Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

review BP yang hampehhh...

Last Friday aku ada review BP by Dr kat RSAT ni.

Ye la, 2 malam tak tido sebab ular masuk rumah tu buatkan aku restless. Like seriously restless. Pagi nak check BP terakhir tu aku bangun extra awal sebab mata memang dah tak bleh nak pejam. Sebelum subuh aku dah buat cekodok ikan bilis.

Encik hubby bangun kul 6 lebih dah bising kat aku cakap nanti BP mesti naik lagi sebab aku tak rest. Tapi nak buat camne, memang tak bleh nak tido. Hati ni rasa tak best.

Jadinya, pagi tu bila check BP, ye, memang BP aku naik semula. Nurse dah tanya nape BP aku naik. Mana la aku tau sebab ape secara klinikalnya. Aku kata je la aku penat. Last2 daripada boleh jumpa Dr trus untuk review, aku kena check perut plak. Hmmm...

Nurse check perut aku tu friendly sket. Dia tanya nape BP aku naik, penat ke? So aku citer la dah 2 malam aku tak bleh nak tido sebab ular masuk rumah. Dia bebel2 sket sebab ada je kes kena Pre-Eclampsia (PE) tu tak takde simptom. The symptoms are like rasa nak muntah, pedih ulu hati, pandangan jadi kabur and pening2 kepala. None of the symptoms are occured to me at all. So aku kena alert. Nurse tu check perut aku nak dengar heartbeat baby whether ok ke tak. Masa nurse tu check perut aku, si kecik dalam perut ni tak suka rasanya. Asyik la dok tendang2 alat ultrasound tu. Haha ;D Nurse tu pon gelak kata baby aku ni marah kat dia ;D

After that baru jumpa Dr. Dahla Dr lelaki kot, aku ni tak selesa sangat ngan Dr lelaki. Nasib baiklah encik hubby boleh masuk sekali. Dr tu kata aku nyer BP ok, sebab kalo nak tau kita ni dah ditahap ada darah tinggi ke tak, bacaan atas BP kita adalah dalam bacaan 30 dari baseline awal kita. Bacaan bawah plak 15 dari baseline awal kita. Bacaan awal aku masa first time check dulu2 118/70. So, kalo bacaan BP aku dah sampai tahap 148/85, kiranya aku dah dikategorikan sebagai ada darah tinggi.

Bacaan aku yang terakhir tu 140/80 (I blame the snakes though!). Huhu...dah nak border jugak... Ya Allah, risau aku. Dr tu hanya nasihatkan aku, kalo ada ape2 simptom, trus datang RSAT, jangan tunggu2 dah.

And guess what? Nurse tu swuh aku minum air gula kali ketiga tau! LAGI?? Adehhh... ikutkan je la. MGTT tu should be done between 32 to 34th weeks nanti. MGTT ke? Ntah2 buat BSP plak kali ni :( Another 2 weeks kot before minum air gula tuh sebab dorang tak bagi exact date or exact week untuk buat test tuh.

And before balik, ada sorang nurse ni, maybe dia antara yang senior kot dalam ramai2 tu sebab baju dia warna biru pekat. Yang lain pakai biru cair. Dia plak yang bebel lebih dari Dr pasal BP aku. Dia kata la aku kena aware sekarang ni. Sakit kepala je bahagian dahi, bahagian belakang area leher tu datang cepat ke RSAT. Sebab hospital terdekat pon dah 120km jauhnya. Dia kata kalo setakat dari mata kasar tak nampak ape2, tapi aku yang rasa sendiri. Tu yang dia mintak sangat2 kat aku supaya sentiasa alert dengan keadaan diri sendiri. Sebabnya, bila dah kena darah tinggi masa preggy ni, chances are: Ibu boleh kena sawan, anak dalam perut boleh mati...Ya Allah, jauhkanlah dari aku. Nauzubillah.

Bukan niat dia nak buat aku takut. Tapi sebab dia cakap dan bercerita atas dasar pengalaman dia. Nurse tu kurus keding je but who knew dia boleh kena darah tinggi masa mengandungkan anak pertama dia. Dia pon tak sure kenapa masa anak pertama je, tapi mungkin disebabkan oleh perubahan hormon ibu mengandung yang berubah2. Mengandung anak pertama memang itu risikonya tak macam mengandungkan anak kedua. Dia cerita lagi yang kaki dia punyala bengkak, dari pakai kasut saiz 5, masa mengandung, datang keje pakai selipar je sebab kaki dia membengkak sampai muat selipar saiz 9. BP dia toksah cakap la, 140/90 ke 140/100. Memang teruk masa tu.

Dia bersalin awal dari due dia. Citernya masa tu dia dah pening kepala, datang RSAT, Dr trus hantar dia ke Hospital dari KDSI ni, emergency. Sticker pon dah bukan kuning lagi, trus jadi merah! Sampai2 hospital (yang sangat jauh tu), dia bagitau nurse dia nak nampak 'bintang2' dah, pandangan kabur. Laju je dorang tolak dia ke labour room padahal masa tu ramai lagi pesakit lain. Dia diutamakan. Masa kat wad tu, segala mak datuk wayar tiub dicucuk kat dia, dia pon dah tak sedar ape, sempat la dari kena sawan. And by the time dia bersalin, memang dia tak sedar ape.

Dia ingatkan aku satu je >> dalam kes2 macam ni, kalo boleh Dr akan cuba selamatkan kedua2 nya. Tapi, dalam keadaan kecemasan, Ibu yang jadi keutamaan.

Masa nurse tu citer kat aku, mata ni dah berair sikit. Sedih weyh...

Semuanya... what if, what if...


Tapi aku taklah menitik air mata kat situ. Dah la ramai orang kot? hihi :)


p/s: Trying not to stress myself out over the pregnancy tapi kekadang tu memang stress. Nak cuba tak penat pon tak boleh sebab aku bukan reti nak dok diam. Makan pon aku dah sangat2 jaga dah rasanya sekarang ni. So, it's not a matter of what I eat though. So how?

Thursday, May 19, 2011

Owh, BP saya~

Esok dah masuk kali ke-4 check BP. Kan monthly check up yang lepas naik 140/80 kan? Doktor kat KK AU2 mintak buat biweekly check up untuk pantau BP aku tuh.

So, seminggu yang pertama buat kat KK AU2, both check up pon sama je resultnya 140/80.

This week, aku risau jugak la sebab Ahad tu baru balik ke Johor, and I'm driving all the way (ada co-pilot tapi aku lebih suka drive sendiri, tak suka susahkan orang lain). Nurse dari KK Au2 tu mintak aku check bp hari Isnin since hari Selasa kan cuti Wesak. Even kat Tg. Pengelih ni pon dorang cuti. Nak tak nak, kena datang on Monday sebab nak cukupkan check 2x seminggu.

Memula nak check kat KK Pengerang, last2 encik hubby swuh check kat Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dalam pangkalan, bleh dia teman aku sekali. The nurse yang attend aku sangat baik ok? Slow Mo je dorang buat keje, maybe sebab tak seramai pesakit macam kat KK KL. Lagipon RSAT ni khas untuk ahli keluarga tentera je. Ye la, berapa ramailah wife Navy kat sini sume nak mengandung kan? hehe :P

Nurse tu tanya sket2... and bila masa check bp tu, encik hubby duduk mengadap aku. Well, dorang bukan check dalam bilik, but kat tempat menunggu nak jumpa Dr. tu. Bila encik hubby duk mengadap aku, mula la dia buat muka2 pelik dia. Well, 2 minggu tak jumpa kot?? hahah ;D

Masa check tu, nurse swuh aku kosongkan minda, try to relaks... Eyh, that's what I am trying to do la. But, I never succeed yet. Seems like too many to think. Last2, aku ngadap je muka encik hubby. Heeee~

And the result?


yey, sudah turun ke paras yang baik :D *clap, clap*


Bacaan Isnin lepas 128/70. I was quite relief la since risau giler BP still maintain 140/80 tu. Silap2 kena bed rest plak karang :( And one more thing, risau sebab the night before, tak bleh nak tido sangat since I have a problem to adjust to a new environment. Dahtu panas okeh! Petang sampai2 dari KL, mandi. Nak tido pon mandi lagi sebab badan berlengas!

Alhamdulillah... so, esok check up BP yang terakhir, InsyaAllah. And review ngan Dr. sekali.


p/s: Ok, now I admit, I need my encik hubby during my check up. Tak kisahlah dia ada depan mata or dia datang teman je, but I need him. Sebab sejarah check up dah membuktikan yang tiap kali dia tak teman, time tu la BP naik. Aisehh.. mak buyung mengada2 kan? heheh ;D

Saturday, May 7, 2011

7th months check up

Khamis lepas checkup untuk 7 bulan. Masih di KK Au2, Keramat. That should be the last check up before aku pindah Johor (Eleh, maybe masa dah bulan ke 8 1/2 nanti aku akan ke situ semula since niat di hati nak bersalin kat KL).. Takpe2, last check up di situ untuk kali ni... InsyaAllah jumpa lagi ngan misi2 kat situ nanti :)

Owh, check up yang baru2 ni encik hubby kan takde. Di ganti oleh kak Aina. Boleh bayang tak ape yang jadi time check up kali ni bila encik hubby tak menemani?? Teka la, tekaaaaaa...


Masih belum ada jawapan?


BP aku naik lagi!!!!!


Owh, shoot!!


Check up 5th months yang naik sampai 130/80 tu kan dah ok reviewnyer masa minggu ke-4 + check up 6th months. This time naik balik! Haishhhh... ke sebab penat sebab before pi KK, aku siap ronda k4 ngan Tesco car barang yang nak dibawak ke Johor? Ye la, check up kali ni pukul 2ptg, jadinya tade ape nak buat pagi2 tu, ronda2 dulu pastu trus singgah KK. Hmmm...maybe, maybe not?

Kali ni BP aku naik 140/70. Atau jugak sebab berat aku naik 4.5kg! Kan kita timbang dulu baru check BP. So, mungkin sebab aku terkejut tengok scale naik mencanak sampai 4.5kg sekaligus. Hai la weyh... aku makan tak banyak tau masa preggy 6 bulan ritu. Sebab kan aku tak sihat, takde selera and aku makan berat pon waktu petang je. Nasi. Time2 lain, makan roti telur masa breakfast and kalo lapar aku snack kan biskut wholemeal. Jadinya, tang mana yang tambah berat aku melampau2 tu? Ini tak adil! ;P

Before jumpa Dr, kena amek darah dulu + hantar ke lab. Aku tengok2, White Blood Count (WBC) aku masih tinggi macam last check up tu. Risau la... nape WBC aku tinggi ye? Aku rasa sebab aku pon tak sihat2 lagi dari selesema ngan batuk. So, kemungkinan besar pasal tu (pandai la aku, 2 kali pi klinik before this, dapat antibiotik, tak reti nak habiskan. Pada muka!).

Bila jumpa Dr, aku pon dah risau sebab tak mau kena bebel. Jumpa Dr kali ni memang sebab nak scan baby. So, ada 4 benda la kena review ngan dia. 1st review scan, 2nd review BP, 3rd review berat and 4th review WBC tu.


Bila aku masuk je bilik Dr -->

Dr: Ok, boleh baring ye.

Aku: (terus pi baring kat katil yang ada)

Dr: Baby sihat ye? Tendang2 tak?

Aku: Baby ok, selalu je tendang.

Dr: Ni WBC awak tinggi ni. Darah awak ni ada kuman. Awak kencing lawas tak?

Aku: Ermm...ok je Dr. Tapi sebelum ni saya ada jugak pi klinik pasal kencing tak lawas ni, Dr tu kata kencing saya ok, takde ape2.

Dr: Bila awak kencing ada sakit2 tak?

Aku: Takde plak Dr. Tapi saya memang dah 2 minggu batuk ngan selesema.

Dr: Saya kena bagi awak antibiotik ni.


And then Dr trus datang ke katil and alihkan scanner tu ke aku. Letak gel kat perut aku --->

Dr: Ok, ni kepala baby (sambil ukur besar kepala baby). Ni perut... Berat baby awak dah 1.3kg.

