Showing posts with label heart. Show all posts
Showing posts with label heart. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

caca merba

Owh, please and please just dun hesitate to keep reading this blog. Jangan pulak pasni korang baca tetibe rasa cam baca blog mom-to-be. Yes indeed memang I am a mom-to-be pon tapi this blog is supposedly to be an open blog.

Open blog means open in all sorts of post. Ye la, dulu aku nak kawen or after kawen jadi blog b2b, pastu jadi blog ex-b2b, pastu blog mom-to-be plak kan... Aku ni nak kata organize sangat orangnya, tak jugak but nak kata messy, owh tidak juga. I'm just lucky to be in-between but slightly towards organize je hehe ;D Tak lebih tak kurang :)

Sebabnya, aku rasa aku tak mampu nak manage 2 akaun blog untuk benda2 ni. Contoh macam blog personal + blog b2b. Pastu like right now, blog personal + blog m2b. Sungguh! Yang satu ni je pon kadang2 tak berupdate ini kan pula nak ada 2. Enough is enough.

So, I'll be posting semua benda yang jadi dalam life aku kat sini whether it is about me, my family, my baby or my friends. It is all the same. Tak suka nak sesakkan otak aku ngan benda2 macamni, mau relax, take a breath, have a kit kat or two and chill bersama lappy. Itu saje :)


p/s: Caca merba it is, but it's mine afterall :) Enjoy reading peeps!

Friday, November 26, 2010

Nasi beriani ayam masala

Last Sunday dapat pon aku makan nasi beriani!!!

Yabedabedu!!!

Gila teringin nak makan nasi beriani ntah dari bila sebab dah lama tak makan. And tetibe teringat kat Along pnah kata nasi beriani kedai mamak depan Menara Celcom kat Semarak tu sedap. Mintak kat Ayg. Sekali pegi ngan abah, Ibu dan Ellie jugak :))

Amek lauk ayam masala. Nyum2!!

Tak la se'best' nasi beriani Mahbub kat Bangsar tu, but it'll do, for now. Lagi2 dapat ayam masala yang aku pon teridam2 kan lama dulu. Siap google resepi nih. But aku tersalah jangkaan, pi letak santan sebab tengok rempah macam sikit and aku guna ayam bahagian peha, takut tak masak sampai ke tulang. Pi letak santan, jadi kari ayam masala. Ermm... pas ni dah tau kalo nak buat, no more santan then it will be perfect! :D

Encik hubby kata sedap lagi aku buat ayam masala tu tapi bagi aku yang tengah teridam2 dan teringin2kan ayam masala mamak, dapat yang tu dah cukup puas hati dah!


p/s: Pasni nak tuntut nasi beriani dari cik Atiqah plak :))

Saturday, May 22, 2010

Happy 1st Anniversarry

Aaa... dis one entry yang aku lupa nak update.

Last Sunday (160510) was our 1st Anniversary.

-Elanie ♥ Qhohar-

Setahun berkawan dan akhirnya falling in love ngan buah hati aku ni, mengajar aku banyak benda. I mean, the other side of me.

Mungkin orang akan kata, baru setahun bercinta tapi dah decide nak melangkah ke arah yang lebih serius, which is getting married. Tapi, bagi aku, kalau dah jodoh, buat ape nak lama-lama bercouple? (Selain nak kumpul duit and nak bahagiakan parents kita sendiri dulu) When it feels right, go on. Lepas kahwin, banyak masa lagi nak bercinta. Banyak masa lagi nak mengenal hati budi.

Itu pendapat aku, pendapat orang lain aku tak tau la.

Tak semestinya couple lama-lama, korang akan tau perangai sebenar couple korang tu kan? Sebabnya kita tak duduk sebumbung ngan dia masa bercouple tuh, banyak benda dan pe'el sebenar pasangan kita tu yang masih diselindung dari kita. Semuanya indah belaka.

Life's about gambling. Some of it not worth gambled at all but some of it worth every tears shed, every ounce aching inside your heart. Married life pon salah satu dari taruhan hidup. Samada kita akan kekal hingga hujung nyawa kita ngan pasangan yang sama atau putus ditengah jalan.

Aku mengharapkan hubungan kami ni berterusan hingga hujung nyawa aku. InsyaAllah.

Macam entry aku sebelum ni yang berkaitan quotes dari orang berpengaruh.

