...hahaha....tak nak baca sudah... Aku kan suka story telling~~ lalalala ;D...
sambung lagi dari entry yang lepas ;D
Malam after pi tengok rumah kuarters tu, kami tido kat rumah lama. Malam tu memang aku tak bleh tido. Bila tertido, tersentak bangun. Ade la dalam tak sampai 2 jam aku terlelap sepanjang malam sebab risaukan ular. Malam tu tido pon tak tutup lampu. Bila tersedar je, mata mesti melilau tengok2 kat ruang udara atas pintu bilik tido, tengok kat lantai tepi tilam segala. Bila aku terbangun, encik hubby pon terjaga sebab dia rasa aku gerak2. Kesian dia, pon tak tido lena disebabkan aku. Dia pujuk gak aku tido tapi siyes aku tak bleh tido. Dengar bunyi sket je, tersentak bangun. Masih fobia dengan bunyi benda jatuh dalam bilik ritu, which was the snake yang jatuh. Huhu...haru cenggini.
Malam tu sebelum tido, aku dah request kat encik hubby, esoknya nak ikut dia pi keje. Dia cadangkan aku lepak rumah baru kitorang tu sebab kalo nak ikut ke pejabat, bos dia ada. haha ;D
Jadinya, esok pagi tu (khamis) siap2 bawak baju, towel segala nak bawak ke rumah baru. Encik hubby balik keje baru aku ikut balik rumah. Dia masuk bilik, aku ikut masuk. Dia keluar bilik, aku keluar. Dia pi dapur, aku ikut pi dapur. Macam budak kecik. Tapi, nak buat camane, fobia aku tak hilang2 lagi. Balik rumah untuk makan dan tido. Tido la sangat. Encik hubby, ye dia tido. Aku, dah macam burung hantu. Dah la esok pagi tu (Jumaat) aku ada check BP yang terakhir kat RSAT sekali ngan review Dr. Encik hubby swuh tido sebab esok aku ada check BP. Tapi, aku memang tak bleh tido, like seriously. Pagi tu kul 530pg dah terbangun sebab langsung tak bleh tido, sempat lagi goreng cekodok. uhuhu...
And guess what happened masa check BP yang terakhir? I'll story later k?
Tengahari Jumaat tu encik hubby ajak balik rumah lama, sebab dia tertinggal seluar sukan dia kat rumah lama. Petang tu kat pangkalan ada lawan sukan, so nak tak nak dia kena balik amek seluar sukan jugak. Tapi dia decide nak solat Jumaat trus kat masjid depan rumah lama kitorang tu sebab takut tak sempat nak berkejar dari masjid dalam pangkalan balik ke rumah untuk tukar baju sukan. Dia ajak balik rumah lama, makna nya aku kena stay selama sejam lebih kat rumah tu time dia pi masjid. NO WAY ok??? Last2 dia balik rumah sorang, aku stay kat rumah baru.
Balik dari solat Jumaat, dia sempat hantar barang2 nak bersihkan rumah (mop, penyapu, sabun etc). Balik je dari sukan, dia cakap kat aku, '...malam ni kita tido sini (rumah baru) la ye...'
Aku no hal sajee~~~ Sebab aku dah rindu nak tido :) Penat tau bila malam je aku restless duk rumah lama tu sebab tak bleh nak tido, bila tido perasaan fobia datang.
Jadinya, hari ni dah masuk 3 hari tido rumah baru. Jumaat malam Sabtu encik hubby cat rumah sket, tutup mana2 yang dah kotor kat dinding tu (rumah kuarters dah berusia 6 tahun ni..what do you expect from it?), Sabtu sambung mengecat sket dan basuh rumah. Ahad, dah mula angkut baju2 and barang2 yang kecik2 dulu masuk rumah baru.
Petang Sabtu tu, kitorang decide nak jumpa kak Yam yang jadi tukang jaga rumah lama kami tu kalo tuan rumah ada kat Singapore. Jumpa sekadar nak bagitau yang kami nak pindah masuk ke kuarters dan bagitau jugak pasal ular.
Citer versi aku pada kak yam...And then rupanya, encik hubby pon ada kena jugak. huhu :/
Remember yang tengahari Jumaat tu encik hubby ajak aku balik rumah lama sebab dia nak solat Jumaat kat masjid depan rumah lama tu kan? Ingat kan? Hooo yesss... ular tu decided nak showed up depan encik hubby tengahari Jumaat tu okeh??? When he came back alone. Patutla aku berat hati sangat nak ikut dia balik rumah lama walaupun untuk tempoh satu jam lebih.
Aku tau citer pasal dia terserempak ngan ular tu pon masa kitorang jumpa kak Yam tu. Sebab dia tak nak citer kat aku sendiri. Dan... patutlah balik je dia dari solat Jumaat tu dia yang suggest untuk tido kat rumah baru malam tuh. Agaknya kalo dia tak terserempak ngan ular tu, we're still sleeping at the old house until semua barang dah dipindahkan ke rumah baru, which will be around next week sebab ramai yang terlibat ngan sukan, ngan persediaan untuk sambut Panglima Navy datang lagi.
Encik hubby's version plak:
Dia balik2 dari pangkalan nak bersiap2 ke masjid, masuk2 bilik tido je, dia nampak ular tu main2 kat langsir bilik. Dia keluar semula panggil jiran belakang rumah. Dorang tolong halau and berjaya gak halau la.
Balik je dari solat Jumaat, dia masuk dapur, dia tengok ular tu dok bertenggek kat dapur masak kitorang! Encik hubby panggil jiran yang sama lagi sekali, halau guna mulut mintak ular tu keluar...lama pastu baru ular tu keluar ikut tingkap.
Alhamdulillah aku memang tak ikut encik hubby balik tengahari tu tau. Kalo tak, mesti aku dah macam cacing kepanasan tunggu encik hubby balik dari masjid.
Bila cerita kat kak Yam, Kak Yam pon citer la yang anak dia dulu pon penah kena gak ular masuk rumah. Rumah yang attached ngan rumah aku tu (rumah kepada tuan rumah aku). Anak Kak Yam lagi best. Dengan ada baby tengah tido dalam buaian lagi; punyalah takut ngan ular, anak Kak Yam tu siap panjat kerusi tapi biarkan baby dia dalam buaian tu. Itu yang aku tak nak terjadi kat aku. Kalo boleh mintak dijauhkan. Nauzubillah.
Hujung minggu baru2 ni, tuan rumah kitorang tak balik la plak. Jadinya tak dapat nak cerita pada dorang yang kitorang nak pindah masuk dalam pangkalan. Itu yang cerita pada Kak Yam je.
p/s: Nak pindah cepat. Sekarang ni petang je balik rumah lama untuk masak dan basuh kain. Sebab tak bleh nak pindah barang2 besar lagi, semua orang pon busy takde sape boleh tolong angkat barang. And...finally cerita pasal ular pon habis!! :D
No comments:
Post a Comment