Aku: Ape Dr? 3.3kg?

Dr: Ish, kamu ni... 1.3kg la...


(suspen weyh...sebab berat aku naik mencanak kan..tu yang dok suspen baby naik sampai 3.3kg padahal baru nak masuk 7 bulan... Ya Allah, jangan la babyku ini besar sangat...)


Dr: Nak tau jantina anak kamu?

Aku: (dok berkira2 samada nak tau ke tak sebab encik hubby kalo boleh takmau tau)... Dah nampak ke Dr?

Dr: Dah.

Aku: (berfikir lagi) Erm, ape Dr?

Dr: Rasanya macam baby boy.

Aku: (Senyap lagi)...

Dr: (Pandang aku) Kenapa? Awak nak baby girl ke?

Aku: Eh, takde la Dr. Saya tak kisah je Dr... boy or girl...

Dr: Anak first kan...

Aku: (Senyum je).

Dr: Ok, siap dah.



Duduk kat kerusi patient tu... Dr takde komen ape. Tapi aku plak tak syok tengok dia tak komen ape2. Mood baik gamaknya nih ;P


Aku: Dr, Dr taknak komen ape2 ke pasal BP ngan berat saya tu?

Dr: Ha, BP awak naik lagi ye? Berat awak naik banyak ke? (Sambil selak2 helaian lepas) Uuu...naik banyak ni. Takpe, awak kena buat apointment minum air gula lagi.

Aku: Erk, lagi ke? Hmmm...

Dr: (Senyum je). So, awak akan buat check up BP lagi next week. This time, 2x seminggu plak untuk 2 minggu.

And aku pon cakap la yang aku dapat check up 2x je kat KK situ since the next check up tu au kena pindah ke Johor. Pot pet2 sket and aku pon keluar. Jumpa nurse yang ada kat situ, dia swuh aku pi amek ubat kat Klinik Pesakit Luar snce Dr ada prescribe ubat untuk aku (WBC tinggi la katakan). Dapat lagi ubat yag sama macam aku pegi check demam ritu. Ubat batuk, ubat selesema, panadol ngan antibiotik.

After that, jumpa nurse semula, dia terangkan pasal carta pergerakan baby and kena inject Tetanus untuk dos yang terakhir, dos kedua. Sakit weyh!!! Masa inject bulan lepas, nurse lain. Smooth je dia buat. Kali ni nurse lain lak...aduduhhh...sakit giler!! Ni ada lagi bengkak :(



p/s: Pas je check up, tepon encik hubby bagitau perkembangan. Aku citer la yang BP aku naik lagi. Reasonnya: sebab encik hubby takde :(

Friday, April 29, 2011

tak berupdate lagi

Sorry bloggers, I've been quiet for a few days.

Ritu ada aku citer kat sini yang aku batuk kan? Ha... 2 hari lepas tu start datang cik Selesema plak. Malam-malamku ditemani sok sek, sok sek sampai ke pagi. Tido pon tak berapa nak tido, mcm ayam plak rasa.

And then, malam before birthday encik hubby (on 25th ritu) demam la plak :( Encik hubby insist bawak ke Hospital Tentera kat Taman Melawati malam2. The doctor said, aku ni kena tonsil. Erk? demam tonsil ke macam si Bong (dak kecik ni memang salu demam tonsil). Tekak aku memang perit je even minumla air masak banyak mana pon. Doktor kat KK biasa aku pegi tu takde plak kata aku ada tonsil. Haish...lain doktor, lain plak gayanya. Doktor yang kat hospital tu kata since aku pregnant, takleh bagi ubat banyak2. Tapi dalam 'tak banyak' tu, dapat gak la ubat batuk, ubat kumur, antibiotik, panadol, ubat hisap (untuk tonsil la kot?) Tapi, sampai ke sudah, aku makan antibiotik, ubat batuk ngan panadol je. Ubat kumur tak berani nak amek sebab tak reti nak berkumur kat tekat tu, silap2 takut TERmasuk ubat ke perut plak. Risaukan TERserap ke baby :( Ubat hisap pon, errr.... PAHIT GILER! Ye la, pharmacist swuh hisap, aku pon hisap tapi sebab nak tunggu punya la lama nak habis ubat yang kecik tu, aku pon gigit la... TERUS JE *ok, pahit, pasni BAND ubat ni!*

La ni, setelah beberapa hari pon, batuk ngan selesema masih bermaharajalela. Dahtu, dengan encik hubby pon batuk. Kena la tu dua orang. Siap boleh berduet plak batuk sama2 :( Tapi Alhamdulillah demam kejap je dah kebah.

Demam aku ritu pon ditemani dengan cik cirit tau. Pregnant women lain jenuh susah nak berak 2-3 hari. Aku ni siap cirit birit. Satu hari berak 3 kali. Tak tau la pesal. Nak kata salah makan, aku makan ape yang aku masak sendiri and kalo tak pon makan ape yang Ibu masak bila lepak dirumah Ibu alter sarung bantal yang nak dibawa ke Johor. Cirit birit berlarutan 2 hari. Tapi la ni, alhamdulillah dah ok semula.

Keadaan yang buatkan aku tak mengupdate ape2 kat blog ni sebabnya bila malam dah restless sebab tak leh tido dengan batuk. Pagi2 lepas sarapan, encik hubby dah paksa aku makan ubat. Ubat batuk ngan selesema tu memang tangkap baekkk punya... Tak sampai sejam, mata ngan kepala dah mamai... tido 2-3 jam. Pastu, bangun kemas2 barang tak sampai 3 jam, badan dah lembek semula. Ye la, bila dah preggy campur ngan demam ni... ok, good... it's time to take a rest and plus a nap too. huhu... kejenya memang tido je bila demam ritu tau.


p/s: Today is our last day kat rumah ni..hukhuk... malam ni dah mula tido rumah Ibu since barang2 sume dah kemas letak dalam kotak. SANGAT BANYAK BARANG OK?? Rasa tak habis2 mengemas sampaikan encik hubby bising sebab aku pon join kemas sekali dengan tak sihat badan tuh. And then, and then...tsk, tsk... esok dan selama 2 minggu la takde bantal peluk bila encik hubby pindah JOhor dulu :'(

Friday, April 15, 2011

ubat lagi *_*

Pagi tadi pegi kk. Nope, nope...bukan checkup bp ok. Yang tu dah ok dah :)

This time around pegi sebab nak jumpa Doktor sebab sakit tekak. Sekali ngan sakit... aku pon tak tau nak describe sakit ape ni. Ingatkan dalam entry aku yang lepas pasal tetibe aku sakit kat bahagian antara kaki ngan badan? Erh...camne tuh? Tu yang aku kata aku susah nak describe sakit yang camana.


Tengok gambar sat ye>>


Kat gambar anatomy manusia tu, sakit kat bahagian Illiopsoas tu. Nak buat bulatan kat area tu takde kesabaran plak. Tahap kemalasan aku time2 preggy ni menjadi2 plak :( Area situ la. Sakitnya kat belah kanan je. So, sakit datang bila lama sangat duduk or baring. Kalo baring nak mengiring ke kiri dari belah kanan, memang konpem la, slow giler nak ubah posisi sebab rasa sakit. Kalo dari baring nak bangun pon sama. Dah macam slow lorries plak tahap ke'slow'an aku nak bergerak tu :(

Dah dua klinik aku pegi. Klinik yang first tu bukan klinik kerajaan. Klinik swasta dekat je ngan umah Ibu. Doktor tu kata tu urat aku masuk angin. Perkara biasa yang berlaku kat Ibu mengandung macam aku ni. ok fine la. Doktor bagi aku ubat angin Simcone. Bila aku makan, takde kesan pon... sama je sakitnya. Malas aku nak ngabeskan. Risau nak makan ubat2 ni bila preggy walaupon di prescribe oleh doktor.

Yang kali ni, doktor kat kk yang biasa aku pegi tiap kali checkup (tapi bukan kk ibu anak. Ni kk yang general punya sebelah je kkia tu), dia pon kata tu sakit biasa bila dia tanya aku ni preggy brapa bulan. Dia takde plak kata tu urat aku masuk angin. Tapi dia bagi ubat sapu methyl salycilate ngan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Risau je kalo ada kena mengena ngan ligamen ke, otot ke... Uih, mintak dijauhkan la :(


Lagi 2 ubat tu ubat batuk ngan antibiotik sebab dah 2-3 hari ni aku sakit tekak. Tak demam tapi rasa nak batuk2. Bangun pagi tekak perit je padahal minum air dah nak 3 liter satu hari. Bila gatal2 tekak, batuk2 dah terasa kahak :( Tadi dah makan ubat batuk tu... mak aiii!! Pekat and yuksss!! Nasib baik la ubat lain tu ubat telan je.


p/s: Aku ni jarang sakit2 or demam. La ni bila preggy macam2 plak :(

Wednesday, March 30, 2011

3rd checkup

Pagi tadi check up blood pressure yang ke-3 untuk bulan ni. Alhamdulillah syukur nikmat bp menten 120/70. Hehe ;)

Cuma biasalah berat aku ni suka2 je nak naik nak turun. Last week turun 1kg kan? Dis week naik semula 1kg. So, tiada perasaan tang berat tu dah sebab dah tau berat aku memang suka suki naik dan turun. Dan biasalah, pen merah di column berat ye. Berat abnormal bak kata nurse yang dulu tu ;P


p/s: Next checkup supposedly pada 6/4 nanti tapi baru aku teringat yang aku dah insist nak ikut encik hubby pi Johor, tempat yang bakal kami pindah nanti. Nak pi basuh rumah, pi survey2 kawasan... InsyaAllah nak pi dari 5/4 hingga 8/4 ni. So, check up bp yang terakhir nanti pada 4/4 sekali ngan monthly checkup biasa. Hopefully check up bp yang terakhir ni menten normal. Risau kalo naik lagi, nanti kena continue or kena bed rest plak, nayooo den!

Thursday, March 24, 2011

kongsi sket

Dah beli majalah Pa & Ma bulan April?

Aku baru je TERbeli pagi tadi masa ronda2 kat k4 Wangsa Maju sambil tunggu nak serbu McD nak redeem free breakfast. Ecehhh...

Untuk sesape yang belum lagi beli, nak kongsi sket pasal tips2 guna supplement kalsium. Ni ada 5 tips ye: (sumber dari majalah Pa&Ma April 2011)
  1. supplement calcium citrate / calcium lactate adalah paling baik sebab ia mudah larut didalam perut lalu memudahkan proses penyerapan oleh tubuh.
  2. kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D daripada matahari untuk diserap dengan sempurna. *or beli supplement kalsium yang dah disertakan ngan vit D or magnesium*
  3. Amaun kalsium yang paling selamat diambil ialah sebanyak 2500 miligram. *but trust me, nak dapatkan 1000mg sehari pon sebenarnya sangat payah kalo asyik mengharapkan supplement sahaja. Kena gak datang dari pemakanan seharian kita*
  4. Elak supplement kalsium yang mengandungi tulang atau dolomit. ia mungkin mengandungi plumbum, merkuri, arsenik dan bahan toksik yang lain.
  5. elak mengambil kalsium bersama zink kerana ia boleh bergabung sehingga menyukarkan proses penyerapan kedua2 zat ini.

p/s: tapi rasanya semua m2b dah tau pasal ni kan? Yang penting, memang zink tak boleh diambil berserta ngan kalsium. Contoh macam makan iron tablet ngan air susu. That's a big NO-NO. Even ubat2 lain pon tak boleh bersertakan ngan air susu, teh or kopi. Air masaklah yang paling baik dan bagus :)

Wednesday, March 23, 2011

2nd check up

pg td check up bp utk kali ke-2 bln ni. Alhmdulillah bp normal semula.. Last week ms 1st check up masih mcm monthly check up yg lps, which was 130/80. So hr ni py check up jd normal smla dat is 120/70. Alhamdulillah sgt2 :) maybe sbb encik hubby teman kot? Most probably la... Sbb last week aku beriya nak p sdri.

Berat aku plak? Hah, encik berat aku ni decided nk bwt hal plak. No,no.. Xnaik plak dis time TAPI turun! 1kg plak tu turun.. Tp hr ni bkn nurse last week yg attend aku. Ni nurse len yg sgt2 lmh lmbut. Xkena potpet la. Cube kalo nurse yg sama, konpem... Konpem aku kecut perut. Dan konpem bp aku menten mcm mggu lps. Haha :D


p/s: anyhow, masih kena dtg for 3rd check up next week. Nasib 4th check up tu mmg monthly check up biasa. 6months baybehhh! ;)

Sunday, March 20, 2011

supplement oo supplement

Since bukak buku merah kat kk, aku ni memang tegar makan ubat2an yang diberikan secara free dari kk. Nak try gak supplement lain bila baca blog m2b yang lain tapi rasa was-was plak. Ada setengah ibu mengandung yang pi kk dapat pil kalsium tapi aku tak. So, tanya la jugak kat nurse kk tu pasal kalsium tapi dia macam tak nak bagi je. Ok, bertahan lagi tapi bila susu ibu mengandung tu amek 2x sehari, bertahan seminggu je, eh, ni tak bleh jadi ni... mau bengkok encik hubby kena spend nearly rm200 every month for susu ibu mengandung tu. Padahal banyak lagi dia nak kena spend untuk isi rumah yang lain, bukan untuk aku je. Almaklumlah, setakat ni aku masih blum keje, tak dapat nak tolong ape yang patut.

Pastu cuba amek susu serbuk lain yang bukan susu ibu mengandung untuk cover susu ibu mengandung tu. Meaning, sehari aku cuba consume sekali susu ibu mengandung, sebelah petang amek susu Fernleaf and malam... jeng, jeng, jeng... yang ni yang payah ni. Last2 baca blog m2b yang lain, i've decided to buy a calcium pill. Jenama Abbot 60 biji, sebotol rm43. Pharmacist tu nasihatkan sebiji je sehari so dah bleh tahan 2 bulan dah pil kalsium ni. Tak tau la ok ke tak. Setakat ni baru makan 2 kali. Yang kalsium tu aku amek waktu malam gantikan susu. Makan 2 hours after meals belah malam.

After that, aku beli gak Neurogain PB. Yang ni masa aku blogwalking ke blog Yun, memang rasa nak beli tapi tak tau nak beli kat mana. Try cari kat Watson ngan Guardian tak jumpa. Pastu bila baca kat blog Amalina, baru tau kat Caring Pharmacy ada jual. Nasib baik Caring Pharmacy tu ada kat Tesco Ampang. Laju2 pi bli ;) Thanks Amalina! :)) And then, Neurogain ni plak boleh makan bila dah masuk 5bulan ke atas, bagus jugak la... penambah DHA kepada aku + baby. Lagipun sebab aku ada minum susu Fernleaf yang takde DHA segala tu.

Supplement lain aku masih lagi amek ikut yang diprescribe oleh kk. Vit C, Asid Folic, B-Complex and Ferromed. Memula semua supplement tu amek sebiji sehari. After check up yang lepas kan tahap kepekatan darah aku dah turun ke 10.1, nurse tu naikkan 2 biji sehari. Selain kena tambah darah ikut list makanan yang ada tinggi zat besi macam kangkung, pucuk paku, tauhu, ikan bilis, kerang and lala. Erm, hati aku geli nak makan even dari dulu lagi. Limpa, jarang makan lagipun makanan berasaskan organ dalaman haiwan ni lebih baik elakkan. Nak makan pon tak elok bebanyak and even ustaz pon tak galakkan atau kalo boleh jangan langsung.

Kat rumah ni pon stok kangkung ngan pucuk paku punya la banyak lepas je encik hubby tau hemo aku rendah & nurse tu bagi list makanan yang kaya zat besi. Laju2 encik hubby pi cari kat pasar Chow Kit. Dah tu, lagi hepi la dia akan kerap ke sana sebab dia memang suka pi pasar. Haha ;D Bagi cannn...


p/s: Hopefully lepas dah cuba makan makanan yang tinggi zat besi ni, makin elok kepekatan darah aku check up bulan ke-6 nanti. Setakat ni belum mabuk kangkung ngan pucuk paku lagi. hehe ;P