Haa.... ni bukan kes lagu Anang bekas suami KD okey?? hehe... saje je tajuk buat gempaks.
Padahal tak gempak pon ;P
Hari ni separuh nyawa aku pergi... tapi untuk 20 minit je (Alhamdulillah kejap je). Nyawa yang aku maksudkan tu, sunnies coklat aku yang salu aku pakai masa driving tuh.
Yup, dat one. Weh, ni bukan sebarang sunnies ok. Ni cermin ada power tau. Haha...bukan cermin ada power macam power rangers ke, ultraman ke... Kalo orang lain nak pinjam sunnies aku saje-saje memang tak boleh sebab power cermin sunnies tu bersamaan ngan power cermin mata yang aku pakai ni. So that aku takyah pakai contact lenses. Tapi berserabut bagai la kalo kuar tempat yang panas, bukak cermin mata, pakai sunnies. Dahtu kalo masuk bangunan semula, tukar cermin mata biasa plak. Adeh~~ But, that is the consequences yang aku kena terima dah sendiri takmau pakai lenses. Sabor je lerr... Cik Abang pon tak bagi pakai lenses, kira ok la tuh.
Berbalik kepada cerita asal... Pagi tadi masa aku kuar ngan adik aku pi Gulati's (cari kain tambahan), aku park kete kat dalam Ampang Point sebab no more parking lot yang kosong kat luar AP tu kalo dah kul 11pg. Aku pakai sunnies masa lintas jalan dari AP nak ke Gulati's tu (panas la weh... ni kira macam penjagaan mata), balik dari Gulati's masuk semula ke AP, naik ke tingkat 3 teman Ellie nak masuk Popular. Dah tau la nak masuk Popular ni sebarang beg plastik memang kena ikat ngan pengikat (macam nak masuk Mydin tuh). Perasan aku, aku gantung sunnies aku kat kolar baju aku. Bila dah masuk kereta nak balik, aku tercari-cari sunnies aku. HALAMAK!!! Hilang! Sah ni mesti jatuh masa aku duk terduduk-duduk cari buku nota (untuk notes majlis aku) kat Popular tuh. Hadoiiii!!!!
Sempat jugak aku pi round AP tu sampai tingkat 3 semata-mata nak cari semula sunnies aku. Kot-kot tercicir kat lantai dalam AP ke, dalam Popular ke padahal masa tu aku dah bayar Autopay. I need to get out from AP dalam masa 15minit after bayar. Korang bayangkan aku jalan laju mana dari parking lot, tuju ke Carlo Rino (aku ada try kasut kat situ sebelum nak pi bayar tiket), naik ke tingkat 3, masuk Popular, turun semula ke tingkat 1 (dengan tangga eskalator tu yang kena pusing setengah round AP baru jumpa eskalator turun), masuk Carlo Rino and turun ke parking lot dalam masa 5 minit?? Ye, memang laju aku jalan. Sebab aku dah bayar tiket parking kott... dahlah parking dalam AP mahal sekali masuk rm2.50, dan rm2.50 untuk jam yang berikutnya. Aku kena kejar masa 15minit tu kalo tidak kena bayar rm5 la gamaknye aku... Huishh... Setelah buat marathon keliling AP selama 5 minit, tak jumpa gak sunies aku. Wuaarrrgghhhhhh!!!! Sedih gila aku! Sunnies aku mahal tuh!!! Jangan main-main!
Dah la tengah blum dapat keje ni, semua benda nak hilang plak. Haru aku! Balik tu masa drive aku dok kecik-kecik kan mata aku. Sebab elak silau. Masa balik tu dah kul 1230tghari, so boleh bayang tak matahari seterik mana? Hukhuk... Last station sebelum tuju balik umah, aku nak ke kedai jual alat menjahit kat Bdr Baru Ampang, nak cari manik. Aku bawak la beg plastik Gulati's masuk kedai jugak sebab nak cari warna manik yang sesuai ngan kain yang aku baru beli tuh. Bukak je ikatan dari Popular tu, aku angkat je kain nak keluarkan dari beg plastik, rupanya sunnies aku ADA DALAM BEG PLASTIK GULATI's tuh~ the whole time! Ya Allah~ Syukur tak hilang ke mana. Risau btul aku pikir nak kena kuar duit lagi buat sunnies baru. Dah la mahal cermin warna camtuh.
The thing is, I can't drive without my sunnies on a broad daylight. Even kalo tengah hujan waktu tengahari pon aku akan drive pakai sunnies. Atau masa pi dating ngan Cik Abang kat taman waktu petang-petang tu aku mesti pakai sunnies jugak. Mata aku sensetif sket kalo bab silau-silau ni. Nanti aku pening kepala. Dari mood yang baik bertukar moody hanya disebabkan pening kepala, baikla aku pakai sunnies. Pedulik hape aku orang nak kata aku ni berlagak ke ape sket-sket nak pakai sunnies. Yang penting aku jaga mata aku sendiri. Ye tak? :)
p/s: Okeh, nyawa aku dah dapat semula. Alhamdulillah~ :)) Lain kali sila jangan careless lagi okeh Cik Nanie?!
No comments:
Post a Comment