Showing posts with label my day. Show all posts
Showing posts with label my day. Show all posts

Friday, August 27, 2010

I got this...twice!

on my E day~



Both taken on my Solemnization :)


See the above pictures eyh? I love my mak andam for both occasions. Sebab they make me wore kinda like a cekak on my E day, and somewhat like a brooch kat tudung masa Solemnization. I love it!

p/s: Sila abaikan gambar tunang tu, nampak mekap dah tak serata sebab dah petang. Masa nikah baru tau yang u cannot wear anything on your face (cream esp.) before applying make up on it. I used two mak andams on separate occasions. My wedding mak andam yang inform me that. See the flawless end result masa nikah? hehe ;D Angkat bakul sendiri la, kalo bukan kita sendiri yang puji, siapa lagi kan?? ;D

the truth behind...

... our baju nikah :)

Tajuk entry macam poyo je kan?
Nahhh...nothing yang benar sebenar2 baju nikah tu ok.

Cuma aku beli kain satin- inner untuk kain lace aku tu kat Gulati's. Everybody knows, kain2 kat Gulati's ni mana sama kat kedai kain lain. Even satin putih tu kalo nak pi cari kat kedai biasa pon, you can never find the same tone. Nak kata off-white bukan, nak kata white-white pon bukan.

Nak dijadikan cerita, aku ngan hubby masa tu beli asing-asing. Dan bukan kat kedai yang sama. Aku beli dulu and selang seminggu, aku ikut dia pi beli kain baju nikah untuk dia plak. Masa beli kain dia, aku tak bawak la contoh kain satin aku sebab rasa macam ingat je putih aku tu gaya mana. Last-last, a week before we're getting engaged, hubby passed ke aku baju nikah dia untuk jadikan hantaran tunang. Belek punya belek, baru aku perasan yang satin putih kami lain warnanya. Siap amek gambar lagi. And then aku ngadu kat hubby. Memula dia ingat tak beza sangat. Bila kitorang jumpa a few days before the majlis, dia tgk gambar, haa... memang sah beza sangat. Even under natural light pon nampak beza. Aku nye lebih kurang off-white, hubby punya bluish white. Aku dah dok berkira-kira nak beli baju lain tapi hubby tak bagi. Dia kata biar dia yang buat baru. Cumanya, masa tunang tu, bagi je baju nikah yang dah ada.

Lagi 2-3 hari sebelum tunang, sempat la kitorang ronda kat Jalan TAR cari kain satin putih yang lebih kurang sama since hubby takmau beli kat Gulati's. Ye la, mahal la beb, rm33 per meter. Ada yang murah sket tapi warna pon tak sama ngan yang harga rm33 tu. So, 2-3 jam jugakla kami keluar masuk kedai kain kat Jalan TAR. And akhirnya jumpa jugak. Tak dapatla 100% yang sama, tapi janji warna lebih kurang. And, yang penting, masa tu spend time ngan hubby :)) Owh, menyelam sambil minum air kan... ahaks!

*credits to Positive Emagez


p/s: Alhamdulillah la sempat gak siap baju dia... But I prefer baju nikah yang jadi baju hantaran tunang dia tuh. Sebab dat one tempah yang ada sulam kat leher and poket baju warna biru, biru yang sama ngan warna sampin hubby. Tapi, apekan daya, pandai sangattttt ;P

Monday, August 23, 2010

Bilik pengantin

First of all, I didn't bought a new set of bed or wardrobe and I dun like the idea of buying a new one just for the sake of getting married. Boleh blah la Majalah Pengan***ss yang konon-kononnya memberi idea untuk berjimat cermat dalam berbelanja untuk majlis kawen anda. Cet! Ko ingat murah ke hape nak beli set2 yang sebegitu lawa itu? Mana nak dapat harga 1K? Atau paling2 tidak pon rm999. But, not to mention, that rm999 tanpa deko lagi tuh. Do the math will ya?

And because I knew that I will not live here in Ampang after I got married (kes nak hidup berdikari ngan hubby selepas kawen).

But, if you have power to make-do your room, do it. It doesn't cost that much since you already minus the budget for a new set of wardrobe or bed which will cost you around 1K++ (the cheapest with the mattress)

Decorate it the way you want. Not the way other people's want. Afterall, it's your room. Bak kata sorang kakak ni, 'orang lain tak suka takpe, janji hubby kita suka:)' Thank you kak Diyana! :)

Aku nak kongsi gambar bilik aku tapi yang ada ni gelap sket. Yang dari cammy aku sume dah transfer ke laptop aku yang tetibe menunjukkan gaya ingin rosek dan tetibe takmau on. Penat je aku transfer kat ko tau, hempuk kang! ;P hukhuk

Anyways...

  1. Cadar tu dapat murah masa Sale kat JJ sekali beli yang ada dengan quilt cover.
  2. Bantal, semua pon dah ada. Takyah beli langsung.
  3. Sarung bantal yang untukbantal comel tu jahit sendiri.
  4. Table runner jadi bed runner dah :D
  5. I dun need 4 poster bed to make my dream bed. I just need 2 walls opposite from each other.
  6. The kelambu are from kain organza. Beli kat Nagoya, cari yang murah2 je semurah rm2 semeter. Tapi yang ada sulam2 tu semurah rm5. Bilik tak besar mana. Ok la tuh. Within budget :)
  7. Langsir jahit sendiri.
  8. Nampak macam ada bling-bling kan? Itu manik2 yang besar2 tuh, beli kat kedai jual barangan kawen Sayang You kat C4 Wangsa Maju, murah saje :)

p/s: I don't need a decorator. So can you :) Just do a little magic with your hand, then everything will be superb! :))

Pelamin

Ngeh2... You know people, I couldn't care less about my dais sebenarnya.

I dun mind how it look.

I dun mind how it turns out when they ensemble it.

I dun mind where would it will be placed.

I dun... care less.

I just want, 1 panel-white-dais-with-white-flowers and ada kerusi sanding.

That's all.


Yang penting masa tu -->
  1. My kasut bersanding yang bertutup itu tidak tanggal semasa berarak
  2. My make up tik tok lawa walaupon berpanas (sebab aku tak lawa la aku kesahkan mekap nih)
  3. The dress tak terkoyak sebab panjang meleret atas jalan yang memanggil2 orang untuk memijaknya
  4. Aku tak jatuh tergolek bila berjalan pakai heels dengan terrain baju yang panjang meleret itu dan...
  5. Semestinya tetamu yang datang, dapat makan, dapat goody bags.

That's all kawan-kawan.

bdw, ni la the dais. Gelap sket picture nih, amek dari FB kawan. Dun remember who's FB. Dah banyak sangat dah..hihi :)

p/s: Ruang pon memainkan peranan. Nampak crowded kan? Well, I counldn't care less :)

pink, peach, peach pink...erk?

Haaa.... ok, ni nak share pasal family and my pari-pari's dress.

Punya penat ok fikirkan warna kain yang sesuai untuk Abah ngan Abang pakai. Untuk yang perempuan, senang saje sebab, pink, kan? Perempuan sangat2 kena saje ngan warna pink tuh so takde la perah otak, perah santan sangat... Ni yang untuk kaum lelaki nih, fuhhh... masa pi Gulati's tu, dok tercari-cari warna yang sesuai. Dah la Abah ni takla cerah orangya, jadinya kena la fikirkan Abah yang nak pakai baju tu nanti. Abang plak, dia hentam saje lah. And dia pon pernah ada t-shirt warna pink peach ni dulu. Ok je aku tengok dia pakai. Takde la nampak gay sangat. hehe ;) So, last2 pon, bila dah asyik turun naik tangga kat Gulati's tu, dan memikirkan bajet yang ada, belila 2 set warna yang berlainan. Yang perempuan pink terang dan yang untuk lelaki plak peach pink. Nasib baik Abah ok memandangkan masa tu Abah tak join pegi beli kain. Sakit kaki katanya ;P

See the different between Abah's and Ibu's colour?
(No, bukan lain dari segi warna kulit. hahaha)

And untuk yang pari-pari plak, warna tu sekali aku jalan masuk kat kedai kain, terus tertancap kat kain batik tuh. Bila dah dapat, cari warna baju yang sesuai plak. Bila balik rumah, rupa2nya, warna baju dorang ni in-between antara warna baju Abah ngan Ibu tuh. But I love it :) And I do hope they love it too. Sesekali berhabis untuk BFF, pasni, dah takde dah peluang macam ni.