Perangai pasangan kita tu sebenarnya gambaran sebenar diri kita. Deep down. Setiap kesalahan pasangan kita sebenarnya merupakan salah satu kelemahan diri kita yang kita cuba nafikan. Ye la, cuba pikir-pikirkan semula -- sometimes kesalahan diri kita sendiri kita buat tak kesah je, tapi kesalahan orang lain pada kita, rasa macam besar sangat kesalahannya sampaikan tak boleh dimaafkan. Betul tak? Ha... jangan nafikan pulak. Sebab you're doing it again. hehe ;)

It is human psychology.

It is true.

Macam tu la hakikat hidup.

Aku ngan buah hati tak celebrate pon ulangtahun kami ni. Memandangkan anniversary kami ni jatuh pada hari Ahad and buah hati aku pon kat kampung masa tu. InsyaAllah akan celebrate sekali masa majlis besar :)

p/s: I ♥ U Ayang and Sayang harapkan kita dapat jaga dan semai perasaan cinta ni sampai bila-bila. InsyaAllah. Amin~

Friday, May 14, 2010

I solemnly swear~~



That I MISSED this guy in this picture :) R I N D U sangat~~

p/s: Gambar ni masa time kitorang balik Muar, and aku drive kereta dia sampai temperature kereta dia naik tuh. Hehe ;P

Thursday, May 13, 2010

terima seadanya

Kita selalu dengar orang cakap 'terima seadanya' bila kita berada dalam sesuatu perhubungan.

Pernah terpikir tak, kenapa orang cakap macam tu?

Lately ni aku banyak spend time ngan buah hati aku bila nak settlekan pasal majlis kami macam buat kad jemputan, beli barang hantaran etc...

Aku perasan, buah hati aku ni bukan sorang yang boros. Kalo boleh dia ni nak cari barang-barang yang murah tapi berkualiti. Dia akan cari kedai yang dia boleh tawar menawar sampaikan orang kedai tu boleh terduduk sebab harga memang HARGA RUNTUH habes! Hehehe ;P Tapi lain ngan aku, kalo benda aku dah suka, aku tawar sket-sket je sebab bagi aku orang kedai tu pon nak untung jugak, nak balik modal jugak; melainkan aku tau, harga tempat tu memang melampau tinggi sedangkan kedai lain boleh dapat extra-extra murah.

Macam semalam, pegi cari cincin nikah buah hati kat Keramat. Tengok punya tengok, design takde yang berkenan sangat; harga boleh tahan rendah dah ni sebab buah hati aku kenal tauke kedai tu. But, nak sedapkan hati kami (sebenatnya hati dia je), kami pon survey kedai emas lain. Yang kedai Melayu sekali ngan kedai besar berjenama semua tapi harga yang kat Keramat tu jugak yang paling Uumpphhh! Last-last ended up, kami tak beli pon cincin dia. Dia swuh aku pi cari sendiri sebab dia tak tau nak design camane, tapi yang penting... dia tak bagi aku cari yang mahal-mahal (padahal aku yang nak bayar nih -- bukan dia).

Maybe sebab dia tau, aku tak keje lagi kot?? Ok, kena positif.

Well people...

Buah hati aku ni mengajar aku sesuatu. Hari ini, semalam dan jugak hari-hari mendatang nanti.

Walau macamana kita sayangkan seseorang tu, yang penting keikhlasan hati.

Kalo kita nak bagi benda yang mahal-mahal, benda yang mewah-mewah tak bermakna 'sayang' si dia tu LEBIH DARIPADA 'sayang' orang yang berbelanja biasa-biasa kepada kita.

Kita pon selalu cakap -- 'It's the thoughts that counts' -- remember?

Betul jugak tuh. Kalo kita berbelanja lebih, mewah dan yang seantero dengannya tapi hati tak ikhlas nak beri dan mengungkit dan mengeluh selepas tu pon... pasti tak sedap telinga kita nak dengar kan? Ataupun kalo kita berbelanja lebih dan mewah hanya nak tarik perhatian pasangan kita dan nak menunjuk-nunjuk, buat ape? Sedangkan kita sendiri tau pasangan kita tu tak mampu untuk itu semua. Sampai bila kita nak berlakon macam tu kan?

One more thing, jangan boros. Kita ni yang akan menuju ke hari bahagia, hari pengikatan dua hati, hari di mana bermulanya kita sehidup semati dengan pasangan kita; kalo boleh, kita nak sayang kita tu berterusan hingga hujung nyawa. Misal kata satu hari nanti, pasangan kita mengalami masalah kewangan atau ekonomi, takkan tetiba sayang kita pon nak berhenti takat tu je sebab pasangan kita tak dapat nak sediakan benda-benda mewah untuk kita? Life kena ada logika nya. Kalo kita sayangkan seseorang tu sebab harta, lambat laun, harta akan susut jugak and there is no way yang perhubungan itu akan kekal. Tapi kalo kita sayangkan seseorang tu sebab dia dan hati dia; InsyaAllah kekal walaupun hidup kekeluargaan mereka dilanda krisis. Susah senang bersama.

