Showing posts with label lovE. Show all posts
Showing posts with label lovE. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Happy 1st Anniversary, Ayg!

Ehem... Bismillahirrahmanirrahim~





17/07 marked the day when he said, 'Aku terima nikahnya...'.


17/07 marked the day when we promised each other, that we will love forever.



Walaupun encik hubby tak pandai English macam saya (aisehhh perasannnn), tapi dia tetap hero saya.



Walaupun dia tak pandu kereta sport macam boypren2 orang lain, kereta Wira ekzos berdeshupp pon saya terima saja (janji dah dapat anak nanti nak tukar ekzos kan, Ayg? heee)





Bunga pertama pemberian si buah hati, now is encik hubby la :)






Walaupun kami hidup sederhana je, Alhamdulillah Allah cukupkan segala keperluan kami dan InsyaAllah bila kita bertiga, berempat, berlima dan seterusnya juga.



Walaupun dia tak pernah bawak saya makan tempat mahal2 dan vogue2 macam orang lain, makan kat kedai tepi jalan jual Sup Ekor atau Nasi Goreng Kerabu yang best pon dah cukup bagi saya.





Gambar pertama kami. Encik hubby seorang yang sgt2 pemalu nak amek gmbr ngan saya dulu2 ;P





Walaupun dia selalu komplen perut dia semakin bulat setiap hari, tapi dia tetap habiskan nasi dan lauk yang aku masak.



Walaupun aku masak tak la sesedap Mak dia masak, tapi dia bantai makan sampai lichinnn pinggan mangkuk tu semua.





Hari dimana encik hubby melamar saya ngan cincin emas di Taman Orkid, KL. Terkujat den!






Walaupun aku kata tak payahla nak susahkan diri teman aku pi check up di klinik setiap bulan, tetap dia kata, 'Takpe, selagi Ayg mampu teman Syg, Ayg akan temankan'.



Walaupun dia suka buat aku geramkan dia sampai rasa nak geget2 je telinga dia tu, tapi dia tetap penghibur hatiku setiap masa.


17/07/10 - Hari dimana saya sah menjadi isteri kepada Encik Qhohar Mahamat ♥


Walaupun tiap2 masa aku mengadap muka dia kat rumah (kecuali time dia pegi kerja), setiap masa tetap aku rindukan dia.



Walaupun dia pernah komen side baju keje dia tak tajam, aku tetap usahakan supaya side lengan baju dia tajam biar orang yang berbaris sebelah dia luka kena baju dia ;P





Outdoor kat JJ Au2 - outdoor yang indoor sebab hujan lebat dari lepas habis majlis resepsi sampaila ke malam :(





Walaupun aku tak suka makan segala lauk berasaskan masak lemak (kecuali masak lemak nenas ikan masin), aku tetap belajar masak lauk2 camtu untuk dia.



Walaupun aku selalu je mengemas rumah sensorang, tapi bila datang mood baik dia yang super dooper baik tu, dia akan tolong kemaskan mengalahkan aku.





Saya jadi minah rempit yang berjaya disebabkan encik hubby saya ni. Pi honeymoon kat Cameron Highland dengan menunggang motor! Backpacker giler kental! ;D



Gambar pertama ngan encik hubby yang berbaju putih TLDM yang buat saya cair macam coklat ;)) hehe







Ayg, Selamat Hari Ulangtahun pertama kita!! :))

Sayang harapkan semoga perkahwinan kita ini kekal hingga akhir hayat; semoga kita sama2 dapat harungi pahit manis kehidupan berkeluarga kita ini dengan penuh sabar dan toleransi; semoga perasaan saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan memberi ruang untuk belajar tentang diri masing2 takkan pernah pudar selama kita bergelar suami-isteri ni...





Sayang cintakan Ayang sorang, InsyaAllah tiada yang kedua atau ketiga... Amin~~


.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥..♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.♥.

Monday, June 20, 2011

Bila encik hubby kata...

... dia rindu nak makan masakan aku...


Waaa..... ni yang rasa nak terbang ke Johor sekarang jugak! :(

Truth to be told, bila dia ade depan mata, nak masak pon malas je. Sebab tu bila duk ngan dia, dia jenis makan berat sekali je sehari dan aku pon terikut2. Even time preggy ni. Tapi, ajaibnye, berat sangat2 senang nak naik jugak walaupon malas nak makan.

Tapi, bila dah dok berjauhan ni... rasa rindu sangat2 nak masak untuk dia. Rindu kat dia toksah cakap la...Tapi rindu nak memasak untuk dia tu, yang tu agak pelik. hehe... mungkin sebab bila aku tanya dia, 'hari ni makan ape?', dia akan jawab 'masak nasi satu pot, ikan goreng ngan buat sambal belacan'. Weyh, sape tak sedih weyhh??

Even kalo aku ada pon, memang simple2 je lauk aku. Takde la masak lauk macam nak bukak kedai tu. Tapi, at least aku yang masak, aku tau dia akan makan. Dan bukan lauk yang sama tiap2 hari.

Ni aku dah nekad, bila2 dia balik nanti nak hantar baju2 sket, aku nak masakkan stok lauk untuk dia bawak balik Johor nanti. Tak kira jugak. Tapi, of course la lauk2 yang takde santan, yang bleh bertahan dalam perjalanan selama 6 jam tu...


p/s: Sayangkan suami, sanggup ni nak masakkan stok untuk dia. Takde aku kat Johor sampai habis pantang nanti, silap2 terus selim melim plak suami aku ni tak cukup makan.

Saturday, June 18, 2011

ayat2 geli zaman bercinta

Sape ade dgr radio Era hari Khamis lepas, siaran pagi2?

Topik pagi tu ayat2 geli zaman bercinta. Tak semenggah la Pak Nil siap bacakan ayat2 puitis yang kalo orang2 berhati rock macam aku ni dengar, memang terjuih bibir atau geli anak tekak sampai batuk2 keluar kahak. Hahaha ;D

Aku sempat dengar sikit je before aku keluar kereta nak pi check up 34 minggu kat KK masa tu. Dapat la dengar dua cerita.

Conclusionnya, aku rasa sekarang ni bebudak yang bercinta pon dah sangat2 open. I mean, budak2 muda yang lagi muda dari umur aku ni. Kecik2 zaman sekolah dah panggil bf atau gf dorang ngan gelaran Mama-Papa la... Padahal belum kawen lagi. Secara logiknya, even orang dah kawen pon tak panggil spouse dorang ngan panggilan tu kan? Maybe ade tapi kebanyakkan nya panggil dalam blog or dalam sms.

I have this one friend, even da kawen pon masih panggil 'I', 'you'. Time bercinta pon panggilan tu jugak, dah kawen pon sama. Menten... But, too western rasanya. Aku plak masa awal2, konon2 nak try bahasakan diri dia 'Abang' tapi last2 aku yang tak reti nak panggil dia ngan panggilan tu. Sebab sebaya kot??? hahaha... and before bertunang, kitorang terus tukar ke panggilan 'Ayg' dan 'Syg'. Lekat la sampai sekarang :) And sometimes 'manjee' (ok, sila muntah darah ye).

So, time2 korang bercinta dulu, ada bagi ayat geli geleman kat bf korang tak? Hehe ;D

As for me, yang mula2 bagi ayat jiwang karat tahap besi kimpal tu, as usual, encik hubby la ;D Aku layankan je.. try nak buat ayat agak2 jiwang mesti tak bleh. Dari nak jiwang2, trus jadi ayat macam poyo last2 bila baca semula aku dah gelak sakan ;P

Ingat lagi Abah pernah tanya kat aku, husband aku ni pernah marah aku tak? Sebab Abah aku tengok encik hubby aku tu mcm jenis 'slow' je walaupon bila dia berborak ngan Abah. hahaha... Seriously, tak pernah. Not even once. Sebab bila dia marah, dia akan senyap and cool sendiri. I am a lucky wife la sebab dia pon tak pernah naik suara kat aku.

Kalo ayat2 jiwang plak, he's a sms person. Kalo face to face, takdenye ayat2 jiwang ni. Aku rasa kalo dia cakap ayat jiwang depan aku, konpem aku gelak guling2 atas lantai kot? haha ;D Setakat buat gaya manje lentok2 tu aku ok je (hah, jgn nak membayangkan aku manje plak), jangan swuh aku cakap sudah. Terus terlentok tido adelah ;P


p/s: Ape daa entry hari ni... macam tak masuk tajuk. pedulik! ;D

Sunday, May 8, 2011

Happy MOther's Day!

Pagi2 tadi dah wish kat Ibu aku :)

Takde ape yang special pon. Biasa2 aje...lagipun, for me, everyday pon Mother's Day. Bukannya every sambutan Mother's Day je kita kena hargai mak kita kan? :)

Perasaan jadi Ibu? Belum tau lagi sebab baby pon belum keluar menjenguk dunia. But, despite the craziness melayan telatah anak2 yang kadang2 sengal je lebih, kadang2 nakal tu... sape yang tak sayang anak, rite? Macamana pon, sape kata senang nak jadi Ibu ni? Susah weyh... dari kecik nak bagi didikan (paling penting didikan agama) sampai la dia mendengar kata tu... fuhh... satu amanah dari Tuhan yang sangat2 besar.

Ok, takmau citer lebih2... Silap plak karang ;)

Owh ye... tadi encik hubby tepon. He wished me Happy Mother's Day!

Ade ke dia panggil aku 'IBU'? Aisehhhh...

But, I am thankful that I had such a nice hubby yang selalu ada time2 aku perlukan dia. Yang paling penting, his moral support :)



p/s: Takde plak Selamat Hari Suami or Selamat Hari Isteri kan? hehe... Owh, thanks Liyanaroxx for Mother's Day wish tuh! For any mommies, mommy to be out there, HAPPY MOTHER's DAY!! :))

Saturday, May 7, 2011

7 hari tanpa suami disisi

Uhuuu...tajuk macam hampeh je kan?

Padahal suam2 kuku je citer nak kongsi ni. Sila jangan terpengaruh ngan tajuk :P

Owh ye, last Saturday around time ni jugak, my encik hubby tengah sibuk dalam lori askar mengatur barang2 yang super banyak tuh. And I was hanging around with my hubby colleague's wife dekat tepi lori, berborak tak ingat sebab pasni dah tak jumpa dia dah (ye la, of course this whole 2 weeks memang takkan jumpa Zura tu since aku tak ronda area kuarters lama dah).

Pukul 11.50pg dorang dah bergerak ke Johor. And I was left behind. Uhuk uhuk...sedih la weyh... Sebab tau dah yang 2 minggu tak akan dapat jumpa dia. Bangun pagi pon tak dapat telek muka dia :( Salunya pagi2 bila bunyi alarm je, dia kejut aku bangun (bukan tak reti bangun sendiri ok, tapi saje tunggu dia gerak2 aku swuh bangun. hehe. mestilah mengade2 sket). Nasib baik la pagi tu masa dia nak balik ke kuarters (the nite before, tido rumah Ibu sebab barang2 kat umah kuarters tu dah kemas semua and umah pon berhabuk), sempat aku peluk2 dia dulu buat drama air mata. huuuu... emosi habes! =(

Today, marked the 7th day... Hish...rindu benor ler kat encik hubby :( Say what you wanna say. I know other wifey pon ada je hubby yang salu outstation berminggu2 tapi rilek je kan? Tapi saya baru je berjauhan ngan dia kali ni. Jauh kottt sebab dia kat Johor, aku kat KL ni. 430km away :( Pagi, petang dan malam bertepon, dah macam back to zaman bercinta je, hehe :) Rindu punya pasal...

Tapi, bila dipikir2 balik, ada je wifey yang tiap2 minggu hubby pi sailing (kes2 navy wife ni). Aku ni alhamdulillah selamat encik hubby keje bahagian admin je. Cuma kali ni terpaksa berjauhan sekejap. So, I should be thankful...kan? Huuu...sabor je la...


p/s: Lagi seminggu je...aish, cepat la sket kawen Tiqah...aku nak balik Johor peluk encik hubby aku ni ;)

Wednesday, March 16, 2011

what love is... II

Siapa kata kita perlu bercinta bertahun2 untuk sedar kita sebenarnya dah berjumpa ngan soulmate kita sendiri?

Persoalan ni memang takkan ada sape yang boleh jawab - hanya Dia yang tau jawapannya kan?

