Showing posts with label baby stuffs. Show all posts
Showing posts with label baby stuffs. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

1st batch of parcel

Tadaa.. I've received my first batch of parcel today. Xsempat nak amek gambar parcel, trus gunting keluarkn je. Ape kebenda yg dlm parcel tu? Ala, yg mcm korg tgk kat atas tu la.. Cloth diapers (cd) jenama Weehuggers. Geng2 Swaddlebees ngan Blueberry jugak ni. Ni yg jenis AI2. Tgh nk kumpul AI2 skrg ni sbb sng nk bwk travel dkt2. Eh ye ke ryehanna? Sbb x yah nk bwk byk sgt cd,cume bwk extra s0akers if s0akers yg guna tu dh kna p0o or pee. Tp kalo cd dh terk0t0r (mcm hazim kdg2 p0o dia mesti terkena bhagian tepi cd tu bl dh byk sgt dia melabur), tang ni kena tkr gak cd nye bkn takat tkr s0aker je.
Ok,jgn ty nape tetibe ada sebiji yg wane pink ok. Sbb xmau bli plain py pasal (plain dh byk dah brand babyland ritu,bosan ah), yg printed xbyk ch0ice since 2 biji design yg aku nak xde st0k dah. Rembat jela yg pink tu. Nak kata pink xpink sgt,ada oren2 sket. Ala hazim pn ada sehelai bj tido corak pink sbb ibu belikan time xtau gender baby lg ms tu. Hehe :) who says boys will only wears blue? No, no, no.. At least n0t my child. Ergh,tp jgn plak pink manjang kan..ngee
p/s: thank y0u kak l0ng nuzula. Credit to her..dia byk jual cd2 jenama luar Harga..ehem2.rahsia! ;p

Wednesday, May 18, 2011

aktiviti mengepam ;P

Erm, erm...belum bersalin lagi, belum okehh...

Ni saje nak citer pasal aktiviti bf after bersalin nanti. Ada satu benda ni je yang buatkan aku terpikir2, perlu ke aku beli untuk baby aku nanti. Hmmm... nak tau apebenda nye tu?


Breastpump!

Yup, should I or shouldn't I buy it since aku kan dah memang jadi housewife ni. So, aku tanya la sorang member UiTM aku ni sebab dia pon ada pengalaman kan... tapi dia career woman. Risau gak tak relevan ngan kes aku yang housewife ni. And mana tau, kot-kot dia pakai breastpump start dia mula masuk keje semula je ke, who knows kan?

Tanya punya tanya pada dia, dia kata, dia galakkan aku beli walaupun memang aku housewife je. Dia bagi reason, risaukan masa tu breast engorge. Bagi dia, better beli je sebagai preparation supaya kalo ada ape2 jadi (contoh breast engorge tu la), aku ada alternatif untuk mereduce bengkak tu. Betul jugak kan, bukan baby kita nak menyusu 24/7 ngan kita. Baby bila dah rasa full, dia tido. And in the mean time baby tido tu, kot2 engorge kan? Sekurang2nya kita ada back up plan.

Aku sebuk terpikirkan pasal nak beli breastpump ni sebab aku nak settle semua barang2 baby before aku pindah ke Johor. Encik hubby komplen line internet kat Tg. Pengelih ni takde la elok sangat macam kat rumah kitorang dulu. Dan, dia pon tak tau alamat sebenar rumah kitorang duduk sekarang ni. Rumah kampung kot, bukan ada proper nombor rumah or proper nama jalan. Silap2 barang2 yang aku order tak sampai ke aku. Bila kawan aku bagi pendapat macam tu, terus laju2 aku cari breastpump via online. Dia pon banyak tolong aku carikan. *I owe you Intan Suhana!* Ye ar, nak berjalan pi kedai2 baby ni, aku tau, harga memang konpem ikut harga asal. Better beli online sebab murah and sometimes harga dah termasuk postage. Tu yang best! :) M2B on budget la katakan *kalao boleh dapat harga murah, buat ape nak cari yg harga mahal kan? membazir namanya tu*

Dua minggu kena tinggal dek encik hubby di KL ni, keje aku memang mengcompletekan barangan baby. So, I should say that, mine's already complete dah :) Baru lega nak tinggalkan barang2 tu semua kat rumah Ibu tunggu sampai aku balik semula ke KL untuk bersalin nanti. Dua minggu tu jugak, puas aku godek sana, godek sini untuk completekan CD stash aku (sekarang ni dah ada 14 pieces. 10 je yang dah sudah basuh semua 3x prewash masa kat rumah Ibu. Lagi 4 keping tu dapat parcel pon dah tinggal 2 hari before nak balik Johor, tak sempat lah). And, the breastpump itself.

Aku tak beli breastpump yang mahal2 pon sebab niat dalam hati memang nak direct bf je. Bp ni sebagai option je incase ape2 la kan... Aku beli jenama Avent Manual Breastpump:

pic credit: Kids N Avent FB (aku beli kat sini)

Yang ni jenis pp (Polypropylene) and of course BPA free ok... Aku beli kebetulan time sales Kids N Avent ni, Avent Manual yang aku beli ni rm179 (ada lagi satu rm189 sekali ngan 20 keping breastpad). I already bought washable breastpad, so, tu yang tak beli the one yang cost rm189 tu.

Why Avent Manual?
Avent Manual ni sebenarnya di recommend oleh kawan aku. And even doktor pon recommend yang manual sahaja. Selain dari tak mampu nak beli yang jenis medela yang mahal2 tu, aku beli pon sekadar untuk jadikan option kalo breast engorge je. Memandangkan aku ni pon hanya la housewife, so, takyah la nak membazir beli yang bukan2 tu.


p/s: Complete pon barang baby. Lepas ni balik KL semula nak bersalin, dah takyah terkejar2 nak beli itu ini lagi untuk barang baby. Basuh baju baby, set cadar baby, barut2 baby, CD stash pon sudah basuh :)) Sekarang ni membilang hari pabila si kecik dalam perut nak keluar. Mama ngan daddy tak sabar! :)

Wednesday, May 4, 2011

baby's stuff ^_*

Yeay...akhirnye! Berjaya jugak menembusi tembok pemalas sejak akhir2 ni. Ye la, encik hubby takde depan mata (rindu nih! uwaaaaa!!) jadinya takde sape aku nak layan (kecuali layan si kecik dlm tummy ni), ada la masa sket.

And I owe Yun pasal letak gambar barang2 baby yang aku dah beli. So, let the pictures do the talking ya? Malas (lagi?) nak pot pet panjang lebar sebab dah ada gmbr :)


Let us start with barang2 besar dulu:

Ni segala basket untuk letak keperluan baby. Takde beli yang fancy2. Janji boleh pakai, praktikal... sudah :)


Hitam: untuk baju2 + seluar baby, CD

Hijau: Untuk letak termos (kalo guna), ape2 je lah kegunaan kalo bukan untuk letak termos or botol susu sekalipun

Biru: Segala minyak angin, bedak, baby oil etc.

Pink: Haaa... yang ni aku tak ingat untuk ape. Encik hubby yang beli ;P




Yang atas tu, bakul untuk isi baju2 kotor si kecik and besen biru tu besen mandi (pun tak beli yang khas untuk baby)


Towel baby (beli dua je...rasa macam nak kena tambah barang sehelai dua lagi kot?) *Hah, gatal tangan dah!*



Set baju baby. Borong kat Sales Jusco :)) Jenama Pigeon. Kalo anak lelaki, habis la...layankan je bagi baju warna pink ;) Lagipun budak2 kot. Orang len nak bising, pedulik... bukan anak depa;P




Mittens + Booties (4 set je)



Dari kiri: sapu tangan baby

Atas: Pureen Baby Wipes (200 pcs)

Bawah kanan: Baby's Blanket (2 helai)

Baby's Nail Clipper

Baby's hairbrush

Bawah: Nasalaspirator, Ear syringe?



