Tesis aku?
Ok, lepas je dapat semula berserta komen-komen (yang agak banyak) dari penyelia aku Isnin lepas, esoknya Selasa tu aku terus bertungkus lumus siapkan ape yang diperlukan.
Beb, aku nak pi kenduri kawen kakak Cik Abang aku hari ni (Sabtu) ok?? Bukan nak jumpa pengantin, tapi nak tengok muka buah hati (aci tak alasan macam tu?)
Aku bajet hari Khamis siap. Alhamdulillah Khamis tu dengan ditemani Along kat PTSL, siap jugak keje aku. Malam tu aku siapkan segala lampiran yang ada, dan betulkan isi kandungan yang dah berubah itu ini.
Alhamdulillah, siap jugak despite all the mounting comments from the supervisor. Aku rasa boleh kuar air mata jugak lah kalo sampai semalam aku tak siap lagi benda tu sume. Alhamdulillah siap jugak ikut timing yang dah aku sendiri tetapkan. Aku pun memang bajet nak rileks kan kepala otak aku dari hari Jumaat, dan bajet aku berjaya!!! Hehe ;D
Yippiee!!! (Sambil tepuk tangan tanda suka).
p/s: Bukan senang nak jadi senang. Perlu lalui halangan yang pelbagai untuk samapi ke garisan penamat. InsyaAllah semuanya akan ok lepas ni.
No comments:
Post a Comment