Thursday, March 11, 2010

little steps

Today's stat:

79 hari untuk jadi tunangan Encik Qhohar

128 hari lagi nak ke majlis besar-besaran tuh

Setakat ni still belum on cold-feet mode. Hehe :) Masih boleh maintain senyum; senyum seindah suria, takde senyum plastik macam kena suntik botokss tuh.

230310, kul 2ptg ni buat HIV test ngan Cik Abang kat Keramat AU. Okeh, dah booked tarikh. I'm all his petang tuh. Yey! Nak jumpa Cik Abang! (buat mode tarian gedik-gedik. Owhh... crazy little things we called love). Walaupun aku ni takut jarum alat suntik sebenarnya, tak kira la fungsinya nak menyedut darah keluar atau memasukkan vaksin. Tapi, ada Cik Abang nanti buat-buat muka berani laa (adala 2 kali dia ajak pi derma darah, sumpah aku takmau ikut).

Semalam aku baca blog f@nna, dia citer pasal kursus kahwin dia yang baru lepas dua-tiga hari lepas. Well, aku dok komen panjang lebar kat blog dia macam dah jadi blog aku plak. Hehe (sorry dear~) Yelah, bukan pe, ritu masa aku kursus, aku post entry sket je, secara umum keseluruhan hari kursus tu sebab aku update blog pon selang beberapa hari pas kursus, jadinya takde mood nak mengarut lebih-lebih. Dahtu, bila ada peluang mengomel dalam blog orang, tak hengat dunia aku komen. Hihi ;D

Aku ni pon belum lagi kena inject Rubela. WAJIB kena suntik sebelum kahwin. Dulu sepatutnya kena inject masa Form 3 tapi ntah apesal, masa Form 3 tu inject Tetanus je.

Kena masuk buku gak nih. INJECT RUBELA. Eh, kena bukak buku la untuk hal-hal kahwin ni. Senang aku nak update ape-ape ondaspot. Buat checklist lagi. Nak kahwin ni bukan small matter. Aku plan memang nak buat simple je. Tak kesahla orang kata; kahwin sekali seumur hidup, biarlah merasa semua like majlis berinai besar dan kecik; majlis potong kek lah ape lahh macam-macam. Kadang-kadang lebih adat dari hukum sendiri. Orang lain aku tak tau dan tak amek kesah sebab duit pon masing-masing punya hal. Aku plak pikir biar menyenangkan kedua-dua pihak, takyah membazir duit. Asalkan majlis diberkati, cukup, Alhamdulillah. Yang penting lepas kahwin tu. Itu lagi cabaran.

Plan aku nak buat satu hari terus; nikah pagi, pastu ada makan-makan sikit and tengahari sanding sekali ngan kenduri. Biar penat satu hari tuh. Takyah nak kemas dua-tiga kali. Dahlah nak buat majlis kat umah (baru), kalo buat dua-tiga kali, yang mengemasnya aku jugakkan. Hihi ;P Tolong sket ye, bakal pengantin/pengantin tak mendapat hak keistimewaan pon. Kemas tetap kena kemas as usual.

Ape lagi ye? Owh... ni pon dah mula buat persiapan untuk dulang hantaran. Hish, banyak keje wehh... takpelah since aku pon belum keje lagi, baikla aku sebukkan diri (selain keje-keje bibik ni) dengan mulakan buat persiapan tunang and majlis besar-besaran tuh (Aku nikah 49 hari selepas tunang, gile ke ape kalo aku buat rileks je?? Tak sampai 2 bulan plak tuh. Hishh).

Bercerita pasal 49 hari ni; masa awal-awal Cik Abang datang awal tahun ni tanya pendapat Ibu and abah, plan kami berdua kalo boleh nak tunang bulan 2, kawen bulan 5 (genap setahun kitorang ni). Bila abah buat keputusan nak buat tunang bulan 5, majlis bulan 10, memula tu aku bangkang tapi lama kelamaan aku okey je. La ni, bila nak terkejut tuh, terkejut sungguh jadinya. Tunang tak berubah bulan 5, majlis diawalkan bulan 7! Betul la orang kata, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan segalanya. Phew~

Ape pon, setakat ni Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar. Urusan antara aku dan Cik Abang pon dipermudahkan dan moga-moga dipermudahkan sehingga selesai semua urusan.

Tapi ada satu benda yang buat aku teruja, tahun ni InsyaAllah aku dapat berpuasa sekali ngan buah hati aku :) Kalo diizinkan, InsyaAllah selama sebulan tuh. Raya pon tak asing-asing lagi :) I'm looking forward la. Hihi :)

p/s: Dah, dah... suka bercerita panjang lebar kat sini plak. Step by step...

2 comments:

f@nna said...

nanie, jantung fana yang dup dap dup dap bile baca part yang nanie kata 'lepas bertunang ada 49 hari lagi' hahaha

all the best with your preparation cik nanie!i likee hihi

elanie*Q said...

huishh...itu f@nna, nanie ni bukan setakat dup dap je...tp nk terbenti berdegup pon ada tau ms tuh. tp menten muka cover je. ha, nk sgt cpt, dpt cepat, menggeletaq kepala lutut! hahaha ;D