Tinggal lagi 104 hari...
Sekarang ni aku tak busy countdown untuk majlis kecil-kecilan. Tapi aku terus countdown untuk majlis besar tuh. Sebab yang itu lagi buat aku rasa berdebar-debar...
Tinggal lagi 104 hari aku nak tamatkan zaman bujang. InsyaAllah.
Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku sebagai seorang isteri akan bermula. InsyaAllah.
Tinggal lagi 104 hari, tanggungjawab aku makin besar. Selain sebagai seorang anak, aku akan jadi seorang isteri orang plak. Hanya yang baik-baik sahaja dalam doaku~ InsyaAllah.
Fuh~ Dan tinggal lagi 104 hari je, tapi kawan-kawan rapat aku sendiri pon masih tak percaya aku nak jadi isteri orang. Hehe :)
Itu dorang... ni tuan punya badan tak mau tanya ke ape perasaan dia?
Macam aku pnah tulis dalam entry aku sebelum ni, aku percaya pada jodoh Allah. Jodoh aku dipertemukan dengan si dia, dan dipermudahkan. Alhamdulillah syukur~~
p/s: Kawan-kawan... percayalah... walau cepat mana pon aku akan pikul tanggungjawab sebagai isteri ni, InsyaAllah aku tak lupakan korang semua... Korang jugaklah pernah menghuni isi hati aku dulu, kini dan InsyaAllah selamanya ye... Cheer up! :))
No comments:
Post a Comment