Thursday, August 19, 2010

zaman bertunang

Orang kata zaman pertunangan la paling banyak dugaan. Have you ever wonder? In my case, nak kata banyak, tak jugak tapi naseb baiklah aku bertunang sekejap je (49 days). Alhamdulillah in that part. Cuma merajuk tu extra sket dari kebiasaan. hehe ;P

Memandangkan tempoh bertunang kitorang ni singkat je, banyak persiapan yang kitorang buat bundle skali bersama. Kadang-kadang ajak dia pi Jalan TAR, dah ada plan kena cari ini, ini dan itu. Ended up, buah hati aku yang lebih beli banyak dari aku untuk persiapan belah dia.

And then, masa bertunang tu, buah hati aku buat permintaan; a month before we're getting married, kitorang nak stop seeing each other and stop the communication. Motif? Kalo ikut orang dulu-dulu, motif buat macam tu konon-kononnya bila tak jumpa, bila tak berkomunikasi untuk seketika tu dapat membuakkan perasaan rindu dendam pada pasangan kita. Menyemarakkan perasaan cinta katanya. Aisehh~~ Kalo ikut adat Melayu Perak dulu-dulu lagilah... 2 bulan! Haru bebs! Dah tak jumpa tu satu hal...and bila mana persiapan memerlukan pertolongan dia, kan susah tu.

Berbalik kepada permintaan tunang aku masa tu, aku takmau...aku mintak 3 minggu je. Kurangkan sikit demi sikit.

Minggu pertama - tak bleh jumpa. Hanya boleh sms dan telefon
Minggu kedua - tak boleh jumpa dan tak boleh telefon. Hanya boleh sms.
Minggu ketiga (minggu terakhir) - No dating, no calling, no smsing. Pendek kata, no nothing.

Tapi tunang aku tetap nak sebulan jugak. Bermula dari 21 Jun sampai la 16 Julai, the day before the akad. He insist on following the rules. Cuma satu minggu extra, minggu keempat tuh akan sama macam minggu ketiga; which is going to be 2 weeks no nothing from him. GILO KE APO?? Giler risau aku kalo tak boleh semua. Cukup la tak boleh telefon. Ni NO SMS at all, TAKMAU aku! Dah la nak kawen. Kita nak pastikan keadaan terkawal, dia boleh pulak nak buat rules macam tu.

Kalo tunang korang mintak yang bukan-bukan camtu, sila jangan terima. Kalo setakat tak bercakap dalam telefon dan berjumpa, ok lagi sebab dah patut kurang-kurangkan jumpa pon sebenarnya. Tak manis orang tengok bila asyik keluar berdua ngan tunang masa tu. Memang dah nama pon tunangan kita, tapi... sebab tinggal lagi 1 step untuk ke jinjang pelamin, mengelak untuk berjumpa tu sama jugak macam mengelak dari melakukan maksiat dan mengelakkan dari mulut orang mengata tentang kita yang bukan-bukan. Hati dan niat orang kita tak boleh baca,kan? Jadinya, fikir-fikirlah sendiri :)

p/s: Akhirnya aku mengalah. Ikut plan tunang aku...hukhuk ;(

No comments: