Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan kan? Hmm... bagi aku, luas perjalanan, buat perabis minyak keta dan penat. That is sooo true okeh?
Tapi kalo untuk pelajaran, takpe la, aku rela. Nak berjaya bukan mudah kan? So, itu yang terjadi kat aku semalam ngan kelmarin. Total aku bawak kereta dari hari Isnin ngan Selasa (semalam) 444km!
Mulanya plan poyo hari Isnin tu nak pi hantar surat kebenaran untuk dapatkan peta Daerah Seremban kat J***NS. Tapi masa sampai kat Seremban tu, terpikir gak, awat la lengang je bandar Seremban ni sebab most of the time bandar Seremban tu tersangatlah busy. Tapi agak best sebab bila tersesat mencari Wisma Negeri tu, takde la kereta yang nak hon-hon aku. Hihi... Memula tersesat sampai ke mana ntah, pusing balik, cari signboard ke Wisma Negeri. Ada sekali tu arrow ntah tunjuk ke arah jalan sehala. Ape mengarut. Pusing-pusing, last sekali keluar kat jalan nak ke Klana Resort. Hampeh! Kalo tau, takde susah sangat aku nak cari jalan.
Kepelikkan bermula bila masa dah jumpa Wisma Negeri tu. Macam pelik je, awat la takde kereta ni? Parking kat dalam pulak lengang. Dahtu kereta takde pelekat takleh masuk. 'Encik, saya ada pelekat UKM pon tak bleh ke???' haha... Jadinya aku pon parked la kete kat tepi jalan tu. Tanya je kat guard yang jaga tu, dia kata hari Isnin tu dorang cuti. Cuti sebab pertabalan Yang Di-Pertuan Besar N9. Hadoiii~ Tu la, Cik Abang dah swuh tepon dulu J***NS sebelum pegi, tak mau dengar cakap, kan dah kena patah balik semula ;(
Balik je dari Seremban, lapar, singgah terus kat Alamanda. Pas je round kat Alamanda tu, ingat nak balik dah, tetibe ada orang Maxis ni panggil pasal Broadband. Boleh kasi UP itu Mbps jadi 7.2 instead of 3.6 yang aku pakai skrg ngan bayar lagi kurang dari sekarang, which is rm78 (yang 3.6 tu rm138 sebulan. Giler cekik darah). Tapi nak tukar dari 3.6 ke 7.2 tu, memula kena la bayar registration rm100 (hmmm...sambil angkat kening tak puas hati), untuk 3 bulan pertama ni hanya bayar rm55. Lepas 3 bulan tu, bayar rm78 permonth plak. Ok la kan. So, dat jurujual kata aku kena bawak broadband yang lama untuk dia buat cancellation. Dia mintak datang hantar esoknya (Selasa). Ok, great. Kebetulan plak esoknya tu (Selasa) aku memang nak kena ke Seremban semula (sebab orang dah mula kerja semula). Alang-alang dah keluar, baik kehulu-kehilir ye tak? Jadinya, berjanji la ngan salesman tu nak datang semalam bawak broadband lama. Ok.
Semalam: keluar rumah kul 9am --> UKM --> Seremban --> UKM --> PKNS, Bangi --> Seremban --> Alamanda, Putrajaya --> UKM --> Ampang. Total masa 12jam keluar rumah dengan memakai baju kurung. Fuh!
Masa pi J***NS tu, orang tu kata kena ada surat kebenaran lain. Tapi kalo aku datang ngan surat yang lain tu pon, aku memang kena datang lagi sekali berserta ngan cop Jabatan lagi. So, takla aku hangin satu badan ke atau bengang ke sebab tak bawak surat kebenaran yang lagi satu tu. Janji ngan Encik Akmal tu, aku akan datang PETANG TU JUGAK (semalam) sebab aku nak bagi settle semua.
Drive balik la semula ke Bangi. Masa dalam kereta ondaway ke Bangi tu, susun plan ngan Alang so dat aku takyah pi UKM/ Bangi/ Putrajaya/ Seremban hari ni. Biar full satu hari aku. Takpe, bagi aku biar all out.
Plan dah bagus dah. Tapi aku ni kalo nak buat keje, mana bleh main-main. Nak bagi perfect satu hal. Last-last plan asal yang disusun masa ondaway balik Bangi tu kena rombak semula on the spot! Siap solat zuhur je dah kul 1.45ptg. Alang-alang, baik aku terus print surat kebenaran yang baru tu sekali ngan dapatkan cop Jabatan. Senang citer. Settle je dapat cop kul 2.10ptg, kami pon pi makan dulu kat PKNS Bangi. Isi perut sebab masing-masing dah lapar. Sempat gak pi bli kain cotton yang aku dah aim nak beli untuk Ibu ngan untuk aku sekali kat PKNS tu. Hihi :D (Pi makan kat PKNS tu ada maksud tersirat sebenarnya. Hehe).
Kul 3.10ptg gerak ke Seremban semula. dah la ngan hujan lebatnye kat highway masa tu. Tawakal je yang kat Seremban tu tak hujan. Ye la, aku pakai baju kurung tau. Ish, tak selesa ok kalo nak basah-basah kena hujan tu. Sampai je Seremban, alhamdulillah tak hujan. Lega. Tapi kitorang masuk je J***NS tu, trus hujan. Pun Alhamdulillah tau, terlepas dari kena hujan. Encik Akmal pon mintak aku tunggu, dia nak try siapkan peta yang aku mintak tu. Lagipon peta yang aku mintak tu, peta yang simple je. Bukan peta guna tanah ke, perumahan ke... 5.15ptg siap, kami pon balik la. Menuju ke Putrajaya plak. Nak hantar Broadband Maxis aku kat salesman Maxis tu.
Sampai Alamanda je dah kul 6.30ptg, Asar dulu baru pi booth Maxis, makan dan balik. Hantar Alang kat UKM, kul 8.20mlm aku gerak balik Ampang. Merempit aku kat highway malam semalam. Penat punya pasal. Sampai umah kul 9.00mlm. Sempat gak tengok Sumpah Bunian setengah jam. Oraits ar tu...
10.30mlm pas je dapat dengar suara buah hati, trus tido~~ ZzzzZz...
p/s: 'Bagus jugakkan pakai baju kurung ni? Sebab semua orang layan kita dengan baik :)) Tadi abang kat kaunter jual air tu baik hati tolong betulkan penutup cawan kertas tu takut tumpah ;p haha'
Wednesday, October 28, 2009
D.U.G.A.A.N
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment