Aku ada terbaca kat website lama Nippon, Faber Birren pewarna terkenal zaman 50-an hingga 70-an, pernah buat kajian macamana warna memberi kesan kepada tingkahlaku manusia.
Menurut Birren lagi, warna merah menyembuhkan luka, menaikkan tekanan darah. Merah bagus untuk cara berkreatif tapi bukan dalam mencetuskan idea.
Biru mengurangkan aktiviti hormon, menyembuhkan luka, merendahkan tekanan darah. Tapi negatif side untuk biru plak ialah tak berjaya di sekolah, pejabat dan tempat lain.
Kuning bagus untuk menambah metabolisma badan.
Hijau mengurangkan rasa nervous ngan tekanan muskular. Ingat tak iklan (tak ingat jenama cat ape) yang orang sumo cat dinding warna hijau and then lepas tu baby yang menangis masuk bilik tu trus senyap? ingat tak?? Well, kalo ikut psikologi pon, warna hijau ni warna penenang. Dulu masa aku kat UiTM, tension baca nota exam je aku ke Tmn Tasik Shah Alam. Baca nota kat situ ngan Kak Aina. Relaks btul otak...
Konsentrasi visual dan mental mudah berlaku dengan dipengaruhi oleh warna hijau, kelabu dan biru dengan kehadiran kurang cahaya. Macam malap gitu atau bilik yang tak banyak terima cahaya (dengan kehadiran langsir etc). Mungkin sebab warna ni warna lembut kot. Hmm...
Kanak-kanak relaks dalam bilik yang mempunyai banyak warna. Sebab tu la kalo kat tadika kita tengok banyak mainan warna kan? Kita orang dewasa ni rasa banyak sangat warna dah jadi berserabut. Tapi lain plak ngan budak-budak.
Warna peach, merah, oren, coklat, buff, kuning dan hijau terang akan membangkitkan selera. Pink dan ungu sebagai warna 'dessert' sebab warna tersebut dikatakan sebagai warna lembut yang disenangi ramai.
Soooo... aku ni nak jadi sweet sebab tu la nak pilih warna pink sebagai warna bilik aku! Ahah!!
Credit to: Old Nippon website.
p/s: Ish, geli plak angkat bakul sendiri nih. Hahahaha ;D
No comments:
Post a Comment