam calcium plus, neurogain ngan iberet folic awal2. Dah la farmasi memang konpem susah nak jumpa kat hujung dunia tu. Demi baby tersayang, sanggup berhabis duit.

22 weeks ++

Eleh...esok dah nak masuk minggu ke 23 baru la hari ni sebuk nak update pasal minggu ke 22. Xpe2, masih lagi dalam minggu ke 22 kan? Chill, chill..ngee~

Ni yang boleh aku kongsi sket from my point of view la.
  1. Baby makin kerap kicking. Kadang2 kalo dengarkan surah Luqman dari laptop, konpem tak duduk diam si kecik ni. Even kalo mengaji surah Luqman pon dia tak reti dok diam. Kalo surah2 lain, senyap je dengar mama dia baca.
  2. Baby tak suka kalo aku duduk terlipat2 perut contoh macam kita nak bongkok ke atau duduk mencangkung kejap, konpem si kecik ni tendang2. Tak selesa la tu, ruang makin sempit kot. hehe...Sabor je la~
  3. Baby makin rancak menendang kalo encik hubby usap perut aku, letak kepala or tangan dia kat perut aku. Atau...selalunya kalo encik hubby balik keje je, konpem baby start kuis2 aku. Sebab dia pon rindu ke daddy dia! :)) Macam mama dia jugaklah :)) Kalo aku dikelilingi orang yang aku tak biasa or orang luar, baby senyap je.
  4. Kaki makin salu cramp! Aduduiii...malam2 konpem tidor terganggu dek penangan cramp ni.
  5. Cepat mengah kalo minum air banyak sket. Kalo makan ok lagi. Tapi kalo minum terlebih, mak aiii...
  6. Kawan kata aku dah nampak berisi. Ye la, aku pregnant kot? Dah la badan memang senang naik booolat ;P Aku bukan Gisele Bundchen ok ;) hahaha ;D
  7. Strecth mark belum ada lagi. Alhamdulillah :) Lagi2 kat perut. Maybe sebab even before aku preggy pon aku bukan jenis pempuan yang mempunyai perut landai seperti supermodel2 yang pakai saiz 0 tu. Banyak lems je. haha ;D Tapi kena gigihkan diri sendiri pakai losyen or minyak supaya tetap takde marks sampai pas bersalin.

p/s: Itu saje :))

3rd checkup

Pagi tadi check up blood pressure yang ke-3 untuk bulan ni. Alhamdulillah syukur nikmat bp menten 120/70. Hehe ;)

Cuma biasalah berat aku ni suka2 je nak naik nak turun. Last week turun 1kg kan? Dis week naik semula 1kg. So, tiada perasaan tang berat tu dah sebab dah tau berat aku memang suka suki naik dan turun. Dan biasalah, pen merah di column berat ye. Berat abnormal bak kata nurse yang dulu tu ;P


p/s: Next checkup supposedly pada 6/4 nanti tapi baru aku teringat yang aku dah insist nak ikut encik hubby pi Johor, tempat yang bakal kami pindah nanti. Nak pi basuh rumah, pi survey2 kawasan... InsyaAllah nak pi dari 5/4 hingga 8/4 ni. So, check up bp yang terakhir nanti pada 4/4 sekali ngan monthly checkup biasa. Hopefully check up bp yang terakhir ni menten normal. Risau kalo naik lagi, nanti kena continue or kena bed rest plak, nayooo den!

Monday, March 28, 2011

checkup2 sekalian

Hmmm... encik hubby dah pendingkan perpindahan aku untuk 2 minggu semata2 kerana BFF aku nak kawen and because I am sooo wanted to be there for her on her big day. So, encik hubby akan ke Johor dulu awal bulan 5 while I'll be staying at my mom's house for another 2 weeks until 15th of May.

Huh, 2 minggu tanpa encik hubby di depan mata mesti sesuatu yang sangat2 tak relevan kan? I am sooo going to missed my bantal peluk. Tapi, dah dia bagi green light demi atiqah si panjang itu... grab je peluang kan? Ngahahaha ;D Tapi, tapi... mesti rindu jugak. Mesti tiap hari dok bayangkan dia makan ape la kat sana. 2 minggu nih. Jangan dia makan megi hari2 sudah, makin kerinting plak rambut dia nanti ;)

And... May will be the last checkup that I will get from KK Au2. Cukup la 7 bulan kat situ sekali ngan last scan dengan Doktor India tu. And my last checkup at Au2 without encik hubby by my side. Yang itu sedih ok. Dan yang paling penting, dapat inject Tetanus untuk kedua2 shot kat situ gak.



p/s: I wonder la how will Kota Tinggi's KKIA punya service untuk check up ke 8 + 9 bulan nanti.

