Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

39w 5d *_*

Erk, esok je nih...

Hari ni ade pasar malam, erm...nak makan ape ye?



Ahahaaaa... sekarang ni belum rasa takut sebab kepala otak ligat pikir ape yang aku nak melantak before masuk wad kena induce :) Sebab nanti bila dah bersalin, kena berpantang makan tu yang ada problem sikit tuh. Well, untuk orang yang mempunyai 'makan' sebagai hobi, berpantang makan tu dah masuk antara perkara2 horror yang tak bleh diterima akal.

Bak kata encik hubby bila aku dok komen setiap kali check up kat KK, berat konpem akan naik --> 'hah? Syg tak banyak makan? Ye ke?'

Sambil tu dok angkat2 kening tanda tak percaya kat aku. Hampeh btul la suami aku yang sorang tu ;P Pastu bila aku terlebih sket je makan, mula la dia akan perli, 'kata nak badan macam darjah 4'... tang ni buat aku tergelak sakan... Mana taknye, masa aku darjah 4, badan tu memang aku suka sebab belum di pam-pam ;D

For the time being, perasaan takut untuk di induce tu memang belum menebal la, save it for tomorrow sebab, sekarang ni aku redha. Yang aku tau, Allah lebih tau ape yang terbaik untuk hamba-Nya. Normal ke c-sect ke, aku nak letak tepi segala fixed minded tuh. Macam aku dah baca komen2 kawan kat blog Kak Qiesh. Ada sorang kawan kak Qiesh ni bagitau, supaya jangan letakkan harapan yang sangat2 tinggi untuk bersalin normal supaya kalo ape2 jadi and c-sect bukan lagi sebagai pilihan, sekurang2nya aku tak bersedih. Yup, betul jugak ape yang kawan Kak Qiesh tu cakap.

Ye la, ada antara bloggers yang dah coretkan pengalaman bersalin dorang, ada yang jalan dah bukak 8cm, tapi atas sebab dah terlampau lama, kena c-sect jugak. Ada yang kena induce 3kali dalam masa yang ditetapkan and if jalan tak bukak jugak, c-sect je pilihan yang ada. Sekarang ni kena pikir untuk kedua2 sekali. Mother's life and baby's life.

So, better leave it as an open choices. Setiap orang ada pengalaman dan bahagian masing2. Ada yang mudah, ada yang susah. Nak share2, aku ok je :) Sebab seronok bile boleh share ngan orang len ni :)


p/s: Erm, ada lagi 16 jam sebelum pegi hospital. Erghh!

Monday, July 25, 2011

39w 4d

heyya bloggers!

Today dh masuk 39w 4d days dh aku bsiaran secara lgsg ngn baby masih syok mengulit dlm perut ni. Tanda2 pn xde lgsg. Setakat sakit2 pinggang, perut mengeras, smpai senak2 tu usah ckp la. Sampaikn dh naik konpius braxton hicks ke, real contraction ke ape ke..

But i guess baby mmg xmau keluar lg. Tapi doc kat hospital ampang kan dh bgtau, if undelivered jugak, dis coming 27hb kena masuk ward for IOL (Induce of Labour). She said air ketuban ok, everything pn ok xde sebab nk delaykn proses bersalin. Aku ikut je yg mane baik.

So, ada lg sehari setengah je ada masa nk bg can untuk normal delivery. If not, induce la gamaknye. They said induce lg double sakitnye sebab dpaksa untuk bersalin. Ngee..


P/s: crossing my fingers n pray 4 d best.

Tuesday, July 19, 2011

Buku Resepi Berpantang


At last, jumpa jugak buku ni. Kompilasi hidangan berpatang by Alaf 21. Ada dua tiga resepi yang dah ada dalam buku Berpantang Secara Alami yang aku beli ritu. But never mind.

Ibu bukannya pernah berpatang secara total masa dulu2 sebab bila berpantang ngan atok pon, atok masakkan ayam, Ibu makan je. Sesetengah mommy ada yang memang langsung tak bleh makan ayam sebab gatal. Macam Ibu, sepanjang 3x Ibu bersalin c-sect tu, dalam banyak2 makanan yang dia alah hanya ikan sardin je. best betul! Tapi ikan kembung or ikan yang berbisa or gatal memang atok tak bagi makan la.

Hopefully la time aku berpantang nanti, ayam aku boleh makan. huhu... Sebab tak syok la hidup ni tak makan ayam. Fave aku tuh! Macam kakak ipar aku, dia kata kalo dia tak bleh makan ayam, rasa macam tak complete hidup ni sebab tiap2 hari makan ikan okeh? But still ritu dia pantang makan ayam gak tapi hanya 44 hari. Cuma dia bagi contoh macam isteri Abang Long dia yang setahun benti makan ayam gara2 gatal kat tempat luka c-sect dia. Huuuu... haru tuh!

Aku beli buku ni sebab encik hubby ni dah dok pujuk balik Johor lepas aku habis berurut nanti. Ingatkan aku nak berurut selama 14 hari. Nak bagi badan kuat balik n buang angin. Aku tak janji nak balik Johor awal, nak tengok keadaan dulu. Risau kalo balik sana susah nak urus diri sendiri, baby ngan segala kerja rumah. Aku ni dah la senang stress. Sikit, sikit stress. Hmmm...

Beli buku ni pon sekadar persediaan. Kot2 kalo aku rasa nak balik Johor after habis sesi berurut tu, at least aku dah prepare ape makanan2 yang bleh or tak bleh makan. But, seingat aku dah ronda2 kat pekan yang terdekat, pi pasar yang ada kat Johor tu, ikan2 yang aku bleh makan masa berpantang takde dijual ok?

NO ikan haruan,
NO ikan merah,
NO ikan bawal putih,


ape lagi?

Kat jeti pon jual ikan Tongkol je yang memang konpem tak leh makan sebab gatal.


Jadinya?

Ayam je pilihan yang tinggal. But what if ayam aku tak bleh makan macam isteri Abang Long kakak ipar aku tuh? Mati tak cukup zat ler aku karang...


p/s: Ayg, syg tengok keadaan dulu la ye? Banyak kena fikir nih before sambung berpantang kat Johor tu :(

38w 4d check up

Isnin lepas check up ANC biasa kat KK Au2. Biasalah, selagi belum bersalin, selagi tu kena datang sini (owh, selain sebab BP kan, kan...)

Alhamdulillah, BP ok 120/80. Berat toksah cakap, asyik naik je...padahal makannya takde banyak nau pon. Tapi bila scan, setelah 3 minggu last scan berat baby hanya naik 0.3 kg saje, konpem ni mummy dia yang naik berat. Cehh~ Bak kata encik hubby, semua yang ada atas meja aku makan. haha ;D (Pasni banyak benda la mengidam sebab time pantang, jadinya, bantai saje ape yang ada depan mata, alasannn...)

Jumpa Doc pagi tu. Nothing much. Tapi masa Doc scan heartbeat baby, Doc kata 'anak you ni main henpon ke kat dalam?' sambil gelak2... Maybe sebab heartbeat laju kot? Or sebab baby tak selesa perut aku masuk angin pagi tu. Tak bleh nak kentut (opppsss...sorry hehe). Aku nak jalan pon rasa sakit sangat kat area perut eh, area bawah baby dekat2 ngan...em, area ape tu ye? Senang citer, bila baby bergerak, macam menolak2 area yang masuk angin tu. Encik hubby kata maybe dari ape yang aku makan the day before. Ye ar, the day before ikut parents aku pi 2 kenduri kawen. Tapi lauk biasa2 je takde yang ada dalam list not-to-eat aku. Contoh makanan yang angen kan badan aku macam nangka or pulut.

And it takes more than 1 hour untuk menghangenkan aku.. So, it's not about wedding's food la kot. Sebab selalunya kalo aku makan benda yang berangen ni, konpem tak sampai sejam perut aku memang akan terus berangen. Even nak burp pon tak bleh.

Eh, enuf, enuf citer pasal angen plak.

Pendek citer, check up lepas ok je. Tapi sebab review Doc dari Hosp. Ampang pon masih swuh buat biweekly Bp monitoring, so, still kena buat jugak 2nd monitoring this coming Friday morning kul 9pg. And if still undelivered, 25hb pagi kul 9pg ada ANC lagi sekali kat KK AU2.


p/s: Doc kata baby memang dah masuk laluan, and she sounded so confident that I'll be delivering soon, tak payah tunggu 27hb untuk induce. Owh, hopefully Doc, hopefully...

Sunday, July 17, 2011

randoms (36w - 38w)

Mehla aku citer serba sedikit pasal minggu2 senak aku bermula masuk 36minggu ritu sampai la ni... But, don't expect it to be a detail updates.


36 weeks (30 Julai - 10pg)
- Macam biasa la...dah masuk 9 bulan ni, checkup every week. Still di KK Au2. Urin ok tapi macam biasalah kalo dah check up kul 10pg, memang BP naik punya 150/90. Aku pon terkejut gak tetibe naik mendadak. Doktor siap buat refer letter ke Hospital Ampang and bagi ubat darah tinggi. Takde dalam sejarah family aku pon kena darah tinggi; aku ni haa orang pertama.

- Petang tu ajak Ibu Abah teman ke Hosp. Ampang, siap bawak grab bag mummy trus, ye ar, takut kena bedrest kat hospital je. But Alhamdulillah takde ape. Check BP semula kat hospital pon ok je berbanding kat KK. Doc kat bahagian wad bersalin tu swuh aku ke Klinik Pakar O+G buat appointment 38weeks kat Hosp. Ampang.

- The nurse pon takde cakap ape2, aku pon lupa nak bertanya. They just said continue check up kat klinik lama.


37 weeks (7 Julai - 8pg)
- BP naik jugak walaupun datang check up awal. Hape kena ngan aku ni ntah. Bila nurse check balik apointment yang lepas punya, dia terkejut, sebab sepatutnya aku kena datang check BP setiap hari start 1 Julai tu sampaila hari aku check up 37weeks kat KK. Nurse tu trus referkan aku ke Doc.

- Aku patient pertama jumpa Doc hari tu, free2 kena marah sebab dia kata aku tak baca ape yang dia tulis kat dalam buku merah aku. Sape kata aku tak baca? I read it almost everyday but I never came across the words like 'Daily BP monitoring' sebab like seriously aku tak paham Doc tu tulis ape (tulisan Doc ni memang aku tak faham, serius beb!). Tapi salah aku jugak, aku pon lupa bila dah naik BP tu, memang kena ada monitoring samada biweekly or even selang sehari, ye la, sebab sebelum ni pon dah pernah 2x BP aku naik and kena jalani monitoring camtu. Dan maybe salah aku jugak sebab tak bertanya pada Doc. Dan seingat aku, even Doc sendiri didn't bother to tell me what I supposed to do, tetibe buat refer letter and bagi ubat darah tinggi. I guessed it was a mistakes that both of us did. So, aku pon tak naik angin, malas nak argue ngan Doc. Bila dia check BP aku semula, rendah plak dari bacaan yang nurse amek awal2 tu. Padahal baru lepas kena marah kaw-kaw nih.. hehe ;P

- amek darah, Hb naik ke 12. Yippeee!


37 weeks (1st BP monitoring on 9 Julai)
- BP masih tinggi jugak despite taking the med. Encik hubby balik weekend tu smpai 13hb sebab dia kesian kan aku asyik BP naik je.


37 weeks (2nd BP monitoring on 11 Julai)
- BP pon tinggi gak. Nak buat cmne dah... itulah bacaannya.


37 weeks (3rd BP monitoring @ Hosp. Ampang + ANC on 13 Julai)
- BP menten 140/80. Hmmm... no comment. But the Doc said, ok dah tu daripada 150/90 yang check up kat KK tu.

- Doc scan baby. Said that baby is ok, in Ceph position, due dari scan yang dijalankan, ikut EDD and berat baby dah naik ke 2.9kg (last scan masa 35 weeks baby baru 2.6kg)

- Since air ketuban cukup, and scan pon ikut EDD, Doc bagitau if by 27 Julai masih takde tanda2 bersalin, kena admit ward and induce. Takut baby lemas plak. But if keluar tanda awal, awallah baby mummy keluar :)


38 weeks (4th BP monitoring @ KK Au2 on 15 Julai)
- BP reading turun ke 120/80. Alhamdulillah.

- Nurse ingatkan nak swuh buat hari Ahad jugak but bila dia baca semula review dari Doc @ Hosp. Ampang tu, the review said 'continue Biweekly BP monitoring at KK).

- Next check up on 18 Julai @ KK Au2. And it all depends on that day's BP. Kalo teruk jugak, kena la buat Biweekly BP monitoring tuh. Pasrah gue.


p/s: That's all.

Thursday, June 23, 2011

Majalah Pa & Ma keluaran Julai

Yes, the new Pa & Ma mag dah keluar pun. I've bought mine 4 days ago :)

And seperti biasalah, banyak info2 best. Malas nak citer panjang, korang kena beli cepat. Well, buku ni laris macam pisang goreng panas tau :))

Yang aku nak citer, bukan pasal mag tu... Tapi, pasal buku kat bawah ni:





'BERPANTANG CARA ALAMI'


Ade info rahsia + penjagaan ibu selepas bersalin; panduan lengkap penyusuan susu ibu; and even ade resepi2 berpantang untuk ibu2 selepas bersalin jugak! :)


Aku pon belum start baca lagi, just belek2 itu ini, and yang penting, semuanya penting untuk pengetahuan kita sebagai M2B dan untuk ibu2 yang baru je bersalin.



p/s: You guys should buy it! :) RM14.50 je..

Monday, June 20, 2011

Grab bag baby + mummy

Pagi2 tadi lepas sahur nak tunggu azan Subuh teringat nak update sket barang2 untuk letak dalam grab bag ke hospital.

List aku macam tak cukup je lagi bila baca blog Kak Qiesh yang ni.


Hari tu redah je aku letak sume campur barang baby ngan barang2 aku. And then, rasa cam berserabut je. Tu yang pagi tadi jadikan dua beg, one for me and another one for my baby.

Setakat ni, ni la antara benda yang ada dalam grab bag baby + aku:




Grab bag baby:





  1. Baju lengan panjang + seluar panjang - 4 set (front openings) *nurse tak bagi bawakkan rompers, lagi2 yang untuk 1st pakaian after delivery*


  2. mittens and booties - 3 set


  3. receiving blankets - 1 helai je


  4. towel - 1 helai jugak


  5. sapu tangan - 2 helai


  6. newborn diapers - 6 helai *ni aku bawak semua yang dapat free dari Diapers, PetPet, Pureen..ade gak guna*


  7. barut baby - 3 helai


  8. minyak telon


  9. diaper rash cream (perlu ke??)



  • toilettries ngan baby wipes tu belum masukkan lagi plak...






Grab bag for mummy (setakat ni):




  1. Tshirt2 besar - 2 helai


  2. Kain batik - 1 helai *ya, ya I know, tak cukup ni... kena beli lagi sebab aku sendiri tak pernah ade kain batik! tak semenggah kan? haha*


  3. Nursing pad - 2 set


  4. Maternity pad - 1 pek terus...


  5. Beg plastik - 2


  6. Sweater - 1 helai


  7. Towel - 1 helai


  8. Stokin - 2 pasang



  • Banyak lagi yang tak complete macam buku merah (kena tunggu check up 36 minggu ni untuk dapatkan buku merah pendua dari KK), bra + panties, slipper, tudung (1 tu konpem yang memang aku pakai selalu, yang len tunggu encik hubby bawak dari Johor), toilettries, body care, air selusuh/ air zam-zam, makanan + minuman, buku doa2 amalan.






p/s: Bila tengok2 list ni, rasanya grab bag mummy yang lebih besar kan? Hmm... ni yang malas nak prepare nih :( Owh ye, kalo tengok entry ni wordings ngan segala susunan mak datoknye berterabur, please blame my dad's computer. Mine kat encik hubby di Johor. This lappy macam hampeh problem je...

Friday, June 17, 2011

Check up 34th weeks

Alhamdulillah, lega dah lepas pon minum air gula buat sekian kalinya. Ye, kali ke-3 ok.

Ade ke orang kena minum air gula sampai 3 kali? Salu baca2, palling2 pon 2 kali pastu kalo saspek diabetes lagi, trus buat BSP. Oh, never mind. Yang penting, sudah lulus! Dengan jayanya! Yippee!! ;D

Semalam, check up 34th weeks disekalikan ngan MGTT yang ke-3. Alhamdulillah, everything went well despite the 'naik angin pasal nurse tu tak tulis nama aku kat dalam buku appointment MGTT, 2 days earlier'.. Haha ;D Takpe2, tu angin lalu je. The next day after kes booking mcm tak booking tu, Ibu ajak teman dia ke k4 Wangsa Maju; alang2 dah ke area situ, singgah lagi sekali kat KK Au2, nak tanya pasal app MGTT tu. Alhamdulillah, aku pi petang, da tak ramai orang dan bukan nurse yang sama attend aku pagi Isnin tu. Sebab nurse yang attend aku pagi Isnin tu tak bagi pon tarikh untuk check up antenatal (sebab dah masuk 8 bulan, kan kena check up 2 kali sebulan). Nurse yang attend aku petang Selasa tu trus tulis nama aku dalam buku app. MGTT and letak sekali nama dalam buku app. antenatal. Alhamdulillah :)

So, semalam, datang pagi2... memula check bacaan gula dalam darah --> minum air gula --> urine test, check BP + timbang berat --> jumpa nurse, check heartbeat baby -->amek darah untuk check hb + bacaan gula after minum air gula tu.


