Friday, April 29, 2011

tak berupdate lagi

Sorry bloggers, I've been quiet for a few days.

Ritu ada aku citer kat sini yang aku batuk kan? Ha... 2 hari lepas tu start datang cik Selesema plak. Malam-malamku ditemani sok sek, sok sek sampai ke pagi. Tido pon tak berapa nak tido, mcm ayam plak rasa.

And then, malam before birthday encik hubby (on 25th ritu) demam la plak :( Encik hubby insist bawak ke Hospital Tentera kat Taman Melawati malam2. The doctor said, aku ni kena tonsil. Erk? demam tonsil ke macam si Bong (dak kecik ni memang salu demam tonsil). Tekak aku memang perit je even minumla air masak banyak mana pon. Doktor kat KK biasa aku pegi tu takde plak kata aku ada tonsil. Haish...lain doktor, lain plak gayanya. Doktor yang kat hospital tu kata since aku pregnant, takleh bagi ubat banyak2. Tapi dalam 'tak banyak' tu, dapat gak la ubat batuk, ubat kumur, antibiotik, panadol, ubat hisap (untuk tonsil la kot?) Tapi, sampai ke sudah, aku makan antibiotik, ubat batuk ngan panadol je. Ubat kumur tak berani nak amek sebab tak reti nak berkumur kat tekat tu, silap2 takut TERmasuk ubat ke perut plak. Risaukan TERserap ke baby :( Ubat hisap pon, errr.... PAHIT GILER! Ye la, pharmacist swuh hisap, aku pon hisap tapi sebab nak tunggu punya la lama nak habis ubat yang kecik tu, aku pon gigit la... TERUS JE *ok, pahit, pasni BAND ubat ni!*

La ni, setelah beberapa hari pon, batuk ngan selesema masih bermaharajalela. Dahtu, dengan encik hubby pon batuk. Kena la tu dua orang. Siap boleh berduet plak batuk sama2 :( Tapi Alhamdulillah demam kejap je dah kebah.

Demam aku ritu pon ditemani dengan cik cirit tau. Pregnant women lain jenuh susah nak berak 2-3 hari. Aku ni siap cirit birit. Satu hari berak 3 kali. Tak tau la pesal. Nak kata salah makan, aku makan ape yang aku masak sendiri and kalo tak pon makan ape yang Ibu masak bila lepak dirumah Ibu alter sarung bantal yang nak dibawa ke Johor. Cirit birit berlarutan 2 hari. Tapi la ni, alhamdulillah dah ok semula.

Keadaan yang buatkan aku tak mengupdate ape2 kat blog ni sebabnya bila malam dah restless sebab tak leh tido dengan batuk. Pagi2 lepas sarapan, encik hubby dah paksa aku makan ubat. Ubat batuk ngan selesema tu memang tangkap baekkk punya... Tak sampai sejam, mata ngan kepala dah mamai... tido 2-3 jam. Pastu, bangun kemas2 barang tak sampai 3 jam, badan dah lembek semula. Ye la, bila dah preggy campur ngan demam ni... ok, good... it's time to take a rest and plus a nap too. huhu... kejenya memang tido je bila demam ritu tau.


p/s: Today is our last day kat rumah ni..hukhuk... malam ni dah mula tido rumah Ibu since barang2 sume dah kemas letak dalam kotak. SANGAT BANYAK BARANG OK?? Rasa tak habis2 mengemas sampaikan encik hubby bising sebab aku pon join kemas sekali dengan tak sihat badan tuh. And then, and then...tsk, tsk... esok dan selama 2 minggu la takde bantal peluk bila encik hubby pindah JOhor dulu :'(

Thursday, April 21, 2011

Antenatal Class

Owh ye....nak tanya la, m2b yang len ni pegi tak antenatal class?

Setahu aku tak wajib tapi kebanyakan doktor akan nasihatkan kita pergi kan?

Setakat ni aku dah tanya kat 2 orang. Sorang my SIL and sorang lagi kawan masa kat UiTM yang dah ada pengalaman bersalin ni. Both of them tak pergi pon kelas ni, let alone kelas breastfeed.

Ingat2 nak pegi gak, nak bawak encik hubby. Tapi kami kesuntukan masa. Weeknd ni je ada masa ngan dia tapi weekend ni kami dah booked jadual untuk kemas rumah and packing barang untuk pindah ke Johor. Next Sabtu dia dah nak ke Johor naik lori askar. I'll be left in KL for two weeks without him by my side... ish, terpikir pasal kena tinggal 2 minggu pon dah rasa tak best, ok? :( Eventhough akan duduk kat rumah Ibu for the whole two weeks before join encik hubby kat Johor, tapi... tak syok wooo...

Eh, back to the story...suka kau merepek kan? Hish...

Ha...macam kawan aku si Intan Sue ni inbox pada aku kat fb bila aku tanya pada dia pasal antenatal class ni:

"Kelas tu tk wjib.ak tk g sbb tk de masa hjg minggu.ak bca tru internet je apa yg ptut.tp bgus klo g sbb dia ajar breathing,tnda2 apa sume tu n cara cmne nak jaga baby lps bsalin..tp klo nak breastfeed ko better gi la class ak syorkan.bleh g yg kt sarakids ttdi jaya shah alam (google je akan jumpa) or mum's little one area bangi or seri kembangan.ini dua lactation kaunselor.

Ak tak gi apa pun..hehe..sbb ssh nak cr kelas yg kena dgn masa aku.mana taknya,hjg minggu stil gi outstaion..hahha..tp bagusla klo ko bleh gi,expose sket pasal cara jga baby apa sume ni.takla tkejut kang."

My SIL plak cakap, dia banyak tanya pada mak dia kalo ada ape2 yang dia tak tau and dia banyak baca dari mag Pa+Ma. Memang la kalo pasal breathing tu tak bleh nak baca je dari mag and kalo bleh hadiri kelas macam kelas antenatal ni lagi bagus kan... tapi, tapi.... *Hah, orang banyak alasan memang camni kan? Adeh, nanie... nanie!* Even pasal senaman2 tu pon boleh baca byk kat internet. Buku2 jagaan sebelum, semasa + selepas bersalin pon ada banyak jual kat kedai tu ha...

Pendek kata si Intan Sue tu, dulu mak2 kita takde pon kelas2 macam tu. Semua pon ok je. Macam aku ni ha, sempat je fully breastfeed 2 tahun ngan Ibu aku dulu. Orang sekarang ni je yang ngada2 nak buat2 kelas walaupun memang agak penting sebab wanita sekarang ni bekerjaya, tak sempat nak belek2 buku, tak sempat nak google2 internet nak baca segala info yang penting. Maybe la kan? Tapi, aku ni full time housewife. Boleh je ada masa mengadap internet 8 hours perday time encik hubby pi keje tu. So, sepatutnya takde masalah buat aku.

Alkisahnya macam ni *sebab ape aku dah malas nak pikir ke antenatal class bagai ni*

Encik hubby dah nak pindah Johor next Saturday (30 April), which makes us left with only this weekend together (since aku akan pindah ke Johor tengah bulan Mei nanti). So, weekend ni memang dah peruntukkan masa untuk packing barang sebab weekdays memang tak sempat. And of course la kalo nak pegi kelas2 cmni aku mesti nak heret encik hubby sekali biar dia pon sama2 faham condition ibu mengandung ni and membantu ape yang patut dikala waktu2 yang genting gitu. Kalo aku je pegi...baik la aku baca buku je dari rumah. Sebab kalo nak pegi kat area Kota Tinggi tu, dari tempat aku Tg. Pengelih nak ke bandar Kota *yang ada segala kemudahan hospital, klinik2 swasta yang MAYBE ada provide kelas2 camtu* pon dah 2 jam... takde maknenya hendak seribu daya, taknak seribu dalik hokeyyy....

Itulah situasinya..Sekian.

So, ni ada aku sekalikan klip2 dari YouTube pasal teknik pernafasan and etc yang mungkin dorang ada ajar dalam kelas antenatal tu:

cth breathing techniques:



cth positions for delivery:



And... how to recognize the signs of labour?:



breastfeed the baby:




And antara BF kaunselor yang disarankan oleh kawan aku tu:

  • Sarakids - sarakids.com (website) and blog sarakids (one stop breastfeeding & natural parenting support centre)
  • mom's little one - ada forum BF, jual produk2 penyusuan mcm EBM etc
  • SusuIbu.com - forum panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Penyusuan Susu Ibu

So, kepada m2b diluar sana, cekidaut la website2 ni okeh?


p/s: Ape pendapat korang plak pasal antenatal class ni? If dah pi antenatal class, share2 la ye :)

Wednesday, April 20, 2011

sakit lagi

Oh ye...

Ritu aku ada tulis entry pasal yang aku sakit tang antara kaki ngan badan tu kan? Sekarang ni kalo duduk atas kerusi, bangun dah ok la. Yang masih tak boleh bila duduk bersila atas lantai and kena bangun. That one still hurts :(

Kalo dari baring pon lebih kurang je cuma ada kurang sket la sakitnya tak macam b4 pi KK tu.

But, mula dari semalam kot, kalo aku baring terlentang even sekejap, nak bangun....sudah mula sakit pinggang pulak! Memang dugaan kalo preggy ni kan? Tiap2 orang berlainan bahagiannya. Ada orang sampai ke bersalin tak banyak kerenah, tak banyak sakit2. Ada orang dari awal2 preggy sampai nak bersalin ada je problem nya. Ada yang bila dah dekat nak due baru sakit2. Aku ni kes bahagian tengah2 (sebab belum hujung lagi). Sakit kat bahagian kaki-abdomen tu pon start masa end of 5th months sampai la ni.


Ya Allah....permudahkanlah kehamilan hamba-Mu ini. Amin~


p/s: Semoga lebih banyak kesabaran buat aku sepanjang kehamilan ni. Sakit sikit2 takpe, demi baby jugak :)

sorry

Sorry peeps!! Lama tak sempat nak update ape2 kat blog. Hah, lama la sgt kan? hehe :)

Well, MIL datang Isnin lepas sampai semalam. Gaya macam lama nau je mak duk jenguk kami kat sini padahal 1 hari setengah je. Kebetulan plak Perak cuti semalam sebab Keputeraan Sultan Perak. Mak sampai tengahari Isnin and tido semalaman kat umah aku.

So, bila mak mertua dah datang, haruslah tolak dulu lappy ke tepi. Nak2 kena jadi tukang masak. Ye ar, takkan MIL datang kita nak bawak makan luar je kan? Nanti dia ingat kita ni tukang perabis duit anak dia hari2 makan luar and tak reti jaga anak dia. Gaya macam kawen ngan anak menteri je ;D So, bila dah memasak, lama berdiri kat dapur, konpemla badan penat. So, memang tak sempat nak update ape2.

Dahtu, weekend ritu aku tak sehat. Jumaat lepas dah pi KK. Kebetulan, encik hubby pon sama2 tak sehat macam aku. Memula tu aku batuk2 je. Semalam datang plak selesema. Encik hubby pon sama. Dah kes susah senang bersama gamaknya. Haish... jangan demam plak sudah. Ni barang2 kat rumah tak sempat nak kemas lagi untuk berpindah :( Tinggal lagi seminggu lebih je nak packing.


p/s: Saje mengarut sket. Rindu nak mengarut ni :)

Friday, April 15, 2011

ubat lagi *_*

Pagi tadi pegi kk. Nope, nope...bukan checkup bp ok. Yang tu dah ok dah :)

This time around pegi sebab nak jumpa Doktor sebab sakit tekak. Sekali ngan sakit... aku pon tak tau nak describe sakit ape ni. Ingatkan dalam entry aku yang lepas pasal tetibe aku sakit kat bahagian antara kaki ngan badan? Erh...camne tuh? Tu yang aku kata aku susah nak describe sakit yang camana.


Tengok gambar sat ye>>


Kat gambar anatomy manusia tu, sakit kat bahagian Illiopsoas tu. Nak buat bulatan kat area tu takde kesabaran plak. Tahap kemalasan aku time2 preggy ni menjadi2 plak :( Area situ la. Sakitnya kat belah kanan je. So, sakit datang bila lama sangat duduk or baring. Kalo baring nak mengiring ke kiri dari belah kanan, memang konpem la, slow giler nak ubah posisi sebab rasa sakit. Kalo dari baring nak bangun pon sama. Dah macam slow lorries plak tahap ke'slow'an aku nak bergerak tu :(

Dah dua klinik aku pegi. Klinik yang first tu bukan klinik kerajaan. Klinik swasta dekat je ngan umah Ibu. Doktor tu kata tu urat aku masuk angin. Perkara biasa yang berlaku kat Ibu mengandung macam aku ni. ok fine la. Doktor bagi aku ubat angin Simcone. Bila aku makan, takde kesan pon... sama je sakitnya. Malas aku nak ngabeskan. Risau nak makan ubat2 ni bila preggy walaupon di prescribe oleh doktor.

Yang kali ni, doktor kat kk yang biasa aku pegi tiap kali checkup (tapi bukan kk ibu anak. Ni kk yang general punya sebelah je kkia tu), dia pon kata tu sakit biasa bila dia tanya aku ni preggy brapa bulan. Dia takde plak kata tu urat aku masuk angin. Tapi dia bagi ubat sapu methyl salycilate ngan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Risau je kalo ada kena mengena ngan ligamen ke, otot ke... Uih, mintak dijauhkan la :(


Lagi 2 ubat tu ubat batuk ngan antibiotik sebab dah 2-3 hari ni aku sakit tekak. Tak demam tapi rasa nak batuk2. Bangun pagi tekak perit je padahal minum air dah nak 3 liter satu hari. Bila gatal2 tekak, batuk2 dah terasa kahak :( Tadi dah makan ubat batuk tu... mak aiii!! Pekat and yuksss!! Nasib baik la ubat lain tu ubat telan je.


p/s: Aku ni jarang sakit2 or demam. La ni bila preggy macam2 plak :(

Thursday, April 14, 2011

Sample oh sample

Ritu ada terbaca kat blog Rosie Rose pasal nak dapatkan sample daripada syarikat2 yang jual produk baby ni.

Aku ada gak la gatal tangan hantar emel kat syarikat2 tu, ye ar, benda free kot, sape tak nak kan? Eventhough kadang2 dorang hanya bagi satu je sebagai sample, tapi ok la tu. Nama pon benda free, jarang nak dapat bundle sekali banyak. Syarikat dorang pon tak nak rugi ;)

Setakat ni baru dapat dari dua brand. Pureen ngan Pet Pet.

Pureen tu dia bagi 3 lai diapers. Banyak pamphlet je yang dia bagi berkenaan ngan barangan baby jenama dorang la.



Pet Pet plak bagi sekeping je diapers. Ok la tu. Pet Pet ni pon antara diapers yang harga mahal gak selain Mamaypoko tu.



At least dah free 4 keping diapers untuk baby (padahal dah beli dah diapers newborn jenama Hey Baby untuk baby - gila awal beli kan? Encik hubby plak yang ghairah nak beli, layankan je la).


p/s: Thanks Rosie Rose for sharing! :))

projek II

Yippee yey!!!!


Alkisahnya projek kedua sudah siap 2 hari lepas. Tapi disebabkan sekarang ni musim hujan, so, lama la tersidai dia ampaian tuh.

Nak tau ape projek kecil2an kedua untuk baby yang mama buat?





Tadaaa!!!




~Barut baby~

*sila abaikan towel biru kat belakang tu sekali ngan baju2 yang bergantungan ye...sidai kat dalam rumah ni, sebab asyik hujan 2-3 menjak ni*.


Beli kain jenis cotton yang tak tebal tak nipis ni dekat kedai berdekatan ngan Spectrum Ampang tu. Semeter rm4.50, aku beli 1.5 meter dapatla 5 helai barut. Kalo beli kat kedai jual rm3 sehelai, and kadang2 barut tu tak cukup besar, baru pakai kejap dah tak muat (macam kes SIL aku dulu beli untuk lil niece aku si Myra tu, kejap je dapat pakai last2 Ibu ubah tambah kain kiri kanan supaya boleh pakai lama sket).

So, ni dah save rm8.75 duit barut. Hahaha ;D Sorry lah, kalo masa nak kawen dulu jd b2b on budget, la ni tengah preggy jadi m2b on budget plak ;D


p/s: Semua pon kena budget sekarang ni. Bukan kawen ngan anak raja Brunei kot?? muahahaha ;D

sape kenal dia?

Sape kenal Jay Chou?
Sape dia?


Betul tak kenal? Ni dia ni...


Betul ye tak kenal?



Meh nak citer sket meh...

Dulu masa aku form 5, tetibe je dalam sekelip mata aku minta giler ngan penyanyi Taiwan yang cute miut ni. Sebabnya tertengok vidclip single album terbaru dia kat ntv7 masa lipat kain. Lagu plak catchy. Suweeeettttt je tengok dia tau. Lagu pon comel :) I remember there's the time when I've bought all his cd and concert's vcd. Betapa la kemaruknya ngan mamat mata sepet ni.

As the time goes by, it's been quite a while jugakla aku tetibe TERstop minat Jay Chou ni. Dun ask me why. Suddenly it stop. Lebih kurang 4 tahun lepas kot kali terakhir aku berangan-angan nak tengok konsert dia ni kalo dia datang Malaysia.

Maybe sebab factor umur kot aku berubah angin. Kalo dulu, semua cd dia aku beli walaupon tak faham jadah ape yang dia nyanyikan but I tell you, semua lagu2 balada dia sangat best! Jadi halwa telinga masa zaman2 tu.





So, kenapa aku tetibe je citer pasal Jay Chou ni? Motif??

Sebab aku TETIBE teringat. Ngehehehe~~

Aku ni semua motif TERINGAT. Sebab bukak youtube kan... nak tengok video best2. Tu yang teringat ke Jay Chou ni :)


p/s: Walking down the memory lane :)

Wednesday, April 13, 2011

projek I

Hari tu aku ada kata aku ada buat projek kecil2an untuk baby kan?

Nak tau ape?

Ni ha ---




Set cadar, bantal ngan bolster untuk tilam baby nanti :)

Nak sarungkan sekali kat tilam, tilamnya tinggal kat rumah Ibu plak. Bila nak tunjuk contoh tak lawa plak bila leper je atas lantai. Tak berbentuk. Hehe... jadinya, camni pon jadila ye?

Nape banyak sangat? Yang warna merah tu beli 4 meter, dapatla 4 helai untuk bantal, cadar tilam, 2 helai untuk bolster dan sehelai untuk selimut baby.

Biru tu plak beli 3.5meter. Dapat 2 helai bantal kepala, cadar tilam, 2 helai bolster dan selimut baby.

Nak buat cam yang yuyu buat ni, siap campur 2 jenis kain tapi aku tak suka colourful sangat dan aku suka simple2 je. Lagipon, nasib baik la takde niat pon sebab buat benda ni makan masa. Mesin jahit pinjam Ibu punya. So, nak menjahit kena pi umah Ibu. Paling awal dapat datang pon pukul 830pg, nanti pukul 3 dah nak balik masak untuk encik hubby plak. Itu ini dengan kena paksa makan time tengahari, benti solat lagi... Tinggal berapa jam je. Banyak berkejar ke sana ke mari... so, agak penat kalo nak kejarkan buat benda tu je. Lagipon memula tu macam nak relax2 je, maybe lambat sket nak start jehit set cadar + bantal ni tapi disebabkan dapat tau encik hubby kena transfer, trus mula potong and jahit. Baru mula 2 hari, dah ikut encik hubby pi Johor plak. 2 hari lepas baru siap. Fuhhh...

Tu pon beli warna yang agak nuetral sebab masih tak tau gender baby (dan encik hubby kalo boleh tak mau tau jugak... nak surprise katanya). Kalo biru, baby girl pon boleh pakai. Even merah pon kalo dapat baby boy, still boleh guna. Karang beli pink, tak ke naya kalo dapat baby boy? Sama la macam ape yang si Puan Yuyu bagitau dalam blog dia tu :)


p/s: Itu dia projek pertama :) Projek kedua masih dalam mesin basuh tu. Tunggu nak sidai je :) Ni la untungnya ada Ibu boleh menjahit dan nasib baik la aku pon memang minat menjahit. Takde la keluar duit banyak nak upah orang buatkan...

Tuesday, April 12, 2011

craving di 2nd trimester

Hish...tetibe craving nak makan Red Velvet Cake!! Oh.My.Gucci!! Tak mau beli, nak buat sendiri boleh tak? hehe :) Bahan2 semua dah ada tinggal nak pi bli cream cheese ngan Mascarpone cheese je. Hmm...

Monday, April 11, 2011

confinement lady

Hmm...yang ni masih belum jumpa2 lagi.

Encik hubby ada gak la tolong2 carikan since aku kalo boleh nak berpantang kat umah Ibu di Ampang je. Memang la sedih kalo dipikirkan nak berjauhan ngan encik hubby selama 2 bulan tu yang konpem kurus dok kat johor sorang2 sape ntah yang nak jaga makan minum dia :( Anyhow, nak ke hospital paling dekat kat Kota Tinggi tu pon dah nak 2 jam, jauh giler ok?? So, insyaAllah mungkin akan bersalin di KL. Dekat pon dekat je hospital ngan rumah berbanding kalo duk kat Johor nun.

Tapi mesti pelik nape dah nak berpantang ngan Ibu kenapa tak Ibu je yang jadi CL nye kan? Sebab nya anak2 Ibu ni semuanya bersalin ikut tingkap. So... berpantang Ibu dulu pon orang jaga and dia sendiri tak strict bab2 berpantang ni. Yang paling aku ingat masa adik aku ritu, which was 13 years back. ye ar, masa tu dah besar, masih segar diingatan ;) Seingat aku la, masa berpantangkan adik aku dulu, Ibu pon tak pakai bengkung kalo tak silap sebab Ibu c-sect. Masa zaman tu takde bengkung moden untuk org c-sect ni. Berurut ada tapi bertungku aku tak ingat. So, kalo bab2 makanan masa berpantang tu, Ibu ok, cuma penjagaan dari segi berurut, bertungku or berbengkung tu Ibu tak tau sangat. Jadinya kena gak aku cari CL.

Ada baca kat blog Amalina pasal CL ni. Dia siap bagi link lagi kat blog dia. Selain tu, ada gak yang aku google2 sendiri and dah emel pd dorang. Tinggal tunggu dorang reply je. Kalo dorang dah reply nanti aku update kat sini k?