Petang ni baru dapat berita yang sangat mengujakan hati, jiwa dan perasaan aku. hehe...tak la, bukan aku yang buat berita tu.. ni from my fren's side jugak. Tup2 dengar nak bertunang bulan 6 ni and insyaAllah the big day will take place somewhere in December. All will take action this year jugak. Who knows kan?

She's one of my dearest fren jugak. One of my heart and soul, the one that I often meet but she's always in my heart by all means pon.

End of last year masa meet up ramai2, memang dia belum berpunya. Owh, wait... hati dia dah dicuri oleh somebody tapi mamat tu tak tau and my fren ni macam pungguk rindukan bulan. She always asked me for my opinion; should she stay or shouldn't stay at all since that mamat sangat2 baik ngan dia (macam bestfren) tapi ramai kawan perempuan and my fren ni macam jadi tempat mamat tu mengadu hal2 cinta dia. So she ended up banyak kali makan hati berulam jantung. That guy biasa2 je, takde la handsome sangat pon compare to my dearest fren ni yang sangat lawa ok!? Putih, lawa, baik hati, semuanya lah ada pada dia, orang kata pakej dia merangkumi semua :) *Sweet kan aku tolong angkat bakul untuk my fren? hahaha. But. it's the truth and nothing but the truth :)*

And yet, bila dah cukup pakej pon, she still tak jumpa ngan the Mr.Right. Erm, ada yang cuba dekati, tapi tak berjaya sebab masa tu hati my dearest ni dah dicuri. And orang yang nak cuba rapat ngan dia tu pon aku kenal, pernah gak mamat tu mesej ngan aku tanya pendapat aku pasal my dearest ni. Tapi, cerita yang tak sempat jadi cinta tu akhirnya putus juga bila dat guy terpaksa angkat bendera putih sebab my fren ni memang reject dia habis2an. Dalam pada masa yang sama, ada la nak dekat 5-6 orang nak masuk line. But, I tell you, it won't work sebab dalam kepala otak my fren ni, dalam hati dia, memang ada satu mamat tu je yang dia aim. Bias habis masa tu ;P

Tu yang tiba2 bila dia kata dia nak tunang, aku ingatkan ngan mamat no.1 dalam hati dia tu. *owh, bukan dia yang kata, but I figured it out by myself dengan menggunakan my instinct yang super duper power kuat sekarang ni. hahahaha ;D Buat serkap jarang ke dia!* jangan main2 ngan instinct mommy-to-be ni ;)) Ok, back to the story. Oh yeah, bukan ngan mamat terunggul tu. But with someone new, someone yang dia baru kenal early this year. Sape yang tau kisah aku ngan encik hubby, tau la kisah cinta aku pon bukan mengambil masa bertahun2 untuk disemai. It comes naturally bak kata Selena Gomez ;P My dearest ni plak, tak sampai setahun trus nak kawen dah. Lagi advanced dari aku! ;D Aura katanya ;P

See? Betapa hebat Allah ciptakan cinta itu untuk hamba-Nya kan? Tak perlukan tahun untuk semaikan perasaan kasih dalam setiap diri hamba-Nya dan Dia tak perlukan seminit untuk menutup pintu hati hamba-Nya juga.

Siapa sangka my dearest fren ni will ended up with someone yang dia kenal hanya untuk beberapa bulan? Sedangkan yang dah cuba dekati dia, mengambil masa yang cukup lama dari bulan2 tu. jodoh pertemuan takde sape yang tau, takde sape dapat duga. Sometimes it comes when we less expecting it.

Alhamdulillah, I am indeed happy for her and I always pray the best for my dearest fren. When it comes to love, we have to support each other, no matter what. Sebabnya, they did the same for us when we need the support the most.


p/s: Never say bad things about love for love is something beautiful when we're in it.
Try to embrace every moment of the relationship for it never comes cheap and for it never happen twice.

Wednesday, February 23, 2011

(20) My Future With...

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in future.

I see myself marrying this guy from the moment I met him, nearly 2 years ago ♥


I ♥ you Ayang...

Yesterday,
Today,
Tomorrow...

And InsyaAllah forever;
Till death do us apart.


p/s: Action speaks louder than words.

Monday, January 17, 2011

what love is...

After been married for quite some time, I learn what love is. And it is something that we learn in everyday basis, in and out of your life, and sometimes through readings. And trust me, it is.

"You don't know what love is. You don't have any f***ing idea. You think it's Valentine's Day, and weekends in Italy. You think it's drinking champagne in some expensive restaurant and being bought stupid bloody underwear. But that's just trimmings. The decorations. They're just gestures. Without trust, and respect, and kindness, they don't mean shit. I thought love is about caring about someone day in and day out, about being there when it's f***ing amazing, and still wanting to be there when it feels like crap. I thought it was about forever."

'Calling Romeo' by Alexandra Potter


Hoyehhh...that's right... love is not about money. Love is not about how many gestures we get. Love is about being there for the one we love, through thick and thin. Love is about being yourself and accept your other half just the way one accept us. Love is... learning to have it enough.

Thursday, November 11, 2010

another 1 day left

Erkk, semalam dah membebel dalam blog ni sebab malas nak baca nota untuk exam dis coming saturday kan?

Haaa..alkisahnya, semalam pas je aku mengarut tak sudah kat blog, aku sms encik hubby. Cenggini la ayat sms aku pada dia:

"Ayg!! Tolong syg!! Syg mals sangat nak baca buku ni. Camane? Huhuhu"

Ayat tak boleh blah... sila abaikan ;P

Dan dan je trus encik hubby tepon aku.

Encik Hubby: Assalamualaikum syg..

Aku: Waalaikumussalam ayg..

EH: Syg malas nak baca buku2 tu? Camana ni, exam Sabtu ni kan... jangan la malas2. Memang la exam dulu tu dah baca buku, tapi mesti ada lupa2 kan... Syg baca ye?? Nanti ayg bagi upah cakoi ;)

A: Cakoi?

EH: Ha'ah, cakoi makcik AU2 tu. Sedap kan? Lembut, gebu, syg kan suka ;) Syg baca buku ye?

A: Ehehe... syg boleh je tipu ayg kata syg dah baca buku ;P

EH: Eyhhh... kena ikhlas kannn...

A: Hukhuk... tau, tapi syg malas sangat... Tak tau nape ;(

EH: Ok, syg takyah masak hari ni ye. Syg pi baca buku ok?

A: Mana boleh... nanti ayg nak balik makan syg tak masak ape2 plak :(

EH: Takpe, syg takyah masak, nanti ayg belik KFC ok??

A: (Terasa seperti ada sinar) Iye?? Ok2... Yeyey ayg nak belik KFC :D

EH: Ni nak ayg beli sekali ngan yang ada nasi atau...

A: Eh, takpe, nasi biar syg masak. Ayg beli ayam je ok :))

EH: Ok, nanti ayg balik ayg beli KFC ye. Syg jangan lupa baca buku tau.

A: Ok ayg... hehe, terima kasih..


Sila marah aku cepat2. Hahahah ;D Teruk betul aku ni kena disogok macam tu baru la nak bergerak sket baca buku. Kalo tidak, ketepi-ketepi wahai buku untuk exam ;P Aku ni memang jenis kena dimotivasikan secara ekstrinsik bila datang bab2 baca buku nota ni. Kalo novel, laju2 aku baca eheh~~

So, tengahari semalam aku pon buatla nasi ayam ala2 nasi ayam KFC tuh untuk dimakan bersama ayam goreng atok janggut putih :)) Berselera encik hubby makan sampai sendat baju uniform dia ;D Agagagga ;D

Nasi ayam yang aku masak. Nyum2 shedap weyhhh (sila angkat bakul sendiri)

The famous recipe of atok janggut putih :D

p/s: Dengan jayanya aku pon membaca buku2 yang ada sebelum encik hubby balik makan tengahari and lepas dia balik ofis semula. Baca sampai tertido2 and malam tadi pon baca jugak b4 tido ditemani oleh enck hubby. Love you ayg!! :D

Wednesday, November 3, 2010

jogging bersama tersayang :)

The title says it all :)

Pi jogging Jumaat lepas ngan encik hubby kat Taman Tasik Ampang Hilir (dekat2 Tesco Ampang tuh).

We used to date kat sana dulu and pernah terkantoi ngan kakak ipar kepada Kak Lin. Ehem!! Dulu datang nak berdating. La ni, datang untuk menguruskan bahagian badan yang diternak selepas berkawen ni. hahah ;D Lagi2 aku ni ha yang ada problem metabolic rate rendah. Ntah bila nak dapat high metabolic rate nyer...Bluwekkk ;P Aktif pon cam gini badan, bek takyah aktif kan? Hampeh!

Takpe, takpe, semangat nak kurus masih ada. Sebab encik hubby dah naik 10kg after 2 bulan kawen. Aku? Takmau timbang. Aci tak? Aci larhhhh... yang penting nak kurangkan makan sket. Ye Nanie, kena kurangkan makan. Cuba jadi macam 2 tahun lepas, stress naik turun tangga umah sewa lama yang kat tingkat 4 tu setiap hari, sebulan dapat turun 10kg. Ni macamana nak turunkan dat extra 10kilos tu? Aku pon tak tau. By hook or by crook, I need to. Walaupon dat 10kilos yang aku turunkan dulu tu takde la kurus mana pon aku ni, but I look nice. Keh, angkat bakul lagi. No, like seriously. I know I look better than before aku kurus sket tuh.

Berbalik kepada citer jogging kami tu, di hitung2 sepanjang track jogging tu, adala 100m je yang aku jogging kot? Sebab macam malu2 kot dengan tak pakai tight singlet underneath, rasa macam bergegar dunia. Hahahhaa ;D Owh, you know what I mean. Jadinya berjalan2 saja selebihnya. Encik hubby pon semput padahal sebelum kawen, jogging tu memang faveret dia, memang champion! La ni, kena start from zero lah gamaknya. Tu la...sape swuh asyik2 beli petai, kan dah naik 10kg. Sape nak tolong buangkan extra baggage tu? Sendiri punya hal ;D

Alkisah yang len pulak, encik hubby belikan kasut jogging baru untuk aku. Teman dia jogging. So, last Friday tu kali pertama la kami ada jogging-date bersama selepas 3 bulan berkawen :)) Weheee~~ Dari sebelum kawen, encik hubby buat permintaan ni kat aku. So, this is it :)

Pasni boleh dah buat cinta jogging plak ;)


p/s: Hmm...pasni plan nak panjat tangga Batu Caves akan aku pastikan tercapai jugak. Nak buat the biggest luzer jugak :)

Friday, October 29, 2010

tic tac toe

I got it from Cik F@nna's blog. It says >>


Yep, it is true. And that's what I feels right now. I missed my BFF, so much. I missed them so much, it hurts deep in my heart :( Not that I don't missed my family; dorang sentiasa aku ingat, dan rindukan. And they knew it. Konon je aku ni nampak anak yang tabah, hardcore punya kakak, tapi every now and then pon, aku masih rindukan saat single bila mana aku ada kat umah bleh tolong2 Ibu, kena bebel ngan Ibu, berborak mengarut2 ngan Abah sampai bab kereta, bawak Ellie pi tengok movie and layan dia pi Popular Bookstore. Tapi, sekarang ni bukan pasal tu. Ni nak citer pasal my other lifeline, my BFF, my super dooper power rangers, my sisters.

Kira dah lama tak buat dedication kat sini. Last time was before I'm married kot. Owh, that was a loooongg time ago. There are people that are close to me and it seems like they're like my extended family members. Aku tak ramai kawan but yang ada tu, I'll try my best to be the best for you guys, just the way you were to me :)

I missed >>

Cik Liyanaroxx a.k.a Ana!!!! (sila buat gaya suara nyaring sambil jerit nama mokcik nih. ahahaha)


Nanie rindu giler kat Ana tau tak. Giler nak pi balik bola boling dan lawan sape baling bola paling senget sampai masuk parit. I missed those memories back in form 5, balik sekolah je pi lepas gian men bowling sampai 10 games. Gile ke apo?? Padahal tak sedar diri masa tu dah nak dekat SPM ;P I missed a moment where we went for karaokeing kat JJ Au2, melalak tak hengat, a few weeks before I got engaged. Hati tengah girang tapi nyanyi lagu jiwang karat tahap kronik ;D Pastu berduet nyanyi lagu 'Alhamdulillah' Too Phat ngan Yassin. Ha kau...mengah dan tercungap nak rap. Agagaga ;P Missing you ;'(

Cik Atiqah a.k.a galah panjang!


Bebs, aku rindu giler zaman kita pi tengok wayang sama2 berdua. Masing2 nak lepas tension konon pastu tuang2 gosip panas... And then, time ko bergayut kat pagar rumah aku sebab malas nak masuk umah kalo tak, ko dah duduk, konpem ko tak reti nak balik dah sebab syiok bergosip ;D Rindu arr time masing2 kutuk mengutuk diri sendiri sebab gemuks dan menternak badan. Kau la, sikit2 nak diet, kata badan cam sponge. Hampeh je...selamat tinggal la plak teh tarik mamak yang nyum, nyum ;)

Kak Aina a.k.a kakak! ;D


Sorang kakak yang aku kenal start dari zaman UiTM dulu. Memang lurus habes tapi dia baik... sangat baik. And kadang2 suka gak kak Aina ni annoys aku because there are so many ways to annoys me. Haha ;D But, kakak tetap kakak, I always forgive her and I know she forgave me too :) Bila dia datang tido umah aku je, konpem semalaman dia akan melepek kat bilik aku, berborak non-stop, kadang2 sampai lupa nak tidor. Walking down the memory lane la, etc. Kakak yang tak pernah bantah aku nak buat ape sebab dia pon suka join venture dan 2x5 otak weng macam aku jugak especially masa zaman Kelisa gemilang dulu. Kak Aina jugak peneman setia aku pi merempit si BumbleBee kat highway..tsk, tsk...Now, BumbleBee pon dah bukan milik aku ;(

Ain a.k.a Along a.k.a 'junior yang senior' ;D


My sister in so many ways... my Along! I missed the great breakfast that we had a long time ago, back in UKM. Along la orang pertama ajar aku makan pisang kaki. Dia la dealer AVON aku. wakakaka ;D Sebab selama ni mana pernah aku beli barangan AVON. Sebab Along suka sogok aku ngan katalog AVON la, aku suka beli bra jenama AVON sekarang ni. Hah, kaki pujuk sebenarnya Along ni ;) Along ni antara orang yang tau baca air muka aku selain Kak Aina. Well, my face is like an open book. tapi, masih ada orang tak bleh baca riak muka aku. But, sisters knows well. I missed time kita gelak tak hengat sama2; bak kata Ibu Along, cara kita berborak dan bergurau tu kasar ;)) I missed our KFC, Rimba, Alamanda, UKM and the in-between moments, now and then with Kelisa. Ahhh...I missed you! ;'(

Shidah a.k.a Alang!


Ahaaaa... rindu zaman kalo kita dok beronggeng berempat, kita berdua ni jadi tukang pemerhati bila Along ngan Bong bercekau ;) Well, kita ni budak matang, kan Alang?? Hahaha ;D Giler rindu nak sakat Alang, sambil tengok muka dia yang malu2 tuh ;)) Rindu nak tengok Alang pi shopping baju kat kedai Cheetah. Nak beli ke tak nak? Nak ke tak nak? Heee~~ Pastu rindu nak main badminton ngan Alang, juara Felda Air Tawar 4 ;)) Alang penat kejar bola, angah penat kutip bola ;D

Nadia a.k.a Bong!!


Budak sorang ni... rindu nak tengok Bong bercekau ngan Along. Ade ade je yang nak di cekaukan. Tak kering idea plak makcik dua orang ni. Bong, Angah rindu giler time kita pi makan kat SR tau. Rindu tengok Bong makan Spaghetti Meatballs yang tak pernah habis. And, yang paling jelas, nyata dan terang bila time Along ngan Bong mintak kat waitress SR tu korang nak cili potong!!! ;D Sakit perut okeh kalo teringat bab tuh ;D And I do missed our breakfast at McD, just before Dr. Kadir's paper :) Bila ntah boleh breakfast together-gether lagi mcm tu kan? :(

Yesotha a.k.a Yeso, Yes!


This my friend from far. Ukraine sana haaa... Once in every year yeso balik KL, memang konpem dapat hangout ngan dia not more than 2 times only. But this year, dapat jumpa dia banyak kali sebab, it was my wedding! Giler rindu hangout ngan dia berjam2 lepak kat SR. Kat satu tempat je pon jadilaaa... as long as I can spend my quality time talking, chit-chatting with her :) lagipon jumpa pon setahun sekali je. Kasi all out berborak :)

Liana a.k.a Tokjo / TJ!


Cekgu yang comel berkhidmat kat Johor!! Rindu kat dia kalo pi jalan2 kat Mid, tengok movie, makan2 di SR, bergosip, shopping kasut, makan popcorn etc. Ngan cekgu ni semua jalan. That's what I missed the most. Every movie pon kitorang update sama2 kalo tetibe chatting thru FB. Siap booking awal2 nak tengok movie2 tertentu sama2. Pastu, the moment where cekgu wants to buy a new shoes :D Me like it... since aku takde intention pon nak beli kasut, memang bagi komen kalo cekgu ni mintak pendapat, which shoes are nicer... Bab2 komen ni memang aku suka ;)) And I missed it. I missed her =( Dah la dapat jumpa pon every school holiday je. Tu pon, like Yesotha jugak, 2-3 times je. Hmmm... I missed cekgu!

Encik Qhohar a.k.a Ayg/ encik hubby ♥


Whoopss?? Encik hubby pon masuk list?? Of course la sayang oiiii... Dia ni buah hati pengarang jantung. Everytime pon rindu kat dia. Dia pi keje pon bleh rindukan dia. Rindukan pot-pet-pot-pet dia kalo dia ada kat rumah. Rindu nak sakat dia :) Owh...I missed my encik hubby! :)


All in all, I missed my BFF. Kalo dulu, everytime dorang ajak hangout je, I won't missed it for the world. But nowadays, bila ada encik hubby; bila keluar je ngan kawan2, mula la teringatkan encik hubby, rindukan dia la etc... Bila tak hangout ngan kawan2, rindukan dorang jugak. But still, hubby comes first now. Alhamdulillah, BFF semua faham :) I love you girls A LOT!! I don't think I can ever find a friend like you anywhere, anyhow. Somewhat we are fated to meet, become friends and be each other hunting line. I hope, I want and I will try to be there for you and be a good friend to you as you are to me. Eventhough I will not be as available as before, but I will try to cramp you girls into my housewife's-hectic-schedule, no matter what.





I ♥ YOU, Ana!
There will be a karaoke sessions to come :)


I ♥ YOU, Tiqah!
Pagar umah mak aku tu aku dah reserved untuk ko. nanti kito borak2 kat situ lagi ok?? hehe ;D


I ♥ YOU, Kak Aina!
Mungkin aktiviti bergosip sepanjang malam takkan terjadi lagi tapi kita masih boleh borak2 dalam phone kan?? :)


I ♥ YOU, Along!
Jom, KFC lagi!


I ♥ YOU, Alang!
Haaaa...aktiviti korek rahsia dan bershopping baju Cheetah masih akan dijalankan ;) Cepatla turun KL!!


I ♥ YOU, Bong!
Takpe Bong, Angah will be your driver kalo Bong turun KL nanti :) nanti kita bawak cili potong pi makan spaghetti kat SR ok? deal!


I ♥ YOU, Yeso!
Life without telenovela won't complete your life at all but to me, with or without telenovela pon, you are still my beloved friend. Still.


I ♥ YOU, Tj!
Eh, ada kasut baru yang comel2 kat Nose. Jom!! :D


p/s: Missing them much!!

Thursday, October 28, 2010

ayat sastera

Obviously la aku ni bukan minah sastera kalo diikutkan dari cara aku membebel kat dalam blog ni. And aku pon memang kureng bab2 KOMSAS masa form 4 and form 5 dulu walaupon BM aku excel habes masa SPM ;D The way I wrote, I rant and rambling here pon kadang2 mengarut2, panjang lebar dan kalo boleh every 'owh, ouch and hehe' should be put right there and then. Nope, bukan kadang2 tapi memang macam tu pon. And I like to make it elaboratively long.

I love to read something like this and this. I love it. Simple, mudah nak faham, tapi ayat sangat bagus walaupon bukan sastera gred A macam sasterawan negara, A. Samad Said. I tried to wrote like that once; owh, make it a hundred times; but I can't. I can not, at all. Aku takde bakat nak tulis macam tu plus aku ni suka membebel. Bila tulis pendek2, aku rasa macam ada wayar yang short kat otak aku ni. Aku tak de feeling plak kalo gitu. Haha..haruslah ada drama sikit kan? Life's a drama indeed ;)

But, I am what I am. Memang jenis suka elaborate benda panjang lebar, so that orang faham. Ke atau ada yang tak paham jugak sebab dah terlalu meleret?? ;D Sorry la, sape yang nak baca, bare with my writing terms. Memang kalo dah macamni, macam ni lah. I won't change the way I wrote my story eventhough I love the way they tell their story; short, sweet and simple. But, it isn't me kan? Afterall, this is my blog, my space; I can write anything I want instead of trying to write like someone else. Biarkan mereka tulis seperti adanya sebab itu kelebihan mereka. And aku plak; bleh bila2 masa je baca post2 dorang. Ye la, sendiri tak dapat nak tulis yang bagus2 camtu, ape lagi, bacala orang lain punya kan... heee ;)


p/s: Oishhh...saya seorang budak Sains yang tak berapa nak Sains dah. Pendek kata, bukan Sains tegar ;)

Thursday, October 14, 2010

I missed my hubby!

Owh, entry ini tidak bertujuan untuk berlagak bahawa saya mempunyai suami.

Tapi ingin menyatakan bahawa saya, ELANIE KHAIR amat, amat RINDU kan dia, ENCIK QHOHAR MAHAMAT :'(

This whole week, Abah pegi outstation. So, disebabkan ketiadaan Abah, sian plak Ibu ngan Ellie tak berteman di rumah. Kesian plak tengok Ibu keluar masuk rumah sorang2 amek and hantar Ellie ke sekolah.

So, aku pon rasa tak seronok kalo Ibu berdua je ngan Ellie kat rumah. Amek keputusan nak teman Ibu kat umah Ampang.

Haaaa...lepas tu rindu kat suami sendiri ok???

Dah tu petang semalam encik hubby amek aku kat rumah Ibu, malam hantar balik ke rumah Ibu. Macam zaman ber'dating dulu-dulu je. hehe ;P Siap berambek, berhantar semula. Macam main pinjam-pinjam plak. Nak tunggu sampai hari Ahad bukan men lama benor! So, ber'dating la kami seminggu ni.

Yang aku plak siap mintak encik hubby amek aku kat rumah sebab rindu yang amat kat dia.

Yang encik hubby ajak aku balik rumah, sian ke dia takde teman berborak kat rumah kami tu... kena siapkan sarapan sendiri plak tu sebelm pegi keje :(

Hmmm...tersepit, menyepit dan tersemput. Hahaha ;D



p/s: Owh, cepatlah hari Ahad. Nak balik rumah sendiri. Gedik sungguh! Bila duk di rumah sendiri, gatal nak balik rumah Ibu, rindu kat Ibu. La ni da dapat green light duk teman Ibu seminggu, gatal nak balik rumah sendiri lak. Baru padan muka! Boohooooo~~

Friday, October 1, 2010

2 months + 2 weeks



Sudah nak masuk bulan ke-3 dah aku ni jadi isteri Encik Q. Love him to bits! I hope it lasts forever :)


Sparks fly it's like electricity
I might die when I forget how to breath
You get closer and there's no where in this world I'd rather be
Time stops like everything around me is frozen
And nothing matters but these
Few moments when you open my mind to things I've never seen

Cause when I'm kissin you my senses come alive
Almost like the puzzle piece I've been trying to find
Falls right into place you're all that it takes
My doubts fade away when I'm kissing you
When I'm kissin you it all starts making sense
And all the questions I've been asking in my head
Like are you the one should I really trust
Crystal clear it becomes when I'm kissin you

Past loves they never got very far
Walls up, made sure I guarded my heart
And I promise I wouldn't do this
Till I knew it was right for me
But no one, no guy that I met before
Could make me feel so right and secure
And have you noticed I lose my focus
And the world around me disappears



p/s: Love surrounds us :) Owh, see his smile? Dia suka senyum macam tu ;P Cehh~~

Wednesday, September 29, 2010

operate mata

Owh, bukan aku yang operate mata nya, tapi Abah aku yang di operate.

Operate kat Ampang Puteri Specialist pagi tadi around 10 am, bilik bedah Tingkat 2.

Seriau aku dengar Abah nak operate mata.

Bukan sesaje tapi sebab Abah dah lama ada cataract, disebabkan Diabetes dia tuh. Tapi doktor hanya sarankan buat pembedahan kalo betul-betul rasa dah tak nampak. Cataract Abah masih ditahap minima, bukan selaput satu kanta mata tapi hanya tompok-tompok kecik kat kornea tu tapi Abah tak selesa bila nak membaca tambah plak ngan ada astigmatism, lagi la rasa tak selesa.

And, pagi tadi operate sebelah mata je. The left eye.

Owh, masa ni nurse swuh abah rehatkan mata dulu. Tapi abah tetap abah, bila ada peluang baring je, konpem berdengkur terus. Haha ;D Selamba macam kat rumah sendiri siap bersenda haa...

Ni lepas operation. About 40mins jugakla kat dalam dewan bedah tu.


Alhamdulillah operation berjalan lancar :) Nurse tak bagi bukak kapas kat mata tu for about 24 hours. Esok la gamaknya tapi Abah dah restless dah just after the operation, katanya mata dia rasa gatal. hehe ;P

Banyak gak pantang larang Abah. But some of it like kena solat duduk for about 2 weeks (takut pressure pada mata kalo solat biasa yang kena sujud tu), takleh makan solid food (with the same reason), etc.


p/s: Esok baru dapat tau, how the result is. Esok baru dapat bukak kapas tu and doktor akan check semula mata Abah. If today's operation was successful, InsyaAllah the next eye will due after raya plak. Hopefully. I'm crossing my fingers now. We'll see tomorrow :))

Tuesday, September 28, 2010

encik hubby's breakfast

Pagi tadi setelah beberapa lama berbreakfast bersama encik hubby, something caught my eyes...


Jeng, jeng, jeng...


See the mug? Mug gambar kartun bila encik hubby yang guna, nampak sangat comel! Dia kata, janganlah letak gambar ni kat blog. Kalo nak letak jugak, dia swuh snap lagi satu gambar... Yang ni:


Dia kata gambar ni lagi ok. Tapi bagi aku...hurm...nampak gelojoh, sangat tak senonoh...Haha ;D


p/s: Encik hubby ni memang suka posing ntahapehapentah...Layankan saje ;P

Friday, September 3, 2010

That's When I ♥ U

Have you guys heard of a singer called Aslyn? I don't even have a clue about this singer actually. Tapi one day, one of my ex-schoolmate pi post nama penyanyi ni sekali ngan tajuk lagu dia kat fb, kawan tu kata lagu ni best so I've googled it, found it and even sampai sekarang lagu ni sangat, sangat SWEET! Suka sangat dengar :)) Thanks Farina! :)


That's When I ♥ U

When you have to look away
When you don't have much to say
That's when I love you
I love you
Just that way

To hear you stumble when you speak
or see you walk with two left feet
That's when I love you
I love you...endlessly

And when your mad cause you lost a game
Forget im waiting in the rain
Baby I love you
I love you anyway

Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn the more I love
The more my heart can't get enough
That's when I love you
When I love you no matter what

So when you turn to hide your eyes
Because the movie, it made you cry
That's when I love you
I love you a little more each time

And when you can't quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
That's when I love you
I love you more than you know

And when you forget that we had a date
That look that u give when you show up late
Baby I love you
I love you anyway

Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn the more I love
The more my heart can't get enough
That's when I love you
When I love you no matter what

That's when I love you
When nothing baby
Nothing you do can change my mind
The more I learn the more i love
The more my heart can't get enough
Thats when I love you
When I love you
No matter what

No matter what...


p/s: I've been dedicating this song to hubby dari first time aku dengar lagu ni. Semua tentang Ayg tetap istimewa pada mata Syg :) I love, love, love you...Mmuahh!

Wednesday, September 1, 2010

Biskut owh biskut~~

Hoyehh...today aku nak mula buat kuih raya :)

I only got 9 days left before raya and aku tak mula lagi buat kuih. Erk, tercekik jap rasanya.

Tetiap raya memang aku salu buatkan kuih untuk family aku pon. La ni even aku dah kahwen, dah ada rumah sendiri pon, Ibu swuh angkut oven yang ada kat rumah Ampang ni sebab dia dah lama retired buat kuih2 nih. Memang dah passed down terus pada aku.

Salu2 pon aku buat kuih favorite family kami, Biskut Cornflakes resepi kawan Ibu (hello, bukan Cornflakes yang setakat gaul ngan madu letak ceri letak bijan tuh ok...), ngan biskut chip coklat. Tapi semalam masa ronda2 ngan hubby kat kedai, ternampak la readymade home cookies Almond London...

Hubby: Syg, syg tau tak buat kuih ni?

Aku: Tak, tak tau pon resepi. Sebab syg tak suka kuih tu (gile direct).

Hubby: Oo... ayg suka kuih ni. Kalo kat kampung Lang buat, ayg mengadap kuih ni sorang je...

Aku: oo, okay...swuh la Lang buat (saje je)

Hubby: Takde la, ayg saje2 je...

Aku: (rasa cam tak best) Ayg suka ye kuih tu? Nanti syg belajar buat ye :D (ish, amek hati semula)

Hubby: Ok, nanti kita beli barang ye (terus suka balik padahal tadi dah buat muka kelat macam tertelan biji rambutan).


p/s: Ni baru pas cari resepi kat internet. Petang ni nak buat :) Khas untuk hubby TERCHENTA! :D

Friday, August 27, 2010

jodohku ketentuan-Nya II

Sambung lagi. ehehee :D

I remembered my dream-man I told Along, once if not every morning, whilst we - having a breakfast on the floor of Zaaba's room in UKM.

Angah kalo boleh nak cari laki yang boleh buat lawak, matang dalam berfikir dan boleh terima Angah seadanya. Handsome tu hanya bonus. Kalo dapat orang beruniform lagi laa... smart je tiap2 hari. Lagi, lagi kalo dapat Navy...uishhh... Tapi kalo boleh, jangan la orang kampung...

