Monday, April 11, 2011

salam perantauan II

Ngeeee~~ ni dah tak kat perantauan dah. Sudah berpijak di bumi Kuala Lumpur ;P Aisehh poyo nau bunyinya kan? Dah, dah balik Jumaat lepas tapi busy manjang dari Sabtu sampai la hari ni. Tak sempat nak update ape2 pon sebab weekend lepas encik hubby ada je kat rumah. Dah dia ada, takde maknenya nak on lappy ;P

So, berbalik kepada citer pi Tg. Pengelih minggu lepas; rupa2nya Tg. Pengelih yang hujung dunia tu hanya 20km dari Sg. Rengit tempat aku melepak makan bekal tu. Sepanjang jalan dari Sg. Rengit ke Tg. Pengelih memang lalu tepi perkampungan Melayu and tepi laut. Ingatkan nak bermalam dekat chalet yang berdekatan ngan Tg. Pengelih tapi takde bilik yang kosong sebab kebetulan ada budak U mana ntah ada program kat2 situ. Siyes kalo ada, pg2 bangun boleh tengok laut, senja2 boleh tengok sunset. Tapi... takpela, no hal je. Nanti dah dok kat sana, konpem petang2 boleh mintak encik hubby bawakkan ke tepi laut :)

Last2 kami bermalam kat hotel di Sg. Rengit. Kat situ pekan Cina, so takde hotel2 Melayu. terpaksa la bermalam gak kat hotel Cina, nak buat camno kan? :] Tapi alhamdulillah la hotel yang kami duduk tu jenis yang ok; bersih paling penting berbanding hotel2 yang lain yang kebanyakkannya atas kedai makan Cina. Ermmm...bau toksah cakap. Hotel yang kami duduk ni memang bangunan tiga tingkat yang ketiga2 tingkat tu memang hotel je. Kedai sebelah pon kedai serbaguna, jadinya selesa la takde bau2 yang 'kurang menyenangkan'. The best part, dapat level paling bawah dekat ngan kaunter. Takdela aku penat naik tangga kalo kuar. hihi :)

First day tu, sampai pon dah petang. Masa ronda nak cari chalet dekat tepi laut tu, hujan lebat yang amat! Tapi nasib baik la masa kitorang nak check in kat hotel kat pekan tu hujan dah benti. Malam tu hanya kuar pi makan ngan encik hubby kat kedai yang berdekatan and then, masa untuk merehatkan badan! Kaki aku naik kembang bila terpaksa duduk non-stop for 6 hours straight dalam kereta. Huhu ;(

Second day; encik hubby pi masuk pangkalan untuk jumpa ngan in-charge baru dia plus nak tengok2 kuarters yang kosong so that esoknya boleh kitorang pi basuh rumah. Tapi berita tak bestnya... kuarters penuh. So terpaksa la kami pi cari rumah sewa kat kawasan berdekatan ngan pangkalan. Petang tu puas kitorang ronda area perkampungan dekat2 ngan pangkalan nak cari rumah sewa punya pasal tapi hampa... yang ada tapi totally rumah kampung kayu. Kayu pon dah renggang, konpem orang boleh dok mengintai dari celah dinding. Tak mau la I!! ;P Nasib baik la encik hubby pon terpikir benda yang sama. huhu... Tuan rumah tu siap peringatkan kami yang tu kawasan kampung, jadinya janganla letak high-expectation sangat pada rumah2 yang nak disewakan. Tapi, ko nak bagi sewa dengan condition rumah macam nak runtuh tu, agak2 la beb! Ko duduk rumah batu lawa lagi haa kat sebelah rumah yang ko nak sewakan tu, ape kes?? Rumah2 sewa lain yang dah berpenghuni aku tengok condition tik tok je, rumah batu lagi...(eh, sorry TERlepas geram plak kat sini. hihi) Lepas puas ronda2, kami pegi Desaru!!! Angin best giler! But unfortunately, aku ni memang dari dulu tak gila laut or pantai. Tak tau nape... so, dah penat2 drive nak dekat 50km, sampai2, duduk ngadap laut tak sampai 5 minit aku dah tanya encik hubby bila nak balik Sg. Rengit. Aisehhh... terukkan aku ni? Hahaha ;D Baby pon tak eksaited sebab dok senyap je kat dalam tu. Nasib baik baby macam mummy dia ;D

Third day; encik hubby pegi pangkalan lagi nak check semula kuarters, kot2 ada yang TERkosong ke kan..hehe.. and balik je dari pangkalan, dia sambung misi mencari rumah sewa sorang2. And dapat plak tu! Petang tu siap dia ronda lagi sekali sebab dia nak masuk ke pangkalan semula nak mintak cop pengesahan (pengesahan yang dia dah datang ke sana. Almaklumlah, encik hubby pi sana dengan alasan buat tugas rasmi).

Fourth day; aku ikut encik hubby pi jumpa kakak yang jaga rumah sewa tu. Kakak tu jagakan rumah sewa tu for her kakak yang duk menetap kat Singapore. Tapi tak dapat nak basuh rumah jugak sebab penyewa yang duk kat situ 15hb ni baru berpindah keluar. So, pandai2 la encik hubby basuh rumah sorang2 hujung bulan ni...ngeee~~ Aku pindah 2 weeks after dia pindah ;) After bincang2 ngan kakak tu, insyaAllah encik hubby akan pindah masuk 30hb ni sekali ngan basuh rumah dan deposit pon akan bayar hari yang sama dia masuk rumah tu. Kul 12tghari kami pon balik KL. Kami drive bergilir. Dah dekat RnR Pagoh baru aku start drive sampai KL. Sampai KL petang tu dalam kul 6ptg and terus melepak kat rumah Ibu :) Malam tu toksah cakap, masing2 kepenatan... On tv tapi tv yang tengok kitorang ;D

Baju2 punyala banyak yang kena basuh. Dah tu hujan plak... 2 hari la baju2 tu tak kering. Bila nampak matahari je, sidai luar, tak sampai sejam tengok langit dah gelap siap guruh2 lagi pastu hujan. Terpaksa la Anie... angkat kain jemuran, hujan dah turunnnnn~~ Waduh.. penat nyer dok kejarkan kain kat jemuran je :(


p/s: Owh ye...pas ni duk kat kampung la gamaknya aku :( But, hopefully betul la ape yg kakak penjaga rumah tu kata, 'sape yg dah duduk sini lama, konpem dah takmau pindah tempat lain sebab kat sini best'. I really hope so sebab aku tak pernah dibesarkan di kampung and I am a proud city girl ;p Moga2 dapat sesuaikan dengan keadaan, amin~~

5 comments:

Liyana said...

Insyallah everything gonna be ok..bak kata atiqah,bukan takat nanie jerk..ana dgn dia kena adapt ngan situation berjauhan dgn nanie.. =(

elanie*Q said...

2 la..i do hope so..tp konpem duk kat kg xde maknenye nk pakai kain batik. Hahaha ;D

Liyana said...

aiyooooooooooo..kain BATIK?a big NO NO okeh nanie?ana takleh bayangkan nanie berkain batik! =D

elanie*Q said...

hahaha (siap gelap pegang perut,senak!) tau xpe. Gler kelakar nanie pakai kain batik ok? Sendiri pn xsggup tengok kat cermin. Haha. Gue acik rugged,xmen la kain2 batik ni ;D

Anonymous said...

So mcm mna dok pengerang...ok x?