Khamis lepas checkup untuk 7 bulan. Masih di KK Au2, Keramat. That should be the last check up before aku pindah Johor (Eleh, maybe masa dah bulan ke 8 1/2 nanti aku akan ke situ semula since niat di hati nak bersalin kat KL).. Takpe2, last check up di situ untuk kali ni... InsyaAllah jumpa lagi ngan misi2 kat situ nanti :)
Owh, check up yang baru2 ni encik hubby kan takde. Di ganti oleh kak Aina. Boleh bayang tak ape yang jadi time check up kali ni bila encik hubby tak menemani?? Teka la, tekaaaaaa...
Masih belum ada jawapan?
BP aku naik lagi!!!!!
Owh, shoot!!
Check up 5th months yang naik sampai 130/80 tu kan dah ok reviewnyer masa minggu ke-4 + check up 6th months. This time naik balik! Haishhhh... ke sebab penat sebab before pi KK, aku siap ronda k4 ngan Tesco car barang yang nak dibawak ke Johor? Ye la, check up kali ni pukul 2ptg, jadinya tade ape nak buat pagi2 tu, ronda2 dulu pastu trus singgah KK. Hmmm...maybe, maybe not?
Kali ni BP aku naik 140/70. Atau jugak sebab berat aku naik 4.5kg! Kan kita timbang dulu baru check BP. So, mungkin sebab aku terkejut tengok scale naik mencanak sampai 4.5kg sekaligus. Hai la weyh... aku makan tak banyak tau masa preggy 6 bulan ritu. Sebab kan aku tak sihat, takde selera and aku makan berat pon waktu petang je. Nasi. Time2 lain, makan roti telur masa breakfast and kalo lapar aku snack kan biskut wholemeal. Jadinya, tang mana yang tambah berat aku melampau2 tu? Ini tak adil! ;P
Before jumpa Dr, kena amek darah dulu + hantar ke lab. Aku tengok2, White Blood Count (WBC) aku masih tinggi macam last check up tu. Risau la... nape WBC aku tinggi ye? Aku rasa sebab aku pon tak sihat2 lagi dari selesema ngan batuk. So, kemungkinan besar pasal tu (pandai la aku, 2 kali pi klinik before this, dapat antibiotik, tak reti nak habiskan. Pada muka!).
Bila jumpa Dr, aku pon dah risau sebab tak mau kena bebel. Jumpa Dr kali ni memang sebab nak scan baby. So, ada 4 benda la kena review ngan dia. 1st review scan, 2nd review BP, 3rd review berat and 4th review WBC tu.
Bila aku masuk je bilik Dr -->
Dr: Ok, boleh baring ye.
Aku: (terus pi baring kat katil yang ada)
Dr: Baby sihat ye? Tendang2 tak?
Aku: Baby ok, selalu je tendang.
Dr: Ni WBC awak tinggi ni. Darah awak ni ada kuman. Awak kencing lawas tak?
Aku: Ermm...ok je Dr. Tapi sebelum ni saya ada jugak pi klinik pasal kencing tak lawas ni, Dr tu kata kencing saya ok, takde ape2.
Dr: Bila awak kencing ada sakit2 tak?
Aku: Takde plak Dr. Tapi saya memang dah 2 minggu batuk ngan selesema.
Dr: Saya kena bagi awak antibiotik ni.
And then Dr trus datang ke katil and alihkan scanner tu ke aku. Letak gel kat perut aku --->
Dr: Ok, ni kepala baby (sambil ukur besar kepala baby). Ni perut... Berat baby awak dah 1.3kg.
Aku: Ape Dr? 3.3kg?
Dr: Ish, kamu ni... 1.3kg la...
(suspen weyh...sebab berat aku naik mencanak kan..tu yang dok suspen baby naik sampai 3.3kg padahal baru nak masuk 7 bulan... Ya Allah, jangan la babyku ini besar sangat...)
Dr: Nak tau jantina anak kamu?
Aku: (dok berkira2 samada nak tau ke tak sebab encik hubby kalo boleh takmau tau)... Dah nampak ke Dr?
Dr: Dah.
Aku: (berfikir lagi) Erm, ape Dr?
Dr: Rasanya macam baby boy.
Aku: (Senyap lagi)...
Dr: (Pandang aku) Kenapa? Awak nak baby girl ke?
Aku: Eh, takde la Dr. Saya tak kisah je Dr... boy or girl...
Dr: Anak first kan...
Aku: (Senyum je).
Dr: Ok, siap dah.
Duduk kat kerusi patient tu... Dr takde komen ape. Tapi aku plak tak syok tengok dia tak komen ape2. Mood baik gamaknya nih ;P
Aku: Dr, Dr taknak komen ape2 ke pasal BP ngan berat saya tu?
Dr: Ha, BP awak naik lagi ye? Berat awak naik banyak ke? (Sambil selak2 helaian lepas) Uuu...naik banyak ni. Takpe, awak kena buat apointment minum air gula lagi.
Aku: Erk, lagi ke? Hmmm...
Dr: (Senyum je). So, awak akan buat check up BP lagi next week. This time, 2x seminggu plak untuk 2 minggu.
And aku pon cakap la yang aku dapat check up 2x je kat KK situ since the next check up tu au kena pindah ke Johor. Pot pet2 sket and aku pon keluar. Jumpa nurse yang ada kat situ, dia swuh aku pi amek ubat kat Klinik Pesakit Luar snce Dr ada prescribe ubat untuk aku (WBC tinggi la katakan). Dapat lagi ubat yag sama macam aku pegi check demam ritu. Ubat batuk, ubat selesema, panadol ngan antibiotik.
After that, jumpa nurse semula, dia terangkan pasal carta pergerakan baby and kena inject Tetanus untuk dos yang terakhir, dos kedua. Sakit weyh!!! Masa inject bulan lepas, nurse lain. Smooth je dia buat. Kali ni nurse lain lak...aduduhhh...sakit giler!! Ni ada lagi bengkak :(
p/s: Pas je check up, tepon encik hubby bagitau perkembangan. Aku citer la yang BP aku naik lagi. Reasonnya: sebab encik hubby takde :(
No comments:
Post a Comment