Monday, March 8, 2010

my 25th birthday

Yesterday was my 25th birthday. Hmmm... hoyehhh! Hahahah...tak tau nak react macamana sebenarnya. I was supposed to write in something here in my precious hidden blog of mine malam tadi but dari kul 1030pm sampai 1210am aku berborak; dari borak ngan Liyanaroxx, aTiQue dan akhir sekali borak ngan buah hati. And then my energy kind of wears off, penat seharian semalam campur aduk ngan PMS lagi la hape.

But somehow, this year's birthday was WONDERFUL and FULL OF SURPRISES; yet I managed to handle it macam konon-konon takde pape. (Yeah, right! Kalo macam tu, how he can see it on my face nih, muka bengang kat buah hati.. hahah)...

Birthday kali ni perasaan aku bercampur aduk. Boleh bayang tak orang yang pertama aku duk harap akan wish aku tepat kul 12pagi bukannya buah hati sendiri? Dan dia merupakan orang yang terakhir. Saje-saje plak tuh! Heeeee~ kalo boleh geget, aku dah geget telinga dia dah tapi sebab masih belum boleh, sabarkan je la ;P

Dari perasaan sedih, kechiwa sebab rasa diabaikan; bertukar jadi happy sebab kawan-kawan rapat wish aku kat phone and kat FB; dari rasa sesak otak pikir bakal mak mertua nak datang jumpa parents aku semalam (remember entry aku sebelum ni aku ada inform ada dua event besar nak berlaku masa besday aku? This one lah); bertukar jadi berdebar saat dikhabarkan oleh si buah hati, bakal mak mertua datang bukan saje-saje nak bincang tarikh majlis kecil-kecilan tu, tapi tukar tarikh majlis besar trus!!! yep, you got it right; TUKAR tarikh majlis besar-besaran. Ingatkan nak 'dilewatkan' ke ape, tapi DI AWALKAN 3 BULAN!!!

That was ONE BIG event la weh!!

Can you imagine ape aku rasa bila buah hati sendiri dahlah tak wish birthday aku, tetibe kul 1050pagi semalam, dia bagi mesej --> 'Mak tanya boleh tak kalo majlis buat bulan 7?'

Mau aku geget telinga dia tau!

Jiwa kacau pikirkan macamana nak bagitau abah and Ibu sebelum bakal mak mertua aku nak datang umah petang semalam.

Alhamdulillah, everything went well. Aku pon tak sangka semudah itu. Syukur sangat-sangat :) Petang semalam masa mak dia datang, buah hati aku jadi driver je, tak masuk umah pon sebab malu. Fine la, padan muka tak dapat makan popiah ;P

So, before mak dia balik, dia sempat mesej aku cakap nak jumpa aku kat tempat biasa. Ceh, konon-konon aku nak jual mahal, takmau jumpa dia sebab tak puas hati ngan dia la, tapi dia berkeras nak jumpa, jumpa je la. huh~

Bila amek dia kat maktab tempat tinggal dia, aku kuar kete buat muka masam. Bila tukar tempat duduk (aku salu mintak dia drive kalo aku amek dia), dia swuh aku tutup mata. Ye lah yelah... aku tutup matalah. Dalam hati sebenarnya dah terpikir ape kejadahnya dia swuh aku tutup mata ni... ye lah, orang tengah geram kan, mana nak ikut sangat memandangkan masa tu aku pon pakai sunnies, bukan dia nampak tapi aku ni jujur orangnyer, tutup jugaklah mata for the sake untuk jaga hati dia ;P

Bila dia swuh aku bukak mata, dia bagi teddy bear warna pink besar kat aku! hahahahah ;D

TERUS SENYUM LEBAR TAU! Bukannya nak kata hati aku senang cair dipujuk dan disogok macam tu tapi, weh, mana nak marah buah hati sendiri lama-lama. Dah la nak buat muka masam depan dia pon aku tak boleh, ini kan nak buat muka marah. Lagi la aku tak boleh. Alangkan aku nak marah orang pon, setakat dalam blog, dalam mesej atau dalam surat boleh laa... depan-depan ni, aku lebih rela mengalah je.

Petang semalam, tak habis buah hati aku dok ejek aku kata aku dah tua. Ceh, mentang-mentangla aku lahir 50 hari awal dari dia (sebaya plak tuh!) semangat nak ejek aku. huh~

Jadinya semalam dinner ngan buah hati tapi balik semalam dia sempat hantar halfway je sampai Jelatek sebab dia tak larat (alalaaaa... Cik Abang saya demam). Aku memang awal-awal tu tak bagi dia hantar sebab dia nak hantar naik motor. Masa kitorang makan, hujan plak tuh. Dan nak dijadikan cerita, nasib baik dia tak hantar aku; kat area Ampang Point hujan! Dia plak memang tak pakai sweater dengan demamnya. Alhamdulillah dia tak ikut. Kalo tak, lagi aku rasa bersalah...

p/s: Malam ni aku tak boleh tido! Ni yang update blog :) Macam-macam yang aku pikir pasal hal majlis besar nih. Kena booked dah ni wehhh~

2 comments:

f@nna said...

hahaha...susah nak marah lame kat die kan. same la fana pun, dalam sms marah ni, dalam hp dah tentu2 tak leh cakap, bile jumpe tgk je die dari jauh hati dah berbunge haha.terus lupe tadi marah pasal ape.tu special nye hubungan kasih syg antara 2 insan.ewahh ayat tak boleh tahan heheh.(sebab baru balik kursus semalam hihih)

elanie*Q said...

haaaaa....udah pon kursus! hehehe ;D mesti dlm hati dah terpikir itu ini nih. same la with me!

alhamdulillah setakat ni mmg takde nak marah2 ngan dia lm2 sgt sbb pikir nak jaga hubungan. sayang kottt~ hehehe ;D