Tuesday, November 10, 2009

emotional breakdown

hah!

Dari semalam kepala otak aku stucked, stucked dan stucked lagi! Serabut je, macam ada wayar tanggal pon ada. Tak boleh nak berfikir rasional bila masa nak sambung buat analisis.

Semalam memang aku admit la, aku ada nangis tapi nangis sebab risau ngan analisis. Bila dah jumpa Alang ngan Bong, dah brainstroming segala baru ok.

Tengahari tadi sampai la ke petang ada sesi 'mari bersama-sama pening kepala' ngan Prof R. Tetiba dia cakap tarikh kami semua kena hantar tesis tu berubah, dipercepatkan dan kami yang dah terlambat. Dalam erti kata lain, kami mungkin kena extend semata-mata nak buat pembentangan viva. Dalam erti kata lain jugak, kami semua kena bayar yuran walaupun setakat masuk semester baru hanya untuk dapatkan tarikh viva je. Tetibe masing-masing blur~ The lawak part was, PERUT AKU BERKERONCONG DEPAN PROF R!!! Ya Allah, malu btul aku masa tu tapi tetap boleh menten, kena kontrol tak tergelak besar. Muahahah ;D

Petang tu lepas je lunch, pegi semula fakulti, kena jumpa ngan orang yang terlibat dalam penghantaran tesis dan viva. Itu ini, dia kata la yang dorang faham situasi student. Jadinya adalah dia bagi tarikh baru sebagai target kitorang kena siapkan dan hantar final tesis untuk dapatkan tarikh viva. Fuh, Alhamdulillah~

Settle dah benda tuh.

Balik je dari UKM, sampai umah kul 425ptg. Masuk umah men mesej ngan Cik Abang. Ada satu part masa dia mesej aku tu, aku cakap la yang kesian ke dia balik dari keje je trus kena dengar aku membebel. Bila dia reply --> 'xpe, dari sekarang la abg kena dengar cuk cerita jadinya nanti kita dah biasa takdela susah sangat'

Aku faham maksud dia. Tetibe je aku rasa sangat tersentuh (ecehhh...ayat!), siyes ni. Aku rasa tersentuh sangat bila dia cakap macam tu. Dia sanggup dengar kita membebel walaupun kita sendiri tau dia penat baru balik keje. Terus berjurai-jurai air mata aku bila baca mesej dia. Menangis non-stop selama nak dekat 1 jam!

Dia merupakan salah sorang orang penting dalam life aku selain family aku, ngan kawan-kawan rapat aku. Rasa lebih disayangi (ewahhh... bukan bermaksud selama ni kurang kasih sayang, tapi kali ni dah berlebih-lebih).

Aku tau, aku suka susahkan dia. Tapi dia buat derk je macam benda yang aku susahkan dia tu, benda yang tak penting untuk dipikirkan sebagai sesuatu yang menyusahkan dia (jangan masa bercinta je macam ni. Mudah-mudahan bila dah lepas kawin pon masih macam ni. Itu namanya berkompromi). Itu je sebenarnya yang buat aku melalak. Bukan sebab tension ngan keje (tipula kalo langsung takde, ada jugak sebab esok nak jumpa penyelia aku tapi banyak lagi analisis aku tak siap). Bila dah bercampur sekali satu adunan, tu yang menangis sampai tersedu sedan! Aku jarang menangis dan sekali aku dah nangis, payah nak benti, ayat tersilap sket, konpem aku tangkap leleh semula.

Dah lepas solat Asar baru aku rasa lega. Lega seleganya. Otak aku rasa kosong, ringan. Dah boleh berfikir balik. Baru boleh mula buat analisis semula. Weheee~

p/s: Berusahalah, Nanie!!!

No comments: