Wednesday, March 31, 2010

rubella oh rubella

Ahaaaaa... ni bukan aku dok memanggil jauh sungguh dari memuja orang yang bernama Rubella ni. Ni sebenarnya tentang suntikan Rubella yang aku baru je suntik pagi tadi.

Dengar pasal suntik, bukan pasal suntik botoks ke ape tau. Suntikan Rubella ni penting untuk sesape yang nak mengandung anak yang sihat (since aku nak kahwin ni kan... kena pikir ke depan. hahaha). Bukannya kalo tak suntik, anak tak sihat tapi yang penting masa pregnant tu, amalan kesihatan kena jaga. Kalo ikut program kesihatan sekolah-sekolah kerajaan, suntikan Rubella ni wajib dapat masa darjah 6 atau tingkatan 3 bagi pelajar perempuan SAHAJA (of course la sebab perempuan je yang mengandung bukan lelaki kan?hehe) Tapi macam yang pernah aku citer dalam entry aku sebelum-sebelum ni, aku masih ingat masa tingkatan 3 tu, aku hanya dapat suntikan Tetanus, bukan Rubella. Aku ingat sebab aku yang tanya nurse yang nak inject aku tuh. Disebabkan aku tanya tu lah aku ingat sampailah sebelum di'propose' untuk mendirikan rumah tangga oleh Cik Abang yang aku blum lagi dapat suntikan tu...

Bagi sesape yang rasa ragu-ragu dah kena suntikan Rubella atau belum, boleh je nak dapatkan sekali lagi. Sekurang-kurangnya kita pasti yang kita dah dapatkan suntikan tu. Seboleh-bolehnya sebelum berkahwin. Kalo dah berkahwin baru nak dapatkan suntikan, elakkan pregnant dalam masa 3 bulan selepas suntikan.

Rubella ni sebenarnya merupakan vaksin bagi German Measles ataupun penyakit campak German (dalam Bahasa Melayunya) untuk mengelakkan daripada kecacatan janin bayi dalam kandungan. Memanglah cacat atau tidak bayi dalam kandungan tu bergantung jugak kepada ketentuan Allah, tapi kita sebagai manusia perlu jugak berusaha untuk menjamin kesihatan bayi kita kan? Ape orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalo dah tau kita boleh dapatkan alternatif untuk mengubati sesuatu penyakit, lebih baik kita cuba, bukan? Sila baca page ni dan ini untuk info lanjut.

Semalam puas aku dok tepon Klinik Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak area Ampang, Cik Abang aku pon tolong gak teponkan Klinik yang sama kat area KL. Klinik kesihatan kerajaan banyak provide vaksin Rubella untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa macam aku. Jenuh sampaikan aku kechewa gak lah tak dapat nak cari Klinik Kerajaan yang ada provide perkhidmatan ni. Last-last aku mesej kakak Ipar aku tanya pasal suntikan Rubella ni. Dia tolong aku tanyakan kat Klinik Bersalin UMRA, Shah Alam (berdepan ngan Stadium Shah Alam, Seksyen 13) tempat dia bersalinkan anak buah aku si Myra tuh. Alhamdulillah ada perkhidmatan tu... Ada gak sinar... Weeheeee...

Jadinya pagi tadi aku dah dapatkan suntikan tuh kat Klinik UMRA... Jauh travel ni dari Ampang ke Shah Alam semata-mata nak dapatkan suntikan tuh. Takpe, yang penting, mencegah lebih baik daripada mengubati.

p/s: Alhamdulillah sempat gak dapatkan suntikan Rubella tu before aku kahwin. 108 hari lagi menuju hari bahagia... InsyaAllah.

6 comments:

f@nna said...

hmm patut diconsider ni untuk cucuk :) thanks for the info nanie! ;p

elanie*Q said...

ur welcome dear~ kalo was-was, sudah ke, belum ke...better pi suntik lg sekali. it will give u no harm. at least, kita dah cuba utk mencegah kan? :)

mmg nanie saje letak entry ni utk pengetahuan umum bg sesape yg nak menuju ke hari bahagia mcm nanie jugak.

Anonymous said...

bape rm kena charge?

aiemarL said...

rm?

Unknown said...

Kat mane ade suntikan robella ni?
Yg sy tau skng ade suntikan MMR je... mane nk dpt suntikan single robella erk?
Anything email sy kalo korang tau kat mane tmptnye lonlybosan@yahoo.com

Anonymous said...

Ada lagi tak suntikan rubella tu di klinik umra tu?
Please email saya azieyantizaini@gmail.com