Friday, December 17, 2010

western taste

For the past 2-3 weeks, tetibe taste buds aku nak merasa makanan barat. Pembawakan budak la katakan...ehehe :)

Tapi, tu la, macam orang tua2 yang dah lagi banyak makan garam dari kita ni, dorang tau la yang bila pregnant ni, mengidam lain macam sket. Mintaknya bukan-bukan tapi alhamdulillah setakat ni yang aku mintak still within bajet and benda2 yang senang nak cari.

Awal bulan baru2 ni, tetibe teringin nak makan spegeti. Nak buat tapi encik hubby tak gemar plak lagi2 la mee spegeti tu ala2 mee kuning yang memang dia tak suka makan. Hancur harapan nak buat ;'( Kemuncaknya bila TERINGIN SANGAT2 nak makan spegeti masa 5hb lepas. Nak buat kat rumah Ibu, Ibu ngan yang len2 nak pegi pameran MAHA sebab dah last day. Terbayang2 kat mata ni spegeti last2 mesej Tj, tanya dia free ke tak petang Ahad tu. Nasib baik dia free, dapat gak makan spegeti kat SR Bdr Baru Ampang. Yippeee!! :D

Tapi kan, bila makanan dah ada depan mata, nak mengabiskan punya payah! Memula taknak habiskan pon bila halfway through eating my Spaghetti Meatballs tu, rasa muak tapi tahankan je :( huhu... Salunya bila aku order spegeti tu, mmg konpem habis, cuma, tu lah, mengidam je kan, dapat rasa sikit pon dah ok sebenarnya.

Next few days plak, after check gigi kat Klinik Kesihatan, mintak encik hubby bawak ke Carrefour Wangsa Maju, tetibe aku nak makan Chicken Chop. Siap bagitau detail kat encik hubby yang aku nak chicken chop yang jual kat foodcourt k4 tu. Bila balik rumah, makan tak sampai separuh, rasa nak bagi encik hubby makan, tapi dia dah kekeyangan melantak pizza plak. Jadinya TERpaksa habiskan jugak walaupun tekak dah rasa geli2 :(


p/s: well, setakat ni, baru tu je western food yang aku mengidam nak makan. Hari tu, dah nak masuk seminggu tak makan nasi, first nasi yang aku sentuh adalah nasi lemak makcik taman saga. All time faveret dari kecik2 dulu. Itupon, halfway through makan, geli tekak tapi sebab pikir nasi lemak makcik tu sedap, terpaksa paksa diri makan sampai habis :(( Semua pon macam terpaksa je sekarang ni :'(

No comments: