Saturday, March 6, 2010

mengekor

Mengekor bukan mengulor ehh...

Anak-anak Encik K ni memang suka mengekor je kemana je Encik K dan Puan Y pegi. Hehe...

The best thing of being Encik K's daughter ni, kadang-kadang memang abah offer ikut dia pegi mana-mana. Jom pi Carrefour, jom pi shopping, jom pi mana-mana lah... Kalo misal kata aku atau adik aku ada keje sket tapi kitorang memang NAK SANGAT ikut, abah sanggup tunggu kitorang siapkan keje. Ada setengah parents kalo nak pegi mana-mana, dorang ikut dan dorang je. Tak kesahkan anak-anak nak ikut ke tak. Tapi lain ngan parents aku ni. Kalo boleh biar semua sekali ikut even kan abang aku yang dah kawen ada family sekali tu abah swuh join sekali.

Tapi satu tempat je yang aku agak malas nak ikut kalo abah ajak... balik kampung. Hehe... bukan ape, masalah kalo balik kampung ni, aku tak tahan hidu habuk kat kampung. Kalo mood hidung aku baik (hidung pon ada mood tau), kalo dua hari balik kampung, dua hari la aku bebas resdung. Tapi kalo nak dijadikan cerita mood hidung aku tak berapa nak baik; hmm.... dua hari balik kampung, satu hari setengah konpem aku bersin macam takde hari esok dah. Rasa macam nak tanggal je hidung ni bila ditenyeh-tenyeh ngan tisu... So, alasan itu jugaklah membuatkan Ibu salu malas nak tanya aku samada aku nak join balik kampung over the weekendke tak. Hehe..tq Ibu kerana memahami anakandamu ini! :))

p/s: takde reason yang kukuh nak citer pasal ni pon... cuma teringat Khamis lepas abah amek cuti dan aku ni macam bodyguard abah. Heee~

No comments: