Okey, update sket ape yang patut.
Jumaat lepas aku kan dapat free time dari parents aku. Of course lah I'm having ME time alone kat Mid. Tengok wayang and pi survey jam tangan untuk hantaran nikah ke buah hati aku.
Iye wehhh... dah tinggal lagi 87 hari ni... pejam celik nanti dah tinggal dua bulan, sebulan...dan seterusnya nikah. Banyak benda yang aku kena settle lagi ni selain pikir pasal hantaran nikah. So, yang mana boleh grab dulu, itu jadi keutamaan. Sebab untuk tunang memang takde ape sangat yang aku bagi. Hantaran banyak dalam bentuk makanan je (kuih muih, coklat, kek etc). So, aku lebih banyak beri tumpuan kat majlis bulan 7 aku berbanding majlis kecilan bulan 5 ni.
ME time tu aku tengok movie.
Aku tengok citer DATE NIGHT; sangat sesuai untuk orang yang dah kawen untuk fikir-fikirkan semula ape tujuan kita kawen and obviously la sebenarnya bukan sekadar untuk menjadi roomate-paling-baik; selain bagi moral pada pasangan supaya bila dah kawen nanti, kita boleh letak kepercayaan kita pada pasangan kita tu tentang hidup membantu antara suami isteri. Bukan semua benda isteri yang kena settlekan bermula dari celik mata bangun tido tu sampai la nak masuk tido semula dan suami hanya basuh kaki je balik dari keje tanpa tolong ape-ape... semuanya berkaitan dengan KERJASAMA dan KEPERCAYAAN. And mungkin life berkeluarga akan jadi lebih baik selepas tu.
p/s: Cuba renung-renungkan parents kita macamana... Ada betulnya jugak moral citer ni... Harapan aku bila aku dah berkeluarga nanti, aku akan ingat citer ni dan praktikkan dalam life berkeluarga aku tuh :) InsyaAllah :))
No comments:
Post a Comment