Hah, the title says it all.
Honestly, I never expected that a few of days here in Johor will include this kind of situation. Siyes pengalaman baru okeh? Duduk tak sampai seminggu kat rumah baru, kawasan baru ni ada plak 'teman' nak ajak geng. Ya Allah...pengalaman mengerikan! Cukupla kalo setakat lipas pon aku dah ketakutan, inikan plak binatang yang kita sendiri pon tak arif samada berbisa or sekadar ular biasa.
Ok, it started like this la. It will be a long post, I can never post a short entry when it's about my story. Bare with me ;P
Aku sampai umah kat Johor ni hari Ahad. The jiran of the attached house (rumah ni konon2 ala Semi-D gitu, versi kecik rumah kampung) masih ada kat rumah since Selasa kan cuti Wesak, anak dorang pon nak join cuti balik Johor hari cuti tu (They live in Singapore, every now and then akan balik Johor, spend the weekend here).
Isnin ok.
Selasa pon ok.
Then Rabu came. Pagi ok, aku siap blogging kat ruang tamu sebab kebetulan line internet superb pagi tu. Petang tu around 4pm, the stories begin...
Aku tengah lepak baring2 atas tilam tengok tv kat ruang tamu. And then, aku rasa macam ada benda bertali lalu atas jari kaki kanan aku. Pelik jugak, dari mana datang tali sebab handbag aku dalam bilik. Aku pon tolak ke tepi. Bila aku bangun nak tengok tali ape, rupa2 nya ULAR!! Aku tak menjerit but aku mengesot ke kiri tilam aku, buat bising sket2 la. Ular tu trus menjalar (ular guna words menjalar ke?) ke luar lalu bawah pintu depan rumah aku.
I was like... terus berdiri + beristighfar banyak2 sebab dah terkejut punya pasal.
Aku terus pi minum air masak banyak2 sebab masih terkejut. First time berdepan ngan ular naik atas kaki macam tu. Ye ar, before this duk kat bandar, paling2 pon terkejut dek musang je.
Lepas je minum air masak, aku duduk semula kat tilam tapi kali ni mengadap arah dinding, where I can see pintu depan rumah sekali ngan pintu dapur (ye, rumah kecik je... duk pon berdua, baru nak bertiga). Aku dah dok berkira2 nak mintak encik hubby belikan getah yg boleh letak bawah pintu tu supaya binatang2 kecik tak bleh masuk sebab lubang bawah pintu tu luas. Kalo orang nak jenguk dari bawah pintu pon senang.
And a few minutes goes by, dengan mata mengantuknya... tetibe aku dengar bunyi benda jatuh dari dalam bilik tido utama sebelah je ngan ruang tamu tempat aku lepak2 tu. Aku jenguk jugak tapi hanya dari pintu, tak berani nak pegi jauh2 dari pintu rumah. Huhu :(
Lepas jenguk2 dalam bilik tak nampak ape2, aku pi dapur, nak minum. Bila aku keluar dari dapur dan ke ruang tamu semula, aku tengok ular yang sama ada atas alas kaki depan bilik tido utama tu. Terkejut lagi tapi aku beranikan diri, aku hentak2 kaki sket, halau2 guna mulut. Ular tu siap geleng2 kepala kat aku hokeyy?? Ular ni paham ke dak aku cakap? Tak lama lepas tu ular tu masuk semula dalam bilik tido tu. Aku ni risau la kemana ular tu nak pegi, trus aku ke arah meja makan, nampak ular tu panjat rak barang2 aku sebelah ngan pintu bilik. Haaa.... bab2 dah panjat manjat ni yang aku tak gemar nih! Aku pon ape lagi, panjat kerusi meja makan sebab dah naik geli aku tengok ular tu. Eeeee~~
Bila aku panjat je kerusi meja makan tu, aku baca2 gak Ayat Kursi. Dah tak terpikir nak baca ayat ape dah. Aku nak tepon encik hubby, kebetulan plak dia tertinggal henpon dia kat rumah. No. tepon pejabat dia aku tak tau. Masa tu aku redha je ape yang berlaku. Dah tak terpikir aku mengandung ke hape time panjat2 kerusi tu. Yang penting aku bukan berdiri atas lantai. Tapi cuak tetap cuak gak, tu yang sampai panjat kerusi. Masa aku dok berdiri atas kerusi tu, baru aku perasan ada 2 ekor sebenarnya! Yang sekor lagi main kat ruang udara atas tingkap rumah, dalam bilik tido tu jugak. Ala...ruang udara..tau tak? Kalo kat kampung, style ruang udara ni femes salunya diletak atas tingkap nako. Yang sekor lagi yang jenguk aku dari alas kaki depan pintu bilik tido tu asyik dok mengulang menjalar kat rak tepi pintu, naik atas almari baju, menjalar kat kipas stand and ulang2 ular tu rpund tempat yang sama. yang sekor lagi kat ruang udara tu tak turun ke lantai, tapi main kat situ je sambil menjalar kat dinding rumah.
Here's the thing >> ULAR BOLEH PANJAT DINDING EH?? kalo pokok, ye aku tau boleh. But, dinding??
Yang ni yang buatkan aku takut extra ni. Kot2 ular tu menjalar satu rumah lalu kat dinding je, mana aku nak lari? Dah la tudung dalam bilik. Pakai baju pon, baju tshirt lengan pendek je. Jiran sebelah dah balik Singapore tengahari tu. Jiran satu lagi pon dah balik Singapore jugak. Nak mintak tolong tak tau nak mintak tolong siapa. Masa tu aku lebih rela berada dalam rumah dari aku keluar, so that aku tau ular tu kemana. Ye la, kot2 ular tu masuk dalam almari ke, dalam stor yg ada barang2, segala kotak ke tapi aku tak tau, lagi la haru.
Korang bayangkan, I was crying non-stop for almost 45 minutes, masa berdiri atas kerusi tu tau! Menangis sampaila aku dengar bunyi motor encik hubby parking kat porch depan rumah. Laju2 aku turun dari kerusi, bukak pintu, encik hubby nampak aku menangis, aku cakap kat dia, 'Ayang, ada ular!'. But then, yang kelakarnya, aku boleh masuk rumah balik, panjat kerusi meja makan balik, tau? hahahaha ;D Part itu yang paling kelakar bila aku teringat2 semula. Time2 saspen boleh sempat buat lawak tak semenggah.
Masa encik hubby balik tu, ular yang menjalar kat rak tepi pintu bilik tido tu dah panjat ke ruang udara atas pintu bilik tido pulak. Encik hubby masuk je rumah, nampak yang menjalar kat atas pintu bilik tu, trus swuh aku keluar rumah. Encik hubby pi umah jiran kampung, jauh sket dari rumah kitorg nak mintak tolong halaukan ular. Tak lama lepas tu dia balik semula, masuk rumah sambil bawak penyapu. I remembered that I told him, there are TWO snakes in the house. Tapi mungkin dia tak dengar sebab aku pon macam kalut je lari masuk ke rumah sambil panjat kerusi meja makan tu.
Bila aku dah keluar dari rumah, aku dah tak tau la mana perginya ular yang menjalar atas pintu bilik tido tu. Dari luar aku dengar je encik hubby macam ketuk2 dinding, and aku nampak ular yang main kat ruang udara atas tinkap tu keluar, masuk plak dalam casing wayar letrik depan rumah. Encik hubby keluar, ketuk2 casing tu. Memula ular tu tak nak keluar lagipun casing tu penuh ngan wayar, beriya jugak ular tu nak masuk selamatkan diri. A few minutes passed by, jiran datang tapi tu lah, ular tu masuk dalam casing wayar letrik. Tunggu punya tunggu tak keluar jugak ular tu, jiran pon balik.
Masa tu kami dok luar rumah je, encik hubby tanya ape yang jadi sebenarnya. Mata aku memang ngadap ke arah casing wayar tu je. And then, tetibe ular tu keluar, aku bagitau encik hubby, trus dia ketuk casing tu lagi supaya ular tu terus keluar. Bila dah fully keluar, encik hubby nak halau guna penyapu tapi ular tu masuk lagi sekali dalam rumah lalu ruang udara tu. Bila encik hubby masuk dalam semula halau lagi sekali, ular tu keluar balik menjalar turun lalu tepi tingkap. Encik hubby halau lagi guna penyapu, last2 ular tu menyusup bawah kereta.
Hoh, yang ni memang saspen! Encik hubby libas2 penyapu bawah kereta tapi memang tak nampak ular tu menyusup pon. Sah, konpem ular tu masuk dalam enjin kereta! Encik hubby amek kunci kereta, alihkan kereta trus panaskan enjin tapi ular tu tak keluar gak. Last2...
Encik hubby: Sayang siap2 ye. Kita pi pasar malam lepas tu kita pi tengok rumah kuarters ye? Ayang dah ada kuncinya.
Aku: Pasar malam? Kuarters?
At that time, aku memang blur habis. Mata pon bengkak sebab nangis, konpem memang otak tak bleh nak pikir ape dah. Dia mintak aku tukar baju tapi sebabkan almari baju dalam bilik tido utama tu, dia swuh aku ikut belakang dia. Mata aku ni toksah cakap, melilau je tengok keadaan dalam bilik. Siyesla, encik hubby lupa sebenarnya ada 2 ekor ular dalam rumah tu. Dia dok kata, 'dah, jangan pikir lagi, kan ular tu dah keluar...' Aku kata, 'tak... kan ada lagi sekor... selagi tak nampak yang sekor tu dah keluar, selagi tu Sayang rasa ular tu masih ada kat dalam rumah...'
Encik hubby puas pujuk2 aku, aku surrender lah; tukar baju, ikut dia pi pasar malam.
To be continue....
No comments:
Post a Comment