Mulai sekarang, aku kena tanamkan dalam diri aku; terima Encik Q seadanya. Kalo itu je yang dia mampu, that's it. Enough. Dun I ever ask for more.


p/s: InsyaAllah...aku akan cuba terima dia seadanya.

Monday, May 10, 2010

tali oo tali

Sabtu lepas masa pi Pudu, buah hati aku park kete dalam Plaza Pudu since kat luar parking kete sume penuh. Siap ada double parking lagi.

Masa lalu kat area gerai-gerai dalam Plaza Pudu tu, ada la kedai kasut.

Ada satu benda yang cik abang aku ni suka pasal kasut perempuan. Kasut bertali-tali.

Once upon the time (chewahhh...macam la dah lama benau), masa kami sibuk cari barang hantaran kat Sogo, cik abang aku ni nak belikan kasut sebagai salah satu hantaran untuk aku. Tapi pusing punya pusing, yang aku berkenan, dia tak suka. Katanya nak cari yang bertali-tali. Nampak lawa. Tapi akhirnya, nak yang bertali-tali tapi takde saiz yang besar dan almaklumlah kalo ada sale kat Sogo, umat manusia ni punya la ramai memborong barang. Kepala aku sesak and last-last aku cakap kat dia, takpe, biar kasut aku yang cari sendiri. Dan, ended up, aku beli kasut untuk bersanding terus and kasut tu tak jadi pon sebagai hantaran aku (mak aiii, kaki dah besar macam gajah, konpemlah kasut pon besar kan? Seharusnya tak payahlah di war-warkan kat orang yang datang masa majlis nikah aku tu tau kaki aku besar. hahahaha...).

And last Saturday, masa lalu sebelah kedai kasut tu, tetiba cik abang tanya lagi soalan cepuemas kat aku:

Cik Abang: Emm... bila la sayang nak pakai kasut tali-tali kan?

Aku: Tak kan. (Wwuekk)


The truth is, aku tak suka kasut bertali-tali ni. Maybe lelaki nampak bila perempuan pakai kasut bertali-tali ni nampak sweet, smart atau seksi. Malangnya bagi aku...TIDAK sama sekali... secara praktikalnya, kasut bertali ni buat sesak otak aku je. Aku, selagi boleh cari yang simple, akan cari yang simple. Kalo boleh tak berkasut dan hanya berkaki ayam je, aku layankan jeeee...

p/s: Maafla Ayang...mana tau kot-kot lepas kahwin nanti Sayang terbuka hati nak pakai kasut yang bertali-tali...sape tau kan? Hehe...tapi buat masa sekarang, kalo boleh, Sayang nak pakai selipar je ;P hihiihih ;D

Sunday, May 9, 2010

...

Dari malam semalam aku tengok Konsert AF8, sampailah aku tengok ulangan sebelum kuar makan ngan family aku tengahari tadi, sedih aku tengok Ain bawak lagu Iklim - Suci Dalam Debu.

Dari semalam air mata ni tak benti bila dengar lagu tuh. Tersentuh habis!

Cinta bukan hanya dimata,
Cinta hadir di dalam jiwa,
biarlah salah dimata mereka,
biar perbezaan terlihat antara kita...
...
"Bukan khayalan yang aku berikan,
tapi keyakinan yang nyata,
kerana cinta lautan berapi,
pasti akan kurenang jua...
p/s: ...

Pudu - Nilai 3 - Shah Alam - Ampang

Semalam, settle satu keje lagi. Buat kad kat Pudu.

Pas Encik Q hantar aku balik rumah; aku terus tukar baju and capai kunci kereta Kelisa. Thank god la Mr.Bumblebee aku ada kat umah.

GOOD!

My saviour, my precious little rascal ada dimasa aku perlukan teman.

TEMAN MEREMPIT.

Aku merempit sampai ke Nilai 3. Sorang-sorang. Yes, ALONE. Me and all by myself.

Bila tengah stress, sedih ni, kalo aku tak cari makanan yang manis-manis, aku cari kereta untuk dibawak rempit. Lagi-lagi kalo ada Mr.Bumblebee. 125 km/j tu -- bukan aku tuh --. Selalunya lebih dari tu aku pernah bawak. Tapi nasib baik sebab semalam hujan, laju, laju la jugak... tapi mata ni awas and kurang sket kelajuannya dari biasa.

Bila ape yang aku cari tak dapat cari kat Nilai 3, aku plan ke Shah Alam plak. Kuar je dari Nilai masuk highway, hujan selebat-lebat nye kat highway dari Bandar Seri Mahkota sampai la aku nak ke Shah Alam.

Aku yang tak dapat nak nangis, hujan tu macam on-behalf of my tears jugak la. Bukak radio kuat-kuat, bawak laju-laju... Alhamdulillah selamat sampai gak kat umah walaupon redah hujan lebat tuh. Aku kuar sorang dari kul 3 petang sampai kul 8 malam.

p/s: Alhamdulillah ape yang aku nak beli ada kat Shah Alam. Kalo tak, tak tau dah aku nak pi cari kat mana :) And I am NOT OK.

Ahad plak

Ahad esoknya tu pagi-pagi lagi Enck Q dah amek aku kat umah. Plan hari tu nak ke Teluk Intan, nak cari baju untuk majlis pihak lelaki (a week after majlis belah aku).

Plan asal, nak terus ke Teluk Intan pastu before balik KL nak singgah umah Puan Halimah kat Bidor. Belum sampa tetibe Puan Halimah tepon Encik Q, ajak pi kenduri kawen dulu kat area Bidor.

Adeh...

Aku pakai jeans ngan T-shirt lengan pendek je ni. Haruslah dipandang serong oleh penduduk kampung kalo macam itulah gayanya kannnn....

Puan Halimah swuh aku pakai baju Kakak Encik Q ni yang comel lottee...konpem-konpem la aku tak muat pakai kot sebab punggung extravaganza nih. Last-last aku pakai baju Puan Halimah. Phew~~

After kenduri baru la kitorang ke Teluk Intan. Dapat baju warna biru and slightly turqouise.

Balik petang tu pon aku yang drive sampai KL. Jammed jugak kat Kuala Kubu Bharu. Hmmm...


p/s: Sorry, ayat macam buat karangan BM yang dapat gred C-. Takde mood :'(

Sabtu yang lepas

Ni nak kata update, tak update jugak. Saje letak citer basi kat sini.

Pagi-pagi tadi mendung je kat area umah aku. Hati aku pon mendung. Pagi ni tak hujan sebab semalam dah hujan 'lebat'.


Last Saturday, aku bawak Encik Q jumpa atok kat Muar. Since hari Sabtu tu public holiday, biasalah, highway Utara-Selatan jammed giler! Belum exit ke Bangi lagi kereta dah bertunggu tangga kat atas jalan. Dan port yang biasanya menyebabkan jammed tu sampai kat persimpangan Seremban. Lepas dari Seremban, kereta masih banyak tapi tak la teruk sangat. Benti kat Restoran Jejantas Ayer Keroh, refresh ape yang patut pastu tukar pemandu plak.

Tinggal lagi beberapa meter nak sampai kat signboard 'Sempadan Negeri Johor Darul Takzim', temperature kereta Encik Q naik!

Encik Q: Awak bawak berapa tadi?

Aku: err... 125 km/j je. Huhu... Awak tak pernah kena macam ni ke sebelum ni?

Encik Q: Tak pernah.


Hm...good. Bila aku bawak la tetiba nak jadi ehhh... Nak dijadikan cerita la tuh. Last-last kitorang sampai umah kampung pukul 4 petang! Dah naik kematu punggung ni duduk dalam kereta tau. Nak bawak laju-laju dah tak berani padahal -once a minah rempit, always be a minah rempit- SERIK!

Malam tu masa balik dari Muar, tukar driver lagi sekali. Aku drive dari Ayer Keroh, bawak 70 km/j je.

Encik Q: Ai awak, ni bawak 70 je bila nak sampai KL ni??

Aku: Ermm...tak berani nak bawak laju-laju dah. Nanti temperature kereta naik lagi.

Iye, cukuplah sekali je pengajaran buat aku. Lagi pun bawak kereta orang. Dengan tak biasa satu hal, dah dikejutkan dengan suhu kereta naik petangnya tuh... Tambah itu ini, jumlahnya jadi la 70km/j.

p/s: Sampai umah kul 1030 mlm. Hasil dari bawak kereta yang teramat slow ;P

Thursday, November 19, 2009

huhu

:((

boleh tak kalo tak mau tulis ape-ape?? nak letak emoticon je. Pedulik ape aku. Blog aku. Suka akulah kan.

p/s: :((