But, wanna know why I chose him as my other half?
  • Aku pilih hubby aku sekarang ni, bukan berdasarkan paras rupa. Bukan dari segi pekerjaan dia yang aku idam-idamkan sangat tuh. Tapi aku terpikat satu benda ni - dia matang dalam berfikir dan bercerita. I like that much! Not to mention, we are both 25 years old. Aku pernah berkawan ngan orang yang tua sikit dari umur aku, tapi pemikiran masih kebudak-budakkan. Pembawakkan diri langsung tak matang.
  • Pertama kali aku jumpa dia, zupp... jatuh cinta pandang pertama walaupon tu bukan kali aku berborak ngan dia dalam tepon. Dalam entry aku yang lama dulu, aku pnah bagitau yang aku bercouple ngan dia dalam mesej and after 3 weeks baru kami berjumpa. And YES, he was my love at first sight! Hahah... He is my first love, and indeed a love at first sight. Macam complicated. Tau ape yang buat aku jatuh cinta pandang pertama pada hubby? Tahi lalat pemanis kat pipi kanan dia :)) Even sampai sekarang kalo aku menyakat pasal tahi lalat pemanis dia tu, dia akan tersipu2 malu :) heee :D
  • Bila aku ngan dia, rasa selamat walaupon kami dulu tak berpegangan tangan :)
  • Aku boleh jadi diri aku sendiri. No make up, no dressing up. Just me - the casual me - Tshirt, jeans, selipar crocs rm15, cermin mata, ngan beg tangan tak serupa beg tangan wanita berumur 24 tahun. Bila pakai lawa sket, dia plak pelik. Bila pakai mekap sikit, dia tanya kenapa bermekap. Dia suka aku sebagaimana aku yang dia jumpa pertama kali dulu. Simple sesimple nya.
  • Dia suka tolong aku. I know he's my biggest supporter. Aku ingat lagi, last November aku breakdown pasal tesis. He's been there for me, like my family ngan Along, Alang ngan Bong. Cumanya my family bukan jenis bagi semangat tapi kena marah adalah. Itu cara bagi semangat family aku. haha ;D Dia pulak, bagi sokongan, bagi nasihat supaya aku jadi lebih positif... Itu yang buat aku cair lagi :)
  • And, dulu aku kalo boleh takmau dapat orang kampung sebab tandas kat luar. La ni, yang ni yang aku dapat, dan aku redha, aku terima seadanya. Orang kampung atau tidak, tu tak menggambarkan dalaman diri dia. Sebab dia budak kampung la, dia sebaik diri dia tu. Dia takkan mengaku dia budak baik, tapi itu adalah dia. Hidup dibesarkan di kampung la membuatkan dia matang dalam kehidupan. Itu yang aku nak. Itu yang aku suka tentang hubby aku :)

p/s: Kitorang kenal dan akhirnya bercinta. 13 days after our first anniversary, kami bertunang.
After 49 days of being called fiancee and fiance, kami berkahwin.

Bagi aku, tempoh masa berkawan, bercinta tu tak pernah ada limit sebelum membuat kata putus nak menjalin kan satu perhubungan yang suci. Ada yang ambek masa bertahun- tahun bercinta barulah buat keputusan nak kawen. Tapi macamana plak yang bertahun-tahun bercinta tapi akhirnya putus ditengah jalan? Ada yang singkat tempoh bercintanya macam kami. Bukan kami aje, tapi ramai jugak yang seperti kami. Ada yang panjang jodohnya, ada jugak yang tidak. Aku mengharapkan yang baik-baik saja dalam perkahwinan kami. Siapa yang taknak kan? Doakan yang baik2 saje yee :)

One thing for sure, tempoh bercinta itu tak menjamin sesuatu perhubungan. Tak semestinya yang lama bercinta, akan kekal sampai bila2. Dan tak pula yang sekejap zaman bercintanya, takkan kekal lama. Cuba pandang ibu bapa kita. Adakah mereka sempat bercinta sehingga 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkawen? Tapi sekarang hubungan mereka tetap utuh bukan, selepas berpuluh tahun? Itulah jodoh namanya :) InsyaAllah, kekal lama.

p/s (lagi?): Ok, penat dah... off we go, shall we? :)

Saturday, May 22, 2010

Happy 1st Anniversarry

Aaa... dis one entry yang aku lupa nak update.

Last Sunday (160510) was our 1st Anniversary.

-Elanie ♥ Qhohar-

Setahun berkawan dan akhirnya falling in love ngan buah hati aku ni, mengajar aku banyak benda. I mean, the other side of me.

Mungkin orang akan kata, baru setahun bercinta tapi dah decide nak melangkah ke arah yang lebih serius, which is getting married. Tapi, bagi aku, kalau dah jodoh, buat ape nak lama-lama bercouple? (Selain nak kumpul duit and nak bahagiakan parents kita sendiri dulu) When it feels right, go on. Lepas kahwin, banyak masa lagi nak bercinta. Banyak masa lagi nak mengenal hati budi.

Itu pendapat aku, pendapat orang lain aku tak tau la.

Tak semestinya couple lama-lama, korang akan tau perangai sebenar couple korang tu kan? Sebabnya kita tak duduk sebumbung ngan dia masa bercouple tuh, banyak benda dan pe'el sebenar pasangan kita tu yang masih diselindung dari kita. Semuanya indah belaka.

Life's about gambling. Some of it not worth gambled at all but some of it worth every tears shed, every ounce aching inside your heart. Married life pon salah satu dari taruhan hidup. Samada kita akan kekal hingga hujung nyawa kita ngan pasangan yang sama atau putus ditengah jalan.

Aku mengharapkan hubungan kami ni berterusan hingga hujung nyawa aku. InsyaAllah.

Macam entry aku sebelum ni yang berkaitan quotes dari orang berpengaruh.

Perangai pasangan kita tu sebenarnya gambaran sebenar diri kita. Deep down. Setiap kesalahan pasangan kita sebenarnya merupakan salah satu kelemahan diri kita yang kita cuba nafikan. Ye la, cuba pikir-pikirkan semula -- sometimes kesalahan diri kita sendiri kita buat tak kesah je, tapi kesalahan orang lain pada kita, rasa macam besar sangat kesalahannya sampaikan tak boleh dimaafkan. Betul tak? Ha... jangan nafikan pulak. Sebab you're doing it again. hehe ;)

It is human psychology.

It is true.

Macam tu la hakikat hidup.

Aku ngan buah hati tak celebrate pon ulangtahun kami ni. Memandangkan anniversary kami ni jatuh pada hari Ahad and buah hati aku pon kat kampung masa tu. InsyaAllah akan celebrate sekali masa majlis besar :)

p/s: I ♥ U Ayang and Sayang harapkan kita dapat jaga dan semai perasaan cinta ni sampai bila-bila. InsyaAllah. Amin~