Monday, March 22, 2010

aktiviti famili

Dari minggu lepas Ibu ajak pegi IKEA nak survey barang sebelum pindah umah baru nanti. Tapi sebab minggu lepas aku agak busy kesana kemari, last-last bawak Ibu pi semalam. Bukan setakat pi ngan Ibu je, Abah ngan Ellie pon ikut.

IKEA tu kan besar; korang boleh bayang tak aku bawak parents aku berjalan kat dalam tu. Hehe ;P Nak sangat pi, semput Abah ngan Ibu berjalan kat tempat yang luas macam tu.

Tak beli ape pon sebenarnya; hanya nak survey barang-barang. Barang pon bukan nak beli banyak setakat cermin yang comel-comel, barang untuk dapur and maybe ngan meja makan. Yang lain dah ada dan tak perlu nak membazir beli yang lain; umah baru, barang-barang baru... amboiii, banyak duit?? Hee~

Pening kepala Ibu bila dia dok pikir anak dia ni yang jenis suka kuar ngan kawan-kawan, kuar tengahari balik lewat petang atau kuar pagi balik lewat petang. Katanya dia baru berjalan tak sampai 2jam pon dah keletihan, penat berjalan. Hehe ;) Ntah, aku suka berjalan. Sebab aku dah biasa berjalan lama kot, tu yang tak kesah je. Janji masa tu aku selesa (dari segi berpakaian dan kasut) then aku boleh berjalan the whole day!

p/s: Ibu kata nanti masa datang IKEA lagi untuk beli barang tu, dia swuh trus pi bahagian gudang. Punyalah surrender nak berjalan jauh...

2 comments:

Liyana said...

Kalo lah ibu tau kita gi karok arituh...sogo-jalan tar-pertama-jusco...sumpah dia ngucap panjang!=P

elanie*Q said...

hahaha..tau xpe. hari nak keluar lama ngan korang ni kena cas lama sket mlm tu. itulah rahsianya! :)) kuar tak hengat dunia namanya tuh ;P