Friday, August 27, 2010

jodohku ketentuan-Nya II

Sambung lagi. ehehee :D

I remembered my dream-man I told Along, once if not every morning, whilst we - having a breakfast on the floor of Zaaba's room in UKM.

Angah kalo boleh nak cari laki yang boleh buat lawak, matang dalam berfikir dan boleh terima Angah seadanya. Handsome tu hanya bonus. Kalo dapat orang beruniform lagi laa... smart je tiap2 hari. Lagi, lagi kalo dapat Navy...uishhh... Tapi kalo boleh, jangan la orang kampung...

But, wanna know why I chose him as my other half?
  • Aku pilih hubby aku sekarang ni, bukan berdasarkan paras rupa. Bukan dari segi pekerjaan dia yang aku idam-idamkan sangat tuh. Tapi aku terpikat satu benda ni - dia matang dalam berfikir dan bercerita. I like that much! Not to mention, we are both 25 years old. Aku pernah berkawan ngan orang yang tua sikit dari umur aku, tapi pemikiran masih kebudak-budakkan. Pembawakkan diri langsung tak matang.
  • Pertama kali aku jumpa dia, zupp... jatuh cinta pandang pertama walaupon tu bukan kali aku berborak ngan dia dalam tepon. Dalam entry aku yang lama dulu, aku pnah bagitau yang aku bercouple ngan dia dalam mesej and after 3 weeks baru kami berjumpa. And YES, he was my love at first sight! Hahah... He is my first love, and indeed a love at first sight. Macam complicated. Tau ape yang buat aku jatuh cinta pandang pertama pada hubby? Tahi lalat pemanis kat pipi kanan dia :)) Even sampai sekarang kalo aku menyakat pasal tahi lalat pemanis dia tu, dia akan tersipu2 malu :) heee :D
  • Bila aku ngan dia, rasa selamat walaupon kami dulu tak berpegangan tangan :)
  • Aku boleh jadi diri aku sendiri. No make up, no dressing up. Just me - the casual me - Tshirt, jeans, selipar crocs rm15, cermin mata, ngan beg tangan tak serupa beg tangan wanita berumur 24 tahun. Bila pakai lawa sket, dia plak pelik. Bila pakai mekap sikit, dia tanya kenapa bermekap. Dia suka aku sebagaimana aku yang dia jumpa pertama kali dulu. Simple sesimple nya.
  • Dia suka tolong aku. I know he's my biggest supporter. Aku ingat lagi, last November aku breakdown pasal tesis. He's been there for me, like my family ngan Along, Alang ngan Bong. Cumanya my family bukan jenis bagi semangat tapi kena marah adalah. Itu cara bagi semangat family aku. haha ;D Dia pulak, bagi sokongan, bagi nasihat supaya aku jadi lebih positif... Itu yang buat aku cair lagi :)
  • And, dulu aku kalo boleh takmau dapat orang kampung sebab tandas kat luar. La ni, yang ni yang aku dapat, dan aku redha, aku terima seadanya. Orang kampung atau tidak, tu tak menggambarkan dalaman diri dia. Sebab dia budak kampung la, dia sebaik diri dia tu. Dia takkan mengaku dia budak baik, tapi itu adalah dia. Hidup dibesarkan di kampung la membuatkan dia matang dalam kehidupan. Itu yang aku nak. Itu yang aku suka tentang hubby aku :)

p/s: Kitorang kenal dan akhirnya bercinta. 13 days after our first anniversary, kami bertunang.
After 49 days of being called fiancee and fiance, kami berkahwin.

Bagi aku, tempoh masa berkawan, bercinta tu tak pernah ada limit sebelum membuat kata putus nak menjalin kan satu perhubungan yang suci. Ada yang ambek masa bertahun- tahun bercinta barulah buat keputusan nak kawen. Tapi macamana plak yang bertahun-tahun bercinta tapi akhirnya putus ditengah jalan? Ada yang singkat tempoh bercintanya macam kami. Bukan kami aje, tapi ramai jugak yang seperti kami. Ada yang panjang jodohnya, ada jugak yang tidak. Aku mengharapkan yang baik-baik saja dalam perkahwinan kami. Siapa yang taknak kan? Doakan yang baik2 saje yee :)

One thing for sure, tempoh bercinta itu tak menjamin sesuatu perhubungan. Tak semestinya yang lama bercinta, akan kekal sampai bila2. Dan tak pula yang sekejap zaman bercintanya, takkan kekal lama. Cuba pandang ibu bapa kita. Adakah mereka sempat bercinta sehingga 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk berkawen? Tapi sekarang hubungan mereka tetap utuh bukan, selepas berpuluh tahun? Itulah jodoh namanya :) InsyaAllah, kekal lama.

p/s (lagi?): Ok, penat dah... off we go, shall we? :)

2 comments:

Mimy Hamid said...

suka baca...happily ever after sis...encik awak akak pun orang kampung..tp kita redha

elanie*Q said...

hehe..tq kak mimy! i'll pray hard for u too + ur future encik suami :) redha la, memandangkan kita akan hidup ngan dia insyaAllah selama mana hidup kita. kalo dah dia mmg bahagian kita, tetap dia kan? walau kampung mana pon dia :)