Monday, October 12, 2009

sabtu yg lembik~

Sabtu lepas (101009), jadual aku dari pagi sampai ke malam penuh.

Jumaat tu cik abang cakap nk jumpa hari Sabtu tu (almaklumlah dah nak masuk 2 minggu tak jumpa, kan...rindulah gamaknye~). Plan punya plan tetiba dia ajak pi Taman Bunga Raya (kat area KL/ Tmn Tasik Perdana tu). Memula ingat nak jumpa somewhere and pi naik kereta dia. Tup, tup dia kata nak datang jemput kat umah. Ok lah. Since ritu Abah boleh tersilap orang (masa cik abang datang beraya ngan kawan dia kat umah), so, this is the perfect time la Abah nak TENGOK balik buah hati aku. Ye lah, kenalah masuk umah kalo nak mintak izin Ibu ngan Abah, kan?

Kejap je, tak sampai 5 minit camtu kami pon gerak la. Park kete kat Tmn Burung, jalan ke Taman Bunga Raya, pas round kat Taman Orkid dalam kul 12tghari kami pon balik. Panas la. huhu~ Boleh jugak la kalo nak kata aku ni puteri lilin. Hehe ;)

Sampai umah kul 1ptg, Cik Abang hantar sampai depan pintu rumah! Siap cakap kat Ibu --> 'makcik, saya nak pulangkan anak makcik ni' (Cik Abang saya ni kalo mula perangai tak senonoh dia, camtulah ;D)

Trus je pi mandi, siap-siap nak pi kenduri kawin anak Aunty Norli kat Restoran Felda Villa. Balik tu jem la seperti biasa kat Jelatek. Sampai umah nak dekat kul 3ptg. Angkat kain segala, zuhur, pas Asar dah janji nak kuar ngan aTiQue plak. heee~

aTiQue ni, Jumaat malam Sabtu tetibe je hantar mesej kat aku ajak pi tengok cter The Ugly Truth petang Sabtu tu. Nasib jadual aku ngan family sampai pi kenduri kawin je, so, melayan la aTiQue. Ajak LiyanaRoxx, kebetulan plak dia dah dibooked awal-awal untuk ke open house kawan ayah dia dan open house rumah family cik Abang dia (Ana, ala Nanie tau, seawal mana Ana dibooked oleh kami ni, Ana mesti tolak last minit permintaan kami kan? Sebab famili ur hubby yang buat open house. hehe...Takpe, kami faham ;p).

Ingatkan nak tengok movie kat Galaxy Ampang je, tup-tup cter yang aTiQue nak tengok tu dah tak ditayangkan kat wayang. huhu... Nasib baik la aku ni ada excess internet, trus pi booked kat TGV KLCC. Hurm... Malam tu sampai umah kul 945mlm ok? Sempat lagi jem kat waterfront tuh. Huh~

Dah sampai umah, keje aku tak stop kat situ je. Lipat kain dan kena paksa diri baca buku 'meteorologi' plak. Hurmmm... dan akhirnya, terlelap sambil baca buku... ZzzZzZzzzz...

p/s: lembik gak la satu hari tu kuar masuk umah. Jarang aku mandi dan tukar baju sampai 4 kali dalam sehari. Paling banyak pon 3x mandi, 2x tukar baju. Haha ;D But lembik-lembik pon badan, tetap hepi~

No comments: