Monday, May 23, 2011

There are SNAKEs in the house yo! II

...and the story goes...

On da way aku ke pasar malam selepas acara panjat memanjat kerusi berlaku, ular yang menyusup bawah kereta tu keluar dari persembunyian okeh? Agaknya panas sangat dok kat area enjin tu, keluar pon, menjalar lalu dekat wiper kereta. Encik hubby tak perasan; bila aku bagitau dia, terus dia on wiper kereta, and ular tu pon terbangggggg~~

Tengok dari cermin pandang tepi tu aku tak nampak plak ular tu jatuh ke hape sebab belakang kereta kitorang ada satu Myvi putih. Huhu~~ Tak tau ape jadi kat ular tu.

On da way dalam kereta tu encik hubby pujuk aku lagi, tak bagi aku pikir pasal ular yang masuk rumah. Dia dok kata balik dari pasar malam nanti dia nak bawak aku pi tengok rumah kuarters kat dalam pangkalan. Aku pun pelik, nape tetibe dia dapat rumah kuarters dan dia nak pulak? Sebab masa awal April ritu time kami turun Tjg Pengelih nak riki area situ, dia beriya tak mau duk kat dalam, nak duk luar jugak. Aku ikutkan je. La ni tukar pikiran plak encik hubby aku ni.

Dia citer la, pagi tu (hari yang sama ular masuk rumah), dia kena pegi mengadap XO dia (XO dia perasan plak ada muka baru kat pejabat pentadbiran -- muka manis ada taik lalat sebijik kat pipi kanan, sape tak cam. hahaha) nak kenal2 ngan dia. XO dia tanya dok mana semua. Bila encik hubby jawab duk kat luar, Kg Jawa, XO dia swuh dia pindah masuk pangkalan. XO dia kata, pikirkan keselamatan isteri awak kalo awak pegi keje nanti bla, bla, bla... Tak tau la ape lagi yg XO dia cakap but itu dah membuatkan encik hubby trus tukar fikiran untuk pindah masuk ke dalam pangkalan. Kes 2 ekor ular masuk rumah tu sebagai pengukuh untuk kami pindah masuk.

Sayang sebenarnya nak pindah sebab; 1, encik hubby dah buat batas tanam sayur kat belakang rumah dah. Sayur mahal beb kat sini. Mentang2 tepi laut. Tapi, seafood pon bukannya murah mana ;( Lagi best dok kat KL, ada Pasar Chow Kit. Semua murah2... (Ok, this makes me missed KL soooo much). Sebab ke-2, encik hubby suka area kampung (mentang2 la dia memang asal kg, memang la dia prefer kg. Cuba tanya aku yang memang budak bandar ni, takde maknenya aku akan kata aku suka dok kg. Huhu~ Tang yang ni mmg kami punya pendapat yang berbeza. Couldn't help it) Extention kepada reason ke-2 tu, encik hubby jenis tak reti dok diam, so bila dok kat luar, macam2 dia boleh buat. I mean selain dari bercucuk tanam reason 1 tu, dia tak suka sangat hidup dikelilingi Navy macam dia. Bosan katanya sebab kalo dah berjumpa tu, nanti2 akan bercerita pasal Navy jugak. Tak berkembang langsung.

Ok, sambung cerita atas semula ;P

Bila XO dia dah cakap ke encik hubby macam tu, encik hubby terus pegi Pejabat Perumahan. Dan kebetulan plak la in-charge dia masa kat Sarawak dulu (dah 3 tahun duk kat KDSI ni lepas transfer dari Sarawak) baru je pindah ke Sg. Besi, ape lagi, dia pon pinjam la dulu kunci ex-rumah in-charge dia dari PP nak riki rumah. Tingkat 1 plak tu, itu yang encik hubby suka. Sebelum ni, ada rumah kosong tapi tingkat 3 dan 4. Dia tak nak susahkan aku yang pregnant ni naik tangga tinggi2. So dia tolak tawaran.

Jadinya, it's all fall into places.

Dari sebab XO arah pindah masuk ke dalam pangkalan sampaila ke sebab ular masuk rumah... semuanya berlaku ada hikmahnya. Ye la, korang bayangkan kalo encik hubby duty pangkalan. Style Navy ni, bila dah duty, 24 hours kena ada kat dalam pangkalan. Tak macam style duty kat maktab lama dia yang ada 3 perkhidmatan kat KL tu (navy, darat, air force) boleh balik kalo belum tiba time duty. La ni kat pangkalan Navy, kalo kul 2pg dia masuk duty, dari lapor diri kul 6.30ptg mmg dah kena ada je kat pos pengawal tu sampai kul 8pg esoknya baru balik duty. Kalo dok dalam, senang nak chow cincau balik rumah kejap; bagila alasan nak balik makan ke, nak jenguk anak ke... Ini kalo dah dok luar, susah nak ngelat kejap. So, kalo jadi kejadian ular masuk rumah lagi time memalam aku sorang or kalo masa tu baby dah lahir, camano tuh? Ceciter, ceciter???


to be continue...

3 comments:

~YUN~ said...

scarynyeee!!yun plng takut ular..nanie,letak belerang tau kat area mane die salu nk masuk..and beli limau kasturi xsilap..hati2 k..risau plak dgr ular msuk rumah ni..

elanie*Q said...

tak tau dr mana ular tu masuk la yun. tapi for sure, ular tu boleh panjat dinding okeh?? nak kena tabur satu rumah kalo cmtu. geli dan takut..huhu...yg penting, nanie nak pindah masuk dlm pangkalan dah. huuuuu...takut den!

~YUN~ said...

2la,dulu pn yun rase seram kalau ular blh pnjt dinding..pk2 mcm xlogik,tp blh kan..scary,nasib yun da pindh gak..nanie cpt2 pindah k..xmo tensen2mnti BP naik lagi.. =)