Sunday, March 27, 2011

susu tin baby

anak my SIL belah encik hubby dh 5bln dh. Sgt tems ok! Dh mcm 7/8 bln pn ada. Dh la putih, gebu plak tu. Dh 8kg dh berat si shamin tu.

And my SIL x bf shamin. Dia bg minum susu anmum.

The shocking news was, sebulan, shamin minum 8kotak susu anmum tu! And guess how much the cost for the milk per box? Rm43. So dat makes rm344 permonth, only for milk supply. Belum lg diapers. Aiyohh...


P/s: dear baby, mama's begging you to please exclusively drink yours truly susu cap gantung ni. And mama hope dat it will be enough for you until you turn 2 yrs old..

durian

aku kat bidor ni. Balik weekend sbb dh lama x blk kg encik hubby ni.

Sepanjang jalan byk nmpk gerai2 jual durian. Kat umah encij hubby ni pn ada pokok durian. Smalam nmpk encik hubby mkn durian, uihh.. Meleleh air liuq den ni! Nk bg rs secubit pn kedekut encik hubby ni tau. Rs nk geget2 je dia ;(

org pregnant mmg xbleh mkn durian ye? Ibu xbg mkn dr awl2 lg,ms tu aku bru je pregnant dlm 3bln. Ibu kata panas. Tp sikit pn xkn xbleh kot? Wuwuwu... Seulas pn jd la..xnak la secubit.. Dhla durian tu fave fruit aku :(


p/s: kalo secubit buat tahi gigi je.huh!

Friday, March 25, 2011

penat bila sedih, sedih bila penat~

First of all, sorry ini bukan entry pasal baby-bum. Dan diingatkan, entry ini SANGAT2 PANJANG...tok sah la baca nanti pening kepala. Hanya luahan perasaan semata2 =(

It's about me yang sekarang ni memang super duper sensitif. Air mata murah sangat sampaikan mudah nak menitiskan air mata untuk benda2 kecik...*ewahhh...* ok, sedih semula.

Last night, my hubby balik bawak berita sedih. He's been transfer to Tanjung Pengelih, Johor. Tau kat mana tempat tu? It's near Kota Tinggi and near Johor coastal area. Pangkalan Navy kan, of course la tepi pantai, tepi laut. I've been waiting for this day to come when will he be announcing the news since this 2011 is his 3rd year of working at the army base in KL. Knowing that navy memang paling lama akan berada disesuatu markas hanya antara 3-5 tahun je, so I think that maybe the transfer-thingy is not such a big deal for me. Ye la, konon2 dah prepare kan diri sendiri untuk keadaan tu berlaku even sebelum kawen lagi.

BUT... *and there will always be buts*... seriously, it wasn't anything like I imagine. I couldn't face the fact that I will be leaving my family behind. I know, I know my encik hubby is my family now...BUT, with my family the one who raised me...I never parted with them that far tau. Even masa belajar kat Matriks Tangkak. We were from Muar. So, basically my hometown dengan matriks tu is like 20 kilometres away. My parents usually akan balik kampung every weekend and they'll take me balik kampung too. And then came UiTM. Masa tu belajar kat kampus Shah Alam saje. And my parents is living in Ampang. It was only one hour away. My father even bought me a car so that I can drive back to my home sweet home every weekend, if not possible for everyday basis sebab jadual kelas yang padat. And then came UKM life... tu pun kat kampus Bangi. Only 45 minutes away from home. Everyweek pon memang muka kaki balik rumah. So, can you imagine that I will be leaving for almost 6 hours away from my parents? I couldn't imagine it. La ni duk kat kuarters Navy kat AU3 pon, nak kata sehari mesti akan balik rumah parents dari pagi sampai petang kat situ and balik rumah sendiri bila encik hubby balik keje.

I still couldn't absorb the news up until today. Hari ni saje dah 3-4x nangis. It happened just like that. Kalo dok sensorang, tetibe senang sangat nak nangis. Bila encik hubby mintak share kenapa nangis, I couldn't put it into words. Bila dia tanya kenapa, trus air mata nak meluncur laju keluar. Blame it on pregnancy hormones all I can because I am not such a baby before. Hati aku ni keras tau tak. Susah nak nangis kecuali ianya melibatkan my family and to be exact, yang melibatkan my mom. Itu sungguh touchy. No one can touch my mom's heart. Sape buat Ibu saya sedih, konpem dia jugak merupakan musuh saya. Ok, lari tajuk jap..sorry :(

There are things that makes me super sad about this transfer-thingy. Not just because of the above reason. Those are unacceptable reason I should say sebab, everyone knows that wife place is beside her husband *melainkan anda terpaksa jadi weekend wifey/ hubby atas sebab2 tertentu dan tak dielakkan* So, reason kat atas tu letak tepi dulu :(

So, why?

Because 1st, I am pregnant. Transfer tu tak dapek nak dipending untuk 3 bulan jadinya, 25 April it is. As to what encik hubby said this evening, dia mintak pending seminggu untuk pindah. So, 28hb maybe pindah bwk brg2 segala ke Johor, and May 1st dia akan lapor diri.

Owh, berbalik kepada reason yg atas ni, pregnant memang la pregnant. Malam lepas dapat tau transfer ke mana tu, trus google kat mana hospital terdekat ngan kem. Paling dekat Hospital Kota Tinggi. Dalam google nampak macam jauh. So, still tak tau jarak sebenar. Abah kata kat dalam kem ada hospital tentera but I dunno. Encik hubby kata ada klinik. Aiyooo...mana bleh beranak kat klinik kot??!!

The truth is, I still don't know whether I am going to normally deliver the baby atau c-sect *since my mom 3-3 anak dia memang c-sect sebab tulang punggung kecik. mana tau aku terikut mak aku kan? Punggung besar tak menjamin tulang punggung besar gak. Mana tau lemak je lebih? huuuu...*. Kalo c-sect, dah tau dah time untuk deliver which is always 2 weeks early from the EDD given. So, boleh ke hospital awal2, prepare untuk delivery. Ni, kalo normal, you will never know when is the time. Tak semestinya ikut EDD yang dah diberi masa awal2 bukak buku merah tu. It's whether earlier than the EDD given atau lambat dari tarikh. Macam my SIL, EDD dia supposedly 101010 ritu, tapi lewat seminggu dari EDD. Ended up seminggu yang lewat tu hari2 pegi hospital nak check. Dahla hospital jauh dari rumah :( Bukan menyusahkan keadaan, tapi risau masa ondaway ke hospital tu ada komplikasi ke ape ke... who knows kan? *Cuma mengharapkan yang terbaik saje, InsyaAllah, Amin~*

2nd reason: Encik hubby kata, kalo susah sangat, seminggu sebelum EDD aku tu dia akan hantar aku balik KL. Senang supaya dekat ngan hospital and lagipon parents aku ada depan mata.

And after dia hantar aku? Dia konpem kena balik Johor. Tak boleh nak cuti lama2 sebab dia pon baru je transfer situ *3 months time is still quite new la jugak since tak boleh nak agak orang2 atasan macam mana, lagipon kat pangkalan navy ni tak sama pentadbirannya macam kat pangkalan encik hubby sekarang yang boleh teman isteri pi checkup every month*. Tak boleh nak mintak cuti ihsan isteri bersalin awal2 since aku ni pon tak konpem bila nak melahirkan baby dalam perut ni. Kalo dalam masa 2 minggu yang dia cuti hantar aku balik KL tu aku masih belum bersalin, kan dah sia2 cuti dia. And misal kata pas je dia hantar aku balik KL, dia balik Johor and tup tup aku bersalin ikut EDD, tak ke masa tu encik hubby is 300++ kilometres away from me? He won't turn up next to me in a blink of an eye, kan? Konpem2 la, paling lewat the next day baru dia dapat balik KL dengan nak uruskan cuti segala =( And of course la I want my encik hubby masa aku nak bersalin tu...wuwuwuw...

Reason no.2 ni la yang buatkan aku sebak dari semalam sebenarnya. My tears won't stop coming. Stok air mata punya la banyak tau!

Encik hubby bagi alternatif lain plak. Dia kata aku bersalin kat Johor, after kuar hospital, dia hantar balik KL. Hurmmm...encik hubby tau tak, the first week tu sangat2 crucial ok untuk ibu yang baru bersalin ni? And misal kata nak lepaskan 2 minggu after bersalin tu duduk Johor dulu, we'll be staying kat dalam pangkalan. Nak panggil confinement lady datang tiap2 hari pon macam agak susah untuk CL nak masuk pangkalan kot?? Orang luar ye kawan2... kena tinggal IC segala kat pos pengawal tu. Kalo dok luar senang tapi memandangkan kuarters banyak kosong, jadinya, pihak navy tak bagi dok luar ;(

Next alternative plak >> encik hubby nak mintak tolong mak dia datang Johor jagakan aku. Like, HELLO.... tak mau ok? I still want my own mom. Tak sama mak mertua jaga kita macam mak kita sendiri yang jaga kita tau. But, my mom konpem tak boleh nak turun Johor time tu sebab masih musim sekolah. I have a lil sister yang masih bersekolah form 1. Time2 puasa plak tu, sape nak masakkan sahur untuk dia lagi kalo bukan my mom kan? lagipon, mak encik hubby jaga anak my SIL yang baru 5 months old this time around *8 bulan la masa time aku bersalin tu* So...

