Thursday, September 30, 2010

aduhaiiii laptopku

Yep, my laptop is ruined -- again --.

Hampeh je jenama C****Q ni. Konpem 3 tahun je mesti rosak. Lagi-lagi kalo pakai prcessor A*D.

Segala keje-keje aku ada dalam tu, even my resume. La ni, kena reedit sikit je tapi disebabkan tak buat back up kat pendrive, habis bukan edit je, I need to do it all over again.

Bagi kat Abang, mintak tlong dia transfer and back up D drive aku, sampai la ni dia tak buat lagi. Mentang-mentang la adik sendiri. Cehhh, geget telinga kang ;P

So, yeah, I need to buy a new one. Kena keje nih. Kumpul duit, beli laptop baru yang happening! ;P


p/s: Bila happening, aku yang jadi pening sebab mahal sangat. hihi ;D Alah, beli yang biasa2 je pon dah okey, bukan aku nak buat keje2 yang berat2 dalam lappy aku tuh. I'm not a designer per se.

post-op

Alhamdulillah operation mata Abah semalam tu turns out okay.

This coming 7th of October Abah ada another check up to see whether the operation berjaya or tak.

Pagi tadi Abah bukak kapas yang tutup kat mata dia tu. Katanya, terang benar dunia ni, dah siap kena pakai black sunnies macam orang buta sebab terang sangat. Haha ;D

So, itu je update pasal mata Abah tu, for now.


p/s: I need to reedit my resume, kena tukar marital status lah. Hihi ;D Tak sedar diri yang gue sudah berkahwin. ;P

Wednesday, September 29, 2010

operate mata

Owh, bukan aku yang operate mata nya, tapi Abah aku yang di operate.

Operate kat Ampang Puteri Specialist pagi tadi around 10 am, bilik bedah Tingkat 2.

Seriau aku dengar Abah nak operate mata.

Bukan sesaje tapi sebab Abah dah lama ada cataract, disebabkan Diabetes dia tuh. Tapi doktor hanya sarankan buat pembedahan kalo betul-betul rasa dah tak nampak. Cataract Abah masih ditahap minima, bukan selaput satu kanta mata tapi hanya tompok-tompok kecik kat kornea tu tapi Abah tak selesa bila nak membaca tambah plak ngan ada astigmatism, lagi la rasa tak selesa.

And, pagi tadi operate sebelah mata je. The left eye.

Owh, masa ni nurse swuh abah rehatkan mata dulu. Tapi abah tetap abah, bila ada peluang baring je, konpem berdengkur terus. Haha ;D Selamba macam kat rumah sendiri siap bersenda haa...

Ni lepas operation. About 40mins jugakla kat dalam dewan bedah tu.


Alhamdulillah operation berjalan lancar :) Nurse tak bagi bukak kapas kat mata tu for about 24 hours. Esok la gamaknya tapi Abah dah restless dah just after the operation, katanya mata dia rasa gatal. hehe ;P

Banyak gak pantang larang Abah. But some of it like kena solat duduk for about 2 weeks (takut pressure pada mata kalo solat biasa yang kena sujud tu), takleh makan solid food (with the same reason), etc.


p/s: Esok baru dapat tau, how the result is. Esok baru dapat bukak kapas tu and doktor akan check semula mata Abah. If today's operation was successful, InsyaAllah the next eye will due after raya plak. Hopefully. I'm crossing my fingers now. We'll see tomorrow :))

Tuesday, September 28, 2010

Convo Day!

This was soooo late to be put here. Tapi, nak jugak citer! hehe ;D

Hari konvo aku 8.8.10 yang lepas kat UKM, Bangi. My family tak dapat datang but my hubby did :) I was glad that he was there for me for the whole 5 hours ;D

At last, after struggling for a good 1 and a half year doing my Master's Degree in Environmental Management, konvo pon aku ngan sangat jayanya! Yippee!! Alhamdulillah :)

And my other half turut ada meraikan aku masa tu, tak lain tak bukan my adik beradik yang lain -- Along, Alang and Bong. I'm proud for myself and for you girls too! We made it! :D We've been there for each other thru ups and downs. For every tears shed, and untuk segala penat lelah turun naik bangunan kerajaan nak dapatkan data and all... Fuhh~~

Alang, Bong, Me and Along :)

Classmates Master termasukla Siti ngan Mek Ti.

Ngan Alang yang sentiasa cool! :D

Masa dalam DECTAR. Masa ni dah naik pentas.

Banyak gambar ngan Alang sebab Along + Bong busy bercekau. haha ;D
Sisters, that's what we do best, kan? :))

Ehem~ Akhirnya!


p/s: Lega sungguh, habis pon azab study. Sekarang nak cari keje plak after 8 months of goyang kaki :)

Quotes 4 the day

"Kenyang nyamuk hisap darah"


p/s: Hurmm...kenyang eyh? This quotes really made my day ;)

15th Floor!

Owh, lupa nak share yang ni.

Kan aku dah pindah kuarters Navy kat AU3, Keramat (tapi kalo alamat masih lagi area Hulu Kelang, bukan AU3). Dari hari tu nak update pasal ni tapi asyik lupa.

Aku duk tingkat 15 dari tingkat 15. haha ;D

The top most of the apartment. I kinda like the view from up here, in my bedroom where I can see KLCC, Duke Highway and of course the sky... tengok kat mana hujan. hehe :)

Angin tak payah cakap lah. Sepoi-sepoi, kencang, semua pon dah rasa. Pintu bilik kalo tak berselak getah kat kaki pintu tu, konpem la berdentum tertutup ditiup dek angin...

Matahari tak direct masuk rumah kecuali petang after 3 pm, baru la masuk rumah tapi itupun tak lama and tak berapa nak panas dah :) Kat master bedroom pon tak kena matahari cuma kalo dah pagi tu nampak terang je la.

Takde la besar mana ruang rumah ni but, comfy habes! For me lah. For others, I dunno. But, this is my life, my house, it's perfectly fine :)

And most important thing is, I already get used of my workstation, which is, my dapur! :D

From my bedroom verandah: Time hujan, berkemutih je kat luar tuh. Even KLCC pon tak nampak dah.

Ok, abaikan disc Astro tuh. Supposedly nampak highway Duke kat gambar nih. Tapi disebabkan hujan lebat yang amat, maka highway itu langsung tak tertimbul kat gambar ni :)

My workstation. Siap ada petai! ;D Favorite encik suami :)) Sorry dapur berselerak slet, baru nak mula masak tetibe nak teringat nak amek gambar plak.


p/s: Best bila duk umah sendiri :)

encik hubby's breakfast

Pagi tadi setelah beberapa lama berbreakfast bersama encik hubby, something caught my eyes...


Jeng, jeng, jeng...


See the mug? Mug gambar kartun bila encik hubby yang guna, nampak sangat comel! Dia kata, janganlah letak gambar ni kat blog. Kalo nak letak jugak, dia swuh snap lagi satu gambar... Yang ni:


Dia kata gambar ni lagi ok. Tapi bagi aku...hurm...nampak gelojoh, sangat tak senonoh...Haha ;D


p/s: Encik hubby ni memang suka posing ntahapehapentah...Layankan saje ;P

Monday, September 27, 2010

Chef yang hampir berjaya

Haha...title poyo kan?
Ni kes nak angkat baku sendiri ye kawan-kawan :)

Alkisahnya, pernah dengar tak orang-orang keliling kita atau makcik2 kita cakap yang anak dara ni pas kawen mesti pandai masak?

That's absolutely right peeps!

And that's what happen to me ;D

Memang nak angkat bakul sendiri sebab kalo bukan kita yang angkat, sape lagi kan? Lain la ada orang yang sangat baik hati memuji (selain hubby and family sendiri). But, anyhow, kalo 5 orang terpenting dalam hidup sendiri dah memuji dan kata -- shedap! -- I'm cool with it. Yippee~~

Back to the story, honestly, dulu memang aku tak pandai masak. Oppss, should I put, aku tak reti masak. Kalo setakat buat popiah yang si Farina dan semua ex-workmates, family, hubby dan sesape yang pernah rasa popiah aku tu kata sedap, popiah tu sekadar petik jari (ewah! ni berlagak nih). Farina siap mintak resepi tau :D, and everytime ada Get Crafty's gathering, semua oang mintak aku buat popiah; rindu kata mereka :)) See the impact? Ok, that's the past and present day :) Can't help smiling :))

Before kawen ritu ada gak tolong Ibu masak kat dapur. Tapi, biasalah, bila memasak ngan Ibu ni, kebanyakkan masa Ibu yang buat. Bab rasa2 ni kadang2 aku failed. Aku rasa dah ok, tapi Ibu kata tak masin la, tak cukup manis la, tak cukup itu, tak cukup ini. So, kesudahannya, Ibu yang settle kan semua.

Bila dah kawen, semua aku kena buat, start from scratch. Dari penyediaan bahan basah, kering sampai la jadi lauk. Even rasa makanan pon sekarang ni aku try untuk master :)

Sebabnya, hubby aku tak suka sangat makan luar. Dia kata kalo dapat rasa air tangan isteri sendiri lagi best. Berkat air tangan isteri bagi suami makan... Elehh, sebenarnya dia tak suka membazir makan luar sebab kadang-kadang harga mahal tapi makanan tak sedap, atau kuantiti tak setimpal ngan harga. Bagi aku pon alasan dia tu memangla logik tapi yang penat kat dapur sape? Aku jugakkan? Haha ;D Part yang ni yang rasa macam nak geget2 je telinga hubby ;P

Last weekend before raya, family aku ngan family abang datang umah aku, datang berbuka. Seriously aku takde idea nak masak ape. Last-last teringatkan hari tu aku tengok resepi ayam berempah kat buku resepi, teringin nak masak ayam berempah plak. Nak lawan kan ngan nasi ayam. Sebelum ni tak pernah aku masak nasi ayam. Ni kali pertama. Kali pertama buat dah semua puji sedap, even abang aku yang suka komen masakan aku pon kata shedap, siap tambah nasi. Owh, gumbira sungguh rasa hati den! ;D

Kalo dulu, masak sambal aku tak reti, la ni... lauk sambal tu la, petik jari je..wahahaha...sila angkat bakul tinggi-tinggi okeh? Kari plak, encik hubby kata macam kari mamak dah. Ehem! ;D


p/s: Dah masuk satu lagi hobby dalam list aku, which is memasak. Wah, nak jadi isteri mithali kan?

Thursday, September 23, 2010

and the rest...

Sebenarnya, kalo ikutkan banyak benda aku nak update kat sini tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan.

Been meaning to write an entry pasal aku berhoneymoon kat Cameron Highland ngan encik suami, merempit; pasal raya kami yang tak berapa nak semenggah; pasal aku chef yang sangat berjaya di hati encik suami dan bla, bla, bla...

Nak angkat bakul pon tak sempat, apekah??? Sedih sungguh.

Wait ah miss blogspot, nanti ada masa, aku update nooo :))


p/s: Sambil kelip-kelip mata menggedik ;P

sweet tooth :)

I know I have this irresistible hobby, baking.

So, kalo dah suka baking, konpem la aku ni suka benda-benda manis. Erm, tak jugak. But, somehow when I feel deppressed ke, stressed out ke atau happy lain macam ke, aku akan cari benda manis. Ape-ape lah yang manis.

So, today aku nak bake cupcakes idaman kalbu ku itu :))

Tak manis sangat, sedang-sedang elok je. Tapi yang penting, ada cheese!


p/s: Sengal cik Liyanaroxx tu guna nama mama dia nak tagih cupcakes ye? Geget nanti! ;P

Friday, September 3, 2010

my little munchkin

Awww... I missed my little munchkin, my dearest baby niece (baby lagi kerr?? hehe) sape lagi kalo bukan Ummu Umairah a.k.a Myra/ Mai/ Mumu/ Tumu/ Umai/ Ummu... haha ;D Banyak nama panggilan kan anak buah aku ni? Tapi popular nama Myra, Mai ngan Ummu.

Myra nama panggilan kat belah family aku.
Ummu nama panggilan kat belah family Kak Lin.
Wherelse Mai tu Myra membahasakan diri dia sendiri dan kami semua terikut dah :))

Tomorrow family aku ngan family abang nak datang berbuka kat rumah aku ni :) Can't wait! Nak jumpa munchkin! :D

Sementara tu, enjoy the lil' munchkin's moves >>

Ni gaya muka Myra bila Nenda nya tegur pasal rambut dia, pasal kaki dia yang penuh ngan gigitan nyamuk.

Ok, budak kecik ni ntah dari mana belajar posing macam ni ;P Senyum dah nak tiru Scha Alyahya plak ;)

Ni gambar terbaru, baju raya tu baby sitter Myra yang bagi.

Tengok tuhhh... haishh~~

See some attitude given to the photographer?


p/s: 'That's why Ngah rindu sangat kat My... heee :D"

That's When I ♥ U

Have you guys heard of a singer called Aslyn? I don't even have a clue about this singer actually. Tapi one day, one of my ex-schoolmate pi post nama penyanyi ni sekali ngan tajuk lagu dia kat fb, kawan tu kata lagu ni best so I've googled it, found it and even sampai sekarang lagu ni sangat, sangat SWEET! Suka sangat dengar :)) Thanks Farina! :)


That's When I ♥ U

When you have to look away
When you don't have much to say
That's when I love you
I love you
Just that way

To hear you stumble when you speak
or see you walk with two left feet
That's when I love you
I love you...endlessly

And when your mad cause you lost a game
Forget im waiting in the rain
Baby I love you
I love you anyway

Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn the more I love
The more my heart can't get enough
That's when I love you
When I love you no matter what

So when you turn to hide your eyes
Because the movie, it made you cry
That's when I love you
I love you a little more each time

And when you can't quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
That's when I love you
I love you more than you know

And when you forget that we had a date
That look that u give when you show up late
Baby I love you
I love you anyway

Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn the more I love
The more my heart can't get enough
That's when I love you
When I love you no matter what

That's when I love you
When nothing baby
Nothing you do can change my mind
The more I learn the more i love
The more my heart can't get enough
Thats when I love you
When I love you
No matter what

No matter what...


p/s: I've been dedicating this song to hubby dari first time aku dengar lagu ni. Semua tentang Ayg tetap istimewa pada mata Syg :) I love, love, love you...Mmuahh!

bintang di langit

Semalam tak dapat nak update sebab busy buat kueh raya.

Today, just wanna post it here.

Last 2 nites ago, KL got a clear sky. REALLY clear. Segala bintang nampak kat langit tu. Berkelip-kelip. Subhanallah... sangat lawa!

Rasa nak amek gambar je dari tingkat 15 ni tapi, apekan daya, cammy aku pon cammy biasa, bukan cammy NASA yang boleh tangkap gambar bulan sampai nampak segala butir kat atasnya...huhu :(

p/s: Bintang di hati sentiasa berkelip-kelip :)

Wednesday, September 1, 2010

Biskut owh biskut~~

Hoyehh...today aku nak mula buat kuih raya :)

I only got 9 days left before raya and aku tak mula lagi buat kuih. Erk, tercekik jap rasanya.

Tetiap raya memang aku salu buatkan kuih untuk family aku pon. La ni even aku dah kahwen, dah ada rumah sendiri pon, Ibu swuh angkut oven yang ada kat rumah Ampang ni sebab dia dah lama retired buat kuih2 nih. Memang dah passed down terus pada aku.

Salu2 pon aku buat kuih favorite family kami, Biskut Cornflakes resepi kawan Ibu (hello, bukan Cornflakes yang setakat gaul ngan madu letak ceri letak bijan tuh ok...), ngan biskut chip coklat. Tapi semalam masa ronda2 ngan hubby kat kedai, ternampak la readymade home cookies Almond London...

Hubby: Syg, syg tau tak buat kuih ni?

Aku: Tak, tak tau pon resepi. Sebab syg tak suka kuih tu (gile direct).

Hubby: Oo... ayg suka kuih ni. Kalo kat kampung Lang buat, ayg mengadap kuih ni sorang je...

Aku: oo, okay...swuh la Lang buat (saje je)

Hubby: Takde la, ayg saje2 je...

Aku: (rasa cam tak best) Ayg suka ye kuih tu? Nanti syg belajar buat ye :D (ish, amek hati semula)

Hubby: Ok, nanti kita beli barang ye (terus suka balik padahal tadi dah buat muka kelat macam tertelan biji rambutan).


p/s: Ni baru pas cari resepi kat internet. Petang ni nak buat :) Khas untuk hubby TERCHENTA! :D

Mak Su vs. Kak Nanie

Ni lagi satu senario kat belah family hubby aku.

Kat rumah Bidor, ada anak Kak Lang; Tasha.
Anak Mak Teh; Fatin dan Alya.

Ape beza budak 3 orang ni?

Tasha, anak buah aku.
Fatin ngan Alya, kiranya sedara aku sebab kami sama pangkat.

Tasha sepatutnya panggil aku, Mak Su. Even so anak-anak Kak Long and Abg Ngah.
Gelaran aku kepada Fatin ngan Alya ni hanya Kak Nanie.

Tapi... lepas je majlis sanding belah hubby 25 Julai ritu, bila dah ramai-ramai berkumpul kat rumah hubby, semua pakat panggil aku Mak Su termasuklah si Fatin ngan Alya! Sedangkan budak 2 orang tu panggil hubby aku, 'Abg Boy'...

Aiseh~~

Puas dah aku ubah nama aku kalo berborak ngan Fatin and Alya, tapi dorang tetap panggil aku Mak Su.

Bila Tok dengar dorang panggil aku 'Mak Su', Tok pon tergelak. Ye lah, maybe sebab dah terbiasa dari awal-awal mingle ngan dorang hari tu, dorang dah disogok ngan pangkat Mak Su; tu yang lekat sampai sekarang...

p/s: I kinda like the name Mak Su tuh. Kat belah aku panggil Mak Ngah. Kadang-kadang tershashul bila berborak ngan anak buah kat belah hubby :)