Lama tak buat tag ni. Cik Liyanaroxx bagi mandat buat tag memandu ni dari hari tu lagi tapi baru sempat nak update sume benda hari ni... Ok, ni dia~
(Gambar takyah letak. Dah ada kat entry bawah ni dah. hehe)
Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Of course lah ade kan?? Kalo tidak, takdenyer dapat kereta free dari abah ;P Dan kalo tidak, takde maknenyer aku merempit...
Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Lepas SPM trus amek. Tapi aku punyalah lambat nak habiskan kelas. Last-last dari habis SPM tertangguh sampai la besday aku yang ke 18. Kiranya hadiah besday yang ke-18 la tuh.
Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Dapat lesen umur 18. Now dah 25 tahun. So, 7 years of experiences.
Pengalaman pahit ketika memandu?
ACCIDENT lah ape lagi! And it's totally not my fault. Aku pernah citer pasal accident tu dalam blog ni. Kereta aku kena hentam dari belakang by some CARELESS man yang pi merempit kat tempat yang salah. HANGIN satu badan aku tau! Tak pernah-pernah aku melanggar kereta orang dan dilanggar, tu kali pertama. Depan belakang plak tu yang kemek teruk. Alhamdulillah aku takde pape kat dalam kereta masa tu. Ada lah nak dekat 3 minggu jugak kat worksyop.
Pengalaman manis?
Pengalaman manis ye...erm...pengalaman manis memandu? erghhh...banyak kot? Ntah la, aku pon tak tau la plak pengalaman manis bila memandu ni. Cuma boleh tekan minyak lepaskan geram bawak laju-laju je. hehe ;P
3 tabiat ketika memandu?
1- Suka pasang lagu kuat-kuat and melalak sorang-sorang bila tengah memandu.
2- Suka merempit. This one tak boleh nak elak. Sebaik mana niat aku nak bawak kereta slow pada hari tu, mesti ada je sebab lain menyebabkan aku tekan minyak puas-puas. Hurrmmm...
3- Membebel sorang-sorang bila tengah syok memandu, ada je driver yang drive macam konon-konon bagus. Dok kat lane memotong tapi bawak slow giler! HANGIN la kan... dah terkumat-kamit mulut aku ni membebel dalam kereta sorang-sorang.
3 pantang time anda memandu bila...
1- Orang drive slow tapi drive kat lane belah kanan. Sila kekiri-kiri-kiri lagi yerrr... Sentap btul!
2- Orang drive masuk lane kita tapi tak bagi signal. Oittt! Takut bateri kereta ko kong ke kalo bagi signal tuh? Tak mati okeh kalo jadi pemandu lembab tapi reti bagi signal tau. Aku yang gila-gila suka merempit dan even nak memotong kereta lain pon aku bagi signal.
3- Orang yang suka memotong lane yang panjang kat traffic light. Penat-penat aku beratur... Dah la memotong, tak bagi signal nak masuk, dahtu sebabkan dia je, lane lain yang jammed.
p/s: Okeh, siap!
No comments:
Post a Comment