Showing posts with label occasion. Show all posts
Showing posts with label occasion. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

Kenduri cukur jambul

Owhhh..terlepas sudah..ngeee~~

Patutnya post ni letak awal2 bulan ni lagi tapi disebabkan excited nak cerita pasal tang aku susah nak minum susu tu, terkebelakang sket dah. Takpe2, yang penting tetap mau updet kat sini.

28 November lepas, ada majlis cukur jambul kat Kg. Poh, Perak. Majlis cukur jambul anak buah aku and encik hubby. Kak Lang hubby aku bersalin bulan Oktober lepas, baby Lang sama tarikh lahir ngan Ibu aku (18 Oktober). Majlis buat kat umah mak mertua Lang. Uihh, meriah! Lauk punya banyak ngan udang petai, ayam berempah, ikan bakar, daun turi masak lemak, sup sayur, ngan daging rendang hitam (erkk, jap, lupa nama rendang tu tapi rendang ni fofular kat Perak).

Majlis tu bagi aku lain la dari cara orang Muar. Dorang ada baca maca satu kitab ni dinyanyikan macam mengaji tapi...ntah la. Sebab kat kampung aku hanya selawat Marhaban biasa je sepanjang2 cukur jambul baby tu. But, that was something new for me :)

The buaian. Dorang panggil majlis ni majlis 'naik buai'. Ecehh..simbolik je sebab baby Shahmi dah naik buai dulu la sebelum majlis ni lagi sebab dia tak lena tido atas tilam je. Mesti tido tak sampai setengah jam nanti dah ok,ek,ok,ek bising ;P

Geng marhaban Kg.Poh. Sedondon baju haaa...

The parents pakai tema biru.

Baby Shahmi dah settle dicukur jambulnya, letak dalam buai plak.


p/s: Video nanti la ye. Lama giler nak upload padahal brape saat je ;(

Friday, November 26, 2010

Raya Haji II

Oppsss..lambat nak sambung part II nih.

Me and encik hubby buat korban tahun ni di Bidor.

OK, let the pictures do the talking ya :) Malas nak taip panjang2. Takde mood nak taip banyak2 pukul 11pg ni :P


Memula encik hubby tengok2 je

Baru nak dekat2 sket, malu ngan lembu la katanya :P Ahahaha :D

Ni la lembu kami yang dikorbankan. Tahun ni lembu2 semua macam tak cukup zat je...Lebih tulang dari daging. Atau Labu Labi kata, 'tinggal tulang ngan jam je encik' ;P

Masa untuk melapah hoyehhh!!!


p/s: Selepas tu, aku pon balik sebab matahari dah tegak atas kepala; panas! Aku kan puteri lilin.. Hekhek ;P So, takde gambar encik hubby tolong lapah daging lembu ;)

Monday, November 22, 2010

Raya Haji I

Raya Haji yang lepas aku and encik hubby celebrate kat Bidor. Lama betul duk kat kampung dari petang Selasa sampai la tengahari Sabtu tu.

And so I've celebrate it at Bidor, my first time ever. Knowing it, encik hubby kata la yang kalo Raya Haji kat tempat dia, kadang-kadang budak2 datang raya. Kalo dah nama pon budak2, biasalah nak duit raya. And it's not even RAYA AIDILFITRI pon! ;D Budak2 kan... what do they know? Kalo raya je nak duit raya. Time raya Deepavali ke, raya cina ke tau plak tak nak datang beraya kat rumah ;P

And my niece pon siap bagitau kat encik hubby yang surau buat makan2 dari pagi sampai la ke malam on that day. Ye la, pihak surau buat korban and ramai2 gotong royong kat surau potong bawang segala untuk masak daging korban tu. Mak pon dari lepas solat raya, pi kubur and balik dari tu tak lekat kat rumah sebab sebuk kat surau sampai la ke petang.

And one thing yang sangat pelik bagi aku yang dah 24 tahun sambut Raya Haji kat Selatan ni, orang Bidor ni bila nama pon dah raya, siap pi beraya kat rumah orang. Kalo orang2 belah pantai Timur mungkin la mengamalkan cara tu sebab dorang memang meriah sambut Raya Haji berbanding Raya Puasa. But, it's Bidor. Tak tau la plak kan... And, bila dah nama ada buat daging korban, segala menu pon bertukar kepada daging lembu. Erkkkk... I have never experience a single moment bila segala menu berkaitan ngan daging ada depan mata and nothing except beef.

For 2 days in a row, kat rumah pon menu daging. SAHAJE. Encik hubby sampai tak bleh nak 'membuang' sebab padat kot?? haha ;D Even aku pon, rasa muak tengok lauk daging atas meja makan. Asyik2 daging, asyik2 daging. Dah boleh rasa kat tekak hanya sekadar tengok lauk daging tu je ;P

I eat beef, but not extremely into beef. I prefer chicken or fish.

p/s: Kalo Raya Haji kat Muar, senang dan mudah je. Tak kesah pasal beraya, korban pon korban la nothing special about it. Lepak kat rumah je tengok tv :))

Monday, June 7, 2010

not so candid

Tak habis lagi cerita pasal E day aku nih. hahaha ;D

My not-so-OP (official photographer) on my E day tu was my big brother. My blood and flesh, Encik Acid Sulfurik. Owh, and why he chose that particular nickname, dun ask me ;D

Dah nama pon abang sendiri, tak berbayar pon. Bagi dia makan dan minum yang secukupnya sudah cukup. He's doing a freelancing on photographic area. Dulu ada jugak dia amek untuk wedding tapi bila dah banyak sangat photographer jadian sekarang ni, dia dah malas. So, nowadays dia lebih kepada suka-suka. Gila macro ngan HDR. Macam gambar-gambar kat Flickr dia tuh.

Some of my photo captured by Encik Acid:




Dalam banyak2 gambar yang Encik Acid amek masa aku bergambar ngan my BFF, ada dua yang jadi favorite aku.



p/s: Gambar yang last tu, not-so-candid but it looked like one kan? Totally love it!

Sunday, May 30, 2010

kisah cincin tunang



Ok people, here's the thing.

My buah hati ni, memang suka buat surprise. Walaupun benda kecik. Itulah keje dia. So, this was one of his surprise jugak.

Beberapa hari before majlis kami, dia ada cakap:

Ayg: Syg, nanti cincin tunang syg kecik je tau. Ayg tak tau nak pilih yang macamana la.

Aku: Ala ayg ni, takpe la kecik. Syg tak kesah je pon...


Sekali:

(masa Mak bukak kotak cincin nak sarungkan cincin pada jari aku)

Aku: Mak aiii, besarnye mak???!

Mak: Haa...tu lah, besarnya?!

(sambil gelak. Nasib baik muat cincin tuh kat jari aku. Jari gajah la katakan, besar betul saiz)


Sesudah upacara sarung cincin:

Aku berborak ngan Mak >>

Aku: Ish, besarnya cincin ni Mak, tak boleh pakai sesaje ni orang nampak nanti.

Mak: Masa beli hari tu?

Aku: Boy beli sendiri, Nanie tak pernah tengok pon sampai la ni. Mak tengok semalam la eh?

Mak: Eh, tak la, ni pon baru je tengok tadi.


p/s: Tengok tu, buah hati saya ni even ngan family sendiri pon nak surprise. Ish, ish...memang nakal btul dia ni.

kisah aku dimekap





Ok, aku ni bukan minah mekap, seriously!

Supposedly, Tj yang mekapkan aku masa tunang aku ni tapi dia tak dapat balik KL dari Kota Tinggi. So, hari Khamis, 2 hari sebelum majlis, aku gamble la pi Butik AQIZA kat Taman Kosas (atas 7 E) tu, tanyakan pasal mekap bertunang. Alhamdulillah ada kekosongan. Risau jugak aku kalo takde sebab kat situ mekap tunang murah sebab mekap kat kedai tapi mekap masih lawa! (aku tak angkat bakul sendiri ok? ni namanya menghargai tukang mekap tuh).

Kening pon daripada tak pernah kena cantas, dah kena cantas. Hukhuk ;( Dah la mekap tak menghadap cermin, so aku dok tawakkal je la, ape jadila muka aku niiii...

Selepas 45 minit mekap, aku bangun tengok kat cermin, Ya Allah! sape ni??? Siyesly, aku sendiri tak kenal aku. Boleh cenggitu? Aku sendiri nampak muka aku jadi lain, ape lagi orang lain. Fuhh...memang la tebal tapi natural. Ok la. I'm quite fond with my make-up masa tu :))

p/s: Lain orang tak pernah mekap ngan yang pernah mekap ni... macam aku lah. Dahtu sendiri pelik muka jadi lain ;P

sireh junjung


Cerita sireh junjung ni. Hmmm...

Ni la sireh junjung yang aku, Kak Lin ngan Ibu yang buat, malam sebelum majlis bertunang aku.

First time buat sendiri, but boleh dibangga kan. Atok bagi idea itu ini, yang buat aku ngan Kak Lin. Ibu bungkuskan kapur, gambir and pinang :)

Kitorang mula buat sireh junjung ni kul 9 malam kot, kalo tak silap lah. Buat selepas potong daun pandan untuk bunga rampai. And settle gubah dalam kul 1130malam. Fuhhh~~ Nasib baik ada orang tolong. And, waktu-waktu macam ni lah, how I wish dat I have adik beradik yang ramai. Tapi nak buat camana, ada 3 orang je termasuk kakak ipar. Dah cukupla tu kan... Tapi bagi majlis tu bila Aunty Ani and Aunty Watie datang, diorang ada tambah sket itu ini bagi nak tutup cela yang ada kat sireh junjung tu...Ok la tu Aunty, budak baru beljar buat sireh junjung ni...mestilah ada kekurangannya kan??...

Disebabkan sireh junjung ni la, aku tak dapat nak buat cupcake aku sebagai hantaran buat pihak lelaki. Hukhuk ;( Kek hantaran, akhirnya aku beli je kat KEDAI KEK CERI INDAH kat Bukit Indah. Kedai Kek Melayu :) Of course lah warna pink! Hekhek ;P

p/s: Boleh menerima tempahan ;P

Penghujung Mei

ALHAMDULILLAH... Syukur sebab satu benda yang aku duk kelam kabutkan dari bulan 3 haritu dah pon selesai.

I'm officially engaged to my buah hati; Encik Qhohar on May 29th :D

3 hari sebelum majlis kecil-kecilan ni, aku sempat update sket la kat fb. Dalam blog, hampeh tak sempat nak lama-lama. Doing some bloghopping pastu mengadap keje-keje untuk majlis kecil tu.

You know, the last three days before the event, it was hectic! No, bukan hectic je, but GILA hectic ok?

Last minit punya keje bila buat itu ini, tetibe ada je benda tak cukup. Korang pernah tak mengalami keadaan bila dimana korang kena keluar masuk rumah, turun naik kereta kesana kesini untuk cukupkan benda? That was me on that 3 days before the actual event took place. SANGAT PENAT.

Nak balas mesej orang pon tak sempat. Nasib baik la masa tu Cik Abang aku (now, my fiance) pon dah bercuti and dia kat kampung pon sama-sama busy. So, no message from him or even me.

Khamis malam Jumaat, aku tido kul 3am, bangun kul 630am. Straight dari 630am tu sampai la kul 1230malam Jumaat tu aku baru dapat duduk and tido.

Pagi Sabtu, rasa malas je nak bangun sebab badan dah mula penat. My biological clock sudah lari tau. huhu :(

But, aku gagah kan jugak diri ni untuk bangun, untuk last minute prep since aku kena pi mekap kat Butik Perkahwinan AQIZA kul 830am. My driver on dat day, sudah pastilah my BFF Cik Atiqah :) (TQ dear! Nanti aku bawak ko plak ok? :D)

Kul 12tghari camtu, aku sah menjadi tunangan Encik Qhohar :)

Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Cuma ada dua benda yang aku kechiwa sket.
  1. tak sempat bergambar ngan seluruh bakal ahli keluarga baru aku. Cuma ada gambar aku ngan Mak bila Mak sarung cincin kat jari aku :(
  2. tak sempat bergambar ngan semua hantaran. I mean dari kedua-dua belah pihak. Hukhuk ;(
Yang lain tu ok je.

p/s: Cik Abang aku memang tak join majlis tu. Memang ikut adat Melayu dulu-dulu betul dia tuh. Nanti aku sambung post yang lain ok...

Monday, May 10, 2010

tali oo tali

Sabtu lepas masa pi Pudu, buah hati aku park kete dalam Plaza Pudu since kat luar parking kete sume penuh. Siap ada double parking lagi.

Masa lalu kat area gerai-gerai dalam Plaza Pudu tu, ada la kedai kasut.

Ada satu benda yang cik abang aku ni suka pasal kasut perempuan. Kasut bertali-tali.

Once upon the time (chewahhh...macam la dah lama benau), masa kami sibuk cari barang hantaran kat Sogo, cik abang aku ni nak belikan kasut sebagai salah satu hantaran untuk aku. Tapi pusing punya pusing, yang aku berkenan, dia tak suka. Katanya nak cari yang bertali-tali. Nampak lawa. Tapi akhirnya, nak yang bertali-tali tapi takde saiz yang besar dan almaklumlah kalo ada sale kat Sogo, umat manusia ni punya la ramai memborong barang. Kepala aku sesak and last-last aku cakap kat dia, takpe, biar kasut aku yang cari sendiri. Dan, ended up, aku beli kasut untuk bersanding terus and kasut tu tak jadi pon sebagai hantaran aku (mak aiii, kaki dah besar macam gajah, konpemlah kasut pon besar kan? Seharusnya tak payahlah di war-warkan kat orang yang datang masa majlis nikah aku tu tau kaki aku besar. hahahaha...).

And last Saturday, masa lalu sebelah kedai kasut tu, tetiba cik abang tanya lagi soalan cepuemas kat aku:

Cik Abang: Emm... bila la sayang nak pakai kasut tali-tali kan?

Aku: Tak kan. (Wwuekk)


The truth is, aku tak suka kasut bertali-tali ni. Maybe lelaki nampak bila perempuan pakai kasut bertali-tali ni nampak sweet, smart atau seksi. Malangnya bagi aku...TIDAK sama sekali... secara praktikalnya, kasut bertali ni buat sesak otak aku je. Aku, selagi boleh cari yang simple, akan cari yang simple. Kalo boleh tak berkasut dan hanya berkaki ayam je, aku layankan jeeee...

p/s: Maafla Ayang...mana tau kot-kot lepas kahwin nanti Sayang terbuka hati nak pakai kasut yang bertali-tali...sape tau kan? Hehe...tapi buat masa sekarang, kalo boleh, Sayang nak pakai selipar je ;P hihiihih ;D

Sunday, May 9, 2010

Baju pari-pari...

Isnin lepas, Pagi masa hantar Ellie ke sekolah, Ibu tanya bila aku nak belikan baju pari-pari. Memandangkan petang Isnin tu Ibu nak ponteng kelas agama dia, kami pun trus ke kedai kain. (Nama kedai kain terpaksa di rahsiakan. hehe)

Lega bila dah belikan kain dorang. Nak kena distribute cepat nih.

Here are my list of pari-pari:
  1. Liyanaroxx (my maid of honour)
  2. aTiQue
  3. Along
  4. Alang
  5. Bong
  6. Tj
  7. YesO
  8. Kak Aina

Sorry, I can't upload the photo here since bukan semua dah dapat kain pari-pari tu. Nanti tak surprise plak. Kehkehhhh ;D

p/s: Design la ikut suka korang. Janji yang kain bunga tu, jadi kain, bukan sebagai baju okeh? Tudung, cari sendiri. That one is not provided. hihi ;))

Monday, May 3, 2010

Mei pon bermula...

Dah masuk bulan Mei dah... Hari ni dah 3hb... Esok 4hb, lusa 5hb... pejam celik, pejam celik dah nak 29hb...

29mei2010 atau 29052010 atau 29/05/10...

InsyaAllah dipermudahkan...

Awal tahun ritu, lepas bincang-bincang, nak tunggu bulan Mei macam lambat je masa...

Sekarang ni, bila diingatkan semula, rasa kejap je plak. Mungkin sebab aku pon busy walaupon belum keje, tapi keje kat umah ni menanti aku, punya la banyak. Tu yang aku rasa baru semalam aku buat countdown ke tarikh nikah aku kat FB, dalam 100 ++ hari lagi. Hari ni dah tinggal 75 hari je. Where are the 25 ++ days go?

p/s: InsyaAllah sume pon akan settle sedang elok ngan masa yang dah ditetapkan tuh...

Friday, April 30, 2010

busy bee~

Pejam celik, pejam celik... dah pengakhir bulan April dah.

Aku tak sempat nak membebel banyak kat dalam blog ni sebab agak busy.

Semalam pon kuar ngan Along pagi-pagi ke Jalan TAR, nak cari tudung. Dapat la diskaun waktu pagi. Ape orang kata, first customer. hehe ;D Kedai pon baru bukak. Dapat cari tudung untuk diri sendiri dengan untuk Ibu dan Ellie.

Pas je settle keje mencari tudung, kitorang pi Ampang Park plak. Misi seterusnya, nak mencari kasut untuk majlis bersanding aku. Ye lah, kaki gajah... payah btul. Butik pengantin pon hanya supply kasut bersaiz standard, saiz tujuh. Wahai kawan-kawan yang nak kawen dan mempunyai saiz kaki yang kecil molek, beruntunglah wahai kamu kerana tak perlu bersusah payah mencari kasut untuk bersanding nanti... Huhu ;P

Ibu kata, pas majlis, tolak kat Kak Sue... Kalo tak pon, pakai masa pegi pasar. Wahahahaa ;D

Ye lah... kasut bertutup. PINK pulak tuh! Kalo ditakdirkan aku keje dalam pejabat pon pasni, takde gayanya aku nak pakai kasut PINK! hahaha ;D

p/s: Redha jeee...

Friday, April 23, 2010

July's Reception

Selasa malam Rabu ritu aku ada appointment ngan Kak Sue dari Galeri Perkahwinan Suria.

Kak Sue memang dah awal-awal lagi mintak aku bawak Cik Abang for our next meeting so that Kak Sue boleh ukur baju untuk pengantin lelaki. Selain tu, Kak Sue mintak aku bawak contoh warna pink yang aku nak supaya menyenangkan dia pi cari kain lace nanti.

Malam tu, nasib baik Kak Sue memang ada appointment ngan kami berdua je. Lagipun banyak benda yang nak dibincangkan. Design baju yang aku nak, nak ukur badan lagi, contoh warna kain etc.

Habis je bincang dah kul 11malam. Fuh~

Walaupun balik lewat but at least Alhamdulillah settle satu keje aku.

Tinggal tunggu Kak Sue panggil untuk fitting je. Hopefully siap on time before majlis aku nanti. InsyaAllah.

p/s: This coming Saturday nak pi buat kad kat Pudu, and nak beli barang kat Nilai 3! Of course lah dengan buah hati pengarang jantung!

Wednesday, April 14, 2010

baju famili

95 hari lagi; semalam aktiviti aku dan timbalan menteri kewangan ialah...

mencari kain baju untuk family aku! :)


Dapat la dua jenis warna since Abah ngan Abang takmau pakai pink. So, untuk lelaki kami belikan warna peach and untuk perempuan kami belikan warna pink.
Itu je. Nak roger and out :)
p/s: Untuk baju pari-pari, settle je untuk majlis kecilan, baru aku pi cari ye? :)

Tuesday, April 6, 2010

catering

Pagi tadi aku ikut Ibu pi jumpa Aunty Sharifah untuk bincang pasal majlis aku nanti. Aunty Sharifah ni memang dah sinonim ngan family kitorang ni. Dah macam official caterer pon ada jugak. Untuk sesape yang biasa datang makan open house umah aku sebelum ni, nasi beriani yang korang makan tu la nasi beriani berjenama Aunty Sharifah. Hehe ;D

Aunty Sharifah ni memang biasa bab masak-masak ni. Every morning memang dia jual nasi lemak kat depan Spectrum Ampang tu. Lauk-lauk nasi lemak dia yang aku suka macam sambal sotong, dan rendang daging (lembut btul daging rendang ni. I'm not a big fan of daging sebenarnya tapi Aunty Sharifah punya rendang daging memang TERBAIK!).

Jadinya, perbincangan antara aku, Ibu dengan Aunty Sharifah dah settle pagi tadi. It consists of makan-makan untuk majlis kecil-kecilan dan majlis besar (dua hari).

p/s: Alhamdulillah lega aku...

Sunday, April 4, 2010

104 days...

Tinggal lagi 104 hari...

Sekarang ni aku tak busy countdown untuk majlis kecil-kecilan. Tapi aku terus countdown untuk majlis besar tuh. Sebab yang itu lagi buat aku rasa berdebar-debar...

Tinggal lagi 104 hari aku nak tamatkan zaman bujang. InsyaAllah.

Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku sebagai seorang isteri akan bermula. InsyaAllah.

Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku makin besar. Selain sebagai seorang anak, aku akan jadi seorang isteri orang plak. Hanya yang baik-baik sahaja dalam doaku~ InsyaAllah.

Fuh~ Dan tinggal lagi 104 hari je, tapi kawan-kawan rapat aku sendiri pon masih tak percaya aku nak jadi isteri orang. Hehe :)

Itu dorang... ni tuan punya badan tak mau tanya ke ape perasaan dia?

Macam aku pnah tulis dalam entry aku sebelum ni, aku percaya pada jodoh Allah. Jodoh aku dipertemukan dengan si dia, dan dipermudahkan. Alhamdulillah syukur~~

p/s: Kawan-kawan... percayalah... walau cepat mana pon aku akan pikul tanggungjawab sebagai isteri ni, InsyaAllah aku tak lupakan korang semua... Korang jugaklah pernah menghuni isi hati aku dulu, kini dan InsyaAllah selamanya ye... Cheer up! :))

Saturday, March 27, 2010

kisah aku dan...



HIV test ;P


Owh, lupa nak update pasal aku buat HIV test Selasa lepas. Ye la, after all the controversies pasal jarum besaq la, sakit la, ngilu la kena cucuk...


Ha, ha, HAMPEH! (ceh, sambil buat muka berlagak ;P)


Ye la sangat BESAR kan jarum tu, ye la sangat SAKIT kan kalo kena cucuk...


Buah hati aku dari aku mula masuk kete (dia amek aku kat umah), sampai la parked kete kat Klinik Kerajaan AU2 tu tak habis-habis kata 'jarum tu besarrrr...'


Tak turun dari kereta lagi, Cik Ana plak mesej aku, saje je nak buat gempak, kata jarum tu besar, siap wish gudluck lagi!


Pastu masa amek borang test darah tu, ada dikepilkan sekali ngan nombor giliran. Buah hati aku amek borang yang kepil 'no.2'. Dia swuh aku test dulu... poyo btul buah hati aku ni. Dia kalo bab menyakat aku, memang nombor 1! Geget karang! ;P


Tapi... alkisahnya...





Jeng, jeng, jeng..................









JARUM tu KECIK je! Korang tau tak, jarum tu sebijik jarum kalo kita nak buat test jenis darah kita tu. Bukan sebijik, memang itulah jarumnya. The one yang kita picit kat jari kita, jarum nya memantul ke kulit kita dan kita kuar darah macam kat gambar atas tu. Korang mesti pernah buat ujian jenis darah kan? Kalo pernah, mesti korang tau macamane rupenye jarum tu. But gambar atas tu slightly different la.
Nak dijadikan cerita, nurse yang buat test darah tu (pangkat makcik), dok la memebebel kat aku, dok cerita yang bagus jugak buat HIV test ni, terjamin keluarga InsyaAllah bebas dari HIV ni sebelum kahwin (sebab test tu valid untuk 6 bulan sahaja lepas dari tarikh test tu). Pastu dia bebel lagi, katanya masa bercinta ni memang la semuanya wangi, kentut pon bau wangi; cuba lepas kawen nanti, hmmm... paham-paham je lah ayat seterusnya ape. hehe ;) Sambil dia bebel kat aku tu, tangan dia sebuk la bukak penutup jarum tu (yang warna biru gelap - sila rujuk gambar di atas), sapukan kain kasa yang ada alkohol kat jari aku, letakkan jarum di jari, bersedia untuk menekan jarm ke jari aku. Aku tengok tang yang dia nak tekan jarum tu, dan aku nampak dia tekan. Tapi...
pulak aku tak rasa sakit dan tak rasa ape-ape???
Rupenyerr...
'Eh, saya tercucuk jari sendiri la dik!'
HAHAHAHAHAHAHAHA....... Nurse tu pi letakkan posisi jarum tu terbalik. So, dia sudah cucuk sendiri punya jari lah ye tuan-tuan dan puan-puan! ;)) Jari dia yang berdarah. Eh, ni siapa yang nak buat HIV test ni Puan? Saya ke, puan ni?
Aku nak gelakkan dia, karang dia kata aku tak respect dia sebagai nurse plak. Jadinya aku senyum je lah.
Dia tak amek kit baru tapi nurse tu guna penutup jarum tu yang ada jugak jarum. Tapi agak kecik dan pendek. Nurse tu swuh aku pandang tempat lain kalo aku takut. Dia kata sakit, tapi... takla sakit sangat. Huh, dah buat test boleh la berlagak. Hahaha... cube masa belum test, cuak tak hengat! ;P Orang takut jarum la katakan. Aku tak takut darah, tapi takut jarum je. hehe...
Pas aku, buah hati aku yang test. Dia kata sakit. Hehehe ;P Tu lah.... aniaya aku asyik dok ulang ayat keramat, 'jarum tu besar, sakit...'... Baru tau langit tinggi ke rendah... Aku tengok darah dia kat kain kasa tu lagi banyak dari darah aku yang aku kesat kat kain kasa aku.
p/s: Moral of the story? Ow, jangan takut-takutkan orang.... Hahahaha ;D

Sunday, March 21, 2010

Dinner MESSY!

Jumaat lepas (190310), aku ada dinner PAMs (Parks and Amenity Management) kat UiTM. Junior-junior part 3 yang handle dinner ni. Buat kat Dataran ape ntah kat Canselori baru mengadap pintu utama UiTM tuh.

Budak-budak ni buat kat open area. Agak-agak dorang ni tak boleh nak bajet yang malam tu nak hujan kot. Open space kottt, nasib baik ada jugaklah 3 buah khemah yang dorang set up. NASIB BAIK. Cuba bayangkan kalo langsung takde khemah, and hujan lebat??? Aku and the gang datang lewat sket sebab melayankan Kak Aina dimekap, ngan Kak Iza nak jugak pakai bulu mata palsu. Aku? Aku pakai sempoi je. Aku bawak skirt kembang warna putih, ngan seluar slack warna kelabu. Baju plak aku bawak baju blouse warna hitam. Malam sebelum pi dinner tu memang aku terasa nak pakai skirt ngan blouse hitam tu memandangkan nak ikut tema 'Masquerade English Garden'. Abaikan la MASQUERADE tuh sebab aku tak terfikir nak pakai topeng-topeng ni. Ape kes nak tiru-tiru gaya Bandi Amuk?? Hahahah ;D Owh, aku bawak semula ke'sinis'an aku untuk kes-kes tak relevan ni. Hehe. Sorry :P

Back to the story... Petang sebelum aku kuar nak amek Wafi kat LRT Bdr Tasik Selatan, aku tepon Kak Aina nak tanya dia pakai ape masa dinner. Dia kata dia pakai seluar je and dia pujuk aku pakai seluar jugak. Aku pon berat hati sebenarnya nak pakai skirt; jadinya aku pakai seluar slacked kelabu masa pegi meeting alumni PAMs. Kiranya kalo aku ubah fikiran tetiba, at least aku ada plan B iaitu pakai seluar slacked kelabu tuh. Bila aku tanya pendapat Wafi, Wafi swuh aku pakai skirt. Tapi masa tu aku masih berkira-kira; termasuklah buat kira-kira permasalahan add math, modern math, dan fizik segala.

Pas je Maghrib kat umah Kak Aina, nak bersiap-siap untuk ke dinner tuh, aku decide pakai seluar je. Melayankan bulu mata palsu Kak Iza ngan Kak Aina dimekap oleh juru solek tak bertauliah (hehe), aku siap kul 810 mlm, dorang siap kul 840mlm. Kitorang plak macam VVIP malam tu, sampai lewat! Masuk je UiTM, hujan. Parked je kete, hujan lebat! Ok, good! Now, we're stucked dalam kete sebab aku parked kete boleh dikatakan jauh jugak ngan venue dinner (parking penuh la wehhh...)

Memula Kak Iza turun dulu ke dinner, buat memori daun pisang ngan Syazwara; siap basah-basah baju berkongsi payung. Itu berdua. Kitorang ni bertiga. Ngan Wafi, Kak Aina and aku. Hmmm... aku redah je sebab masa kitorang kuar kete tu hujan dah reda sket and bagi Wafi ngan Kak Aina guna payung.

Sampai-sampai je kat venue tu, semua budak lepak bawah khemah. Kitorang ni jadi pemerhati je; tengok-tengok style berpakaian budak junior PAMs. Agak berani. Well, kalo tak, takdela orang luar kata, 'bagi je dak-dak UiTM bergaya, jadi jee...' hehe ;) Tolak aku kot. Aku ni malas nak bermekap, malas nak bergaya. Ikut dan jee... lagipun bukan kegemaran aku. Ada banyak ragam tengok junior sekarang. All out habis lah! Aku rasa zaman aku dalam PAMs dulu, semua pon sempoi-sempoi je. Kalo ade yang macam budak-budak punk pon, si Izar yang dah jadi bapak budak pon sekarang ni. Sekarang ni, tengok junior lelaki dah macam bebudak Bunkface dah! Sekali pandang lagi, macam masuk dalam cerita Enchanted siap pakai baju kembang-kembang ala princess in a faraway land, dan ada yang macam dalam video klip Bienda lah... memacam!

Aku ngan geng aku masa PAMs yang datang malam tu hanya lima orang je; enam termasuk Puan Sue yang bawak baby Zaim (datang ngan hubby, which is one of the lecturer kat dalam PAMs jugak). Aku ngan Kak Aina sempoi je pakai blouse ngan seluar slacked; Kak Iza pakai baju 'yiba yiba andre andre'; (hahahaha... baju Kak Iza ni unik tinggal nak pakai topi yang Mr. Potato pakai tu, konpem jadi minah Latin), Wafi pakai jeans ngan kemeja bunga-bunga; Syazwara pakai slacked ngan kemeja kerja. Hmmm..sempoi kan? Jauh benor kalo nak bandingkan ngan budak junior. Wafi yang terkenal ngan imej dress up dia pon nampak tersangatlah UNDER-DRESSED! But one thing aku bersyukur sangat sebab aku tak buat keputusan pakai skirt kalo tak mesti meleret dan mengelap air hujan kat atas lantai dataran tu. Budak-budak yang pakai skirt kembang-kembang, mekap sakan, dah set rambut lawa-lawa habis basah dek kena hujan. Wafi kata 'bila tengok budak-budak ni rambut basah-basah, baju terlekat-lekat, dah nampak macam party messy dah...bukan dinner' Betul wehhh...macam tak terurus pon ada.
tengokla dressing kitorang. sempoi kan?

tu la baju 'yiba-yiba andre-andre' Kak Iza. hehe ;)

Dahla malam dinner tu, kitorang tak kenal budak-budak baru. Jadinya, kitorang berlima ni buat hal sendiri, buat havoc sendiri, buat majlis sendiri. Hehe :D Selambe macam biasa. Hujan berhenti je kul 1030mlm, kitorang dah gerak ke kereta. Tapi sebelum sampai kereta tu, sempat berposing barang sekeping dua. Siap ada gambar lompat-lompat. Hehe... mati aku kalo Cik Abang tau ada gambar lompat kitorang dalam FB tu ;P
ngan Wafi. sama plak tema warna kitorang malam tu.

pinjam topeng Wafi sat!

before balik sempat lagi posing kat entrance.

owh, ni Encik Zack. Lecturer PAMs jugak tapi aku tak berpeluang belajar dalam kelas dia.


So, malam Sabtu tu aku sampai umah kul 1230mlm. Nasib baik Kak Aina dengan baik hati teman aku balik umah malam tu sebab aku tau aku kena hantar Wafi balik umah kat Tasik Permaisuri. Ye la, LRT habis kul 11mlm. Kitorang balik dari UiTM pon dah kul 11mlm. Balik je, terus mandi kejap ngan air panas, basuh muka, gosok gigi, solat pastu gedebummm...trus terlelap! Bangun pagi tersentap sebab Ibu kejut. Pening kepala den nih. THE END.

p/s: Dinner yang pertama bagi aku hampeh macam ni. Huh! Kalo swuh bagi bintang, dari 5 bintang, aku takmau bagi bintang pon. Even kredit untuk budak junior yang handle dinner tuh pon takde.

Girls Night Out

Khamis lepas (180310) memang hari yang sangat penat buat aku. Kaki aku 2-3 kali gak nak cramp masa dalam tengah driving.

Pagi Khamis aku pi interview naik LRT, dengan sesat nak ke tempat interview sebab ada minah sorang ni dengan konfiden nyer bagi direction salah kat aku. Dah la kena pakai kasut bertutup (interview keje gomen), siap ada heels lagi. For those yang kenal aku, I am not a big fan of heels nih. Lagi-lagi yang jenis kasut bertutup. Aku ni terkenal ngan sandals; preferably yang flat je. Sebelum ni ada sepasang wedges yang aku hanya akan pakai masa wedding. Diulangi, HANYA untuk wedding. Jarang saja-saja pakai untuk hangout ngan member-member kecuali masa tu hangout ngan Tqah berdua je. Hehe, paham-paham je lah Cik Tqah tu tinggi. Tapi bila dah tinggi sangat, aku pakai heels pon masih rasa aku dipandang rendah oleh Cik Tqah. Hahaha ;D

Balik je dari interview, sampai umah around kul 1ptg, Cik Abang tanya samada nak jumpa or tak sebab kebetulan dia duty malam, and keje-keje pejabat dia sume dah siap. Jadinya dia tak masuk keje petang. Siap-siap, kuar umah kul 245ptg, gi dating kejap, balik dan sampai umah kul 630ptg. Kul 8mlm dah buat appointment ngan Kak Sue (butik pengantin) ngan Tqah dan Ana.

Aku nak citer yang pasal lepak kat butik Kak Sue la ni. Panjang kan mukadimah aku?? Haha ;P Sabor je lerr...

Aku salu pi ronda-ronda survey butik pengantin ni ngan Tqah. Jarang ajak Ana sebab takut dia tak leh kuar malam ngan kitorang. Tapi kebetulan rasa nak cukupkan korum untuk jumpa Kak Sue malam tu, ajak Ana sekali, baru best. Tqah yang jadi driver hari tu (thankie Tqah!!! I owe you big time!).

Alhamdulillah la Kak Sue ni memang friendly habis! Yang bestnya dia ni jenis suka bercerita, berkongsi semua benda sebab dia pon dah lama jugak dalam bidang andaman dan handle pengantin ni. Dia bagi tips-tips cara nak cari make-up artist, pilih jurugambar dan banyak lagi. But one thing for sure, bila kitorang tanya, dia akan cuba bagi jawapan yang panjang lebar. I mean, REALLY REALLY panjang lebar. Macam aku punya mukadimah sebelum aku nak masuk cerita yang sebenarnya kat atas ni. Hehe ;P Punyalah panjang lebar penerangan dia sampaikan... ape yang kitorang tanya tu dia tak bagi jawapan pun, siap kena tanya lagi sekali dan kadang-kadang ada kitorang lupa ape benda yang kitorang tanya dia. Haha ;D Korang bayangkan kitorang duk kat butik dia dari kul 815mlm sampai kul 1030mlm! Itupun nasib baik ada customer lain ada appointment ngan dia kul 10mlm. Kalo tidak, konpem kitorang tak balik-balik sebab Kak Sue tak benti bercerita. Tapi, best la sebenarnya dapat jumpa Kak Sue, sebab dapat kumpul tips-tips yang berguna. Yang bagi aku, mungkin orang lain takkan kongsi ngan customer or potential customer dia. Two thumbs UP untuk Kak Sue! Yippeee~~

Kuar je kedai, Ana kata mama dia mintak tolong belikan roti canai. Singgah la kami kat kedai mamak kat Bukit Indah. Aku saje je mengikut sekali, dah satu hal menyusahkan Tqah hantar kitorang, last-last dia yang balik sensorang. Sorry beb! Kat kedai mamak tu pon kitorang sempat gak la pekena teh ais memalam sebab masing-masing kehausan. Aku sampai umah je dah kul 1130mlm. Ish, ish, ishh... teruk betul anak dara sorang nih! nasib baik sebelum kuar ngan dorang ni aku dah mandi. Balik dari kuar ngan dorang tu tinggal gosok gigi, basuh muka je sebelum tidor. Seriously penat btul hari Khamis ritu tau...

p/s: Ayang, rasa-rasanya sayang macam dah konpem je nak amek Kak Sue. hehe ;))

Tuesday, March 16, 2010

masjid or rumah?

Semalam baca blog cik F@nna, dia ada citer pasal nak [nikah dimana]. Same goes to me la masa awal-awal citer pasal nak majlis besar ni awal tahun ritu. Memula tu macam tak kesah sangat since ingatkan majlis bulan 10, adalah jugak masa nak pikir panjang and aku pun pikir nak lepaskan majlis kecil-kecilan dulu. La ni, bila tarikh majlis dah tinggal 123 hari je, cuak pun cuak jugak. Kena pikir banyak benda and 'nikah dimana' jugak termasuk dalam top list priority.

Memula dulu, terpikir nak nikah di masjid/ surau. Memudahkan kerja-kerja yang kat rumah ni. Takdelah berserabut sangat dalam rumah sebab nak bersanding kat umah, bukan kat dewan.

Yang keduanya, terpikir nak buat kat umah, tapi buat nikah sehari sebelum sanding. Macam orang ramai buat sekarang.

Atau yang ketiga, nikah and sanding buat sehari terus, takyah penat-penat nak kemas rumah tapi nikah di masjid/ surau.

Last-last, hari tu bila ada satu malam tu aku ke rumah abang aku kat Taman Melawati sebab aku nak mintak dia tolong bawak aku ke Damansara; sebelum Maghrib borak ngan Kak Lin and masa on da way ke Damansara pon abang sentuh citer yang sama. I feel transparent sebabnya jarang aku ngan abang aku bercerita pasal ni; lagi-lagi ngan parents aku sebab bab-bab cenggini macam taboo dalam family aku. Aku pemalu sikit nak cerita pasal kawen-kawen ni ngan family sendiri. So bila abang sendiri dah open minded cenggitu, aku layankan je lah...

All in all, keputusan InsyaAllah akan kekal sama macam ape yang aku and family aku bincangkan. Which is nikah and sanding pada hari yang sama, and nikah buat dirumah. InsyaAllah berkat, macam kita buat di masjid/surau jugak. Yang penting nawaitu kan... Niat ke arah yang baik, InsyaAllah baik juga pengakhirannya.

Bak kata f@nna, buat kat umah ni ada sentimental values. Macam aku, nak kata ada sentimental values tak jugaklah since nak nikah ni kat umah baru (InsyaAllah). Cumanya, nilai sentimental tu datang kemudian, lepas semua majlis selesai. Hehe :) Dah tu, contohnya lah, aku nikah di masjid/surau, pas nikah mestilah ada nak bergambar-gambar ngan family, ngan suami pakai rantai/ rantai tangan/ cincin ye tak? Nikah plak kul 10pg. Itu ini kena gak buat jamuan ringan sket, dah kena patah balik rumah plak nak menjamu tetamu. Tetamu pun kehulur kehilir plak nanti. Itu ini dah kul berapa dah nak kena rush tukar baju sanding. If mekap nikah aku takmau yang tebal-tebal tapi sanding kena tebal sket, dah satu hal kena mekap semula. Amek masa nak kejar masa sanding kul 130ptg.

Hish, aku ni tak suka rush. Kalo aku rush, nanti aku stress; bila dah stress, sume orang aku nak marah. Jadinya bila difikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku ngan Ibu, abah... keputusan terakhir sekarang ni nak buat nikah di rumah je. Menyenangkan semua pihak; pihak aku, pihak Cik Abang, photographer, mak andam segala. hehe ;)) Ooo.. dan pihak pari-pari jugak sebab ada sorang pari-pari aku non-Muslim. Nanti YesO tak leh masuk masjid plak kalo buat di masjid tuh.

Itu je untuk hari ini. Satu hal settle ;)

p/s: f@nna, 'bergambar di katil baru' tu I loike~~ ;D