Bacaan before test = 4.4

Bacaan after 2 hours = 5.3 (makin turun dari dua test sebelum ni, alhamdulillah, lega sangat despite the weight gain craziness tuh)


BP = 120/70 (lega sangat!)

urine test = - (means that urine ok, takde tanda2 kencing kotor or ada protein traces dalam urine)

Berat = naik 1kg je after 2 weeks :))

Hb = 11.6

Heartbeat baby = 151/ minute (baby nyer heartbeat laju sket dari orang dewasa. Range dalam 120 - 160 perminit)



p/s: That's all for yesterday's check up :)

Wednesday, June 15, 2011

34th weeks

Minggu ni dah nak masuk 34minggu dah.

Kejap je masa berlalu kan? Rasanya baru je pregnant, tup2 dah nak penghujung pon. Semoga dipermudahkan segalanya~

Esok, ada MGTT lagi. For the third time dah :( Bosannya lah asyik kena minum air gula. Rasa nak skip je since buat kat KK Au2 dn bukan kat RSAT. hehe :) Tapi, bila pikir semula, I have to... mana tau kan... Ye lah, berat aku ni senang sangat naik, risau jugak la. Bila orang len dengan happynya naik 2kg je masuk 6 bulan ke atas, aku ni, berat free2 naik sampai 4kg. Nak kata senang hati, tak jugak. Stress je manjang bila check BP. So, kesimpulan sebab naik berat, sebabnya aku memang kuat makan ;D Ngaaa :))

Tidak dapat dinafikan okeh? :)

Setakat ni berat badan dah naik sampai 15kg!! Fuh, banyakkan? Salute habis sape yang hanya naik sampai 10kg je sampai bersalin. Ni aku ada lagi sebulan, tak tau la camne beratnya :( Risau mencanak naik bagaikan juara, susah ler nak kurus semula nanti...Hmmm...

Oh ye, bila dah masuk 8 bulan ni, makin cepat rasa penat. Duduk lama2 penat, berdiri lama2 penat, jalan lama2 mengah... semuanya tak bleh nak lama2. Bila duduk lama pastu bangun nak berjalan, fuhlamakkkk... konpem rasa tak stabil. Camne nak describe perasaan tu, tak bleh... Hanya aku je yang rasa. Sekarang ni tido kat katil sorang2 pon, tido kat tepi je sebab bila dah tido kat tengah2 katil, konpem nak bangun kena mengesot sket sampai ke tepi. Area yang sakit between peha ngan abdomen tu makin terasa sakit bila perut makin besar ni. Before this dah kurang sket, tetibe datang semula plak. Jalan pon dah macam itik okeh? hehehe..

Ingat lagi aku boleh berlari naik tangga masa aku preggy 4 bulan. Selambe je kan? Sekarang ni pon, naik tangga slow mo je la... nasib bek umah Ibu ni 2 tingkat je. Kalo 3 tingkat? Fuhhh... tak larat den! Kuarters kat Johor tu pon nasib baik duk tingkat 1 je. Hari tu pegi rumah kawan encik hubby tingkat 2, mak aiii... tak cukup nafas tau!


p/s: Hehe, sudah, sudah... nanti terlebih panjang plak post ni :)

Tuesday, June 14, 2011

i missed RSAT

Wah... since dah duk kat Ampang semula ni, rindu plak kat Johor (sebab encik hubby kat sana sekarang, alone).

Rindu jugak kat servis RSAT. Seriously, I missed RSAT lah. Bila dah pegi dua tempat yang berbeza untuk satu servis yang sama, dah boleh buat bandingan. Salu orang buat bandingan antara klinik swasta ngan klinik kerajaan kan? Tak, yang ni, dua-dua pon klinik kerajaan.

Walaupon baru je 3-4 kali aku datang buat checkup kat RSAT (due to my BP problem), tapi jelas, nyata dan terang servis dorang lagi best! Tapi nak kata bandingan aku ni tak relevan boleh jugak sebab dorang tak attend ramai preggers at one time macam kat KK Au2 tu. Ye ar, servis dorang pon salu one day tak sampai 100 orang mengandung kot sehari. Lagi2 pagi sebab ramai preggers dalam kem tu suka datang checkup petang after kul 2ptg.

And, nurse2 kat RSAT ni semua kenal aku (sebab salu datang RSAT check BP punya pasal. hahaha). Even ngan encik hubby pon, dah macam jiran je, sebut2 nama. 'Qhohar hantar ke pagi ni?', 'kalo stress kat rumah, bagitaula Qhohar, jangan pendam je' or 'Bagitau Qhohar janganlah lewat sangat hantar Elanie balik rumah Ibu, ye la, first pregnant kan...', bla, bla, bla...

Sangat2 friendly. Ye la, maybe sebab yang macam aku bagitau tadi. Kalo kat KK tu, pagi2 kul 8 punya appointment, adelah nak dekat 30 orang. Servis lembab nak .... hehe ;) Pastu sape yang appoinment kul 9 ke atas, semua kena drag masa dorang. Padahal namanya appointment, nama masuk buku tapi ada je yang datang tak ikut jadual. Suka2 hati je.

Memula masa kat KK Au2 dulu, condition sangat ok sebab bila baca experience M2B yang len kat blog ni berkenaan KK, semua macam hampagas kan? And I thought I was lucky enough. Tapi bila dah pindah ke RSAT walaupun untuk satu jangkamasa yang sangat2 pendek, semua pandangan aku dah berubah.

It started this morning. Last checkup aku kat RSAT sehari before aku balik KL ritu, akak nurse tu dah bagitau aku kena minum air gula LAGI SEKALI on my coming 34th weeks of pregnancy. Should be doing it tomorrow la, eh, pagi nanti (14th June). So, sebab last week aku masih lagi berkira2 nak ikut encik hubby balik Johor ke tak sampailah hari Sabtu pagi, I've decided to go to KK AU2 after breakfast pagi tu. Tapi encik hubby ajak teman dia pi betulkan hp dia la, ke sana ke mari, terus aku batalkan niat nak ajak dia teman aku ke KK. Isnin pon boleh je.