Dari kiri: Pureen's Travel Toilettries

Atas: Sebamed Baby Cleanser (500ml) + free Baby Cream

Termos

Kanan bawah: KiKo cotton buds

Watson's Baby Cream

Bawah: Pureen's Washable Nursing/ Breastpad

Tengah2: Johnson's Baby Oil, Minyak Telon


Alamak...senget lak, lupa nak rotate. Biarla ye? Lappy ni sengal ;P


Yang ni TERBELI semalam masa singgah Manjaku Baby..adehh...


Pride N Joy mittens, booties and cap set

Pride N Joy Baby's blanket


Ni pon TERBELI semalam. Set baju lengan panjang ngan lengan pendek by Pigeon jugak.




p/s: Itu saje... gambar baby's changing mat ngan kelambu tu malas nak amek. hehe :)

Tuesday, May 3, 2011

kemaruk!

Ok darling darling sekaliannnn... I nak citer nih.. I sekarang tengah kemaruk tau. Kemaruk nak online shopping!

Owh, tak kusangka cempedak dah jadi nangka..eh, apekah? Silap, silap tu... tak ku sangka, best sebenarnya online shopping ni ;) *matilah kalo encik hubby tau..huhu* Ye ar, salu baca blogger lain punya pengalaman, salu sangat online shoppng sampai ketagih berhabis duit. Kerja senang. Permintaan dihujung jari, takyah keluar rumah berpeluh pon dah bleh dapat barang ;)

But, but...bukan beli benda2 ta senonoh pon... Beli ni haa--->



CLOTH DIAPERS!!




Aku dok mencari2 harga berpatutan untuk pembelian Cloth Diapers for my upcoming baby. Cloth Diapers or CD ni kan tengah fofular sekarang untuk kes2 penjimatan duit selain nak GO GREEN ni. You know, kalo pakai disposable diapers, mengambil masa beratus tahun nak dicompose. Better guna something yang bersifat environmental-friendly kan? *nama pon ritu study environment ms sambung Master, haruslah sendiri jadi contoh pada masyarakat, no?* Lagipon, I am going to be a fully housewife bila dah dok kat Johor tu, so takde sebab untuk aku tak attend anak sendiri.

Dah ada dua blogshop yang aku jengah untuk survey2 CD ni. Satu dari little precious garden ngan QT Alami Shop. Banyak lagi blogshop yang lain tapi, jenuh la nak jenguk semua. Dahtu pakai lappy abah (mine kat Johor mintak encik hubby bawak dulu ke sana, swuh dia try whether my Maxis Bband ada line ke tak...dan selamat la ADA! *suka hati nih!* ) Lappy ni dah slow, so, nak google banyak benda perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi *which I am not*.


Eh, baru je google2 asal CD tu semalam, dah terbeli OK?? hahahaa ;D Survey la sangat! ;P Sebelum tu aku pahamkan dulu ape kebenda la CD tu, ape kebaikannya instead of using disposable diapers (DD). Ada je citer pasal CD ni kat keluaran Pa&Ma bulan April ritu. And then cari2 lagi kat internet...and tadaaaa!!! I've decided already! Dah beli dah pon yang kat blogshop littlepreciousgarden tu. Ngee :)) Pagi tadi dah bank-in. Should be delivered kalo tak hari ni or esok pagi by Kak Ummi Ili. Yey!! Kat situ pon harga boleh tahan la... murah pon murah siap ada pakej untuk m2b yang baru nak berjinak2 nak pakaikan CD pada anak2 yang bakal lahir.


Kalo nak beli kat kedai2 baby, agak mahal. Better beli through online je. Siap boleh beli bundle harga murah lagi... *Thanks Kak Ummi!* La ni, belum sempat dapat CD yang diorder, aku dah jenguk2 lagi yang blogshop lain. hehe...Tak ke kemaruk namanya tu ;) Bukan pe... nak all-out sekarang sebelum pindah ke Johor. Lagipun barang2 baby memang dah tinggalkan kat umah Ibu kat Ampang ni. Memang niat dihati nak lahirkan baby kat KL jugak sebab dekat ngan kemudahan berbanding kat Johor sana. Senang gak beli kat sini, boleh terus basuh and bila 2-3 minggu nak bersalin nanti balik, takdelah terkejar2 baru nak order, baru nak basuh (sebab CD dan insertnya kena pre-wash paling2 3x untuk dapatkan kadar penyerapan yang baik) etc. Masa tu mesti dah sarat sangat and tak larat nak ke sana kemari.


So, korang nanti nak pakaikan anak korang DD or CD? Tepuk dada tanya selera :) Aku ni memang nak guna CD since berhabis duit sekarang je. After this boleh kurangkan belanja untuk beli DD paling kurang pun until anak potty trained nanti *InsyaAllah, mudah2an*. Sebab tu jugaklah aku beli banyak so that aku dapat mengurangkan jumlah kekerapan basuhan CD and boleh tahan lebih lama. Dan kalo boleh, biarlah boleh tahan sampai anak ke-2 dan seterusnya *Amin*. Almaklumlah, aku ni nanti jadi housewife kan. Takde income diri sendiri dan tak dapat nak bantu encik hubby ape2. Ni je lah antara bantuan yang aku dapat beri, which is to kurangkan perbelanjaan dari segi beli DD and susu formula *sebab dah nekad nak breastfeed anak sampai bila yang termampu*




p/s: Kalo nak tau lagi pasal CD ni, boleh baca banyak info kat blog littlepreciousgarden ngan blog happy-clothdiapering. Mari kita sama2 selamatkan bumi kita!

Thursday, April 14, 2011

Sample oh sample

Ritu ada terbaca kat blog Rosie Rose pasal nak dapatkan sample daripada syarikat2 yang jual produk baby ni.

Aku ada gak la gatal tangan hantar emel kat syarikat2 tu, ye ar, benda free kot, sape tak nak kan? Eventhough kadang2 dorang hanya bagi satu je sebagai sample, tapi ok la tu. Nama pon benda free, jarang nak dapat bundle sekali banyak. Syarikat dorang pon tak nak rugi ;)

Setakat ni baru dapat dari dua brand. Pureen ngan Pet Pet.

Pureen tu dia bagi 3 lai diapers. Banyak pamphlet je yang dia bagi berkenaan ngan barangan baby jenama dorang la.



Pet Pet plak bagi sekeping je diapers. Ok la tu. Pet Pet ni pon antara diapers yang harga mahal gak selain Mamaypoko tu.



At least dah free 4 keping diapers untuk baby (padahal dah beli dah diapers newborn jenama Hey Baby untuk baby - gila awal beli kan? Encik hubby plak yang ghairah nak beli, layankan je la).


p/s: Thanks Rosie Rose for sharing! :))

projek II

Yippee yey!!!!


Alkisahnya projek kedua sudah siap 2 hari lepas. Tapi disebabkan sekarang ni musim hujan, so, lama la tersidai dia ampaian tuh.

Nak tau ape projek kecil2an kedua untuk baby yang mama buat?





Tadaaa!!!




~Barut baby~

*sila abaikan towel biru kat belakang tu sekali ngan baju2 yang bergantungan ye...sidai kat dalam rumah ni, sebab asyik hujan 2-3 menjak ni*.


Beli kain jenis cotton yang tak tebal tak nipis ni dekat kedai berdekatan ngan Spectrum Ampang tu. Semeter rm4.50, aku beli 1.5 meter dapatla 5 helai barut. Kalo beli kat kedai jual rm3 sehelai, and kadang2 barut tu tak cukup besar, baru pakai kejap dah tak muat (macam kes SIL aku dulu beli untuk lil niece aku si Myra tu, kejap je dapat pakai last2 Ibu ubah tambah kain kiri kanan supaya boleh pakai lama sket).

So, ni dah save rm8.75 duit barut. Hahaha ;D Sorry lah, kalo masa nak kawen dulu jd b2b on budget, la ni tengah preggy jadi m2b on budget plak ;D


p/s: Semua pon kena budget sekarang ni. Bukan kawen ngan anak raja Brunei kot?? muahahaha ;D

Wednesday, April 13, 2011

projek I

Hari tu aku ada kata aku ada buat projek kecil2an untuk baby kan?

Nak tau ape?

Ni ha ---




Set cadar, bantal ngan bolster untuk tilam baby nanti :)

Nak sarungkan sekali kat tilam, tilamnya tinggal kat rumah Ibu plak. Bila nak tunjuk contoh tak lawa plak bila leper je atas lantai. Tak berbentuk. Hehe... jadinya, camni pon jadila ye?

Nape banyak sangat? Yang warna merah tu beli 4 meter, dapatla 4 helai untuk bantal, cadar tilam, 2 helai untuk bolster dan sehelai untuk selimut baby.

Biru tu plak beli 3.5meter. Dapat 2 helai bantal kepala, cadar tilam, 2 helai bolster dan selimut baby.

Nak buat cam yang yuyu buat ni, siap campur 2 jenis kain tapi aku tak suka colourful sangat dan aku suka simple2 je. Lagipon, nasib baik la takde niat pon sebab buat benda ni makan masa. Mesin jahit pinjam Ibu punya. So, nak menjahit kena pi umah Ibu. Paling awal dapat datang pon pukul 830pg, nanti pukul 3 dah nak balik masak untuk encik hubby plak. Itu ini dengan kena paksa makan time tengahari, benti solat lagi... Tinggal berapa jam je. Banyak berkejar ke sana ke mari... so, agak penat kalo nak kejarkan buat benda tu je. Lagipon memula tu macam nak relax2 je, maybe lambat sket nak start jehit set cadar + bantal ni tapi disebabkan dapat tau encik hubby kena transfer, trus mula potong and jahit. Baru mula 2 hari, dah ikut encik hubby pi Johor plak. 2 hari lepas baru siap. Fuhhh...

Tu pon beli warna yang agak nuetral sebab masih tak tau gender baby (dan encik hubby kalo boleh tak mau tau jugak... nak surprise katanya). Kalo biru, baby girl pon boleh pakai. Even merah pon kalo dapat baby boy, still boleh guna. Karang beli pink, tak ke naya kalo dapat baby boy? Sama la macam ape yang si Puan Yuyu bagitau dalam blog dia tu :)


p/s: Itu dia projek pertama :) Projek kedua masih dalam mesin basuh tu. Tunggu nak sidai je :) Ni la untungnya ada Ibu boleh menjahit dan nasib baik la aku pon memang minat menjahit. Takde la keluar duit banyak nak upah orang buatkan...

Thursday, March 31, 2011

... and the list goes on ...

Entry yang lepas ada aku citer pasal nak start beli barang baby kan? Yep... dah start dah misi tu. Start menjadi2 bila dapat tau yang kami kena berpindah ke Johor. Ye la, kat sana nak pi bandar pon jauh. Mall2 macam k4, Tesco segala mana la ada. Yang aku tau, paling dekat kat JB kot ada JJ. Dari tempat aku nak ke JB pon dah nak makan 1jam setengah. So, nan ado la nak turun ke JB selalu kalo nak bershopping sakan barang bayi ni. Tak macam kat sini :( Plan nak cari ape, kat mana, on enjin, berdeshupp ke destinasi. Nanti dah berpindah, pikir 9-10 kali kot kalo nak kuar ke bandar. JB kot, bandar paling sesak berbanding KL ni. Sooo... we'll wait and see je lah macamana. Tapi, sementelah belum berpindah ke sana, misi akan tetap diselesaikan dengan kadar segera supaya tak lupa ape2.

