Monday, December 13, 2010

buku merah

3hb lepas ada appointment kat Klinik Kesihatan AU2, Keramat. Appointment nak bukak buku merah untuk ibu-ibu mengandung. Enchek hubby temankan.

Nasib baik la dia temankan. Aku ni fobia jumpa doktor sebenarnya! :D Nampak je luaran macam ganas lagi berhati kental, tapi jiwa boleh tahan sentimental beb :P And, truth to be told, dari dulu lagi, aku ni sah2 la penakut jumpa doktor. Tiap kali demam and paling teruk dulu sakit gusi sebab nak tumbuh gigi bongsu; aku ugut je diri sendiri nak jumpa doktor, trus demam and sakit gigi hilang! Betapa kuatnya penangan perkataan keramat 'doktor' tu saje. Eheee~~

Kalo jumpa doktor je pon aku dah naik seram, bulu roma terangkat segala, apetah lagi kata nak kena inject atau kena amek darah yang konpem menggunakan jarum. Jarum jahit baju and jarum cross-stitch je aku tak takut, i tell you ;D

And, appointment bukak buku merah Jumaat tu ada kena mengena ngan amek darah plak tuh! Suspen! Kakak nurse tu siap cakap, 'nanti kita akan amek sampel darah cik, sikit je, tak banyak; 3cc je'. Dia tak cakap 3cc tu banyak mana. But, masa aku isi personal detail buku merah tu aku ada terbaca 10ml. Ok, maybe orang lain akan kata, 'alarhhh, 10ml je, sikit benor tu'; but untuk orang yang tak pernah di ambil darahnya -- macam aku ni --, 10ml is indeed quite a large amount!

Tapi aku terkejut, my blood pressure normal sebab the last time aku pi klinik kat Shah Alam untuk inject Rubela bulan 4 lepas, punyala takut nak kena inject sampaikan bp aku naik ke 144 over something, tak ingat. Nurse tu cakap if julat 120 sampai 140 lebih tu kira ok lagi jangan sampai naik ke 160 plak, itu kira high blood pressure (betul ke?). Sebab nurse tu check bp aku 3 kali sebab yang first bacaan 160 something. Dia swuh aku cool down, tarik nafas bagai, check kali kedua 150 lebih and yang ketiga baru turun 144 tu. And this time around, sekali je bacaan 118/73. Alhamdulillah but I don't know la ok ke tak.

Kakak nurse tu cuma cakap:
  • jangan angkat benda berat2,
  • kena makan vitamin yang diprovide,
  • kalo ada bleeding kena cepat2 pegi hospital where they got scanner thingy to scan the tummy,
  • jangan makan ubat ngan air teh or kopi sebab tak serap zat besi. Tapi kalo nak minum ngan juice boleh tapi bukan air kordial.
Tak banyak nurse tu bagi information sebab nurse tu sangat busy sebab jadi kaunter pertanyaan bila dah duduk dekat sangat ngan pintu bilik nurse tu. And plus, nurse tu macam tak tau nak bagitau ape. The rest of the info pon aku curik2 dengar dari patient yang berdekatan ngan aku sebab nurse yang attend dia cakap kuat and cakap banyak, but good jugak. hihi ;D

So, dari yang aku dengar2:
  • kena banyak kali makan but everytime makan dengan portion yang sedikit.
  • emosi kena jaga. Hubby memainkan peranan dalam emosi si isteri.
Haishhh, lupa plak ape yang nurse tu cakap lagi. hehe ;D

p/s: And, kat Klinik Kesihatan Au2 ni, semua ibu mengandung kena check gigi. Once every pregnancies. Ok, itu len cerita plak. So, all in all, aku dah ada buku merah! :D

2 comments:

f@nna said...

bestnye nanie! congrats ek hehe..semoga semuanya berjalan lancar n baik2 sahaja untuk nanie,hubby and baby :D

elanie*Q said...

tq f@nna!! :D insyaAllah semuanya akan bjalan dgn baik, thanks for praying the best for me :D