Jadinya, pagi tadi aku pon pegi la KK sorang2. Since nak tepon tu, erm... better pegi sendiri je lah. Deal untuk MGTT test lagipon dah 2kali aku buat MGTT test kat KK tu, dorang akan tampal satu slip before and after MGTT test punya bacaan. Dan nama kena booking letak kat dalam buku booking for MGTT tu.

Disebabkan aku nak pegi hari Isnin, aku decide nak pegi lewat sket dalam kul 10 lebih sket la baru nak gerak dari rumah Ibu sebab satu, aku malas nak gerak pagi2 sangat redah jem area MRR2 dan budak2 sekolah pon dah mula ke sekolah semula kan... Kedua, sebab hari Isnin pagi memangggggg agak ramai orang buat apppointment. Supposedly kalo kul 1030pg onwards tu, dah kurang orang dah kat KKIA tu. Rupe2nye tak!

Aku sampai2 KK dah nak dekat 1045pg. Tu pon siap rileks dulu dalam kereta baru kuar. Masuk je dalam KKIA, mak aiii...awat ramai lagi ni? Ni mesti dorang dah kena drag masa appointment nih! Hmm... patutla dalam Metro ada komen yang servis kat KK AU2 ni lembabs~~ memang pon!

Aku sampai2 je trus aku letak buku merah aku kat dalam bakul appointment tu, duduk and tak sampai 10 minit duduk nurse tu dah panggil. Aku bagitau la nurse tu yang aku dulu memang checkup kat situ and after that pindah ke Johor. So, since aku da balik ke KL, nurse di klinik JOhor memang swuh aku buat MGTT yang ketiga. La ni aku datang nak booking untuk MGTT test la. Dia belek buku aku sekejap tak sampai berapa saat (aku pon tak tau la dia baca ke tak ape yang nurse RSAT komen kat buku aku). Trus dia tulis apointment aku hari Khamis ni (16hb) kat kertas tampalan MGTT yang lama tu. Bukan dia amek and tampal kertas baru. Tu satu hal. Pastu dia takde pon letak nama aku kat dalam buku appointment for MGTT! Aku dah pernah buat MGTT kat situ 2kali ok, so aku tau la sepatutnya nama aku ditulis dalam buku MGTT tu!!! Aku tanya la nurse tu, 'erm, tak payah booked letak nama dalam buku ke?' Nurse tu jawab, 'Takpe, nanti saya tulis lah'...


Eh, hello!!! Ko ingat ke nama aku after 10 minutes? ~~~ Orang punya ramai letak buku dalam bakul appintment tu selepas aku, ade ke ko akan ingat nama aku lepas ko dah kehulu kehilir nanti? Ya I know that maybe you're tired attending patients tapi, dah tu keje ko kan? Attend je la. Ade je nurse yang penat melayan M2B yang ramai belah dalam bilik tu ngan perangai macam2 tapi still menten je, boleh senyum, boleh ke sana ke mari attend M2B. Ko duk buat ape je, setakat kat meja depan jaga appointment preggers yang nak balik tu ngan tolong carikan buku pendua preggers dalam laci simpanan before preggers di panggil untuk check up. Tu je. And, by the way, belum pukul 11pg pon macam ko yang pregnant (sorry la kalo ko pregnant huhu).

Pas je dia cakap camtu kat aku, aku bleh je... Tapi otak ligat ni fikir... tak bleh jadi ni. Petang ni kul 2 konpem aku akan tepon KK semula tanya pasal appointment aku tu. I've seen the nurse pernah bising2 sebab ada je M2B yang datang bukan pada hari appointment dorang. Siap panggil preggers tu tanya dorang ade ke tak buat appointment sebelum datang. Dah tu ngan muka tak bersalah dorang jawab takde sebab TERlepas date appointment sebelum ni. Ni lagi satu kes yang aku menyampah! Kalo tak dapat datang, bagila tau KK. Ko dah buat semak jadual orang lain. Orang lain pon keje jugak. Timing dah betul tapi ada plak malaun pi kacau timing dan buang masa orang lain.

Aku tak suka kena marah pasal benda2 macam ni that's why aku datang nak booking tarikh MGTT. Tapi macam ni plak jadinya. Petang tadi dari kul 2 sampai la 4.30ptg aku try tepon KK, tapi tak berangkat! Ko ingat aku duk dekat ke dari Ampang nak ke Au2 tu semata2 nak tanya benda bodoh pasal appointment aku tu???? Memang la tak sampai 10km. Tapi tolonglah...bukan aku takde benda len nak buat, ok?? Bengang je aku hari ni. Ntah2 BP naik lagi. adehhh...

Tengoklah, esok aku nak try lagi tepon KK. Pedulik hape! Biar bingit telinga nurse kat situ asyik2 bunyi tepon. Selagi korang tak angkat, selagi tu aku nak tepon. Yang penting nama aku ade dalam buku appointment tu. Kalo aku datang Khamis ni dorang marah aku sebab pe datang bukan pada time appointment aku, aku cakapla sebab KK ni poyo. Ngaaaaa... :P Menyampah I!


p/s: That makes me missed RSAT more and more. Kalo aku ada kat Johor, sekarang ni aku tengah puasa, esok pagi dah bleh buat MGTT. Dah bleh bersenang lenang dah :((

Friday, June 10, 2011

update mak buyung :P

Heyp, heyp~~

Assalamualaikum semua :)

Ya Allah, sorrylah lama bebenor nak amek masa update blog ni. Nak masuk 2 minggu bulan Jun ni baru hari ni ada masa nak update tau. Almaklumlah kat Johor tu problem ngan line internet. Suka2 hati je line nak ok ke tak. Hangin satu badan. Time2 line ok, time aku nak masak la, time nak sidai baju la... Karang bila syok line ok, tak reti nak benti plak. Sedar2 la diri Puan Nanie oiii ;P

By the way, ni dah nak masuk seminggu aku kat umah Ibu di KL. Last week masa awal2 cuti sekolah, Ibu Abah ngan adik aku tu turun Tjg Pengelih nak jenguk2 aku. Aku nak dorang lepak kat kuarters je sebab ye lah, dah datang jauh2, takkan dorang nak duduk kat hotel ye tak? Tujuan datang nak jenguk anak dorang yang membuyung ni, tapi duk hotel, aku pon tak seronok pikir dorang datang jauh2 duk kat hotel. Ape daaa aku ngarut ni. Hah, paham2 je la ye? hehe :)

Ibu datang 3 hari. Hari nak balik tu, sedih nye Allah je tau :(( Sangat2... aku tak hantar Ibu ke gate pangkalan pon, encik hubby je yang hantar. Bukan pe, silap2 karang berjurai air mata kalo hantar sampai gate. Memandangkan umah aku mengadap jalan besar, aku hantar dari jauh je... Bila tengok kereta Abah lalu siap hon, ha kan...menangis tak benti aku tau...Haha ;D Nak kata anak manje, tak jugak, cuma tak biasa duk jauh ngan family. Gedik jugakla... 2 weeks jauh ngan dorang ok lagi, ni bila dorang datang dan nak balik tinggalkan aku, sedih bukan main!

Petang lepas parents aku balik KL, encik hubby duty pangkalan. Esok paginya dia balik rumah, aku da bangun dah. Dia bagitau aku yang masa dia duty kerani pagi buta tu, ada shoot message ke pangkalan dan nama dia naik untuk pegi kursus kat PD on 5th till 10th June ni (hari ni la last day kursus dia kat PD tu). Ngeee... Parents aku datang Johor on 31st May sampai 1 Jun, 4 Jun aku plak turun KL :D Berkat nangis kot? Wahahahaa ;D

Supposedly, 18hb encik hubby nak amek cuti sampai 23hb bawak aku balik KL. On that time dah masuk 34th week. Sedang2 elok la kot nak balik KL sebab nak bersalin sini kan... Tetibe dia plak kena pi kursus kat PD 5 hari, takkan aku nak tinggal kat Johor sensorang kot?? Jadinya aku ikut sekali tapi aku dok umah Ibu la since penginapan ngan makan disediakan untuk orang2 pi kursus tu. Bila plan dah berubah, dia teringat semula yang 18hb - 21hb tu Tengku Mahkota Johor nak turun Tjg Pengelih. Dia sebagai PR konpem2 tak dapat cuti sebab kena jadi fotografer. Nak weekend 25hb dia plak duty pangkalan. Dia nak mintak cuti selalu, risau plak sebab 5hb yang dia start kursus tu patutnya dia duty, tapi dia takde sebab kursus. Nanti asyik takde je, orang2 lama kat pangkalan bising plak sedangkan dia orang baru. Keputusan tak berapa nak akhir before kitorang balik KL 4hb tu, encik hubby kata dia cuba cuti awal Julai (masa tu aku dah masuk 36 minggu = 9 bulan). Memula aku macam... "errr..tak lewat sangat ke nak balik? Kalo sakit nak TERberanak masa atas jalan ondaway balik KL tu, nak singgah hospital mana kan? Dahla perjalanan 6 jam beb!" Tapi ku buat2 tak kisah je sebab masa tu pikir, huhu...ritu dahla kesian encik hubby kena tinggal 2 minggu, la ni takkan nak tinggal lelama jugak kan?

Bila balik je KL, borak2 ngan Ibu, Ibu bising sebab takkan nak balik masa baby dah masuk 9 bulan. Perjalanan jauh, bukannye dekat. Ape2 berlaku atas jalan, kita tak tau. Bila pikir2 balik, memang betul pon... awal2 masa encik hubby bagitau dia tak bleh nak amek cuti 18hb tu and terpaksa lewatkan balik KL pon aku da terpikir macam Ibu pikir tapi aku asyik menafikan je... And then masa baca entry Yun pasal Doktor Zarul tak bagi dia travel jauh2 bila dah masuk 8 bulan ni, aku dah mula tak sedap hati.

Last2 aku buat keputusan nak stay je terus kat KL sampai bersalin. It means, aku terpaksa berjauhan ngan encik hubby lagi sekali, untuk satu jangka masa yang sangat2 lama~~ Bincang punya bincang ngan encik hubby pasal benda yang sama, dia pon terpikir jugak akhirnya... Dia pon dok tanya orang2 senior yang ada pengalaman handle isteri mengandung ni (orang2 senior yang sama2 kursus ngan dia kat PD tu ye kawan2), dorang tak sarankan untuk perjalanan jauh ni. Pasrah la encik hubby terpaksa meninggalkan aku kat KL sampai aku bersalin. Tu baru nak tunggu bersalin. Belum lagi time pantang. Haishhh... lama bebenor weyh~~ Decision aku ni pon belum final lagi. Hari2 pikir benda yang sama. Kalo encik hubby dapat cuti weekend 25hb tu, konpem aku balik Johor ikut dia. Tapi sebab dia pon tak konpem dapat cuti ke tak... tu yang buat aku pon 50-50% sekarang ni :((

Tapi, kalo dia dapat cuti weekend sekalipon on 25th tu, kesian kat encik hubby kena drive jauh lagi sekali, kan?


p/s: Bencinya nak berjauhan ngan encik hubby!! tak suka, tak suka!!!!! :(

Friday, May 27, 2011

Lawatan ke rumah

Morning peeps and assalamualaikum semua~~ :)

Hish, line internet dari semalam tak berapa nak clear la. Apesal ntah. Bar punya la superb tapi bila nak bukak FB, connection out. Same like blogspot.

Benti mengarut Nanie! ;P hehe...

Pagi ni nak citer pasal nurse dari RSAT datang buat lawatan ke rumah hari Selasa yang lepas. Best siot dorang siap datang2 rumah :D Ye la, kalo kat KL kan ramai orang, so sila la bawak punggung sendiri datang klinik ok? hehe...

I remembered last week hari Khames, pagi tu kan aku dah melepak kat rumah kuarters sebabkan ular sengal tu masuk rumah semalamnya. Ada nurse dari KK Pengerang tepon aku. Dia tanya aku ada kat rumah ke tak since kalo aku ada, dia nak datang jenguk aku. And I was like... 'eh, bagusnya dorang ni nak datang ke rumah?'. Tapi aku cakap la yang aku takde kat rumah masa tu and aku nak berpindah masuk ke dalam pangkalan dah.

And then Selasa baru2 ni, nurse dari RSAT plak tepon, they've been asking the same thing, sama ada aku dah berpindah masuk dalam pangkalan ke, dan kalo dah, dorang nak datang jenguk aku. Dan datang la dorang ke rumah aku petang Selasa tu.

Dua orang nurse datang, sorang yang attend aku masa first time aku datang RSAT (sangat baik nurse yang sorang ni) dan sorang lagi yang pot pet kat aku pasal BP aku sambil citer pengalaman dia mengandung anak pertama time dia kena darah tinggi tu. Hoho...

Nurse tu cakapla, dorang buat lawatan ke rumah untuk ibu mengandung yang ada possibility dan yang ada risiko diabetes ngan darah tinggi ni. And I am included dalam list dorang. Huhu :( Aku ingatkan dorang datang sekadar nak check BP je, rupanya fully check macam kalo datang ke RSAT untuk check monthly tolak check darah je.

Ujian urin ok normal (alhamdulillah), BP aku 128/70 (sister tu kata aku ni systolic sebab bacaan bawah aku rendah je), and heartbeat baby pon alhamdulillah ok (hah, siap dorang bawak lagi benda alah nak check heartbeat baby tu tau).

Alhamdulillah semua ok. Even pulse rate aku pon ok tak macam kalo aku pi RSAT sampai dorang tanya nape pulse rate aku tinggi. Hehe...aku memang ada history tak suka ke klinik even dari kecik. Kalo aku demam, ugut je nak bawak pi klinik, konpem demam trus kebah. See, how much I loathe clinic. Tapi bila dah preggy ni, encik hubby memang desak aku ke klinik kalo demam or sakit sikit je. Mau tak mau, memang kena heret punyalah.


p/s: Next week Selasa check up monthly plak. 8 bulan yo!

Wednesday, May 25, 2011

Braxton Hicks Contractions

Hooo yeahh... Morning y'all! :D

Eh kejap, assalamualaikum~ hikhik :)


Dalam entry Yun yang sama pasal CGB tu, ada gak Yun citer pasal perut mengeras tu kan? Yes, aku pon dah start gak rasa sket2 since last week kalo tak silap. Tapi masa pi RSAT, takde plak aku terpikir nak tanya kat nurse2 yang attend aku sebabnya masa tu appointment aku kat RSAT hanya untuk check BP. And bila bacaan BP pon cam hampeh, lagi la rasa down malas nak pikir ape2. Semalam tetibe mood nak reread semula entry Yun tu and baca semua komen, barula aku tau ape kebendanya perut 'mengeras' tu.

Kebetulan plak, semalam tengahari, nurse kat RSAT tepon aku, dorang nak datang buat lawatan rumah. LAWATAN ke RUMAH ok?? hehe :)) Part yang ni nanti aku citer later ye. Masa nurse2 tu datang, time tu aku tanya dorang pasal perut 'mengeras' ni sebab curious jugak bila baca entry Yun, Dr. Zarul siap nak bagi ubat jangan bagi mengeras tuh.

They said, it is a Braxton Hicks Contraction. Contraction dengan cara perut mengeras tapi bukan disekalikan dengan sakit. Sekadar mengeras for a few seconds pastu hilang trus. Time pregnant nak masuk 8bulan ni memang biasa keadaan ni berlaku. Kata nurse tu lagi, bukan baby yang mengeras tapi rahim kita yang tengah prektis2 mengecut untuk real contraction for labour. Tengah prektis je ok. Tapi, bila dah datang sekali ngan sakit tu, itu yang bahaya sebab kalo baru masuk 8 bulan dah kena macam tu, it means tanda2 awal bersalin. Ye ar, kalo 8 bulan dah sakit2, kan baby tengah tak cukup bulan nak bersalin pon... mintak dijauhkan dari kita2 ni ye. Semoga baby aku + baby m2b yang len cukup term. Amin~~

Sakit yang dimaksudkan tu ialah sakit yang bermula daripada atas rahim (near your chest), turun ke bawah dibawa ke sakit2 bahagian belakang (pinggang) dan seterusnya sakit kat ari-ari. Orang kata macam sakit senggugut.

I've been reading this books by Dr. Miriam Stoppard free by FRISO Mum Gold masa awal2 aku minum FRISO dulu. She said;

"Braxton Hicks contraction is happened when your uterus practises for the strong contractions needed in labour with weak, irregular contractions. Most women feel these during the last few months. If you place your hand on your abdomen, you may feel a hardening and tightening of your uterus which lasts for approximately 25seconds. Unlike real labour contractions, these usually painless, although some women find it uncomfortable. If you do feel any discomfort, sit down quietly until the feeling eases. You may find you get more and stronger Braxton Hicks contractions as real labour approaches. This is your body's way of preparing the cervix to dilate and increasing the circulation of blood to the placenta.

When you feel a run of Braxton Hicks, practice the relaxation techniques you're going to use during labour; the tightening and relaxing of your uterus will give you a good idea of how a contraction feels as is waxes, and then wanes."


Jadinya, kalo rasa mengeras kat perut tu, bukan baby yang mengeras ye kawan2... hehe :) Minded kita memang akan pikir yang baby tu mengeras, but noooo... Itu rahim yang mengecut. Sebab bila rahim mengecut, rahim tu menolak baby keluar (when the real labour is happening).

As in my case plak, nurse tu kata kalo la aku kena Braxton Hicks yang kuat, datang je RSAT, dia akan check urin aku. Sebab my possibility to have darah tinggi kan quite big, so, nurse kata, if kencing kotor pon boleh menyebabkan berlaku pengerasan yang kerap jugak. Same macam kita mengalami keluarnya keputihan yang sampai gatal2 tu. Alhamdulillah, setakat ni urin aku normal, keputihan pon takde.


p/s: Selesai! Jom kita kongsi2 lagi yeahhh~~

Tuesday, May 24, 2011

review BP yang hampehhh...

Last Friday aku ada review BP by Dr kat RSAT ni.

Ye la, 2 malam tak tido sebab ular masuk rumah tu buatkan aku restless. Like seriously restless. Pagi nak check BP terakhir tu aku bangun extra awal sebab mata memang dah tak bleh nak pejam. Sebelum subuh aku dah buat cekodok ikan bilis.

Encik hubby bangun kul 6 lebih dah bising kat aku cakap nanti BP mesti naik lagi sebab aku tak rest. Tapi nak buat camne, memang tak bleh nak tido. Hati ni rasa tak best.

Jadinya, pagi tu bila check BP, ye, memang BP aku naik semula. Nurse dah tanya nape BP aku naik. Mana la aku tau sebab ape secara klinikalnya. Aku kata je la aku penat. Last2 daripada boleh jumpa Dr trus untuk review, aku kena check perut plak. Hmmm...

Nurse check perut aku tu friendly sket. Dia tanya nape BP aku naik, penat ke? So aku citer la dah 2 malam aku tak bleh nak tido sebab ular masuk rumah. Dia bebel2 sket sebab ada je kes kena Pre-Eclampsia (PE) tu tak takde simptom. The symptoms are like rasa nak muntah, pedih ulu hati, pandangan jadi kabur and pening2 kepala. None of the symptoms are occured to me at all. So aku kena alert. Nurse tu check perut aku nak dengar heartbeat baby whether ok ke tak. Masa nurse tu check perut aku, si kecik dalam perut ni tak suka rasanya. Asyik la dok tendang2 alat ultrasound tu. Haha ;D Nurse tu pon gelak kata baby aku ni marah kat dia ;D

After that baru jumpa Dr. Dahla Dr lelaki kot, aku ni tak selesa sangat ngan Dr lelaki. Nasib baiklah encik hubby boleh masuk sekali. Dr tu kata aku nyer BP ok, sebab kalo nak tau kita ni dah ditahap ada darah tinggi ke tak, bacaan atas BP kita adalah dalam bacaan 30 dari baseline awal kita. Bacaan bawah plak 15 dari baseline awal kita. Bacaan awal aku masa first time check dulu2 118/70. So, kalo bacaan BP aku dah sampai tahap 148/85, kiranya aku dah dikategorikan sebagai ada darah tinggi.

Bacaan aku yang terakhir tu 140/80 (I blame the snakes though!). Huhu...dah nak border jugak... Ya Allah, risau aku. Dr tu hanya nasihatkan aku, kalo ada ape2 simptom, trus datang RSAT, jangan tunggu2 dah.

And guess what? Nurse tu swuh aku minum air gula kali ketiga tau! LAGI?? Adehhh... ikutkan je la. MGTT tu should be done between 32 to 34th weeks nanti. MGTT ke? Ntah2 buat BSP plak kali ni :( Another 2 weeks kot before minum air gula tuh sebab dorang tak bagi exact date or exact week untuk buat test tuh.

And before balik, ada sorang nurse ni, maybe dia antara yang senior kot dalam ramai2 tu sebab baju dia warna biru pekat. Yang lain pakai biru cair. Dia plak yang bebel lebih dari Dr pasal BP aku. Dia kata la aku kena aware sekarang ni. Sakit kepala je bahagian dahi, bahagian belakang area leher tu datang cepat ke RSAT. Sebab hospital terdekat pon dah 120km jauhnya. Dia kata kalo setakat dari mata kasar tak nampak ape2, tapi aku yang rasa sendiri. Tu yang dia mintak sangat2 kat aku supaya sentiasa alert dengan keadaan diri sendiri. Sebabnya, bila dah kena darah tinggi masa preggy ni, chances are: Ibu boleh kena sawan, anak dalam perut boleh mati...Ya Allah, jauhkanlah dari aku. Nauzubillah.

Bukan niat dia nak buat aku takut. Tapi sebab dia cakap dan bercerita atas dasar pengalaman dia. Nurse tu kurus keding je but who knew dia boleh kena darah tinggi masa mengandungkan anak pertama dia. Dia pon tak sure kenapa masa anak pertama je, tapi mungkin disebabkan oleh perubahan hormon ibu mengandung yang berubah2. Mengandung anak pertama memang itu risikonya tak macam mengandungkan anak kedua. Dia cerita lagi yang kaki dia punyala bengkak, dari pakai kasut saiz 5, masa mengandung, datang keje pakai selipar je sebab kaki dia membengkak sampai muat selipar saiz 9. BP dia toksah cakap la, 140/90 ke 140/100. Memang teruk masa tu.

Dia bersalin awal dari due dia. Citernya masa tu dia dah pening kepala, datang RSAT, Dr trus hantar dia ke Hospital dari KDSI ni, emergency. Sticker pon dah bukan kuning lagi, trus jadi merah! Sampai2 hospital (yang sangat jauh tu), dia bagitau nurse dia nak nampak 'bintang2' dah, pandangan kabur. Laju je dorang tolak dia ke labour room padahal masa tu ramai lagi pesakit lain. Dia diutamakan. Masa kat wad tu, segala mak datuk wayar tiub dicucuk kat dia, dia pon dah tak sedar ape, sempat la dari kena sawan. And by the time dia bersalin, memang dia tak sedar ape.

Dia ingatkan aku satu je >> dalam kes2 macam ni, kalo boleh Dr akan cuba selamatkan kedua2 nya. Tapi, dalam keadaan kecemasan, Ibu yang jadi keutamaan.

Masa nurse tu citer kat aku, mata ni dah berair sikit. Sedih weyh...

Semuanya... what if, what if...


Tapi aku taklah menitik air mata kat situ. Dah la ramai orang kot? hihi :)


p/s: Trying not to stress myself out over the pregnancy tapi kekadang tu memang stress. Nak cuba tak penat pon tak boleh sebab aku bukan reti nak dok diam. Makan pon aku dah sangat2 jaga dah rasanya sekarang ni. So, it's not a matter of what I eat though. So how?