See, my mind have been a messed this couple of days. I couldn't sleep at all. Otak tak boleh nak shutdown. Tido pon tido2 ayam. Asyik bangun je kejenye bila asyik pikir pasal semua ni.



p/s: Feels tired and weak at the same time. I wish for more alternatives for both of us so that takde la pening kepala sangat and berterusan sedih2 cenggini :'(

Thursday, March 24, 2011

baru je 5 bulan

Bila baca2 blog m2b yang lain, banyak gak terbaca pasal, m2b ni tak digalakkan membeli barangan bayi seawal masa preggy sebab... ada la sebab musababnya bila dah dengar pantang larang orang tua2 ni.

Tapi...tapi kan, macam aku yang tak keje lagi ni, kalo nak beli borong bila dah hujung2 nak dekat ngan due date tu, serasa tetiba banyak sangat duit encik hubby nak kena spend kan?? Tak ke gitu? For me, yes... sebab sekarang ni tukang provide duit, memang dari encik hubby. So, everything for baby's need pon semuanya agak pricey. Yep, memang boleh cari yang murah2, tapi bila dah beli sekali gedebuk, tak ke habis banyak gak duit?

Macam barang baby, kami dah beli seawal baby 3 bulan rasanya. Itu encik hubby yang beriya nak beli. Contoh macam segala mak datuk besen mandi, bakul baju baby, basket letak segala sikat, losyen etc baby tu... Sebab beli kat tempat murah kat kedai rm2 di Tangkak, Johor. Bukan semua rm2 la... tapi murah la jugak besen2 ngan bakul baju baby tu berbanding beli kat kedai biasa or kat pasaraya besar. Dah saved kat situ. Lagipun kami jarang balik belah Johor kampung aku, time tu kebetulan semua ahli keluarga aku balik sebab ada jemputan kawen jiran atok yang kami sekeluarga kenal. Encik hubby kalo balik Johor, ke kedai rm2 tu la arah dia, fave place dia :)

Banyak gak benda yang kami tak beli lagi sebenarnya. Cuma yang nampak sgt2 penting, itu yang didulukan. But, I do hope and I'm praying hard baby aku ni peminum susu cap gantung yang tegar *dan aku sebagai provider susu cap gantung yang berterusan sampai anaknya berumur 2 tahun, Aminnn~~* InsyaAllah... so that both of us takyah la spend nearly rm200++ permonth untuk susu tin baby yang super dooper mahal tuh. Nak tercekik tgk harga susu baby lebih mahal dr susu ibu mengandung ni. And I remembered I used to buy my lil niece punya susu masa dia tido umah ibu seminggu (mamanya ada kursus, and my mom saje offer nak jaga sikecik tu and I am not married at the time), seminggu tu je habis satu susu kotak *jenama tak ingat* yang harga rm37. Tak sampai seminggu kot dah habis. See? Mahal kan? Lagi2 budak2 memang banyak minum susu berbanding makan benda pejal. Ya Allah...mudah2an... Tapi kalo tetibe masa tu aku dah keje? Time tu kena la kuar duit sket pi bli pengepam susu. Medela ke, jenama ape2 ke yang elok. So that anak aku tetap minum susu ibu. Lagipun susu ibu adalah yang terbaik dari mana2 susu tin pon kan? :) And duit yang ada boleh buat beli benda2 lain yang penting plak. Contoh macam kawan uitm aku si Intan Sue ni.

ok, start mengarut dah. Sorry ye :)

Haa.. tapi itu la ceciter nye... beli dulu sket2 sebab duit hubby pon byk dah di allocate untuk benda2 lain jugak tiap2 bulan. Bukan untuk kami je. Silap2 lari bajet bulanan plak kalo tetibe nak beli semua dalam satu2 masa.

And, plus... nanti kalo dah 7/8 bulan risau tak larat je nak jalan lama2 ni. Setakat ni mampu lagi jalan lama2, diri lama2 walaupun nurse salu bebel pasal kaki kadang2 naik bengkak bila time checkup.

ok, mengarut lagi. hehe ;)


p/s: Lagipun, I'm halfway through the pregnancy dah ni :)) Kira ok la kot kan? ;D