Last Friday aku ada review BP by Dr kat RSAT ni.
Ye la, 2 malam tak tido sebab ular masuk rumah tu buatkan aku restless. Like seriously restless. Pagi nak check BP terakhir tu aku bangun extra awal sebab mata memang dah tak bleh nak pejam. Sebelum subuh aku dah buat cekodok ikan bilis.
Encik hubby bangun kul 6 lebih dah bising kat aku cakap nanti BP mesti naik lagi sebab aku tak rest. Tapi nak buat camne, memang tak bleh nak tido. Hati ni rasa tak best.
Jadinya, pagi tu bila check BP, ye, memang BP aku naik semula. Nurse dah tanya nape BP aku naik. Mana la aku tau sebab ape secara klinikalnya. Aku kata je la aku penat. Last2 daripada boleh jumpa Dr trus untuk review, aku kena check perut plak. Hmmm...
Nurse check perut aku tu friendly sket. Dia tanya nape BP aku naik, penat ke? So aku citer la dah 2 malam aku tak bleh nak tido sebab ular masuk rumah. Dia bebel2 sket sebab ada je kes kena Pre-Eclampsia (PE) tu tak takde simptom. The symptoms are like rasa nak muntah, pedih ulu hati, pandangan jadi kabur and pening2 kepala. None of the symptoms are occured to me at all. So aku kena alert. Nurse tu check perut aku nak dengar heartbeat baby whether ok ke tak. Masa nurse tu check perut aku, si kecik dalam perut ni tak suka rasanya. Asyik la dok tendang2 alat ultrasound tu. Haha ;D Nurse tu pon gelak kata baby aku ni marah kat dia ;D
After that baru jumpa Dr. Dahla Dr lelaki kot, aku ni tak selesa sangat ngan Dr lelaki. Nasib baiklah encik hubby boleh masuk sekali. Dr tu kata aku nyer BP ok, sebab kalo nak tau kita ni dah ditahap ada darah tinggi ke tak, bacaan atas BP kita adalah dalam bacaan 30 dari baseline awal kita. Bacaan bawah plak 15 dari baseline awal kita. Bacaan awal aku masa first time check dulu2 118/70. So, kalo bacaan BP aku dah sampai tahap 148/85, kiranya aku dah dikategorikan sebagai ada darah tinggi.
Bacaan aku yang terakhir tu 140/80 (I blame the snakes though!). Huhu...dah nak border jugak... Ya Allah, risau aku. Dr tu hanya nasihatkan aku, kalo ada ape2 simptom, trus datang RSAT, jangan tunggu2 dah.
And guess what? Nurse tu swuh aku minum air gula kali ketiga tau! LAGI?? Adehhh... ikutkan je la. MGTT tu should be done between 32 to 34th weeks nanti. MGTT ke? Ntah2 buat BSP plak kali ni :( Another 2 weeks kot before minum air gula tuh sebab dorang tak bagi exact date or exact week untuk buat test tuh.
And before balik, ada sorang nurse ni, maybe dia antara yang senior kot dalam ramai2 tu sebab baju dia warna biru pekat. Yang lain pakai biru cair. Dia plak yang bebel lebih dari Dr pasal BP aku. Dia kata la aku kena aware sekarang ni. Sakit kepala je bahagian dahi, bahagian belakang area leher tu datang cepat ke RSAT. Sebab hospital terdekat pon dah 120km jauhnya. Dia kata kalo setakat dari mata kasar tak nampak ape2, tapi aku yang rasa sendiri. Tu yang dia mintak sangat2 kat aku supaya sentiasa alert dengan keadaan diri sendiri. Sebabnya, bila dah kena darah tinggi masa preggy ni, chances are: Ibu boleh kena sawan, anak dalam perut boleh mati...Ya Allah, jauhkanlah dari aku. Nauzubillah.
Bukan niat dia nak buat aku takut. Tapi sebab dia cakap dan bercerita atas dasar pengalaman dia. Nurse tu kurus keding je but who knew dia boleh kena darah tinggi masa mengandungkan anak pertama dia. Dia pon tak sure kenapa masa anak pertama je, tapi mungkin disebabkan oleh perubahan hormon ibu mengandung yang berubah2. Mengandung anak pertama memang itu risikonya tak macam mengandungkan anak kedua. Dia cerita lagi yang kaki dia punyala bengkak, dari pakai kasut saiz 5, masa mengandung, datang keje pakai selipar je sebab kaki dia membengkak sampai muat selipar saiz 9. BP dia toksah cakap la, 140/90 ke 140/100. Memang teruk masa tu.
Dia bersalin awal dari due dia. Citernya masa tu dia dah pening kepala, datang RSAT, Dr trus hantar dia ke Hospital dari KDSI ni, emergency. Sticker pon dah bukan kuning lagi, trus jadi merah! Sampai2 hospital (yang sangat jauh tu), dia bagitau nurse dia nak nampak 'bintang2' dah, pandangan kabur. Laju je dorang tolak dia ke labour room padahal masa tu ramai lagi pesakit lain. Dia diutamakan. Masa kat wad tu, segala mak datuk wayar tiub dicucuk kat dia, dia pon dah tak sedar ape, sempat la dari kena sawan. And by the time dia bersalin, memang dia tak sedar ape.
Dia ingatkan aku satu je >> dalam kes2 macam ni, kalo boleh Dr akan cuba selamatkan kedua2 nya. Tapi, dalam keadaan kecemasan, Ibu yang jadi keutamaan.
Masa nurse tu citer kat aku, mata ni dah berair sikit. Sedih weyh...
Semuanya... what if, what if...
Tapi aku taklah menitik air mata kat situ. Dah la ramai orang kot? hihi :)
p/s: Trying not to stress myself out over the pregnancy tapi kekadang tu memang stress. Nak cuba tak penat pon tak boleh sebab aku bukan reti nak dok diam. Makan pon aku dah sangat2 jaga dah rasanya sekarang ni. So, it's not a matter of what I eat though. So how?
2 comments:
put the blame on the snakes.. hehehe. takpe.. still got many weeks untuk maintain bp. ewahh org yg nasihat ni macam sihat sgt je.
haha...thanks mimi for the concern! :) yea, up until now pon, i still blame it on the snakes though :) padahal sebelum ni ada je jugak bacaan bp naik tp bukan sebab ular. ecehh..mimi kena sihat2 dr awal ok. jgn jd macam nanie ni. u still got a long way to go :)
Post a Comment