Tau tak ape yang penting dalam sesebuah perhubungan? Be it with your family, with your friends, your besties or even your boyfriend...
Tau tak?
It's communication. Di ulang sekali lagi, KOMUNIKASI (owh, saja buat translation. hehe).
Ye la, cuba bayangkan kalo korang tak berkomunikasi dengan famili korang, padahal korang ada famili. Baik takyah ada famili terus, kan? Misal kata korang nak sambung belajar bidang fesyen, mak korang nak korang belajar law. Dahtu, bila diugut kalo tak ikutkan kehendak mak, korang kena buang famili (ni contoh je). Padahal benda ni boleh je bawak berbincang dengan mak, bincang dari hati ke hati, pasti boleh selesai, pasti boleh sambung bidang fesyen. Kunci kejayaan dalam kes ni ialah KOMUNIKASI.
Kalo dengan kawan-kawan atau besfriend sendiri plak: Sanggup ke korang bergaduh ngan kawan baik sendiri sebab benda kecik je? Bergaduh sampai tak bercakap atau putus hubungan silaturrahim disebabkan kita tak tegur dia kat umah sewa sebab tengok dia moody balik dari keje. Takkan nak sebuk-sebuk tanya dia kot? Nak kena marah free-free? Benda kecik macam tu nak gaduh sampai putus silaturrahim, memang sangat kebudak-budakkan. Umur dah boleh kira matang, tapi otak tak boleh pikir logik. Bak kata sorang kawan ni, orang macam tu 'IQ tinggi, EQ rendah'. Kesiannnn... Jadinya, kalo nak jadi kawan yang berjaya, kalo ada problem, cubalah duduk berbincang, janganlah ego sangat. Huh~ Kunci kejayaan nak menjadi kawan yang baik ialah KOMUNIKASI.
Kalo dengan buah hati plak: Aku ni takdelah banyak sangat pengalaman dalam hal-hal berkaitan percintaan ni. Tapi, untuk menjaga sebarang perhubungan pon, kunci kejayaannya ialah pada KOMUNIKASI. Aku mengaku, dalam relationship aku ngan Cik Abang aku pon ada je masa aku buat hal, nanti dia merajuk. Sama-sama salah faham. Ye lah, lelaki ngan perempuan ni mempunyai pemikiran yang berlainan, kalo tak, takdelah life ni secomplicated nih. Tapi, yang penting, bila ada problem, kena tanya, kena bincang. Luahkan ape yang kita rasa tak puas hati tu. Aku pernah cakap ngan kawan aku, 'bercouple 3 tahun tak menjamin kita boleh bertahan selama 3 tahun dalam alam perkahwinan kalo takde persefahaman'. Nak mewujudkan persefahaman, perlu ada toleransi, dan nak mewujudkan toleransi, perlu ada komunikasi. Dalam hal macam ni, jangan pikir ego je. Takkan ke mana pon kalo ego memanjang. Ok? So, kunci kejayaan dalam percintaan juga ialah KOMUNIKASI.
p/s: KOMUNIKASI tu penting. Renung-renungkan :)
1 comment:
Owh my GUCCI....gedebuk kena kat KEPALA ana nih...bagusnya kalo "DIA" baca nanie...=(
Post a Comment