Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Convo Day!

This was soooo late to be put here. Tapi, nak jugak citer! hehe ;D

Hari konvo aku 8.8.10 yang lepas kat UKM, Bangi. My family tak dapat datang but my hubby did :) I was glad that he was there for me for the whole 5 hours ;D

At last, after struggling for a good 1 and a half year doing my Master's Degree in Environmental Management, konvo pon aku ngan sangat jayanya! Yippee!! Alhamdulillah :)

And my other half turut ada meraikan aku masa tu, tak lain tak bukan my adik beradik yang lain -- Along, Alang and Bong. I'm proud for myself and for you girls too! We made it! :D We've been there for each other thru ups and downs. For every tears shed, and untuk segala penat lelah turun naik bangunan kerajaan nak dapatkan data and all... Fuhh~~

Alang, Bong, Me and Along :)

Classmates Master termasukla Siti ngan Mek Ti.

Ngan Alang yang sentiasa cool! :D

Masa dalam DECTAR. Masa ni dah naik pentas.

Banyak gambar ngan Alang sebab Along + Bong busy bercekau. haha ;D
Sisters, that's what we do best, kan? :))

Ehem~ Akhirnya!


p/s: Lega sungguh, habis pon azab study. Sekarang nak cari keje plak after 8 months of goyang kaki :)

Friday, January 29, 2010

jilid tesis

haa... ni citer 3 minggu lepas, lupa nak share kat sini but since result pon telah diwar-warkan kat blog aku ni (literally), nak share sket meh:


p/s: Woot, woot~ Sekian terima kasih! :)

Thursday, January 28, 2010

result for thesis

Wahlaweiiiiiii... aku baru lepas check result tesis aku kat smpweb!

Guess what?


AKU LULUS!

Alhamdulillah... berkat pening-pening lalat, berkat sakit hati kat supervisor, berkat kehulu kehilir cari bahan dan berkat menangis sampai Cik Abang kena pujuk (pujuk guna ayat rasional je... tq sayang!), semuanya MEMANG BERBALOI-BALOI!!! ;D

I dun expect my thesis's result will be this superb since ni tesis berkaitan ngan projek supervisor aku. Projek yang dia lead. So, aku ni kira memang cari nahas la sebenarnya kalo buat tesis under dia sebab berdasarkan pengalaman Alang, sape-sape yang buat tesis under projek supervisor aku ni memang dia tengok betul-betul, silap-silap boleh dapat result teruk. Macam kawan-kawan Alang masa degree dulu.

But, Alhamdulillah, i have tried my best and I've been through like .... masa nak buat projek ni. Tapi berbaloi jugak akhirnya.

PNGK takla aku sampai dapat anugerah dekan or wat-so-ever, tapi ok la tuh, dapat 3.53! Congrats to myself~ Teheeheee~

p/s: Bangga japs :))

Saturday, January 16, 2010

surat

Petang tadi aku dapat surat dari Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Rasa dihargai ke? Ermmm... tak jugak. Patutnya dorang la yang rasa dihargai sebab aku sebut jabatan dorang dalam penghargaan lagi tau sebab aku ada guna data yang aku mintak dari jabatan tu.

'Sehubungan dengan itu Seksyen Kajiiklim dan Hidrologi, Jabatan Meteorologi Malaysia merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan dari pihak tuan, puan.'

Ahah, fair enough kan? Hehe...

p/s: Ingatkan surat tawaran kerja. Hahahahah ;D

Saturday, December 19, 2009

edited

Tesis aku?

Ok, lepas je dapat semula berserta komen-komen (yang agak banyak) dari penyelia aku Isnin lepas, esoknya Selasa tu aku terus bertungkus lumus siapkan ape yang diperlukan.

Beb, aku nak pi kenduri kawen kakak Cik Abang aku hari ni (Sabtu) ok?? Bukan nak jumpa pengantin, tapi nak tengok muka buah hati (aci tak alasan macam tu?)

Aku bajet hari Khamis siap. Alhamdulillah Khamis tu dengan ditemani Along kat PTSL, siap jugak keje aku. Malam tu aku siapkan segala lampiran yang ada, dan betulkan isi kandungan yang dah berubah itu ini.

Alhamdulillah, siap jugak despite all the mounting comments from the supervisor. Aku rasa boleh kuar air mata jugak lah kalo sampai semalam aku tak siap lagi benda tu sume. Alhamdulillah siap jugak ikut timing yang dah aku sendiri tetapkan. Aku pun memang bajet nak rileks kan kepala otak aku dari hari Jumaat, dan bajet aku berjaya!!! Hehe ;D

Yippiee!!! (Sambil tepuk tangan tanda suka).

p/s: Bukan senang nak jadi senang. Perlu lalui halangan yang pelbagai untuk samapi ke garisan penamat. InsyaAllah semuanya akan ok lepas ni.

Tuesday, December 15, 2009

Isnin

Hari yang mendebarkan!!!! (lagi berdebar dari hari nak jumpa bakal mak mertua)

Semalam memang takde mood nak keluar rumah awal. Ingatkan nak turun UKM awal sket sebab boleh jumpa Alang. Tapi sebab aku period, mood pon takde, berdebar je lebih. Dari aku bangun pagi sampai ler aku nak jumpa penyelia aku kul 2ptg tu, dada ni rasa macam nak meletup je. Risau yang amat!

Bila dah jumpa penyelia aku, seperti biasa lah, memang banyak, diulangi lagi sekali, MEMANG BANYAKKKK yang kena dibetulkan padahal dah ikut seperti ape yang disuruh sebelum ni.

Memula penyelia aku mintak kitorang hantar hari Jumaat ni. Memandangkan hari Jumaat cuti, takkan UKM tak cuti, dan dia rajin nak datang keje kan? So, aku bagi alasan Jumaat cuti. Ok lagi. Dah tu dia nak kitorang hantar kat dia hari Sabtu! No, no, no... Sabtu kan aku nak ke Bidor, kakak buah hati aku kawen. Mana bleh aku nak datang pi UKM.

Penyelia: Ok, u hantar kat i hari Sabtu, then i ada masa nak check lagi sekali kan...

Aku: Err... Dr. ... (sambil nak gelak pon ada, tak tau nak describe cara aku sebut nama penyelia aku masa tu) saya tak boleh la kalo Sabtu ni, Dr.

P: Eh, nape? u kawen ke?

Alang: (secara spontannya)... dia nak bertunang la Dr.

P: Ye ke? This Saturday ah?

Aku: (aku pon layan kan je la Alang sebab dok pikir kalo aku tak buat camtu nanti dia mintak aku hantar Sabtu jugak, naya aku tak boleh siap) ...yep, Dr., I'm getting engage.

P: Buat ape u tunang? kawen je lah.

Aku: Owh, tak boleh Dr. Kena keje dulu. Duit takdek.

P: u nak tunang bukan nak ajak kitorang pon...

Aku + Alang: Tunang memang tak buat besar-besaran Dr., selalunya family je yang datang.

Alang: Kawen nanti baru dia ajak semua, Dr. Jangan risau Dr.

Aku: Ye, Dr., nanti saya kawen saya ajak Dr. punya lah...

Adoiyaii... pernah je buat plan ritu ngan Alang macam tu kalo penyelia kitorang ni nak kitorang hantar cepat-cepat ni. Tapi tak sangka plak Alang cakap betul-betul. Fuh, naseb baik aku pon takla buat muka terkejut, kalo tak, lakonan tak menjadi tau. Layankan je la. Alang pon berlakon baekkk punya semalam.

[Ni kalo Cik Abang aku baca ni, konpem dia tersedak. Sorry Sayang... hehe]

p/s: So, nak taknak, Sabtu ni aku 'BERTUNANG' ye kawan-kawan. Muahaha... InsyaAllah, ada jodoh tak kemana :)

Friday, December 4, 2009

update

hah, sehari tanpa update adalah sangat membosankan.

Haha...macamlah sebelum ni tak pnah aku tak update blog sampai berminggu-minggu.

So, semalam plan ingat nak bawak Ellie tengok wayang. Tapi disebabkan penyelia aku nak aku hantar final draf hari ni (huh, dari hari tu final, tapi tak final-final lagi pon, asyik la dok edit. Naik bernanah dah kepala otak aku, lenguh jari dok tekan keyboard lappy ni, kematu punggung asyik buat keje duduk), so aku pon seharian menyiapkan senarai rujukan tesis aku. Dah buat separuh, tinggal lagi separuh, tapi memandangkan yang tinggal tu semuanya dari sumber internet, aku kena make sure address websitenya betul, segala la. Pastu kena tulis rujukan pon ikut Gaya UKM. Antara yang final touch up aku buat seharian semalam:
  • rujukan
  • english's abstract
  • betulkan isi kandungan (sebab bila bahan perlu ditambah, semua page dah lari, kena ubah lagi)
  • betulkan senarai rajah dan jadual
  • betulkan muka surat kat setiap page yang ada
Ok, cukup satu hari!

Hari ni dah hantar salinan tesis pada RA penyelia aku. Yang bestnya, penyelia aku cuti hari ni, Ahad ni dia kena pi Terengganu ada mesyuarat sampai Selasa. Now, bilanya dia nak baca tesis aku tuh?? Tell me, tell me please? Nak swuh hantar cepat tapi dia yang busy. Haishhh~~

p/s: Tapi lega jugak dah kepala otak ni walaupun masih belum boleh lega sepenuhnya sebab masih belum viva. Huhu~

Tuesday, December 1, 2009

busy bee

Ok, agak busy buat seketika.

Tapi aku try gak nak menyelitkan sikit la ape yang patut. Nanti kalo tak update ader orang bising. Hehe ;) Ataupun untuk puaskan hati sendiri.

Ni dah masuk bulan Disember. Owh, Disember??? Serius?

Aku kena hantar final tesis aku Jumaat ni (041209). Tapi sebelum 4hb tu kena gak bagi penyelia aku baca ape yang patut dulu. Payah dapat penyelia banyak songeh nih. huhu... Tapi aku tau, banyak songeh dia pon untuk kebaikan aku jugak (jangan banyak songeh ye Cik Elanie. Uhuh~).

Tapi korang boleh bayang tak, bila last week dah bersungguh buat siapkan, then bila jumpa penyelia dia kata kena betulkan lagi. So, minggu ni agak poyo je mengadap tesis ni. Baru buat tak sampai 10 minit, tetibe sambung YM je lebih. Bosan dah mengadap benda ni. Tesis ni. Eurgghhh~

Tapi Nanie, demi masa depan, kena kuatkan semangat okeh??

p/s: Sabor je la~

Friday, November 20, 2009

thinker

' I am a thinker. I love to think. Even when it's not worth thinking. Ahah! '

Saja je. Mengarut sket malam nih. Tengah buat analisis bab 4. No wonder la aku bila buat keje, keje aku lambat nak siap. Sebab aku suka berfikir kalo jawapannya A, nape tak jadi B. Itu ini, last-last aku yang serabut otak. Tapi yang bestnye, aku pon akan serabutkan otak orang lain jugak. Weehee~

p/s: I am a believer. I believe I can do it! Do what? Finishing my Master's Degree!

Thursday, November 19, 2009

sedih+sebak

Tetibe nak jadi sedih malam ni. Tsk, tsk...

Takde ape, adelah something yang mengganggu kepala otak, hati aku malam ni. Terus tak boleh nak buat keje nih. Stuck kat analisis data bahagian kualiti hidup. Nasib yang analisis lain dah siap. Bab 3 pon dah siapkan pagi tadi. Yey!! (tapi hepi macam takde perasaan)

Arghh!!! Stucked lagi.

Dengar lagu sedih-sedih plak tu malam ni, lagi la...

p/s: Bosan btul dengar lagu sedih ni. Dengan aku-aku skali jadi sedih ;(

Tuesday, November 17, 2009

more protein please!