*credit to Positive Emagez
See the colour? Alamak...tak berapa nampak la. Boleh click kat gambar ni nanti. Dun worry.

*Ana, nanie pinjam badan Ana sat :)
Ni la, baju and the kain. Nak bagi dorang lain dari family aku, belikan dorang kain batik, baru nampak chomel :))


p/s: Ada gambar dekat tapi Along tak post plak kat FB. Hmm...

Thursday, August 19, 2010

zaman bertunang

Orang kata zaman pertunangan la paling banyak dugaan. Have you ever wonder? In my case, nak kata banyak, tak jugak tapi naseb baiklah aku bertunang sekejap je (49 days). Alhamdulillah in that part. Cuma merajuk tu extra sket dari kebiasaan. hehe ;P

Memandangkan tempoh bertunang kitorang ni singkat je, banyak persiapan yang kitorang buat bundle skali bersama. Kadang-kadang ajak dia pi Jalan TAR, dah ada plan kena cari ini, ini dan itu. Ended up, buah hati aku yang lebih beli banyak dari aku untuk persiapan belah dia.

And then, masa bertunang tu, buah hati aku buat permintaan; a month before we're getting married, kitorang nak stop seeing each other and stop the communication. Motif? Kalo ikut orang dulu-dulu, motif buat macam tu konon-kononnya bila tak jumpa, bila tak berkomunikasi untuk seketika tu dapat membuakkan perasaan rindu dendam pada pasangan kita. Menyemarakkan perasaan cinta katanya. Aisehh~~ Kalo ikut adat Melayu Perak dulu-dulu lagilah... 2 bulan! Haru bebs! Dah tak jumpa tu satu hal...and bila mana persiapan memerlukan pertolongan dia, kan susah tu.

Berbalik kepada permintaan tunang aku masa tu, aku takmau...aku mintak 3 minggu je. Kurangkan sikit demi sikit.

Minggu pertama - tak bleh jumpa. Hanya boleh sms dan telefon
Minggu kedua - tak boleh jumpa dan tak boleh telefon. Hanya boleh sms.
Minggu ketiga (minggu terakhir) - No dating, no calling, no smsing. Pendek kata, no nothing.

Tapi tunang aku tetap nak sebulan jugak. Bermula dari 21 Jun sampai la 16 Julai, the day before the akad. He insist on following the rules. Cuma satu minggu extra, minggu keempat tuh akan sama macam minggu ketiga; which is going to be 2 weeks no nothing from him. GILO KE APO?? Giler risau aku kalo tak boleh semua. Cukup la tak boleh telefon. Ni NO SMS at all, TAKMAU aku! Dah la nak kawen. Kita nak pastikan keadaan terkawal, dia boleh pulak nak buat rules macam tu.

Kalo tunang korang mintak yang bukan-bukan camtu, sila jangan terima. Kalo setakat tak bercakap dalam telefon dan berjumpa, ok lagi sebab dah patut kurang-kurangkan jumpa pon sebenarnya. Tak manis orang tengok bila asyik keluar berdua ngan tunang masa tu. Memang dah nama pon tunangan kita, tapi... sebab tinggal lagi 1 step untuk ke jinjang pelamin, mengelak untuk berjumpa tu sama jugak macam mengelak dari melakukan maksiat dan mengelakkan dari mulut orang mengata tentang kita yang bukan-bukan. Hati dan niat orang kita tak boleh baca,kan? Jadinya, fikir-fikirlah sendiri :)

p/s: Akhirnya aku mengalah. Ikut plan tunang aku...hukhuk ;(

Saturday, August 7, 2010

ish, ish, ishhhh...

Ya rabbi...

nak masuk 2 bulan aku tak sempat nak update ape2 kat sini...Kesian cik blog nih.

Sorry la ye, i've been busy like...seriously... before and even after the majlis. Ni pon ada masa sket sebab suami balik ke kampung kejap. Kalo tak, takde maknenye nak buat cubaan meng'update' ape2. Tapi, malam ni aku just bagi hint je la ye.

I won't and I couldn't start the updates as if, right now. But InsyaAllah sooner lah, ok? Tunggu ye. It would be the story behind the scenes of all the persiapan for my majlis, my wishes, the pictures and all lah. I wish I could share all of it with you but we'll see. Kalo mood menggunung, InsyaAllah tak tinggal ape2. Kalo tidak, hanya yang penting sahaja lah yang akan aku update kat sini :) Bare with me :)

p/s: Walaupon dah basi, tapi suka hati aku lah. Blog aku pon kan. Nak baca, baca...tak nak baca, sudah. Aku tak paksa pon. Hanya nak share je :) pengalaman kahwin sendiri, somehow nak gak share. Cumanya terbalik dari orang lain, aku tak buat before, tapi aku buat after. kihkih :D

Monday, June 7, 2010

wedding dress

Tadi mesej ngan Kak Sue dari Galeri Pengantin Suriya. Tanya-tanya perkembangan baju sanding aku tu.

Kak Sue kata, baju dah hantar jahit, 10 jun ni hantar manik. InsyaAllah awl bulan Julai dah boleh fitting.

InsyaAllah. Mudah-mudahan siap mengikut masanya. Risau jugak nih.


p/s: Kena start diet semula ;)

not so candid

Tak habis lagi cerita pasal E day aku nih. hahaha ;D

My not-so-OP (official photographer) on my E day tu was my big brother. My blood and flesh, Encik Acid Sulfurik. Owh, and why he chose that particular nickname, dun ask me ;D

Dah nama pon abang sendiri, tak berbayar pon. Bagi dia makan dan minum yang secukupnya sudah cukup. He's doing a freelancing on photographic area. Dulu ada jugak dia amek untuk wedding tapi bila dah banyak sangat photographer jadian sekarang ni, dia dah malas. So, nowadays dia lebih kepada suka-suka. Gila macro ngan HDR. Macam gambar-gambar kat Flickr dia tuh.

Some of my photo captured by Encik Acid:




Dalam banyak2 gambar yang Encik Acid amek masa aku bergambar ngan my BFF, ada dua yang jadi favorite aku.



p/s: Gambar yang last tu, not-so-candid but it looked like one kan? Totally love it!

Sunday, May 30, 2010

kisah cincin tunang



Ok people, here's the thing.

My buah hati ni, memang suka buat surprise. Walaupun benda kecik. Itulah keje dia. So, this was one of his surprise jugak.

Beberapa hari before majlis kami, dia ada cakap:

Ayg: Syg, nanti cincin tunang syg kecik je tau. Ayg tak tau nak pilih yang macamana la.

Aku: Ala ayg ni, takpe la kecik. Syg tak kesah je pon...


Sekali:

(masa Mak bukak kotak cincin nak sarungkan cincin pada jari aku)

Aku: Mak aiii, besarnye mak???!

Mak: Haa...tu lah, besarnya?!

(sambil gelak. Nasib baik muat cincin tuh kat jari aku. Jari gajah la katakan, besar betul saiz)


Sesudah upacara sarung cincin:

Aku berborak ngan Mak >>

Aku: Ish, besarnya cincin ni Mak, tak boleh pakai sesaje ni orang nampak nanti.

Mak: Masa beli hari tu?

Aku: Boy beli sendiri, Nanie tak pernah tengok pon sampai la ni. Mak tengok semalam la eh?

Mak: Eh, tak la, ni pon baru je tengok tadi.


p/s: Tengok tu, buah hati saya ni even ngan family sendiri pon nak surprise. Ish, ish...memang nakal btul dia ni.

kisah aku dimekap





Ok, aku ni bukan minah mekap, seriously!

Supposedly, Tj yang mekapkan aku masa tunang aku ni tapi dia tak dapat balik KL dari Kota Tinggi. So, hari Khamis, 2 hari sebelum majlis, aku gamble la pi Butik AQIZA kat Taman Kosas (atas 7 E) tu, tanyakan pasal mekap bertunang. Alhamdulillah ada kekosongan. Risau jugak aku kalo takde sebab kat situ mekap tunang murah sebab mekap kat kedai tapi mekap masih lawa! (aku tak angkat bakul sendiri ok? ni namanya menghargai tukang mekap tuh).

Kening pon daripada tak pernah kena cantas, dah kena cantas. Hukhuk ;( Dah la mekap tak menghadap cermin, so aku dok tawakkal je la, ape jadila muka aku niiii...

