Friday, January 28, 2011

penatnyerrr~

Dah 2-3 menjak ni penat je. Satu badan ni ha... lenguh2. Seriously, aku ingat orang kata preggy ni memang tak leh buat keje berat sket, konpem akan penat badan. Ingatkan la... naaahhh, nothing kot? Tapi memang penat!!

I remember ritu sapu sampah satu rumah pas encik hubby pi keje, mengah len macam and badan trus longlai nak buat benda len. And then ritu basuh toilet yang comel lote tu pon, penat! Tak kemas rumah, tak boleh sebab rasa berhabuk. Tapi bila buat semua tu, penatnya... MasyaAllah!

Sakit pinggan usah cakap la...

Semalam gagahkan diri jugak pi Carre4 sebab nak pi pejabat pos. And nak masuk market. Memula tu memang ok, tapi bila dah halfway jalan kat market, mak aiii... nasib baik la sorong troli, bleh gak menyandar kat troli tu. Fuhhh~~

Kalo setakat drive dekat2 aku ok je lagi. Nothing to worry... cuma kalo berjalan tuh. Ok, agak mencabar la jugak. Ni pagi semalam pi Carre4, petang pon pegi lagi sebab encik hubby ajak pi tukar barang. So, bila malam, sakit pinggang ye. Adehhh~~


p/s: Preggy ni memang memenatkan. Period.

jiran baru II

Owh ye, semalam masuk lagi satu couple ni kat tingkat aku. Betul2 depan pintu rumah...Hmmm... redha je la kan?

Newlywed couple. Semalam masa aku nak keluar ke Carre4, terserempak ngan dorang tengah nak basuh rumah. The husband tegur sebab dia nak tanya pasal air. So, sempat salam gak ngan the wifey. Tak nampak plak inai. Maybe dah 4-5 bulan gak kawen kot or maybe aku yang tak perasan.

The wifey tu tengah study lagi. Owh...kalo Ibu, konpem no-no dah nak kawen time belajar..hehe :P


p/s: Dah ada 4 family kat tingkat 15 ni. And 4-4 family pun masih couple lagi..Aku je yang tengah preggy... Eceh, macam janji2 plak :P

Monday, January 24, 2011

jiran baru

For the last two weeks, dah ada dua family yang pindah masuk ke tingkat 15 ni.

Yang satu berdepan ngan pintu rumah aku. Dan yang lagi satu mengadap kat beranda no.2 umah aku. Ceh~~

Yang satu tu membuatkan aku takleh la nak pakai seksi2 hantar hubby pi keje depan pintu rumah (gilo apo nak seksi meksi, kot2 jiran pon baru nak kuar rumah nak pi keje, mau nampak aku depan pintu rumah..huhu...) Sekarang ni terpaksa la say 'Jya Matta' and salam encik hubby dari ruang tamu je...hukhuk~~

Yang kedua plak, susah la aku nak sidai kain kat beranda tepi rumah tu sebab tingkap dapur rumah dia boleh nampak beranda aku, bilik laundry dia pon bleh jenguk beranda aku, beranda no.2 dia pon bleh nampak beranda aku. Pendek kata semua lah... Ni yang tak best nih. Nanti nak sidai kain pon kena pakai tudung, takleh pakai shorts, atau paling teruk, takleh nak sidai kain kat situ terus sebab kalo dia masak, segala bau makanan akan lekat la kat baju2 aku ni.... Hai la weyhhhh...

Aku ni bukan tak suka ada jiran, aku ok je cume bila ada 7 buah rumah lagi kat tingkat ni, nape la pilih yang betul2 akan menyusahkan aku? Adehhh...


p/s: Nasib baik ada beranda no.1, which is kat bilik tidur utama, luas pon luas tapi... nak gak beranda no.2 tuh! Hish!

hangin je...

Thaipusam baru2 ni balik Bidor. Lepak kat kampung encik hubby for 4 days.

Ahad plak ada kenduri kawen kat kampung sebelah. Masa makan tu ada la orang kampung ancik hubby jugak kot tegur encik hubby. Aku memang tak pandang la sebab tengah makan, lagipon kalo tengok muka konpem aku tak kenal sebab encik hubby ni semua orang dia kenal.

Orang Kampung: Eh, Qhohar!! Uihhh... berisi betul sekarang ni...

Encik Hubby: (sambil salam and gelak je bila orang tegur dia makin berisi)

OK: Lama balik?

EH: Petang ni balik KL dah. Dari hari Khamis kat sini.

OK: Tak nampak pon... ke kena IKAT? (sambil gelak2)

EH + mak: Eh, tak la...

EH: Ada keje sket...


Hangin je satu badan ni bila dengar orang tu sesedap rasa kata encik hubby aku ni kena IKAT tau! Nasib baik aku duduk makan membelakangkan orang tu, kalau tidak, konpem aku jeling habis2an punya. Amboi3... sumbat tempoyak ni karang!!

Bukan ape, jaga la sikit mulut tu cik abang oiii... Encik hubby kata 'biasala, orang kampung memang macam tu caranya'... Pedulik ape aku ko dok kampung ke, dok bandar ke... Yang penting, mulut jangan la cakap sesedap rasa. Jaga la hati orang yang mendengar. Kalo orang pikir positif, takde la nak pikir ape kalo terdengar orang kampung tu kata ape kat encik hubby aku. Kalo yang keliling tu mendengar, kenal hubby aku, suka bawak mulut plak tu; kan dah ada gosip yang tak best sampai kat telinga orang kampung lain walaupon bukan begitu keadaan sebenarnya. Ni yang aku tak gemar ni!

Aku kenal encik hubby aku. Dia bukan jenis yang suka keluar rumah merewang tak tentu pasal. Selalunya kalo balik kampung dia tu, kejenya kalo tak mengemas kebun kat belakang rumah tu memang tak sah. Kebun tu luas, dia sorang je yang kemas, sapu sampah, bakar sampah, tebas semak, trim pokok; you named it, semua dia yang buat. Kalo 3 hari kat kampung, 2 hari tu konpem memang kat situ la dia ada. Bukan nya kami ni salu balik Bidor, jadinya sekali balik tu kebun tu memang la dah semak habis. Itu je la keje dia. Takkan nak mengharapkan mak yang buat semua tu. Mak pun banyak benda lagi nak buat dalam rumah lagipon mak bukannya larat.

Encik hubby aku ni jenis, nak pegi mana2 dia akan ajak aku. Pi pasar ke, pi kedai ke... kalo boleh memang dia akan heret aku sekali. Waaupon dengan kondisi aku yang tak berapa nak mengizinkan sekarang ni dengan sakit2 pinggang kalo diri and jalan lama2...tetap dia nak angkut aku. Akan dipujuknya aku ni sampai aku kata, 'ye la, sayang ikut'... Itu ke dikatakan kena IKAT?

Amboi, tak sayang mulut habis orang tu! Rasa macam nak cili2 kan je... Pastu sumbat tempoyak sekali!

Aku cakap kat encik hubby yang aku rasa geram ngan orang tu. Tapi dia kata, rilek je lagipon mulut orang kampung, biasala... Dia pon bukan jenis suka keluar rumah tak tentu pasal, lepak sana lepak sini...


p/s: Takpe2, kali ni aku ok lagi... next time kalo terjumpa lagi, and dia tanya benda yang sama, konpem aku fire habis2an! Bukan pe, tak seronok la time preggy2 macam ni nak geram2 or benci2 kat orang... sabar nanie, sabar...

Monday, January 17, 2011

what love is...

After been married for quite some time, I learn what love is. And it is something that we learn in everyday basis, in and out of your life, and sometimes through readings. And trust me, it is.

"You don't know what love is. You don't have any f***ing idea. You think it's Valentine's Day, and weekends in Italy. You think it's drinking champagne in some expensive restaurant and being bought stupid bloody underwear. But that's just trimmings. The decorations. They're just gestures. Without trust, and respect, and kindness, they don't mean shit. I thought love is about caring about someone day in and day out, about being there when it's f***ing amazing, and still wanting to be there when it feels like crap. I thought it was about forever."

'Calling Romeo' by Alexandra Potter


Hoyehhh...that's right... love is not about money. Love is not about how many gestures we get. Love is about being there for the one we love, through thick and thin. Love is about being yourself and accept your other half just the way one accept us. Love is... learning to have it enough.

Friday, January 14, 2011

over the weekend

Sabtu lepas, encik hubby bawak aku nak Skybridge KLCC. Eheeee~~

Sampai tingkat 41 je. Ingatkan la dia nak bawak sampai tingkat 86 sebab dia beratur dari kul 730pg sampai depan kaunter kul 1030pg. Rupenya idak... hehe..But, aku ok je sebab aku takde la teruja sangat nak naik Skybridge tu tapi sebab melayankan encik hubby, ikut saje. Lagipon kalo nak naik ke tingkat 86 tu kena booked tiket 3 hari awal and kena bayar rm20 per person untuk beberapa minit je. Membazir sangat2. Baik simpan duit untuk beli benda2 penting.

Pagi tu encik hubby pegi beratur sorang2 je. Aku tak ikut. And tiket kitorang kul 1ptg.

Perasaan naik Skybridge?

Owh, biasa2 saje. Bukan nampak satu KL pon, ye la sebab sampai tingkat 41, and KL ni, bangunan yang lebih kurang tinggi tu pon dah melambak. Tapi, syukur, encik hubby baik hati bawak naik Skybridge, siap pi beratur pagi2 lagi :D And I don't want to complain :))

So, this was it:

before naik ke Skybridge, dalam bilik menunggu tengok video pasal Petronas

Kami kat atas dah masa ni :))


p/s: Ehem!

Wednesday, January 12, 2011

I'm a GLEEK!

I know, I know, this is a tad too late to say this. But, I'm in love with Glee!! Owh, not a person but a tv show kat Astro.

Dulu jarang tengok tapi sekarang ni tengah mood tengok tv, tetibe ada plak kat ntv7. Uhhh...minat habes! Jangan anak aku ni kaki nyanyi plak sudehhh... Minat takpe, mama ok je. Nak masuk tv, nyanyi2 segala jangan harap! Ngeee~~

Bukan sekadar nyanyi tapi cast show ni buat harmoni. Tu yang syok dengar. Not some straight forward melody tapi sekali ngan harmony dari pelakon2 tu. Orang lain dah ber'season suka tapi aku baru2 ni je TERminat sebab susunan lagu dorang yang dorang nyanyikan tu ada medley and sangat2 superb!


p/s: I'm an officially a gleek! Thumbs up kat lagu 'don't stop believing' tu..wee~~

Monday, January 10, 2011

Girls Day's Out

Wah, pengsan! Ni citer bulan 12 tahun lepas, to be exact on 19th Dec, bertempat kat Mid Valley since they said Christmas deco kat sana sangat cantek! :D Kuasa veto mom-to-be ni request nak kesana sebab dah lama tak Mid sebenarnya :)) Heee...

This time around, Tj join hangout ngan kami. Salunya Tj missed hangout ni sebab time hangout kitorang kadang2 men boh je, bila2 masing2 free, kuar la kami beronggeng.

Plan asal memang sekadar dine-in and movie je. Sebab aku takleh nak balik lewat; orang dah ada suami, kena pandai jaga masa sendiri. heee~~ Dahtu, plan konon2 nak pi karaoke tak kesampaian.

Time makan plak, aku ni jenis tengah picky habis nak makan. Memula swuh Tj pilih tempat makan sebab orang jauh duk kat ceruk Johor sana. Bila Tj tak kesah makan memana, aku plak disuruh pilih sebab tengah preggy. Tengok SR, geli tekak. Foodcourt dah awal2 no-no sebab ada bau2an yang tak berapa enak..Errr... Last2 Ana pilih Mr.Tepanyaki. Duduk plak belakang tukang masak tu; muka sampai merah2 menahan bau masakan..euw~~ Last2 order mee apentah, makan tak sampai suku, rasa nak terkeluar balik and menyibuk tolong Tiqah habiskan makanan dia. Tengah makan tu, tetibe aku teringat kat Chicken Mayo Dunkin Donut! Nyum2! Dah lama benau tak makan Chicken Mayo ni. Dulu masa zaman form 5, ni la makanan ruji balik dari sekolah. ngee~~ Lepas semua orang dah habis melantak kat Mr.Tepanyaki, bergerak ke Dunkin Donut untuk aku plak yang melantak. Muahahaha ;D

Ok, let the pictures do the talking ya:

Rasa macam kat Lalaland je :) Bear tu comel2 je~

Sempat posing2 sebarang dua.

Punyala ramai manusia bergambar kat North Court ni, siap ada entiti lain dalam gambar dorang ni. haha ;D

Ahhhh...dapat pon bergambar ngan teddy!