Setakat ni yang aku berkenan kat Shadira ni tapi kalo boleh taknak yg stay-in sebab nak berpantang kat rumah Ibu. And dari pakej2 yang dorang bagi ni, stay-in lagi murah berbanding yang datang hari2. Huishh...jenuh nak keluar duit banyak2 ni :( Stay-in susah sket sebab aku bukan nak berpantang kat umah sendiri tapi kat rumah Ibu. Dahtu abah pon dah retired, nanti CL tu tak selesa, bapak aku pon tak selesa ada orang luar duk ngan kitorang. Hmm.... Kalo kat Johor plak...satu hal lagi nak kena bertanya semua orang plak :(


p/s: Yang info + pakej2 lain tu nanti ye aku kongsi2 :)

salam perantauan II

Ngeeee~~ ni dah tak kat perantauan dah. Sudah berpijak di bumi Kuala Lumpur ;P Aisehh poyo nau bunyinya kan? Dah, dah balik Jumaat lepas tapi busy manjang dari Sabtu sampai la hari ni. Tak sempat nak update ape2 pon sebab weekend lepas encik hubby ada je kat rumah. Dah dia ada, takde maknenya nak on lappy ;P

So, berbalik kepada citer pi Tg. Pengelih minggu lepas; rupa2nya Tg. Pengelih yang hujung dunia tu hanya 20km dari Sg. Rengit tempat aku melepak makan bekal tu. Sepanjang jalan dari Sg. Rengit ke Tg. Pengelih memang lalu tepi perkampungan Melayu and tepi laut. Ingatkan nak bermalam dekat chalet yang berdekatan ngan Tg. Pengelih tapi takde bilik yang kosong sebab kebetulan ada budak U mana ntah ada program kat2 situ. Siyes kalo ada, pg2 bangun boleh tengok laut, senja2 boleh tengok sunset. Tapi... takpela, no hal je. Nanti dah dok kat sana, konpem petang2 boleh mintak encik hubby bawakkan ke tepi laut :)

Last2 kami bermalam kat hotel di Sg. Rengit. Kat situ pekan Cina, so takde hotel2 Melayu. terpaksa la bermalam gak kat hotel Cina, nak buat camno kan? :] Tapi alhamdulillah la hotel yang kami duduk tu jenis yang ok; bersih paling penting berbanding hotel2 yang lain yang kebanyakkannya atas kedai makan Cina. Ermmm...bau toksah cakap. Hotel yang kami duduk ni memang bangunan tiga tingkat yang ketiga2 tingkat tu memang hotel je. Kedai sebelah pon kedai serbaguna, jadinya selesa la takde bau2 yang 'kurang menyenangkan'. The best part, dapat level paling bawah dekat ngan kaunter. Takdela aku penat naik tangga kalo kuar. hihi :)

First day tu, sampai pon dah petang. Masa ronda nak cari chalet dekat tepi laut tu, hujan lebat yang amat! Tapi nasib baik la masa kitorang nak check in kat hotel kat pekan tu hujan dah benti. Malam tu hanya kuar pi makan ngan encik hubby kat kedai yang berdekatan and then, masa untuk merehatkan badan! Kaki aku naik kembang bila terpaksa duduk non-stop for 6 hours straight dalam kereta. Huhu ;(

Second day; encik hubby pi masuk pangkalan untuk jumpa ngan in-charge baru dia plus nak tengok2 kuarters yang kosong so that esoknya boleh kitorang pi basuh rumah. Tapi berita tak bestnya... kuarters penuh. So terpaksa la kami pi cari rumah sewa kat kawasan berdekatan ngan pangkalan. Petang tu puas kitorang ronda area perkampungan dekat2 ngan pangkalan nak cari rumah sewa punya pasal tapi hampa... yang ada tapi totally rumah kampung kayu. Kayu pon dah renggang, konpem orang boleh dok mengintai dari celah dinding. Tak mau la I!! ;P Nasib baik la encik hubby pon terpikir benda yang sama. huhu... Tuan rumah tu siap peringatkan kami yang tu kawasan kampung, jadinya janganla letak high-expectation sangat pada rumah2 yang nak disewakan. Tapi, ko nak bagi sewa dengan condition rumah macam nak runtuh tu, agak2 la beb! Ko duduk rumah batu lawa lagi haa kat sebelah rumah yang ko nak sewakan tu, ape kes?? Rumah2 sewa lain yang dah berpenghuni aku tengok condition tik tok je, rumah batu lagi...(eh, sorry TERlepas geram plak kat sini. hihi) Lepas puas ronda2, kami pegi Desaru!!! Angin best giler! But unfortunately, aku ni memang dari dulu tak gila laut or pantai. Tak tau nape... so, dah penat2 drive nak dekat 50km, sampai2, duduk ngadap laut tak sampai 5 minit aku dah tanya encik hubby bila nak balik Sg. Rengit. Aisehhh... terukkan aku ni? Hahaha ;D Baby pon tak eksaited sebab dok senyap je kat dalam tu. Nasib baik baby macam mummy dia ;D

Third day; encik hubby pegi pangkalan lagi nak check semula kuarters, kot2 ada yang TERkosong ke kan..hehe.. and balik je dari pangkalan, dia sambung misi mencari rumah sewa sorang2. And dapat plak tu! Petang tu siap dia ronda lagi sekali sebab dia nak masuk ke pangkalan semula nak mintak cop pengesahan (pengesahan yang dia dah datang ke sana. Almaklumlah, encik hubby pi sana dengan alasan buat tugas rasmi).

Fourth day; aku ikut encik hubby pi jumpa kakak yang jaga rumah sewa tu. Kakak tu jagakan rumah sewa tu for her kakak yang duk menetap kat Singapore. Tapi tak dapat nak basuh rumah jugak sebab penyewa yang duk kat situ 15hb ni baru berpindah keluar. So, pandai2 la encik hubby basuh rumah sorang2 hujung bulan ni...ngeee~~ Aku pindah 2 weeks after dia pindah ;) After bincang2 ngan kakak tu, insyaAllah encik hubby akan pindah masuk 30hb ni sekali ngan basuh rumah dan deposit pon akan bayar hari yang sama dia masuk rumah tu. Kul 12tghari kami pon balik KL. Kami drive bergilir. Dah dekat RnR Pagoh baru aku start drive sampai KL. Sampai KL petang tu dalam kul 6ptg and terus melepak kat rumah Ibu :) Malam tu toksah cakap, masing2 kepenatan... On tv tapi tv yang tengok kitorang ;D

Baju2 punyala banyak yang kena basuh. Dah tu hujan plak... 2 hari la baju2 tu tak kering. Bila nampak matahari je, sidai luar, tak sampai sejam tengok langit dah gelap siap guruh2 lagi pastu hujan. Terpaksa la Anie... angkat kain jemuran, hujan dah turunnnnn~~ Waduh.. penat nyer dok kejarkan kain kat jemuran je :(


p/s: Owh ye...pas ni duk kat kampung la gamaknya aku :( But, hopefully betul la ape yg kakak penjaga rumah tu kata, 'sape yg dah duduk sini lama, konpem dah takmau pindah tempat lain sebab kat sini best'. I really hope so sebab aku tak pernah dibesarkan di kampung and I am a proud city girl ;p Moga2 dapat sesuaikan dengan keadaan, amin~~

Wednesday, April 6, 2011

salam perantauan..

ecehh..perantauan la sgt..pdhal masih dlm semenanjung cume kat hulu sket. Tp ulu2 pun, stakat ni line tpon ok lg. Yg penting line internet ok. Aku xbwk lappy pun, tp on9 pakai tenet hp je. Hp cikak, bkn bb or aipon ke. Xmenla hp mhl2 ni. Last2 guna pn app yg sama je cam hp biasa. Kan? Jgn tipu aku ahahaha ;D ok, pg2 ni mmg mood suka mengarut.

Back 2 d story..

Smlam aku grk dr rumah dlm kul 10.45pg. Siap set meter kete sbb nk tau d exact miles utk smpai ke tg.pengelih ni.. Bgn pg je trus msk nasi goreng extra lebih sbgai sarapan n bekal nk jln jauh. N bwt sandwich sambal sardin utk bekal jugak. Byk mknn kan? Sbb malas asyik nk kena benti kat tmpt rht utk makan. Jdnye prepare awl2 n dpt save bajet ;)

memula ingatkn dh kuar kat exit kulaijaya tu,dh dkt nk smpai..but nooo...drive py drive dlm 30min cmtu lalu kat kulai tu nmpak signboard ke bdr penawar,kota tinggi. Kat signboard tu dh tertulis klinik kesihatan Pengerang 100km. 100km weh! (tg.pengelih dlm area pengerang). Mcm dr kl nk ke seremban la..aduih! Another 1 jam stgah dlm kete yg ms tu dh kul 3lbh. Jalan nk kesana mmg HIJAU je kiri kanan. Mcm lalu jalan kg but minus rumah kampung. Hanya semak,ladang kelapa sawit n tanah lapang.

Last2 smpai kat sg.rengit. Kitorang benti makan bekal nasi goreng kat dataran sg.rengit ni. Ms tu jam dh kul 4.40ptg. Makan sambil ditiup angin laut dan tgk pemandangan kapal2 besar kat tgh2 laut nun.. Pekan sg.rengit ni betol2 mengadap laut tp pemandangan xla lawa sgt. Yg penting ms tu, perjalanan dh xjauh sgt dh..


P/s: to be continued...

Monday, April 4, 2011

INFO PENTING - HPV

ok,ni menyelit sket pasal suntikam HPV. Tau kn suntikan tu utk cegah kanser rahim kan? Mmg xd kena mengena ngn m2b pun. Tp diharap info ni dpt dsebarkn pd kaum keluarga yg ada anak perempuan yg berumur 13 tahun.

Kan skrg ni sbuk iklan kat tv pasal suntikan ni untuk budak2 13 tahun. Kalo parents setuju anak2 mereka dpt suntikan ni kat sekolah, dorg akan dpt dlm 2/3 dos dgn selang masa beberapa bulan utk setiap dos.

Jdnye, diingatkn disini, JANGAN TERUSKN PENGAMBILAN SUNTIKAN HPV NI!! Pada budak2 yg dh kna suntikan yg pertama, nk bwt cmane, dh TERsuntik. Tp untuk suntikan seterusnya, JANGAN OK..

Info nye, suntikan tu merbahaya sbnrnye. Negara Eropah yg amal kn suntikan tu dulu pun, dh buang semua stok vaksin HPV yg ada. Sbbnye kemungkinan besar sape yg amek suntikan tu plak yg akan mempunyai risiko utk kena kanser rahim berbanding siapa yg x amek suntikan tu.


P/s: Nauzubillah.. Risau gak ni since adik aku dh kena suntikan yg pertama. Bru dpt info ni mggu lps. Huhu..

6months check up

oh yeah, this is going 2 be my 2nd last check up kat kk au2 ni. Tsk,tsk.. Sedih plak rasa. Pasni mcm jd refugees pn ada tau:(

ok,enuf sedih2 ni. I have no time 4 dat actually. My weekend sgt full. Penat sgt ke sana ke mari mengendeng ke hubby. Nak p kedai pn aku sebuk nk ikot. Ngee.. Gedik lebeyh.. Memandangkn 2 hr bturut2 aku kuat bjalan, mlm td tetibe sakit kat bwh perut + pinggang belah kanan. Nak bgn, duduk + jalan pn payah. Sakit kat bhgn bwh perut tu mcm skt nk terberanak je (mcm ada pglaman plak. Poyo je describe mcm tu. Tp sgt sakit ok!)

tp alhmdulillah pg td bgn tdo dh ok sket. Wpun mlm td ms nk tdo mengiring ke kiri rs kaki mcm nk tertanggal je.

And pg ni ada monthly check up. Di awalkn 2 hri sbb esk aku nk travel ke JB smpai hr jumaat ikot encik hubby. Ape cter checkup pg td?

Alhamdulillah bp ok. Makin turun plak ke 100/70. Maybe td tggu giliran lama sgt smpai dh xrasa ape. Hb plak naik sket bnding yg lps which is 11.7. Hemanitic supplement dr kk msh aku amek cume xmkn jela, sbb aku ganti ngn iberet folic tu. Sbb kalo amek jugak, dos Ferromed, aku ttp kena mkn 2x sehari. Baik stay guna iberet je.

Tp yg pelik tetibe drh putih aku tinggi plak. Nurse siap ty smada aku x sihat, panas bdn or ape2 ajelah condition yg menunjukkn aku x sht. Mslhnye mmg aku sht.. Tu yg pelik tu. Nurse pn risau takot2 aku ada infection pd darah aku. Huish, dia risau,aku lg risau kot.. Yela darah putih kan untuk membunuh bakteria atau virus dlm bdn cth ms kt demam ke etc. Mudah2an xd pape yg xelok. Risau gak ni.

Hr ni pn ada review bp by doctor. Nasib bek doc kata bp aku memuaskn. kalo x,silap2 aku kna dtg lg check bp tiap2 mggu. Nggak mau dehhh!

Check up kali ni dpt suntikan dos pertama tetanus. Next month dos kedua yg juga dos terakhir. Kali ni asyik kena cucuk je. Amek darah kena cucuk, pastu kena inject plak. Dahla aku xsuka kna cucuk2 ni. Hmm..


P/s: check up plg lama dlm sejarah checkup aku. 3jam!

Friday, April 1, 2011

surprise,surprise!

haa..tarikh ni tiap2 tahun mmg xlupe. Bkn sbb smbutan april fool, tp bday abah aku jatuh pd hr ni ;)

ptg ni nk celebrate bday abh kat umah je. Abg pn dtg. Xsbr nk jumpa si kecik tu layan dia mengomel. Ngee.. Owh, and by da way, memandangkn celebrate kat umah je, so msg2 bwk mknn. Ibu nk msk mee goreng special. Abg bwk kn satey, and aku bwk kn kek feveret kami sekeluarga (yg aku bwt sdri ok) dan karipap. Karipap pn bwt sdri ;) nyum2! Pcubaan kali ke2 nk bwt karipap tp guna acuan karipap. Masih failed ketip tepi karipap manually.hehe.. Kalo ketip gak,malu la nk bg org mkn..


P/s: ok, nk smbung p bwt kek n karipap! :)