Monday, April 11, 2011

confinement lady

Hmm...yang ni masih belum jumpa2 lagi.

Encik hubby ada gak la tolong2 carikan since aku kalo boleh nak berpantang kat umah Ibu di Ampang je. Memang la sedih kalo dipikirkan nak berjauhan ngan encik hubby selama 2 bulan tu yang konpem kurus dok kat johor sorang2 sape ntah yang nak jaga makan minum dia :( Anyhow, nak ke hospital paling dekat kat Kota Tinggi tu pon dah nak 2 jam, jauh giler ok?? So, insyaAllah mungkin akan bersalin di KL. Dekat pon dekat je hospital ngan rumah berbanding kalo duk kat Johor nun.

Tapi mesti pelik nape dah nak berpantang ngan Ibu kenapa tak Ibu je yang jadi CL nye kan? Sebab nya anak2 Ibu ni semuanya bersalin ikut tingkap. So... berpantang Ibu dulu pon orang jaga and dia sendiri tak strict bab2 berpantang ni. Yang paling aku ingat masa adik aku ritu, which was 13 years back. ye ar, masa tu dah besar, masih segar diingatan ;) Seingat aku la, masa berpantangkan adik aku dulu, Ibu pon tak pakai bengkung kalo tak silap sebab Ibu c-sect. Masa zaman tu takde bengkung moden untuk org c-sect ni. Berurut ada tapi bertungku aku tak ingat. So, kalo bab2 makanan masa berpantang tu, Ibu ok, cuma penjagaan dari segi berurut, bertungku or berbengkung tu Ibu tak tau sangat. Jadinya kena gak aku cari CL.

Ada baca kat blog Amalina pasal CL ni. Dia siap bagi link lagi kat blog dia. Selain tu, ada gak yang aku google2 sendiri and dah emel pd dorang. Tinggal tunggu dorang reply je. Kalo dorang dah reply nanti aku update kat sini k?

Setakat ni yang aku berkenan kat Shadira ni tapi kalo boleh taknak yg stay-in sebab nak berpantang kat rumah Ibu. And dari pakej2 yang dorang bagi ni, stay-in lagi murah berbanding yang datang hari2. Huishh...jenuh nak keluar duit banyak2 ni :( Stay-in susah sket sebab aku bukan nak berpantang kat umah sendiri tapi kat rumah Ibu. Dahtu abah pon dah retired, nanti CL tu tak selesa, bapak aku pon tak selesa ada orang luar duk ngan kitorang. Hmm.... Kalo kat Johor plak...satu hal lagi nak kena bertanya semua orang plak :(


p/s: Yang info + pakej2 lain tu nanti ye aku kongsi2 :)

1 comment:

Amalina said...

dear, i ade contact sorang ni, yg bleh dtg hari2..and tidak semahal pakej stay-in.in u r interested, ckp ek. dia base kat kl..so maybe takde extra charge for u la kot..utk i, sbb kat shah alam, ade charge, so same mahal ngan pakej stay in..huhuhu..and review psl org tu was good =)