Friday, March 19, 2010

life in a r/ship lane

Dulu masa aku takde buah hati ni, life aku biasa-biasa je. Kalo orang kata, Basic Package.

Bukan maksud aku tak hepi ke ape sebelum ni. Cuma kalo ada ups and down pon, semuanya berkaitan family, kawan-kawan and studies. Tapi sekarang ni basic package aku tu dah ada extended version tau.

Dulu aku ni susah nak merajuk melainkan ngan family aku tapi itupun secara berahsia. Kadang-kadang aku senyap je kat umah, tu tanda merajuk la :P Ngan kawan-kawan plak aku jenis malas nak merajuk sebab aku tak dapat ape-ape pon. Buat perabis beras je (sila baca ngan loghat orang noghori)... Sekarang ni, ada satu benda yang aku salu buat, which is merajuk ngan buah hati. Can't help it la. Rasa cam mengada-ngada pon ada. Hehe ;P (Ayang, sila jangan marah ye... dah ayang kata sayang nakal kan...hehe).

Hari tu merajuk ngan buah hati, tetibe keadaan terbalik 360 darjah; dari mintak dipujuk, last-last aku yang kena pujuk dia. Ish... Nasib baikla kami ni merajuk tak lama, sehari je. Tapi yang best, pagi sebelum aku pi interview kat Putra Place semalam, Cik Abang buat surprise kat aku! :D Datang kat Stesen LRT Cempaka sebab aku nak naik LRT je ke The Mall tu. Datang dahla buat surprise, surprise lagi ngan bunga! (Ayang, Tqah and Ana kata ayang ni 'abang body kental-kental dan mat bunga'... hehe..jgn marah haaa). Abang yang penjaga tiket parking tu siap tanya aku, 'hai adik, pagi-pagi dah dapat bunga yee...boyfren bagi ehhh...'. Aku mengiyakan je sambil senyum-senyum. Mood sudah datang kembali, yeay!!! Dua tiga hari lepas, aku moody sket. Post-PMS la katakan (ade ke?)

Balik je dari interview, kul 245ptg aku kuar semula, nak pi dating ngan Cik Abang. Hee :D Lega dapat jumpa buah hati petang semalam...


"Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada kamu
Apakah ini di namakan
Cinta ohhh
Menjadi aku yang hina
Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hari ku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh
Aku rindu... sayang kamu
Padamu aku cinta
Kepada mu sayang kamu"


p/s: crazy little things we called love :)

2 comments:

Liyana said...

Kakak bunga,

POST PMS nih hanis kata ANA sorang je yang ada..org lain takde...dia tak penah jadik pompuan...he dun know how we feel rite?dia cakap ana skang kuat majuk...camne tuh?sila bantu saya dengan kadar segera...mekasih...

yang benar,
adik dalam dilema...


wakakakakaka~!!

elanie*Q said...

Adik dalam dilema,

Akak pon sebenarnya tak tau ade ke idak POST PMS nih. Tp akak rasa ada.sbb akak pon mengalaminya. tp, betul tu, sepatutnya org lelaki ni kena fhm, wanita ni makhluk emosi. kdg2 tak sempat nak pikir logik, emosi dah memainkan peranan dulu. merajuk tu pon 1 ciri2 wanita nak menunjukkan perasaan hati dia.and lelaki kdg2 xphm pdhal mereka tak sedar, kaum dorg pon sbnrnya kuat merajuk jugak, kdg2 lagi teruk dari kita. xpelah, adik jgn stress2 okeh? marilah kita sm2 muhasabah diri. cuba kawal diri drpd merajuk2 ni.

sekian,
kakak bunga~