Ni antara benda2 yang aku dah beli setakat ni:
  • baju lengan panjang - 1 psg
  • baju lengan panjang lubang2 - 2 psg
  • baju lengan pendek - 3 psg
  • baju lengan pendek lubang2 - 1 psg
*Ibu kata, lengan pendek banyak takpe asalkan seluarnya kena panjang. Lagipon nanti aku nak pindah dok dekat ngan laut, waktu siang kan panas*
  • barut baby (on da way)
  • baby's blanket - 4 helai *Ibu kata dah ada blanket takyah nak beli napkin/ kain bedung dah, sebab blanket tu boleh jadi sekali sebagai tuala/ bedung*
  • mittens & booties - 4 psg
  • Tuala baby - 2 helai

Baby care/ toiletries/ grooming
  • baby bath - ada 4 botol 800ml bedtime bath J&J and pek promosi Sebamed *Beli yang promosi beli 1 percuma satu harga rm20.90 sebelum sales ;) And Ibu kata dah ada ni takyah nak beli baby syampoo sebab baby bath tu boleh trus syampoo kan kat rambut baby -- saved bajet jugak -- mudah2an baby aku ni tak berkulit sensetif, kalo tak mama dia la yang bantai baby bath tu. ngeee~~*
  • baby oil - 1 botol sederhana besar J&J bedtime oil *Ibu kata losyen takyah pon takpe, yang penting baby oil ni untuk lembutkan kulit baby dan sapu kat lipat2an kulit baby macam kat lipatan lengan etc*
  • cotton buds - 1 pek promosi yang ada 5 pek kat dalamnya
  • wet tissue - 1 pek promosi yang 100pcs x 2
  • changing mat - beli yang murah2 je
  • diaper rash cream - 1 tiub jenama Watson's
  • nasal aspirator
  • berus rambut / sikat baby

Beddings
  • Set tilam + bantal kepala + 2 bolster *bukan jenis foam, tu tak tahan lama. Ni beli yang kekabu*
  • Kelambu
  • Cadar - 2 helai
  • Sarung2 bantal (bantal kepala + bolster) - banyak...

Misc

  • Botol susu 120 oz - 1 botol
  • termos - free amek dari Ibu ;))

Buat masa sekarang memang aku dok berharap danberdoa supaya aku dapat fully bf baby aku. Tu yang beli sebotol je botol susu. Nak beli banyak2 takut tak guna. Kalo terpaksa guna EBM or pam sendiri pon salunya that thing comes with the bottle sekali kan? Hmm... tak usah membazir nak beli banyak2.

Mesti bila baca kat entry ni banyak aku tulis, 'ibu kata' bla, bla, bla... kan? hehe... ye la, baik la tanya pada Ibunda sendiri yang dah berpengalaman jaga anak sendiri ni. Banyak benda yang Ibu rasa tak perlu beli macam losyen dan bedak tu agak logik jugak sebab bedak kadang2 buat daki je kat badan baby, losyen plak dah tak perlu kalo dah ada baby oil tu. Motif kedua2nya sama je untuk melembutkan dan memosturizekan kulit baby kita. So, why spend more kalo boleh kurangkan dan jadi lebih praktikal dan logik, kan?

Macam stroller tu, nanti2 pas habis pantang pon boleh beli sebab baby pon dah macam join mamanya berpantang sebab kita kalo berpantang xde nye nak keluar masuk rumah berjalan ke shopping complex segala kan? hehe ;))

Playpen, tak payah la. Membazir jugak. Letak je atas tilam tido dia kan senang. Baby ni kalo nak meragam ke ape ke, segala benda2 yang tergantung atas dia (kat playpen tu) dah takde makne dah.

Buaian plak rasanya setakat ni tak perlu lagi kot sebab kalo boleh nak ajar baby dari kecik tido kat tilam je. Nanti kalo dah biasa tido berbuai, nanti pergi mana2 pon nak kena ada buai jugak. Payah tu... tapi kalo dah tak boleh sangat, baru pi beli ;]


p/s: Setakat ni saje list aku... nanti sambung lagi la kalo ada ape2 yang TERbeli dan DIBELI lahi :D

Thursday, March 24, 2011

baru je 5 bulan

Bila baca2 blog m2b yang lain, banyak gak terbaca pasal, m2b ni tak digalakkan membeli barangan bayi seawal masa preggy sebab... ada la sebab musababnya bila dah dengar pantang larang orang tua2 ni.

Tapi...tapi kan, macam aku yang tak keje lagi ni, kalo nak beli borong bila dah hujung2 nak dekat ngan due date tu, serasa tetiba banyak sangat duit encik hubby nak kena spend kan?? Tak ke gitu? For me, yes... sebab sekarang ni tukang provide duit, memang dari encik hubby. So, everything for baby's need pon semuanya agak pricey. Yep, memang boleh cari yang murah2, tapi bila dah beli sekali gedebuk, tak ke habis banyak gak duit?

Macam barang baby, kami dah beli seawal baby 3 bulan rasanya. Itu encik hubby yang beriya nak beli. Contoh macam segala mak datuk besen mandi, bakul baju baby, basket letak segala sikat, losyen etc baby tu... Sebab beli kat tempat murah kat kedai rm2 di Tangkak, Johor. Bukan semua rm2 la... tapi murah la jugak besen2 ngan bakul baju baby tu berbanding beli kat kedai biasa or kat pasaraya besar. Dah saved kat situ. Lagipun kami jarang balik belah Johor kampung aku, time tu kebetulan semua ahli keluarga aku balik sebab ada jemputan kawen jiran atok yang kami sekeluarga kenal. Encik hubby kalo balik Johor, ke kedai rm2 tu la arah dia, fave place dia :)

Banyak gak benda yang kami tak beli lagi sebenarnya. Cuma yang nampak sgt2 penting, itu yang didulukan. But, I do hope and I'm praying hard baby aku ni peminum susu cap gantung yang tegar *dan aku sebagai provider susu cap gantung yang berterusan sampai anaknya berumur 2 tahun, Aminnn~~* InsyaAllah... so that both of us takyah la spend nearly rm200++ permonth untuk susu tin baby yang super dooper mahal tuh. Nak tercekik tgk harga susu baby lebih mahal dr susu ibu mengandung ni. And I remembered I used to buy my lil niece punya susu masa dia tido umah ibu seminggu (mamanya ada kursus, and my mom saje offer nak jaga sikecik tu and I am not married at the time), seminggu tu je habis satu susu kotak *jenama tak ingat* yang harga rm37. Tak sampai seminggu kot dah habis. See? Mahal kan? Lagi2 budak2 memang banyak minum susu berbanding makan benda pejal. Ya Allah...mudah2an... Tapi kalo tetibe masa tu aku dah keje? Time tu kena la kuar duit sket pi bli pengepam susu. Medela ke, jenama ape2 ke yang elok. So that anak aku tetap minum susu ibu. Lagipun susu ibu adalah yang terbaik dari mana2 susu tin pon kan? :) And duit yang ada boleh buat beli benda2 lain yang penting plak. Contoh macam kawan uitm aku si Intan Sue ni.

ok, start mengarut dah. Sorry ye :)

Haa.. tapi itu la ceciter nye... beli dulu sket2 sebab duit hubby pon byk dah di allocate untuk benda2 lain jugak tiap2 bulan. Bukan untuk kami je. Silap2 lari bajet bulanan plak kalo tetibe nak beli semua dalam satu2 masa.

And, plus... nanti kalo dah 7/8 bulan risau tak larat je nak jalan lama2 ni. Setakat ni mampu lagi jalan lama2, diri lama2 walaupun nurse salu bebel pasal kaki kadang2 naik bengkak bila time checkup.

ok, mengarut lagi. hehe ;)


p/s: Lagipun, I'm halfway through the pregnancy dah ni :)) Kira ok la kot kan? ;D