Selepas 45 minit mekap, aku bangun tengok kat cermin, Ya Allah! sape ni??? Siyesly, aku sendiri tak kenal aku. Boleh cenggitu? Aku sendiri nampak muka aku jadi lain, ape lagi orang lain. Fuhh...memang la tebal tapi natural. Ok la. I'm quite fond with my make-up masa tu :))

p/s: Lain orang tak pernah mekap ngan yang pernah mekap ni... macam aku lah. Dahtu sendiri pelik muka jadi lain ;P

sireh junjung


Cerita sireh junjung ni. Hmmm...

Ni la sireh junjung yang aku, Kak Lin ngan Ibu yang buat, malam sebelum majlis bertunang aku.

First time buat sendiri, but boleh dibangga kan. Atok bagi idea itu ini, yang buat aku ngan Kak Lin. Ibu bungkuskan kapur, gambir and pinang :)

Kitorang mula buat sireh junjung ni kul 9 malam kot, kalo tak silap lah. Buat selepas potong daun pandan untuk bunga rampai. And settle gubah dalam kul 1130malam. Fuhhh~~ Nasib baik ada orang tolong. And, waktu-waktu macam ni lah, how I wish dat I have adik beradik yang ramai. Tapi nak buat camana, ada 3 orang je termasuk kakak ipar. Dah cukupla tu kan... Tapi bagi majlis tu bila Aunty Ani and Aunty Watie datang, diorang ada tambah sket itu ini bagi nak tutup cela yang ada kat sireh junjung tu...Ok la tu Aunty, budak baru beljar buat sireh junjung ni...mestilah ada kekurangannya kan??...

Disebabkan sireh junjung ni la, aku tak dapat nak buat cupcake aku sebagai hantaran buat pihak lelaki. Hukhuk ;( Kek hantaran, akhirnya aku beli je kat KEDAI KEK CERI INDAH kat Bukit Indah. Kedai Kek Melayu :) Of course lah warna pink! Hekhek ;P

p/s: Boleh menerima tempahan ;P

Penghujung Mei

ALHAMDULILLAH... Syukur sebab satu benda yang aku duk kelam kabutkan dari bulan 3 haritu dah pon selesai.

I'm officially engaged to my buah hati; Encik Qhohar on May 29th :D

3 hari sebelum majlis kecil-kecilan ni, aku sempat update sket la kat fb. Dalam blog, hampeh tak sempat nak lama-lama. Doing some bloghopping pastu mengadap keje-keje untuk majlis kecil tu.

You know, the last three days before the event, it was hectic! No, bukan hectic je, but GILA hectic ok?

Last minit punya keje bila buat itu ini, tetibe ada je benda tak cukup. Korang pernah tak mengalami keadaan bila dimana korang kena keluar masuk rumah, turun naik kereta kesana kesini untuk cukupkan benda? That was me on that 3 days before the actual event took place. SANGAT PENAT.

Nak balas mesej orang pon tak sempat. Nasib baik la masa tu Cik Abang aku (now, my fiance) pon dah bercuti and dia kat kampung pon sama-sama busy. So, no message from him or even me.

Khamis malam Jumaat, aku tido kul 3am, bangun kul 630am. Straight dari 630am tu sampai la kul 1230malam Jumaat tu aku baru dapat duduk and tido.

Pagi Sabtu, rasa malas je nak bangun sebab badan dah mula penat. My biological clock sudah lari tau. huhu :(

But, aku gagah kan jugak diri ni untuk bangun, untuk last minute prep since aku kena pi mekap kat Butik Perkahwinan AQIZA kul 830am. My driver on dat day, sudah pastilah my BFF Cik Atiqah :) (TQ dear! Nanti aku bawak ko plak ok? :D)

Kul 12tghari camtu, aku sah menjadi tunangan Encik Qhohar :)

Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Cuma ada dua benda yang aku kechiwa sket.
  1. tak sempat bergambar ngan seluruh bakal ahli keluarga baru aku. Cuma ada gambar aku ngan Mak bila Mak sarung cincin kat jari aku :(
  2. tak sempat bergambar ngan semua hantaran. I mean dari kedua-dua belah pihak. Hukhuk ;(
Yang lain tu ok je.

p/s: Cik Abang aku memang tak join majlis tu. Memang ikut adat Melayu dulu-dulu betul dia tuh. Nanti aku sambung post yang lain ok...