Eheh~ lupa plak aku ada bawak bateri lappy, so walaupun tengah hujan aku layan gak buat keje. Takde alasan okeh! Tapi sambil tu layan update blog jugak.

Hari ni dah masuk 16 hari aku buat Healt*Point* tu. Ada lah turun 3kg. Well, I admit benda ni takde la turunkan berat gedebuk 10kg macam J******. It will adjust your metabolic rate, at the same time turunkan sket berat kita - in a healthy way la. So, kenapa dah nak masuk 3 minggu tapi baru turun sket? Well, my bad lah sebab last week aku tension setensionnye ngan tesis aku. Sampai tak boleh nak berfikir so aku melayan la makanan yang kalo boleh aku elak makan masa buat HP nih. Menyesal gak, tapi sekarang ni bagi aku penting sangat untuk bagi otak aku berfikir secara waras. Nak tak nak, 2 hari aku makan tak ikut disiplin. Nak buat camana kan.

Siap mintak maaf kat advisor aku lagi sebab buat tak ikut arahan. Haha... tapi aku tau aku bukan jenis cepat mengalah. So, bila advisor aku tanya, if kalo habis 45 hari nanti berat tak turun jugak sebanyak yang aku nak tu, adakah aku akan fed up dan marahkan dia? Eh, no lah advisor! If aku cepat fed up, then takdenya aku boleh bertahan tak sentuh nasik untuk 2 tahun, okeh?

Takpelah, bagi aku, pas je habis tesis segala ni, aku nak buat 2nd cycle untuk HP tuh. Buat betul-betul. At least masa tu aku tau dah mana yang boleh aku adjust untuk sesuaikan dengan aku. Ye ar, sekarang ni timing tak betul sangat ngan tension tesisnya segala. Jadinya, 2nd cycle to go lah nanti. Yippeee~ Sekarang ni, memang macam hampeh je...

p/s: Kena makan lebih protein!!! Muka pon ala-ala nak jadi cam telur! haha ;D

hujan ooo hujan~ [part II]


Ni la keadaan cuaca kat UKM sementelah aku tengah rajin menggodek jurnal online ni. Gelap sungguh langit kat Kolej Za'aba. Tu pemandangan dari bilik Alang, Blok C1311. Huhu... Padahal petang kul 2 tadi pas je kitorang balik dari lunch, panas berdeting lagi. Kejap je dalam masa 2 jam langit bertukar rupa. Kuasa Tuhan, takde sape boleh challenge kan? Tu gambar fresh dari henpon.

Baru tengah merajinkan diri mengadap jurnal nak cari sokongan untuk analisis. La ni, nak hujan siap guruh-guruh lagi, macamana nak sambung tahap kerajinan yang melampau nih?? Biasa lah tu, bila tengah rajin, ada je benda ganggu konsentrasi. Ni konpem dalam 10minit lagi aku kena off lappy. Nak buat macamana, bagi laluan pada cuaca hari ini... Hmm...

p/s: Semalam satu hari hujan, hari ni bila panas sikit, dok mintak hujan. Bila dah nak hujan, baru nyesal sebab keje tak boleh nak sambung buat. Huhu...

Saturday, November 14, 2009

20/10/09

Wait, wait... no more controversies okeh?

Ni bukan tarikh tunang ke, tarikh kawen ke...

It is just a reminder yang pada tarikh ni aku kena hantar tesis. Ni pun sebenarnya penyelia kesayangan aku tuh dah ganjakkan dari tarikh asal 131009. Tapi itu ini pon, pembentangan viva bergantung kepada betapa cepatnya penyelia aku dapat baca draf aku and betapa banyak nya yang dia akan swuh aku edit lagi. Sebab penyelia aku ni, suka bab-bab tukar menukar benda last minit. Kalo tak, takdelah kitorang salu kena edit je kejenya. Padahal kita dah ikut macam permintaan dia yang awal-awal. Last minit bila dia baca, suka suki dia je kata dia nak yang lain.

So, bare with her je lah for awhile.

Aku dah tak sabar nak habiskan sebenarnya. Tapi tak boleh men buat hentam kromo je. Ni hidup aku, tesis ni. Penentu aku lulus ke tak. Gile kalo dah buat tapi tak lulus? Nauzubillah~

p/s: Mudah-mudahan sukses semuanya.

Tuesday, November 10, 2009

emotional breakdown

hah!

Dari semalam kepala otak aku stucked, stucked dan stucked lagi! Serabut je, macam ada wayar tanggal pon ada. Tak boleh nak berfikir rasional bila masa nak sambung buat analisis.

Semalam memang aku admit la, aku ada nangis tapi nangis sebab risau ngan analisis. Bila dah jumpa Alang ngan Bong, dah brainstroming segala baru ok.

Tengahari tadi sampai la ke petang ada sesi 'mari bersama-sama pening kepala' ngan Prof R. Tetiba dia cakap tarikh kami semua kena hantar tesis tu berubah, dipercepatkan dan kami yang dah terlambat. Dalam erti kata lain, kami mungkin kena extend semata-mata nak buat pembentangan viva. Dalam erti kata lain jugak, kami semua kena bayar yuran walaupun setakat masuk semester baru hanya untuk dapatkan tarikh viva je. Tetibe masing-masing blur~ The lawak part was, PERUT AKU BERKERONCONG DEPAN PROF R!!! Ya Allah, malu btul aku masa tu tapi tetap boleh menten, kena kontrol tak tergelak besar. Muahahah ;D

Petang tu lepas je lunch, pegi semula fakulti, kena jumpa ngan orang yang terlibat dalam penghantaran tesis dan viva. Itu ini, dia kata la yang dorang faham situasi student. Jadinya adalah dia bagi tarikh baru sebagai target kitorang kena siapkan dan hantar final tesis untuk dapatkan tarikh viva. Fuh, Alhamdulillah~

Settle dah benda tuh.

Balik je dari UKM, sampai umah kul 425ptg. Masuk umah men mesej ngan Cik Abang. Ada satu part masa dia mesej aku tu, aku cakap la yang kesian ke dia balik dari keje je trus kena dengar aku membebel. Bila dia reply --> 'xpe, dari sekarang la abg kena dengar cuk cerita jadinya nanti kita dah biasa takdela susah sangat'

Aku faham maksud dia. Tetibe je aku rasa sangat tersentuh (ecehhh...ayat!), siyes ni. Aku rasa tersentuh sangat bila dia cakap macam tu. Dia sanggup dengar kita membebel walaupun kita sendiri tau dia penat baru balik keje. Terus berjurai-jurai air mata aku bila baca mesej dia. Menangis non-stop selama nak dekat 1 jam!

Dia merupakan salah sorang orang penting dalam life aku selain family aku, ngan kawan-kawan rapat aku. Rasa lebih disayangi (ewahhh... bukan bermaksud selama ni kurang kasih sayang, tapi kali ni dah berlebih-lebih).

Aku tau, aku suka susahkan dia. Tapi dia buat derk je macam benda yang aku susahkan dia tu, benda yang tak penting untuk dipikirkan sebagai sesuatu yang menyusahkan dia (jangan masa bercinta je macam ni. Mudah-mudahan bila dah lepas kawin pon masih macam ni. Itu namanya berkompromi). Itu je sebenarnya yang buat aku melalak. Bukan sebab tension ngan keje (tipula kalo langsung takde, ada jugak sebab esok nak jumpa penyelia aku tapi banyak lagi analisis aku tak siap). Bila dah bercampur sekali satu adunan, tu yang menangis sampai tersedu sedan! Aku jarang menangis dan sekali aku dah nangis, payah nak benti, ayat tersilap sket, konpem aku tangkap leleh semula.

Dah lepas solat Asar baru aku rasa lega. Lega seleganya. Otak aku rasa kosong, ringan. Dah boleh berfikir balik. Baru boleh mula buat analisis semula. Weheee~

p/s: Berusahalah, Nanie!!!

Monday, November 9, 2009

hujan ooo hujan~

Tengah musim hujan kan sekarang ni?

Petang-petang je mesti hujan. Best betul kalo dapat tido. Tolak aku je kot?

Tesis nak kena siapkan. Bab 1, bab 2 dah settle. Tinggal bab 3. Hai lorh... aku dah lupa nak macamana nak translatekan SPSS nih. Haha... tau buat korelasi, regresi, but... seriously aku lupa dah nak citer ape pasal aras signifikan segala tu.

Owh, rasa macam nak pi mengurat Prof R je, nak mintak dia ajar SPSS semula. Ye la, korang bayangkan last tima aku belajar SPSS dua semester lepas. Bukannya aku ni komputer boleh dok rewind, fast forward segala. Dah tak berapa nak ingat. Nota ada, yes... but tak sama macam kalo buat video kan? Sepatutnya pembelajaran dalam kelas ada buat rakaman la. Takde tertinggal ape pon yang lecturer cakap. Hehe...

So, macam mana ni? To do or not to do? Penat la. Sebelah ni katil... memang katil tu tak memanggil aku pon, tapi aku yang memanggil diri sendiri untuk baring-baring... Bestnyer kalo dapat tido time hujan macam ni. Huhu ;(

p/s: Macamana nak interpret aras signifikan 0.05, 0.01 nih???

Friday, November 6, 2009

pancit!

Owh, since tajuk entry pon pasal pancit, ada kena mengena ngan aku gak.

Tayar kereta pancit, walhal aku nak ke UKM hari ni, trus takde mood. Trus je lepak dirumah...

Selain tu, aku pancit sebab... cirit birit ok??? Nak melabur je hari ni. Perut tak selesa! Adehh~ Kuar masuk tandas. One of the reason jugak nape aku malas nak ke UKM. Sebab takut dok nak cari tandas. Tandas fakulti... euwww~ Not in a million years untuk membuang isi perut di situ ok?

Tapi agak menyesal la sebab tak jumpa ngan penyelia tadi. Huhu... Takpe, janji Rabu minggu depan (11/11/09) aku kena pi hotel yang kat area PWTC tu jumpa ngan penyelia aku untuk bincang ape yang patut. Heee~

Ok la, perut memulas lagi la. Haishhh~

p/s: Overdose lettuce ke nih?? Ikut sukatan dah ;p 'Advisor, ooo advisor~~~'

Wednesday, November 4, 2009

hmmm~

I was like... seriously penat otak ok??

Ni kat bilik Alang, mengadap tesis Bab 1 yang banyak perlu dibetulkan sebelum hantar pada lecturer kesayangan hari Jumaat ni. Fuh~ setakat ni dah 70% siap. Aku tak suke edit kerja-kerja aku sebab aku ni tak boleh nampak sebarang kesalahan. Nanti aku akan tukar secara keseluruhan. That's what happen now. Buat itu, terasa yang ni salah. Buat yang ini, yang itu plak rasa tak betul. Hmm...

p/s: Pening, pening...

Wednesday, October 28, 2009

D.U.G.A.A.N

Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan kan? Hmm... bagi aku, luas perjalanan, buat perabis minyak keta dan penat. That is sooo true okeh?

Tapi kalo untuk pelajaran, takpe la, aku rela. Nak berjaya bukan mudah kan? So, itu yang terjadi kat aku semalam ngan kelmarin. Total aku bawak kereta dari hari Isnin ngan Selasa (semalam) 444km!

Mulanya plan poyo hari Isnin tu nak pi hantar surat kebenaran untuk dapatkan peta Daerah Seremban kat J***NS. Tapi masa sampai kat Seremban tu, terpikir gak, awat la lengang je bandar Seremban ni sebab most of the time bandar Seremban tu tersangatlah busy. Tapi agak best sebab bila tersesat mencari Wisma Negeri tu, takde la kereta yang nak hon-hon aku. Hihi... Memula tersesat sampai ke mana ntah, pusing balik, cari signboard ke Wisma Negeri. Ada sekali tu arrow ntah tunjuk ke arah jalan sehala. Ape mengarut. Pusing-pusing, last sekali keluar kat jalan nak ke Klana Resort. Hampeh! Kalo tau, takde susah sangat aku nak cari jalan.

Kepelikkan bermula bila masa dah jumpa Wisma Negeri tu. Macam pelik je, awat la takde kereta ni? Parking kat dalam pulak lengang. Dahtu kereta takde pelekat takleh masuk. 'Encik, saya ada pelekat UKM pon tak bleh ke???' haha... Jadinya aku pon parked la kete kat tepi jalan tu. Tanya je kat guard yang jaga tu, dia kata hari Isnin tu dorang cuti. Cuti sebab pertabalan Yang Di-Pertuan Besar N9. Hadoiii~ Tu la, Cik Abang dah swuh tepon dulu J***NS sebelum pegi, tak mau dengar cakap, kan dah kena patah balik semula ;(

Balik je dari Seremban, lapar, singgah terus kat Alamanda. Pas je round kat Alamanda tu, ingat nak balik dah, tetibe ada orang Maxis ni panggil pasal Broadband. Boleh kasi UP itu Mbps jadi 7.2 instead of 3.6 yang aku pakai skrg ngan bayar lagi kurang dari sekarang, which is rm78 (yang 3.6 tu rm138 sebulan. Giler cekik darah). Tapi nak tukar dari 3.6 ke 7.2 tu, memula kena la bayar registration rm100 (hmmm...sambil angkat kening tak puas hati), untuk 3 bulan pertama ni hanya bayar rm55. Lepas 3 bulan tu, bayar rm78 permonth plak. Ok la kan. So, dat jurujual kata aku kena bawak broadband yang lama untuk dia buat cancellation. Dia mintak datang hantar esoknya (Selasa). Ok, great. Kebetulan plak esoknya tu (Selasa) aku memang nak kena ke Seremban semula (sebab orang dah mula kerja semula). Alang-alang dah keluar, baik kehulu-kehilir ye tak? Jadinya, berjanji la ngan salesman tu nak datang semalam bawak broadband lama. Ok.

Semalam: keluar rumah kul 9am --> UKM --> Seremban --> UKM --> PKNS, Bangi --> Seremban --> Alamanda, Putrajaya --> UKM --> Ampang. Total masa 12jam keluar rumah dengan memakai baju kurung. Fuh!

Masa pi J***NS tu, orang tu kata kena ada surat kebenaran lain. Tapi kalo aku datang ngan surat yang lain tu pon, aku memang kena datang lagi sekali berserta ngan cop Jabatan lagi. So, takla aku hangin satu badan ke atau bengang ke sebab tak bawak surat kebenaran yang lagi satu tu. Janji ngan Encik Akmal tu, aku akan datang PETANG TU JUGAK (semalam) sebab aku nak bagi settle semua.

Drive balik la semula ke Bangi. Masa dalam kereta ondaway ke Bangi tu, susun plan ngan Alang so dat aku takyah pi UKM/ Bangi/ Putrajaya/ Seremban hari ni. Biar full satu hari aku. Takpe, bagi aku biar all out.

Plan dah bagus dah. Tapi aku ni kalo nak buat keje, mana bleh main-main. Nak bagi perfect satu hal. Last-last plan asal yang disusun masa ondaway balik Bangi tu kena rombak semula on the spot! Siap solat zuhur je dah kul 1.45ptg. Alang-alang, baik aku terus print surat kebenaran yang baru tu sekali ngan dapatkan cop Jabatan. Senang citer. Settle je dapat cop kul 2.10ptg, kami pon pi makan dulu kat PKNS Bangi. Isi perut sebab masing-masing dah lapar. Sempat gak pi bli kain cotton yang aku dah aim nak beli untuk Ibu ngan untuk aku sekali kat PKNS tu. Hihi :D (Pi makan kat PKNS tu ada maksud tersirat sebenarnya. Hehe).

Kul 3.10ptg gerak ke Seremban semula. dah la ngan hujan lebatnye kat highway masa tu. Tawakal je yang kat Seremban tu tak hujan. Ye la, aku pakai baju kurung tau. Ish, tak selesa ok kalo nak basah-basah kena hujan tu. Sampai je Seremban, alhamdulillah tak hujan. Lega. Tapi kitorang masuk je J***NS tu, trus hujan. Pun Alhamdulillah tau, terlepas dari kena hujan. Encik Akmal pon mintak aku tunggu, dia nak try siapkan peta yang aku mintak tu. Lagipon peta yang aku mintak tu, peta yang simple je. Bukan peta guna tanah ke, perumahan ke... 5.15ptg siap, kami pon balik la. Menuju ke Putrajaya plak. Nak hantar Broadband Maxis aku kat salesman Maxis tu.

Sampai Alamanda je dah kul 6.30ptg, Asar dulu baru pi booth Maxis, makan dan balik. Hantar Alang kat UKM, kul 8.20mlm aku gerak balik Ampang. Merempit aku kat highway malam semalam. Penat punya pasal. Sampai umah kul 9.00mlm. Sempat gak tengok Sumpah Bunian setengah jam. Oraits ar tu...

10.30mlm pas je dapat dengar suara buah hati, trus tido~~ ZzzzZz...

p/s: 'Bagus jugakkan pakai baju kurung ni? Sebab semua orang layan kita dengan baik :)) Tadi abang kat kaunter jual air tu baik hati tolong betulkan penutup cawan kertas tu takut tumpah ;p haha'

Friday, October 16, 2009

data analisis

hah~ there you go my 3rd chapter mcm poyo je stucked!

Alang dah stucked with her 1.2 million data. I repeat, 1.2 million. Orang bahagian Jabatan Rekod kat PPU** pon macam tak mau bagi je data tuh. Now, tajuk dia macam ada sedikit goyah; dengan lecturer kami yang selalu meeting sana sini sampai tak dapat contact. Haish...

Along, pon sama stucked ngan data dia kat SYA***. Owh, poyos je kalo mintak data ngan pihak swasta. Camnilah gayanya. Hold memanjang. Nak proceed pada analisis data pon tak boleh. Jadinya, stucked kat bab 2, sampai bila pon tak tau lah.

Bong plak, tajuk pon goyang-goyang lagi. Yang itu macam sangat common, yang ini pon common... Sumer tajuk macam orang len pnah buat sebelum ni. Tak boleh ke tak payah buat tesis if semua tajuk tu semua orang pnah buat dan tak boleh ada sebarang repetition dengan guna kawasan kajian yang berlainan? Kalo nak sangat yang baru, meh bagi kami ni buat PhD trus. Boleh jadi lecturer trus ;P

Aku plak? While my other adik beradik stucked kat data, aku plak data ada. BAAAAANYAK data. Sumer dah dapat. Tinggal nak analisis je. Tapi sangkut kat bab 1. Banyak plak tu kena selitkan sikit kat situ, selitkan ini kat sini. Macam-macam. Aku ni plak jenis, selagi yang awal-awal tak siap sepenuhnya, aku tak mau proceed benda lain. Jadinya...

p/s: 2x5 je ngan adik-beradik yang lain. Hahaha :D

Thursday, October 15, 2009

...on progress...

Kadang-kadang tension jugak buat tesis ni. Tang data sangkut la, tang tajuk macam ntahapehape ntah, tang nak edit isi dalam tesis la, macam-macam. Dugaannnnn... dah nama pon student kan? Ataupun, secara umumnya, hidup kat dunia ni mana ada yang senang je (petik jari semuanya selesai); mesti ada dugaan. Tapi, takpelah. I dun mind a bit, owh, tidak... I do mind but it's ok (tipula kalo sikit pon tak kesah kan? hehe). But life's without challenge aren't life at all. Yang penting jangan putus asa. So...

p/s: Life's must goes on, Nanie. Cheer up + gud luck!