Friday, August 27, 2010

jodohku ketentuan-Nya I

Hey, hey peeps!
Hari ni selain nak update pasal W-day tu, aku nak kongsi sket ngan korang pasal 'bagaimana kita nak mengenal jodoh kita'. I've taken this from Redlife2love's blog, posted on 25th August baru2 ni. Share ye dik oii :)

Bagi aku, memang susah kita nak cari orang yang serasi ngan kita. Once, my friend pernah tanya kat aku, whether I'm looking for someone yang sama seperti kita atau mencari seseorang yang completes us. Jawapan aku, of course la nak cari yang melengkapi aku sebab kalo nak cari seseorang yang macam kita, kita tak pernah akan jadi lengkap. Kalo semua ciri-ciri pon macam kita, lebih baik kita sendirian sebab kita dah cukup sempurna, no need others. Atau kalo kat rancangan Astro Ceria tu, 'untuk kita-kita aje'. Dah memadai.

Tapi, dalam Quran sendiri pon dah menyatakan bahawa hidup manusia ni memang dijadikan berpasangan, siapa kita sebagai hamba-Nya nak menidakkan nya bukan? Cepat atau lambatnya jodoh kita tu, dah ditentukan oleh-Nya. Tapi kita tak boleh jugak tunggu macam menunggu bulan jatuh ke riba. Kena usaha mencari walaupon kita kaum wanita. Bila dah berjumpa, cari keserasian; kalo tiada keserasian walhal dah cuba mengalah dalam banyak hal, tapi jangan pula sampai memudaratkan; mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita, sila lepaskan untuk kebaikan bersama. Betullah ungkapan orang kini, 'mungkin antara kami tiada jodoh'. Sebab tu lah, Allah letakkan hukum supaya kita menjaga aurat kita, perilaku kita dengan bukan mahram kita, erti kata lain, bukan dengan kaum sejenis kita yang tiada pertalian darah dengan kita. Sebab kalo kita menjaga maruah kita, andai kata suatu hari nanti, orang yang kita angkat-junjung-kasihkan tu bukan jodoh kita, sekurang-kurangnya, kita tak menyesal kerana kita tak lepas laku dengan si dia. Tak rasa hilang maruah sebab kita pandai jaga diri sendiri.

hoh, tetibe topik berat pulak. Siapa aku nak memandai bercerita tentang hukum-hukum Allah ni. Hamba yang khilaf yang juga tak lepas dari berbuat dosa. Tapi, jika difikir dari sudut logika, itulah logiknya segala hukum Allah.

Berbalik kepada isu yang awal tadi, aku boleh kategorikan orang ni kepada 2 jenis:
  1. Senang je bercouple. Jenis yang in relationship tapi at the same time ramai yang bertunggu tangga, dah ada waiting list. Break up je, trus dapat pengganti, tak payah susah2 cari. Kiranya petik jari 10 yang datang tau :) Mungkin belum bertemu keserasian, belum jodoh, bertukar2 la pasangan. Kita yang melihat pon kena positif.
  2. Orang yang tak pernah bercouple. Tak lawa, cun melecun macam artis. Body tak macam biola dan berperut kempis etc. Orang lelaki tak pandang. Orang yang jatuh kategori ni yang perlu positifkan diri sendiri. Orang lain kata, kita memilih sangat padahal orang yang memilih kita :P
Aku ni jatuh yang kategori nombor 2. Memang tak pernah ada couple, boyfren ke hape ke. Tetibe one day aku berjumpa buah hati aku tuh kat internet (sekarang ni hubby aku ler). Waahhhh... internet? Sebelum aku kawen bulan Julai lepas, ada berjumpa 2-3 orang kawan lama. Dorang tanya jugak mana aku kenal bakal hubby aku masa tu. Aku cerita la serba sedikit. Dorang macam agak pelik jugakla yang aku bertemu hubby aku kat dunia siber. Bukan pelik, tapi agak sinis bila bertanya itu ini lagi pada aku lepas dorang tau history kami yang sebenarnya. Aku buat2 biasa je sebab yang kenal bakal hubby aku tu, aku. Bukan dorang.

Kenapa perlu ada ke'sinis'an? Sebab aku kenal hubby dari internet? Tempat yang rasanya banyak berlaku penipuan identiti? Mungkin ya, mungkin tidak.

Tak kesah la dari mana kita kenal pasangan kita, asalkan kita tak membabi buta membuat keputusan sudah... Hak memilih ada pada kita jugak. Kalo kita kenal, tapi mamat tu tak 'betul' sket, tak berapa baik perangainya, kita masih ada pilihan untuk menolak secara baik.

Ingat orang atau pasangan yang kita jumpa secara bersemuka tu semua nya baik-baik belaka? I've deal with the worst and I've met the pervert. I've deal with a few of them if not so many. So, takde beza pon antara yang kenal di dunia nyata atau dari dunia siber. Dan yang penting, kita yang kena tentukan pilihan kita; baik buruknya. Bukan amek tangkap muat je.

Kalo kita dengar cerita kawan-kawan kita, macam-macam gaya nak jumpa jodoh ni. Ada yang memang bermula dari kawan sekolah rendah bawak ke jinjang pelamin, ada yang mak bapak carikan, ada yang kenal sebab sama-sama terlibat dalam accident, ada yang jumpa ngan laki orang, ada pulak yang kenal duda, dahtu yang umur lagi lanjut atau sebaya ngan umur bapak sendiri, ada yang berkawan sejak dari kecik, ada yang perempuan mengorat lelaki dulu dan tak lepas jugak dari yang kenal dari fs ngan fb. Semuanya pon dah selamat berkawen dan insyaAllah nak naik pelamin dah. So, what's the fuss?

Sebelum anda mentertawakan, memandang sinis dan mengutuk orang lain, sila perhatikan diri sendiri. Kalo cinta pandang pertama, Alhamdulillah... mudah2han dipanjangkan jodohnya. Kalo macam salah satu dari pilihan yang ada aku sebutkan di atas, ok la...it's your life and your choice. Do what's best for you and your future life.

p/s: Yang penting, kita yang tentukan hidup kita, bukan orang lain. Buatlah pilihan yang terbaik :)

2 comments:

Mimy Hamid said...

akak pun no.2 sis..no prob..janji bahagia

elanie*Q said...

hahahaha...btul2, no problemo je. hidup pasti justin bieber ye kak mimy :D hehe (sebab kak mimy bukan jiwa rawk, kita kasi yg comel2 je)