Di Dunkin sedang menunggu Encik Chicken Mayo. ngee~~

Lepas kenyang melantak di Dunkin, tengok movie citer Narnia. After that pi Starbuck's terasa nak minum ice-blended bila Ana sebut2 depan aku :P


Masa kat Starbuck tu, sempat bergosip hot topic. Hanya kami berempat je tau pasal ape. Ni bila dah gather berempat, macam ni la gayanya. Gelak tak hengat! Kalo ada YesO time tu, konpem YesO banyak blur and sentap dengar lawak sengal dorang ni ;D Owh, how I wish YesO ada time hangout tu...


p/s: All in all, I love having them in my life ♥ Lagi la fun bila dapat hangout ngan dorang, chatting non-stop macam zaman single mingle dulu...Hmmm...

AJL lagi?

Semua orang pakat nak komen pasal AJL 25 yang baru je berlangsung tak sampai 24jam lepas. Aku pon nak join sekaki lah gayanya :)

Keputusan malam tadi sebenarnya unexpected pon. Like, seriously. Tapi takde la sampai aku tak puas hati macam orang lain. Beb, nama pon pertandingan, ada menang, ada kalah. And the truth was, it happened! So, let be it. Nak kata FT patut menang ke, indie band patut menang ke, Yuna ke, well, kuasa pemarkahan bukan kat tangan kita sebagai penonton.

Dah nama pon JUARA LAGU, obviously it is not JUARA PENYANYI-paling-BEST or JUARA LAGU-paling-POPULAR. It is depends on the lagu itself, susunan muzik, lirik la ape lah... yang penting, bukan penyanyi mana yang punya ramai peminat and penyanyi mana dapat jeritan paling kuat.

Chillax lah beb... juri lagi tahu ape yang dorang cari dalam AJL kali ni. Kalo nak kata juri bias, sepanjang 25 tahun AJL dipentandingkan, takde satu pon lagu yang adil dijadikan juara. Nak tau sebab ape? Sebab setiap orang ada minat lagu2 yang tertentu or ada minat penyanyi2 tertentu. Semua orang nak penyanyi yang diminati tu menang. So bila penyanyi yang diharap2 menang tu langsung tak menang, mulala kata juri bias, juri ini, juri itu...bla,bla,bla... See? there will be no fair-play in this kind of thing. Sape pon yang menang malam tadi, konpem ada bunyi2 yang tak sedap kat belakang. Bak kata pepatah, rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Ha, kan dah keluar pepatah Melayu dah. Bangga kejap Karam Singh Waliya :P

Bagi aku, AJL malam tadi so-so je. Aku lagi prefer AJL zaman2 80s, 90s and early 2000. Seronok tengok. Kalo etnik kreatif paling syok sebab penuh satu pentas tu bila penyanyi bawak satu kampung turun menari :D Aku tak suka nak jadi juri tak diiktiraf ni. Bagi aku, bila tengok pertandingan2 camni ni, aku tengok je. Malas nak jadi-orang-belakang yang kata2nya tak penting. Lagipon, the jury's been decided and dorang dah ada ciri2 lagu yang terbaik dorang cari.

And, finally, yang paling syok aku tengok malam tadi sebenarnya kat open-act ngan persembahan penutup je. Yang dipertandingkan, ok lah...boleh laaaa... Lagi2 persembahan Nash ngan Siti. Eventhough I'm not a big fan of Siti, tapi seronok tengok, baru lah JUARA LAGU. Susunan muzik yang superb! Pasni nak dengar lagu2 macamtu dah susah sebab taste muzik orang sekarang ni, hmpphhh... bosan. Erk? ;P

p/s: Pasni, kalo nak adil sangat, buat la AJL ni style AF ke, style Mentor ke yang kemenangan terletak ditangan jari jemari pengundi. Pastu, mesti ada gak perasaan tak puas hati antara semua orang kan? See, mana ada benda adil dalam dunia ni. Nak adil sangat, kita jumpa kat akhirat nanti. There, I've said it. Hehe :D Jangan marah haaaa.... ngeeee~~

nak makan ape?

Kalo tanya aku sekarang, ape yang aku nak makan? Aku nak bagi jawapan, aku taknak makan bleh tak?? Sungguh kesian kat aku. Kan best kalo time2 sekarang ni, time bukan preggy sebab konpem berat turun sebab tak lalu nak makan. Tapi, bila pregnant ni, tak bleh turun berat badan. Doktor kata, it's bad and not good.

But, siyes nih, if you've been asking me, what do I want to eat? What do I feels like eating... I would say that, I don't know. I don't feel like eating, I don't want to eat.

For somebody yang memang kuat makan, yang middle name nye adalah 'makan', yang hobby nya adalah makan, this is bad. Real bad. Huhu ;(

Kalo bleh, tak nak makan. Tapi kesian kat baby plak tak dapat nutrisi. Lapar memang lapar, but asyik rasa geli je bila tengok lauk tu, lauk ni, masak tu, masak ni... Tengok nasi pon bleh geli tekak. How ni? Sekarang ni roti je bleh masuk perut. The rest, macam tersekat kat kerongkong. Macam nak terkeluar je. Tsk,tsk...sedih btul... Kot ye pon anak aku ni takmau jadi macam mama dia yang senang kembang ni, jangan la macam ni, langsung tak nak makan... mesti anak aku ni susah nak makan bila besar nanti. Jadila aku macam mak-mak yang menjerit, terlolong panggil anak dia tengah main kat luar rumah swuh makan. Hmmm.... tak mau la jerit2, kan aku ni wanita Melayu terakhir. Eceh....poyo giler statement! ;D

Dulu masa awal2, ada gak mengidam makan chicken chop, spageti... pastu trus cancel Western food. Geli tekak ni haaa...

Pastu datang plak ngidam nak makan Thai food. Mintak Ibu tolong masakkan tomyam ayam. Pun, boleh tahan makan semangkuk je and not taken with nasi tapi makan ngan mihun. Lepas je dari tu, cancel makan masam2. There's a time bila aku nak makan nasi lemak makcik Taman Saga, nasi lemak Kg. Baru... pastu cancel jugak.

Datang plak ngidam nak makan keropok lekor. Dinner pon makan keropok lekor siap beli kat pasar malam Taman Watan dari AU3 ni semata2 nak makan keropok lekor punya pasal. And soon, the crave pon hilang... Even cakoi yang sebelum ni jadi feveret, trus cancel dari list. Keropok lekor pon dah menyusul dalam list cancel meng'cancel tu.

Last two weeks, aku ngidam nak makan sup ekor. Nasib baik la dekat ngan umah aku ni melambak kedai makan. Tapi tak best sangat :( But, janji dapat sup ekor... lega jap. And 2 hari lepas masa naik motor ngan encik hubby nak pi Mydin, lalu jalan AKLEH. Lalu jalan yang atas area Datok Keramat tu, TERbau sup ekor! Wahhh!!! Siap mintak kat encik hubby nak makan sup ekor kat kedai faveret kitorang masa dating ritu. Hehe :D Kat Mydin encik hubby tanya aku tak nak beli ape2 ke, aku kata, 'barang' aku kat kedai makan Rosdet tu. Muahahahaha ;D Tak sabar nak makan sup ekor la katakan :)


p/s: Now, belum ada rasa nak makan ape2 lagi. Ang guess what? These thing happened for the past 6 weeks. Boleh bayang tak macamana la aku for the next 6 months? Owh, I don't know what will happen then.

LATE WISHES!

** Sorry for the long silent treatment from me**

Wahh, sedar tak sedar, dah masuk tahun baru 2011 dah. Sekejap je rasanya kan?
2010 been a very busy year indeed. Macam-macam ada! Dari hal study, bercinta, jadi tunangan orang-wedding's preps-kawen-preggy etc...

Owh, part preggy tu masih belum settle, to be continued sampai ke summer time negara Eropah ;D Wah...gedik sungguh, padahal duduk kat Malaysia je; dua musim -- musim panas dan musim hujan tak benti -- Ngeee :))

So, tahun ni, nothing much to expect except from the baby bum to be seen, soon :) And, ramai kawan2 nak melangkah ke alam baru especially my BFF Atiqah dis coming May :) *Happy for her* Lagi, lagi?? Belum tahu lagi what's been waiting ahead of me this whole year, just praying for the best, InsyaAllah :D

Jadinya, masih belum terlambat untuk nak wish 'Happy New Year Twenty-Eleven' untuk semua. Semoga apa yang dihajati sepanjang tahun ni (if you have any new year's resolution), diperolehi dengan jayanya dan diberkati selamanya :)


p/s: Ada new year's resolution ke? I don't need any because for me, everyday is to be better than yesterday and that's that :)